Pernah dengar Fakta tentang Azan. Satu keajaiban yang mungkin tak terjangkau oleh fikiran manusia.Sesungguhnya azan berkumandang disetiap detik waktu yang berlangsung dibumi milik Allah ini.Menitik airmata saat menulis entry ini. Kalaulah azan sudah berkumandang begini tapi masih ada yang alpa untuk menunaikan solat .Orang itu sudah jadi umpama orang pekak dan tuli. Cuba bayangkan disaat anda sedang solat .Azan tanpa henti berkumandang ditelingga mu. " Maka wahai manusia , nikmat tuhan kamu yang mana yang kamu dustakan" (Q.S Ar-Rahman) Subhanaallah.
Alhamdulillah , diberi peluang untuk bersama warga aksara. Kepada Admin aksara .Saya hargai jemputan ini.Semoga karya ini dapat memeriahkan lagi dunia Aksara Keraian yang sememangnya sudah meriah. Kepada rakan-rakan blogger yang sering menyinggah blog ini. Selamat membaca karya terbaru saya " Tanya Sama Pokok" di http://www.aksarakeraian.com/ kepada Faizal Sulaiman inilah maksud TSP....dik oiiii.
" Video budak sekolah ooooo. Pakai tudung punya , tapi ....ahhh u tengoklah sendiri."
Perkataan budak sekolah pakai tudung menarik perhatian aku.Aku pun bergerak ke meja amoi ni. Ala sebelah jer , bukan jauh sangat pun.Terkejut campur badak , Terkejut badak .Bila melihat seorang pelajar perempuan bertudung dalam lingkungan umur 14 tahun sedang duduk dan seorang lagi pelajar lelaki yang sedang tersenyum dan sedang syok meramas p******* pelajar perempuan tersebut sambil duduk melutut dibawah. Pelajar perempuan tersebut langsung tak membantah , malahan tersenyum gembira. Seorang lagi pelajar lelaki sedang mengambil video aksi itu berlangsung , sambil menyelak-yelak kain tudung pelajar perempuan tersebut untuk mendapatkan rakaman yang baik.Ya Allah , apa nak jadi dengan budak sekarang ni . Kenapa begitu murah harga dirimu dik ?.Kenapa ?.Kenapa ?.Kalau dulu mak saya cukup pesan .
"Jangan kasi orang touch your body , it is illegal .Kalau ada yang touch beritahu mak supaya mak boleh ambil tindakan . Hanya seorang lelaki yang sudah sah dinikahkan dengan kamu yang boleh touch kamu ."
Tapi apa dah jadi sekarang ni . Murahnya maruah diri. Wahai adik-adik perempuan diluar sana.Tahu tak maruah diri yang kamu dah dijual ialah sesuatu yang tak mungkin akan kembali kepada kamu lagi. Saya sangat malu bila kawan cina saya kata.
" Honey , bukan kalau pakai tudung .U tak boleh macam ni kan .Kenapa budak ni buat macam ni .Dia tak malu ker ?."
Cuba fikir , betapa malunya saya . Bila soalan ini diajukan kepada saya. Mana nak sorok muka ni . Walaupun bukan saya yang melakukannya .Tapi tempiasnya saya turut rasa. Saya fikir mungkin mengadakan sekolah berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan baik juga. Contohnya saya dulu pernah bersekolah campur dan bersekolah perempuan saja sewaktu di Muar , Johor. Saya boleh rasakan perbezaannya. Bila saya sekolah perempuan semuanya.Hampir tiada saya mendengar kes .Pelajar bercium atau meraba atau kena raba atau rela diraba atau apa sajalah disekolah saya.Kami dapat belajar dengan tenang dan displin juga agak terjaga.Feed back yang sama yang saya terima dari adik saya yang bersekolah semuanya lelaki.Dan dia juga sebelum itu bersekolah campur . Katanya dia lebih tenang di sekolah yang semuanya lelaki , kerana rasanya peraturan terjaga. Tapi itu pengalaman kami dulu. Masa sekarang ni . Kami tak tahulah macam mana.Wallahualam.....
Sedang saya melayan perasaan saya yang malu dengan kelakuan anak-anak zaman sekarang ni . Tiba-tiba amoi sebelah saya ni panggil saya lagi .
" Katanya mahu tengok lagi ka....."
saya jawab " Apa pulak ?."
Amoi jawab " Oh ini , perempuam pakai tudung kiss sama orang tua yang kerja goverment oooo...dalam lift." Saya tepuk kepala...apa ker bodohlah orang ni . Tak reti ker , kat dalam lift tu ada CCTV .Dan yang sedihnya sekali lagi perempuan itu bertudung dan dengan lelaki tua. Macam mana anak-anak tak rosak bila mak bapak sendiri dizaman sekarang ada yang tak menunjukkan contoh yang baik....Wallahualam....
N/k: Semua video ini tersebar di Fb dikalangan orang islam dan bukan islam. Tolonglah pertahankan maruah islam yang tercemar di dalam ruangan sosial . Caranya berhenti buat benda-benda yang dilarang Allah ni. Jagalah maruah seperti nyawa. Sebab ia memang tak boleh ditukar ganti. Terfikir seketika , Semoga anak-anak yang bakal aku lahirkan kelak adalah anak-anak yang sentiasa menjaga maruah mereka kerana takutkan Allah......Ohhh ya , gambar diatas tu sekadar hiasan ya.
Semalam saya tengok jejak rasul , mereka pergi ke Jordan dan singgah ke Jerusalam . Sesuatu yang membuatkan jantung saya berdetak laju hingga kesaat ini adalah fakta yang diberi oleh seorang imam di perkampungan muslim di Jerusalam. Ahmad Fasil pengacara jejak rasul bertanya kepada imam tersebut . Siapakah sebenarnya ISRAEL ?. Jawapan yang didengarnya sangatlah mengejutkan. Kata imam tersebut. ISRAEL bermaksud hamba Allah yang berjuang. Dan ISRAEL adalah seorang nabi. Tapi nabi yang mana ?. Menurut imam tersebut Nabi Allah Yaacub digelar ISRAEL (hamba Allah yang berjuang) pada suatu masa dahulu . Dan Israel yang sebuah negara gunakan sekarang adalah sungguh bertentangan dengan apa yang digelar buat Nabi Yaacub A.S dulu.Subhanaallah ....sesuatu yang kita tidak tahu .Kalau kita tidak melihat atau membaca dengan lebih banyak tentang apa pun. Melihat kehidupan Kaum islam yang punyai kawasan yang paling besar dalam empat bahagian Jerusalam, tetapi hidup dalam kesusahan , melunturkan hati saya.Pernah terbit difikiran saya. Umat islam di mana-mana didunia pun begitu ramai .Andai kata semuanya bersatu padu untuk menghapuskan bangsa yahudi di Israel yang hanya sebesar titik ramainya pasti mampu terlaksana.Tapi ini bukan cara orang islam . Sedangkan nabi sendiri tak pernah membunuh .Jadi kenapa harus kita jadi pembunuh ?.
NAME : WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN AGE : 7 YEARS OLD LAST SEE AT : SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB), JOHOR TOWN TIME : 5 PM MISSING DATE : 13/08/2010 CLOTHES : SCHOOL UNIFORM, BROWN BAG & SMALL PINK BAG REFER TO SCHOOL GUARD, HE SAW THIS GIRL ENTER A PROTON ISWARA IN WHITE COLOUR Please email :daniel@lblgh.com.
Aduhhh...sayunya hati bila ada budak hilang lagi . Macam mana kita nak hentikan semua ni. Apa sebab diorang ni nak culik anak-anak kita ya. Apa modus operandi diorang. Kalaulah aku jadi mak budak ni mesti aku dah termenung jer.Mana tak kita susah-payah mengendong perut sembilan bulan lamanya. Penculik senang-senang jer nak ambik.Kadang kala aku terbayang-bayang keadaan budak yang kena culik ni .Mungkin diaorang menangis , meraung .Rindukan mak dia , ayah dia. Aduh...menitis air mata ni. Pulangkanlah anak ni. Aku merayu bagi pihak keluarganya. Kalau ada sesiapa yang jumpa .Tolong pulangkan ya.Aku jumpa ni kat facebook .Aku tak kenal pun siapa budak ni. Tapi rasa nak tolong sangat.Kesian kat mak dan bapak dia.
Info terbaru :- Budak ini telah dijumpai dan bersekolah seperti biasa. Alhamdulillah.
Demi memberi laluan kepada satu projek e-novel yang akan keluar lagi dua minggu. Karya 21 hari misi mencari rumi dan Berlian akan ditangguhkan sehinggalah saya selesai menulis karya TSP.Maaf ya .
Dah lama saya nak tulis pasal ni .Tapi belum ada kesempatan . Alhamdulillah hari ni dapat curi sedikit masa untuk saya menulis berkenaan sisi baik dan sisi jahat yang sering ada dalam diri setiap manusia.Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Tiada sebarang kajian pun yang mampu saya letakkan bersama dengan fakta-fakta yang bakal saya tulis dibawah.
Cuba anda duduk diam dan fikirkan.Kadangkala anda mendengar berita sedih . Jauh disudut hati anda ada rintihan , perasaan simpati tiba-tiba datang . Pada masa yang sama , ada satu sisi dalam diri anda yang tersenyum dengan berita itu dan berkata mujur saja aku tak kena .
Cuba ingat lagi pernah tak perkara ini berlaku. Kadangkala anda rasa seseorang itu baik dan indah budi pekertinya , tapi tiba-tiba anda mendapat berita seseorang yang baik itu telah melakukan sesuatu kejahatan . Anda terkejut dan kurang percaya kerana anda rasa dia sudah tidak jadi seseorang yang anda kenali.
Cuba fikir lagi . Anda pelik kenapa seseorang mampu membunuh dan memukul tanpa rasa bersalah.Dan cuba fikir lagi kadangkala kita sendiri mampu untuk marah sehingga orang lain menyatakan . Dirimu sewaktu marah tadi jadi seperti seseorang yang dia sudah tidak kenali.
Pada saya bila saja berlaku perkara yang buruk pada diri kita atau orang lain ini bermaksud dia mengikut sisi gelap dalam dirinya atau lebih tepat bisikan syaitan.Jadi kita perlu mengawal sisi gelap kita supaya dia tak melebih sisi terang dalam diri kita .Bagaimana caranya. Banyakkan menyebut nama Allah , mengaji dan berzikir. Belajarlah berzikir dalam hati .Tutup mulut mu , tapi latih hatimu dengan berzikir. Pada mulanya memang sukar , tapi apabila sisi terang sudah menguasai dirimu. Ini akan menjadi kerja yang senang.
Ini sekadar sharing tentang sesuatu yang saya rasa.....cuba fikirkan.
Hari ini sentap sikit , sebab baru dikejutkan dengan beberapa cerita yang terjadi dibumi Malaysia yang dicintai ni. Tak berhenti kes pembuangan bayi dipaparkan sebagai tajuk berita utama di stesen-stesen Tv setiap hari .Lepas tu kes amuk yang mungkin boleh diselamatkan sekiranya jirannya lebih prihatin ( Ini pendapat peribadi aku) . Kes bunuh yang macam sudah lali dilihat dan kes penderaan , tak kiralah ammah ker atau am...mah(sambil dua tangan diletakkan di dahi).
Lepas jam 10.00 pagi belek-belek email .Lihat tentang keratan akhbar yang di attachkan bersama email ni hati aku sejuk pulak secara tiba-tiba. Ni aku berkongsi dengan korang apa yang aku baca .Subhanallah ....Allahuakbar....Sesungguh jelas dan nyata kita berada dijalan yang benar.
" Maka nikmat tuhan kamu yang mana , yang kamu dustakan ." ( Qs- Ar-Rahman)
Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak hendaklah diam.” (Bukhari & Muslim)
Gambar diatas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman.Mayat digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan diatas permintaan bapanya.Pemuda ini dikebumikan secara islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor.Wlaubagaimanapun , timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.Sanak saudara dan rakan-rakanya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini.Pemuda ini kelihatan berubah sama sekali .Kulitnya bertukar kelabu seperti orang yang sangat tua.Tulang dan kakinya patah teruk.Keseluruhan muka dan tubuhnya cedera teruk Matanya yang terbka menunjukkan dia dalam ketakutan dan kesakitan yang amat sangat.Kesan-kesan darah menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberpa siksaan. Setelah merujuk kepada saintis-saintis islam , mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan Allah SWT seperti yang diingatkan dalam hadis Rasulullah.Bapanya mengakui anaknya semasa hidup berkelakuan buruk,meninggalkan solat , menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai dosa.Setiap manusia pasti mati dan akan pasti menjalani soal jawab didalam kubur kecuali mereka yang syahid pada jalan Allah SWT seperti terkorban ketika menegakkan agama islam.Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum hari kiamat.
Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.
Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.
Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.
Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.
Cerita ini aku jumpa kat email adik aku . Setelah menyemak beberapa blog aku jumpa satu entry tentang cerita ni kat blog dibawah.Kebenarannya hanya Allah yang mengetahui. Cerita ini juga boleh ditemui di : http://blog-misteri.blogspot.com.
Dari jauh kelihatan dua orang yang sedang berbual dengan serius.
Apek A : Aiyooo amoi , ambiklah .Ini bukan banyak pun .
Awek A: Tak mahulah saya bekerja ni kerana tuhan saya.Saya ikhlas.
Apek A: Saya pun ikhlas amoi.Jangan takutlah , ambiklah ni amoi.
Iskkkk….pandai pulak cakap pasal ikhlas apek sorang ni.
Awek A: Apa sebab awak sungguh-sungguh suruh saya terima ni ?.
Apek A: Tak ada apa ma…hadiah saja.
Sampul bertukar tangan.
Awek A: Iskkkk…banyak ni buat apa.Tak yahlah nah ambil balik.
Apek A: Sudah,ambil saja.(sambil apek A berlalu pergi dari situ)
Akhirnya awek A terperangkap dengan rasuah setelah mempertahankan prinsipnya bertahun-tahun lamanya.
Dari dialog diatas jelas dan nyata , walaupun menolak.Akhirnya awek A tewas dengan pujukan apek A.
Alasan : ingin menjaga hati apek yang bermurah hati memberi hadiah.
Hakikat : Secara halus awek A telah terjebak membuat dosa.
Astagfirullah …semoga Allah lindungi diriku dari ini semua kerana pekerjaankuyang mampu mendorong kearah itu . Sebagai seorang buyer yang sering terlibat dengan projek-projek besar.Secara jujur aku katakan memang ada yang mengendeng untuk menghulurkan itu dan ini.Tapi Alhamdulillah aku kuatkan iman dan masih bertahan hingga kesaat ini. Dan akhirnya orang mula mengerti prinsip yang aku pertahankan dan tak berani nak menawarkan aku apa-apa lagi. Pedomannya kesungguhan mempertahankan iman itu selalunya kalau kita sabar memang akan membuahkan hasil….Alhamdulillah.
Alhamdulillah , Ramadhan datang lagi . Sama macam tahun lepas aku ABC awal ramadhan . Pasti ada hikmah. Ramai orang bila bulan ramadhan .Mereka kebanyakkannya tidur disiang harinya. Sepatutnya bila berpuasa kita harus bergerak .Bergerak dengan cara apa.Baca al-quran dan buat kerja macam biasa. Sebab sepatutnya berpuasa itu tak membataskan pergerakkan kita untuk bekerja , malahan mungkin kita mampu untuk bekerja dengan lebih baik sewaktu kita berpuasa.Sempena Ramadhan yang mulia ni aku mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung atau apa saja yang aku lakukan tidak menyenangkan korang selama ini. Semoga Ramadhan kita kali ini akan jadi lebih bermakna.
Nantikan karya semusim " Namaiwa Mika san " . Bila keluar tak tahulah.Yang penting tunggu...
"Hidup itu satu pencarian , dan pencarian tak pernah berhenti .Selagi manusia itu bernafas , maka pencarian itu akan terus berlangsung. Cuba pandang setiap kejadian yang ada pada dirimu. Semuanya Allah jadikan bersebab . Jadi terimalah seadanya." Kasi terkebil-kebil mendengar bebelan Mika. Satu pun ayat yang keluar dari mulut gadis comel itu tidak dia difahami.
“ Apalah aku ni. Aku pergi membebel kat jepun sesat ni buat apa .Bukan dia faham pun , buang masa aku jer.” Mika megomel sendirian , semuanya gara-gara kasi yang sering menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan bentuk matanya besar. Pelik juga mika , rata-rata orang jepun dan cina sekarang mahukan anak bermata besar , tapi kasi sebaliknya .Sering mengomel dengan bentuk matanya yang tak mewarisi bentuk mata kebanyakkan orang jepun yang sepet-sepet belaka.
“ Mika , kamu cakap apa ?. Boleh perlahan sikit tak ?.” Sebutir-sebutir bicara kasi pada mika. Al-maklum orang dah lama tak cakap Bahasa Malaysia.Bunyinya pun masih pelik pada telingga mika.
“ Ohh , maaf ya , saya lupa kamu dah lama tak cakap bahasa Malaysia.Ok sekarang saya cakap satu-persatu.”Lebar senyuman yang terukir dibibirnya. Lucu pulak rasanya bila harus bercakap satu-persatu dengan kasi , sudah umpama gaya bercakap dengan orang-orang tua yang hilang pendengaran kerana faktor usia.
“Lupakanlah hal tadi . Sayang , macam mana urusan kamu . Sudah selesai ke belum?.” Mika berpaling sambil menunjukkan muka comelnya pada kasi.Pipinya dikembungkan umpama mahu meniup belon dan matanya yang bulat di kelip-kelipkan beberapa kali. Tak tentu arah kasi melihat muka comel Mika .gara-gara wajah comel itulah dia jadi penduduk tetap Malaysia.Hasrat untuk memilik gadis itu sangat membara dihatinya.Entah kenapa dia pun tak tahu. Mika gadis kacukan melayu dan jepun ,berkulit putih kemerah-merahan .Berbibir merah , berambut lurus dan halus,matanya bulat dan bertubuh sedikit berisi nampak serasi dengan ketinggiannya yang sederhana.
“ Insyaallah , minggu depan akan selesai .Cuma tunggu potong jer.” Tersedak mika mendengar perkataan potong.
“ Hahahaha….potong , potong , jangan tak potong bahaya sayang.” Merah padam muka mika kerana ketawa .Gelihati benar dia dengan kata-kata kasi yang selamba tanpa sedikit pun malu.
“ Erk... sayang , kenapa ketawa ?. Saya salah cakap ke ?. By the way u ingat I nak potong apa ? I nak potong nama non-muslim dekatkad pr I .Setakat ini itu saja yang belum dipotong yang lain sudahlah sayang.” Sekali lagi Mika tersedak mendengar jawapan kasi.Berputar-putar ayat yang mahu disusun untuk membalas balik kata-kata kasi dikepalanya.Malu kerana salah sangka . Mujur saja dia tak terlepas kata.Setelah lama berdiam diri ,akhirnya jawapan yang keluar dari bibirnya adalah .
Dah jom balik , kang mama membebel kang.”Berganjak mereka dari situ.Sudah lima jam mereka berbincang di restoran itu. Tempat mereka sering bertemu untuk berbincang tentang masa depan.Sengaja Mika memilih tempat ramai orang supaya sekurang-kurangnya , jika ada yang membahaskan perilakunya dan kasi yang selalu berdua .Adalah jawapan yang nak diberikan kepada ibu dan ayahnya nanti.Dia berdua pun di tempat terbuka .Bukan dia tak maklum dengan perangai puan Miso yang pantang apabila sampai ditelingganya perihal satu-satunya anak gadisnya itu yang selalu keluar hingga lewat malam dengan lelaki.Walaupun atas urusan kerja.Miso tetap berkeras ,
“tak sopan anak dara balik malam-malam buta ni, dengan lelaki pulak tu.”
“ Assalamualaikum , ibu .Belum tidur ke ?.”Selamba Mika menyapa ibunya yang sudah bercekak pinggang didepan pintu.Gara-gara anak daranya balik lambat malam itu.Bila saja melihat wajah miso yang masam mencuka .Mika mula buat muka comelnya .Seperti biasa pipi dikembungkan dan matanya dikelip-kelipkan.Tangan ibunya dicium dan perlahan dia berlalu dari situ.Baru saja meniti tiga anak tanggamika pusing semula. Dilihat ibunya sudah senyum.
“Bu , kata kawan mikakan , kalau kita kelip mata tiga kali kat kucing itu tandanya .I love u.Cuba ibu tengok sini”.Mika mengerlipkan matanya tiga kali pada miso.
“ Ingat ibu kucing ker , nak buat macam tu .Dah solat ke belum ?.” Miso menjuihkan bibirnya .
“ Dah ibu , solat dengan kasi kat Masjid putrajaya tadi .” Hidungnya dikecikkan .Tabiat-tabiat yang mika suka buat saat berada dekat dengan ibu bapanya dan kasi.Kerana tingkahnya itu , ibunya sering cair dengannya. Baru nak menghamburkan marah , api kemarahannya padam secara tiba-tiba saat melihat wajah comel anak daranya yang sudah berusia 24 tahun itu.Kerana tabiat mika itu juga , kasi sering cair dengan mika.
“ Pagi , cik mika , dah sarapan ke belum ?.” Lina , pembantu peribadi mika menyapanya setiap pagi.Gadis sabah itu sudah 3 tahun setia menemaninya.Rajin bekerja membuatkan Mika senang dengan Lina.Kalau saja Mika harus kemana-mana dia memang tak perlu risau .Kerana Lina memang boleh mengawal dan menyiapkan semua kerja tepat pada masanya.
“ Pagi lina , Assalamualaikumnya mana ?.”Tersengih lina , sebelah tangannya sudah didahi .Tabik tanda menyerah sudah buat kesilapan diawal pagi.
“Assalamualaikum dan selamat pagi cik mika sayang , dah sarapan ke belum ?.” Bulat matanya memandang mika.
“ Hihihihi…Waalaikumusalam dan selamat pagi cik Lina sayang , cik Mika dah sarapan dah .Puan Miso masak Mee hoon goreng taruk tahu basah , perghhh….sedap lina , awak tahu tak saya tambah dua kali .”
Tersenyum lina mendengar jawapan Mika. Padanya Mika bukan sekadar ketuanya tapi sahabat karibnya juga. Kerana Lina juga menjadi saksi kisah cintanya dan kasi.Teringat dia perkara yang terjadi setahun yang lepas.Waktu itu kasi masih bekerja di syarikat yang menyalurkan bahan mentah buat syarikat yang menjalankan proses pengilangan barangan plastik untuk membungkus cip-cip computer dan telefon yang bersadurkan emas di jepun.
“ Hello , I am kasi san , from Denkyu International Japan. Boleh saya cakap sama Mika san ?.” Tersedak Lina , saat kali pertama mendengar kasi menuturkan bahasa Malaysia.Tidaklah sempurna mana sebutannya , tapi cukup untuk difahami. Terdetik kata-kata dalam hatinya. ‘ Eh aku nak balas dalam bahasa Malaysia balik ker ni , ker English. Arghhh….english sudah.Kang cakap lebih-lebih kang entah faham entah tidak jepun ni.’
“ Please hold on sir .” Ringkas , tapi itulah ayat standard yang selalu digunakan bila mengangkat sebarang panggilan buat Mika.Sejurus itu panggilan terus disambungkan ke bilik Mika.
“ Ishk…pagi-pagi buta dah ada panggilan masuk , leceh betul .Baru nak hirup air .” Mika mengomel sendirian letih menguruskan projek baru kilangnya semalam belum selesai .Baru mahu berehat sikit pagi ini , harus kerja lagi seperti semalam.
“ Mushi … mushi… Mika san , how are you today ?.”
“ Ah..Kasi san , fine thank you .How about yesterday discussion ?.When are they decide to go to Malaysia?.”
“ Ah..anooo.. Mika san , We would come tomorrow .”
“ What!!! , tomorrow !!! so fast ? .” Berkerut dahi mika mendengar jawapan kasi.
“ Yes , tomorrow . Semuanya kena selesai dengan cepat .” Satu-satu ayat keluar dari bibir kasi.Mika yang mendengarnya terperanjat.’ Eh , mamat jepun ni , boleh cakap melayulah .Jelas juga bunyinya.’
“Erm… I impress you can speak malay.”
“ Mika san , saya ada ambil jurusan kesusteraan melayu di Tokyo International universiti.Tapi banyak sudah lupa .Kerana tak ada orang cakap melayu dengan saya di Japan.”Terdengar ketawa halus jejaka jepun itu.
“ Ohh…so ka ne .Baik kasi san , kita jumpa esok di sini . Saya akan sediakan penginapan dan kenderaan untuk tuan dan ….ohh ya berapa orang akan datang ya ?.”
“ Mika san , there will be three of usand thank you for your co-operation.”
“ Welcome Kasi san .See you tomorrow.”Pantas Mika keluar dari biliknya. Mencari lina yang sedang sibuk mengemas fail-fail yang berselerakkan diatas meja .
“ Lina , nanti tolong booking tiga bilik single untuk kasi san dan dua orang lagi dari Denkyu International Japan , ya .Erm…apa lagi ya.Ohhh…ohhh , jangan lupa booking rasyid transport untuk pickup diorang kat airport esok jam 2.00 petang dan tempah makanan untuk mesyuarat besok erm…tu saja kot. Maaf Lina ,susahkan awak.Saya kena siapkan laporan untuk mesyuarat esok tak dapat nak bantu.” Mika mula menunjukkan muka comelnya.
“ Eh , cik Mika ni .Tak perlah memang kerja saya pun.”
****************************************
Sudah jam 10 pagi , Mika resah berada didalam biliknya. Sudah berapa kali dia keluar masuk ke bilik mesyuarat untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik sebelum mesyuarat bermula.Ini kali pertama dia menguruskan kes tersalah hantar bahan mentah.Denkyu International adalah pelanggannya. Kesilapan yang dikesan selepas siasatan dilakukan adalah . Pekerja lama membuli pekerja baru yang dipaksa untuk menjaga hampir kesemua mesin membuat bahan mentah tersebut. Sudahnya kerana kepenatan . Pekerja baru tersalah mencampurkan bahan mentah. Syarikat rugi hampir 5000 ringgit .Itu belum lagi kos nak menawan semula hati pelanggan.
Bahan mentah yang dipulangkan semula , memang sudah tak boleh digunakan . Kerana pelanggan sudah guna separuh darinya dan dapati bahan mentah yang dihantar adalah bahan mentah yang salah.Tindakan serta merta diambil. Pihak pengeluaran buat semula barang dan hantar ke jepun menggunakan pengangkutan udara.Tak tenteram hidup Mika dan lina selama seminggu dengan deringan telefon yang tak berhenti-henti dari pengurusnya yang sedang bercuti di Kota Paris dan panggilan telefon dari pihak Denkyu International yang menuntut syarikatnya membuat proses ganti semula dengan seberapa segera.Selesai urusan menganti , penjelasan pula yang diminta.Terpaksalah Mika melakukan kertas kerja penyiasatan untuk memuaskan hati pelanggannya itu.
Mika memandang lembaran kertas yang berada ditangannya. “Erm …aku harap diorang boleh terima jawapan root cause pada correction action paper ni.Kalau tidak masak aku kena basuh.Boss ni pun satu dah tahu ada masalah , cepat-cepatlah balik.Lingkup syarikat ni baru dia tahu.Sibuk berkepit jer dengan bini baru sampai ambil mudah jer hal syarikat.”
“ Cik mika , Mr kasi , Mr Naito dan Mr Icida dah sampai.” Tersembul lina dimuka pintu sambil menyengeh. Sudah umpama kerang kena rebussenyumannya.
“ Ohh ok,ok . Saya keluar sekarang .Kenapa senyum macam tu Lina ?.Ada yang lucu ke ?.” Kening mika sudah terjongket sebelah .Sudah rupa kak ziana zain pun ada.
“ Cik mika , Mr Kasi handsome tau .” Lina mengengam 4 jarinya dan ibu jarinya dinaikkan keatas, sambil berlalu pergi dari situ.
“ Hallo , afternoon .Namaiwa Mika san .” Tersenyum manis mika saat menyucapkan ayat tersebut.Serentak dengan itu.Ketiga-tiga jejaka yang mengadap bertentangan dengannya berpaling.
“ Ah..Mika san , I am Kasi , this is Naito san and Icida san.” Serentak keempat-empat mereka menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat kepada antara satu sama lain.Budaya orang jepun yang dia sangat maklum. Kerana Puan Miso dirumahnya tu adalah warganegara jepun sebelum bertukar kewarganegaraan Malaysia.Jesteru wajah jepunnya juga datang dari puan Miso.
“ Come sir , I guide you to meeting room.” Mengekor ketiga-tiga jejaka itu mengikut Miso dari belakang. Sepanjang berlangsung mesyuarat Kasi hanya berkepit dengan Mika. Semuanya gara-gara Naito dan icida yang tidak fasih berbahasa Inggeris .Inikan lagi mahu berbahasa Malaysia segala. Kasi menterjemahkan semua soalan –soalan Icida dan naito dalam bahasa Malaysia dan kadang-kadang bahasa inggeris kepada Mika . dan semua jawapan dan soalan mika di terjermahkan semula kepada icida dan naito dalam bahasa jepun.Payah juga berurusan dengan orang jepun.Kerana mereka memang tak menyanjung bahasa lain selain dari bahasa ibunda mereka.Tapi terbalik pulak sifatnya dengan kasi yang boleh menguasai bahasa Malaysia dengan baik.Belajar kesusteraan Melayu lagi.Entah-entah kalau bab bersajak mika pun kalah agaknya.
“ Well done , mika san .We will see you again in another one month.Please charge all hotel and transport bill to our company.Ok.”Tersenyum lebar kasi kearah mika sambil mengenyitkan matanya. Berderai ketawa icida dan naito melihat perilaku anak muda itu pada mika. Berona merah muka mika menahan malu .Perlahan dia mengembungkan pipinya seperti mahu meniup belon dan matanya dibulatkan .Tabiat semula jadi mika bila dia dalam keresahan , malu atau gembira. Kali ini dilakukan untuk perasaan yang mana satu pun dia kurang pasti.
“ Amboi , bukan main siap kenyit-kenyit mata no .” Lina menjeling kearah mika sambil senyum sinis.
“ Entah kenapa jepun murtad tu , sejak dari masuk ke bilik meeting sampailah keluar meeting mata dia duk perhati jer kat aku ni.Pelik .” Dimuka mika jelas menunjukkan penuh tanda tanya dikepalanya.
“ Cik mika sayang , orang cantik macam cik mika .Jangan kata dia saya pun terpikat tau.Auuuww.” Lina memuncungkan mulutnya umpama orang mahu bercium.
“ Uishhh…selisih , nabi tak mengaku umat tau.” Terus saja mika berjalan masuk ke biliknya.Lina mengekori dari belakang , masih mahu bergosip.
“ Kenapa cik mika panggil encik kasi jepun murtad ?.” Lina sudah menarik kerusi dihadapan meja mika.
“ Mana tak murtad , orang jepun cakap inggeris pun susah .Tapi dia selamba jer cakap bahasa Malaysia.Siap belajar kesusteraan melayu tu.” Sekali lagi mika mengembungkan pipinya.Kali ini emosinya gembira mungkin .
“ A’aa , pandai dia cakap melayu ya. Walaupun kadangkala bunyinya pelik .Tapi bolehlah faham.”Termenung kedua-dua anak dara itu seketika. Sehinggalah tersentak keduanya apabila mendengar bunyi ketukan dipintu.
“ Masuk .”.
“ Cik mika , bilik mesyuarat dah boleh kemas ke. Makcik nak sediakan bilik untuk mesyuarat dengan Gt sdn bhd petang nanti.” Wanita yang sudah separuh abad itu berdiri tegak disisi Lina sambil menunggu jawapan dari mika.
“ Ya Allah , maaf ya makcik .Mika lupa , lepas ni ada mesyuarat dengan Gt .Okey,okey kita kemas sama-sama ya .Ala kadar sudah.Bukan mesyuarat penting pun . Mesyuarat manja-manja jer tu.” Mika mendakap bahu kesom sambil berjalan beriringan ke bilik mesyuarat.Bahagia kesom dilakukan begitu.Mika memang ringan tulang. Tak pernah memandang hina kepadanya , walaupun dia bekerja sebagai pembersih pejabat saja.Tidak macam sesetengah pekerja disini . Baru jer naik pangkat pegawai dua tiga hari sudah mengarah kesom melakukan itu dan ini. Padahal masa jadi kerani dulu , boleh pulak melakukan semuanya sendiri.Tapi mika memang berbeza dari yang lain dia seorang pengurus operasi yang sangat merendah diri. Kadang kala kesom serba salah. Bila melihat bilik mesyuarat sudah siap dibersihkan sebaik saja Mika habis gunakan untuk apa-apa mesyuarat pun.
“ Cik mika lain kali jangan kemas bilik ni tau. Biar makcik buat.Seganlah makcik dengan Cik mika.”Kesom memandang mika yang sedang menyusun fail-fail berwarna kuning yang digunakan dalam mesyuarat tadi. Lina gigih mengalihkan projektor dan meletakkan semula di almari tempat menyimpan barang-barang yang selalu digunakan untuk bilik itu.
“ Kenapa ?… tak perlah .Mika memang suka mengemas makcik.jadi… ini memang tak jadi masalah buat mika.” Lembut butir bicaranya pada wanita itu.Sambil tangannya mengosok perlahan belakang kesom.
“ Bukan apa cik mika , nanti hj husin ingatkan makcik tak buat kerja pulak.” Ada riak kebimbangan diwajah kesom. Sayu pandangannya pada mika.
“ Ohh itu ker… . Makcik sayang , jangan risau ya. Mika dah cakap dah dengan Pak husin ngok ngek , lutut untut kepala kemek tu . hahahahaha…..Kalau mika pakai bilik mesyuarat .Mika akan kemas sendiri.Jangan risau ya. Hj husin memang dah sedia maklum dah tentang hal ni. .” Lebar senyuman diwajah mika sambil diikuti riak muka comelnya.Kesom tersenyum juga .Lega dihatinya mendengar pengakuan mika itu. Hanya inilah kerja yang mampu dia lakukan untuk menyara Adawiyah . Gadis downsindrom yang dilahirkan 10 tahun yang lepas.
****************************************
“ Cik mika , tuan Hj panggil .” Lina menyampaikan arahan Hj husin kepada mika sebaik saja gadis itu
masuk ke pejabatnya pagi itu.
“ Aik ,hj husin dah balik ke ?.” Mika memandang muka lina.
“ Ya , semalam sampai katanya.”
“ Erm , oklah .”
“Assalamualaikum tuan hj ?.”
“ Waalaikumusalam Mika , jemput duduk .”
“ Terima kasih , Ada apa tuan haji panggil saya ?.”
“ Saya nak tahu tentang mesyuarat dengan Denkyu International tu hari.”
“ Ohh, kunjungan mereka sangat megejutkan .Sebab mereka bukan datang untuk tuntut ganti rugi .Tapi nak buka tender baru kepada syarikat kita sebab puas hati dengan material baru yang mereka dapat.Kata mereka kualitinya nampak lebih baik dan mereka akan beli lebih banyak dari kuantiti biasa.Dua kali ganda mungkin.” Tersenyum mika , dia sendiri rasa berpuas hati dengan formular barunya itu.Formular itu membuatkan material yang terhasil punya kualiti yang baik dari sebelumnya.
“Well done Mika , macam ni bolehlah saya cuti lagi.Sebab awak dah boleh ganti tempat saya ni.”Selamba saja Hj husin melontarkan ayatnya .Mika sudah membulatkan matanya.Geram mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hj husin.
“ Oh ya Mika , macam mana persediaan untuk persembahan Majlis tahunan syarikat nanti Sudah bersedia belum.” Hj husin menghulurkan selembar kertas yang tertera jemputan rasmi untuk majlis tahunan syarikat.
“ Entahlah tuan Hj , saya tak ada idea lagi ni .Sibuk menguruskan kes salah material itu sampai saya lupa saya ada tugasan santai yang perlu saya selesaikan.” Mika mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal tapi hanya mengharap dengan menggaru begitu idea akan timbul dengan sendirinya.
“ Mika , saya ada idea.Kenapa tidak awak pakai macam ni.”
********************************************
“ Apa ? bos mika suruh pakai macam tu ke ?. Ibu tak setuju .”Masam saja wajah puan miso.
“ Ala , bolehlah bu , tak yahlah pakai macam stacy tu .Yang tu seksi sangat .Lagipun dia pakai untuk video klip memanglah macam tu.Sedap tak bu lagu jahat nyanyian stacy tu ?” Mika sudah mula buat muka comel.Taktik kedua mahu memujuk ibunya untuk membenarkan dirinya memakai kimono ibunya yang berharga ribuan ringgit itu. Dia sudah mati akal hanya itu persembahan yang dapat dibuat disaat-saat akhir ini.
“ Baik , ibu benarkan .Tapi !!! “
“ Tapi apa bu ?.” Pipinya sudah dikembungkan dengan mata bulatnya dia memandang ibunya.
“ Biar ibu pakaikan dan makeupkan Mika .Orang lain tak boleh ok.” Lurus jari telunjuk puan Miso menghala keatas tanda arahannya itu wajib dipatuhi.Tangan mika sudah berada didahi , tanda patuh akan arahan ibunya.Yang penting dia dapat memakai kimono ibunya itu.
“ Yes , masalah selesai , terima kasih ibu.”
“ Cik mika cantiknya , betul-betul macam perempuan jepunlah. Meleleh air liur saya.”Lina memandang Mika atas bawah .
“ syyyhhh…diam, diam tau .Selain hj husin , ibu dan ayah saya ni .Awak saja yang tahu .Perempuan yang penuh tepung dimuka ini cik mika anak kesayangan puan miso dan tuan ariffin.
“ Baik cik mika “ Lina berbisik perlahan. Akhirnya mereka berderai ketawa.
“Uishhh , duduk diam-diam kang retak bedak tu ibu tak tahu.Cantikkan mika bang..”
“ Ya , sayang cantik macam awak muda-muda dulu. Cuba awak tengok muka dia macam muka watak Chiyo Sakamoto dalam Memoir of Geishakan .Dengan matanya besar dan menawan tu .Mika nampak sangat jelita.” Hj Arifin mengeyitkan matanya kepada Mika yang tersenyum malu kerana dipuji cantik oleh ayahnya.
“Uishhh , abang ni selisih .Jangan lupa maksud geisha tu apa .”Laju tangan miso mencubit peha suaminya.
“Ehem…ehem , tolong jangan buat asyik romantis disini ya. Kami masih dibawah umur.” Mika berdehem kerana malu melihat ibu dan ayahnya yang tak mengira tempat untuk bergurau senda. Sifat yang sangat ingin dicontohi apabila dia sudah berumah tangga nanti. Itulah ibu dan ayahnya yang sentiasa bahagia bersama berjanji sehidup dan semati , macam dalam filem pulak ya..
“Lina , kasi san , naito san dan icida san dah sampai ker. Cepatlah persembahan ni mula. Panaslah baju ni.Tebal amat.”
“ Encik kasi jer ada cik mika .Sebab baru tadi dapat tahu yang icida san dan naito san ada mesyuarat tergempar di jepun .Jadi terpaksa batal penerbangan disaat akhir.”
“ Uhhh…lega sikit .Taklah ramai sangat yang menonton nanti.Kalau tidak masak saya lina.”
“ Cik mika , encik kasi nampak kacak tau malam ni. Dia pakai baju batik warna biru laut.”
“ Ohhh ya ke. Nanti kat atas pentaslah saya tengok.Ni tengah nak tenangkan perasaan ni.Tolong bukakan payung tu lina .Kejab lagi nama saya kena panggil ni . Ibu dan ayah mana ya ?.”Mika memanjangkan lehernya mencari kelibat ibu dan ayahnya.
“Puan miso dan Tuan Ariffin keluar makan , mereka cakap lagi dua jam mereka datang.”
“ Ok.Alamak nama saya dah dipanggil.”
Dipersilakan Chiyo Sakamoto dari memoir of geisha.
“ What !!! , why are they using that name ?” Mika sudah mencegilkan matanya pada lina.Lina hanya mengangkat bahu tanda dia tak ada kaitan dalam hal ini.Perlahan mika menyusun langkah , sambil memegang payung kertas buatan jepun yang halus buatannya menunduk saja dia berjalan. Sewaktu berhenti ditengah-tengah pentas , wajahnya diangkat perlahan.Matanya betul bertentang dengan kasi yang melopong mulut melihat kecantikan mika .Sambil memegang hujung kain tangannya mika menutur bicara yang mengegarkan hati kasi.
“Ima, Wa Aini Yukimasu, yang bermaksud willBe With You.” Selesai menuturkan perkataan tersebut mika berjalan perlahan masuk semula kebelakang pentas. Dewan yang tadinya diam membisu bagai sedang melalui peralihan masa. Bergema dengan tepukan siap dengan siulan.tanda berpuas hati dengan persembahan yang ringkas tapi menawan sebentar tadi.
Mika yang pada mulanya , mahu marah kerana dirinya disamakan dengan watak dalam memoir of Geisha tersenyum manis .Puas hati dengan persembahannya yang ringkas tadi. Selesai menukar pakaian , Mika turun ke dewan bersama lina. Perutnya sudah berkeroncong kerana kelaparan , sedari tadi dia belum pun menjamah walau sedikitpun makanan.Sedang dia ralit mencedok nasi beraini dan lauk ayam sambal.Bahunya disentuh oleh seseorang.
“ Cantik kebaya biru awak .Baju kimono tadi pun cantik .” Kasi memandangnya dengan senyuman.'Kacak' satu saja istilah yang timbul dalam fikirannya saat melihat jejaka jepun yang berbaju batik biru itu.
“ Erk…hihihi , terima kasih . Mari makan.”
“ Saya sudah makan .Tapi saya boleh teman awak makan.”
Malam itu mika dan kasi berbual sangat lama. Dari perbualan itu , mika dapat tahu yang kasi adalah anak yatim piatu.Dan dia punya seorang sahabat berbangsa melayu orang perak yang menuntut di jepun bernama salleh. Salleh yang banyak membimbing hidupnya.Salleh berkahwin dengan adik kasi yang bernama Yuki atau nama islamnya aishah. Dari perbualan itu juga kasi mengenali puan miso dan tuan Ariffin.Puan miso pernah berkahwin sebelum ini.Diusia yang muda dia telah memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.Berusia 16 tahun dan dikahwinkan dengan lelaki berusia 40 tahun membuatkan dia benci dengan kehidupan masa lalunya dijepun.Mujur saja jodohnya dengan suami pertama hanya bertahan selama beberapa bulan bila suaminya meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan.Tidak lama selepas itu ibu dan ayahnya pula meninggal dunia kerana diserang penyakit misteri.Miso meneruskan semula pengajiannya yang tergendala akibat perkhawinan . Dan sewaktu itulah dia berkenalan dengan hj ariffin apabila dia mengikuti program pertukaran pelajar ke Malaysia.Atuk dan nenek Mika di Terengganu sekarang adalah ibu dan ayah angkat Miso. Bertemu dengan Hj ariffin sewaktu melakukan lawatan selama seminggu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada waktu itu hj ariffin berada dalam tahun dua jurusan perakaunan.Sejak pertemuan pertama itulah Miso dan hj ariffin saling berhubungan melalui telefon dan email.Sehinggalah akhirnya Miso membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di Universiti Islam Malaysia dalam jurusan perniagaan .Memeluk islam semasa belajar disana dan berkahwin dengan Hj ariffin sebaik saja selesai pengajiannya.Sejak dari berkahwin hingga kesaat ini dia tidak lagi kembali kejepun . Miso sudah nekad tak mahu berpaling lagi dengan kehidupan silamnya yang menyakitkan dulu.Dia juga kurang bercakap tentang negaranya. Inikan lagi mahu mengajar mika berbahasa jepun , memang tak akan berlakulah.
Mika melihat jam ditangan sudah pukul 11.00 malam . Kebanyakkan pekerja syarikatnya sudah pulang kerumah. Hanya tinggal dia , kasi dan lina yang sedia menemaninya disitu.
“ Eh kasi san ,dah lewat ni .Saya pulang dulu ya.” Mika sudah berdiri dan baru saja hendak mengangkat beg tangannya .Kasi memegang tangannya.
“ Mika , boleh duduk dulu . Ada dua berita penting that I want to tell you .” Kasi memandang wajah mika.
“ Can we discuss it tomorrow .I have to go now.” Mika menarik tangannya perlahan.
“This is important Mika.” Kasi menundukkan wajahnya.Mika memandang lina yang berada disebelahnya dan duduk semula setelah mendapat lampu hijau dari lina.
“ Esok , hari terakhir saya kerja dengan Denkyu International. Saya tak tahu bila saya boleh jumpa Mika lagi.” Terkejut mika mendengar kata-kata kasi .Mukanya yang dari tadi sentiasa manis jadi masam secara tiba-tiba.
“ Betul ke ?.”
“ Ya , dan saya juga ada berita gembira . Minggu depan saya akan mula bekerja dengan Denki Malaysia diKuala Lumpur.” Kasi tersenyum nakal.Gembira kerana berjaya mengusik hati gadis comel dihadapannya.
“ Hahahaha….kalau macam tu .Hari-harilah saya boleh jumpa awak. Ngeee.” Mika mula mengembungkan pipinya dan matanya dibulatkan.Terkejut kasi melihat wajah mika. Tersenyum dia sendirian melihat wajah yang sudah cantik digubah menjadi comel.Semakin tertarik untuk mengenali mika dan jadi seseorang yang bermakna dalam hidupnya. Moga saja tuhan makbulkan .Itulah doanya sentiasa.
“Erk mika , there is one more thing I need to tell you. Jumaat depan saya akan mengucap dua kalimah syahadah.Masuk islam.”
“ Alhamdulillah , I am happy to hear that.”
“ Saya sangat bahagia Mika . Sudah lama saya menyimpan hasrat mahu memeluk islam. Saya juga akan lebih gembira kalau awak boleh memilih satu nama yang indah untuk saya.”Bersinar-sinar mata kasi jelas menunjukkan dia teruja dengan proses yang bakal berlaku.
“ Awak mahu saya memilih nama untuk awak .Erm…bagaimana dengan Adwan Ariffin .” Tersenyum lebar mika sambil memandang kasi.
“ Adwan Ariffin …,erm… saya suka .Tapi apa maksudnya.”
“ Calm and clever man.”
“ Ohhh , I like it.From now on , my name is Adwan ariffin.” Teruja kasi dengan nama barunya.Lina yang sedari tadi hanya mendengar mula memberi isyarat kepada mika supaya beransur pulang .Kerana pada waktu itu jam ditangannya sudah pun menunjukkan pada angka 11.30 malam .
*********************************************
Seharian mika termenung . Rindu dia pada sebaris nama . Adwan Ariffin .Nama yang sentiasa lekat dihatinya . Sewaktu kasi memintanya untuk memberikan satu nama . Adwan ariffin juga yang keluar dari mulutnya. Adwan pergi menemui ilahi sewaktu dia masih berumur 11 tahun. Demam panas secara tiba-tiba , dimasukkan ke unit rawatan rapi dan kemudian mengadap ilahi selepas seminggu bertarung nyawa.Gambar abangnya itu sentiasa tergantung dibilik ibu dan ayahnya.Sedetik pun mereka tak pernah lupa pada Adwan ariffin.
“ Kenapa termenung , ingat pada kasi ker.”Mika mengurut dadanya .Terkejut , gara-gara disergah puan miso secara tiba-tiba.
“ Eh , bunyinya ibu macam restu jer.Ingatkan ibu tak suka mika kawan dengan orang jepun ?.”
“ Aaaaaa…..nak tahu ker. Cik kasi mika tu , dah basuh fikiran ibu dan ayah tau . Maksud ibu , dia terus terang dengan ibu dan ayah yang dia suka Mika.Ibu suka orang macam dia gentlemen , nak anak orang kenalah pikat ibu dan ayahnya dulu.” Miso tersenyum sinis memandang anak daranya.Mika sudah tersipu malu.
“ Jadi ibu dan ayah suka ker.”Manja suara mika kepada ibunya.
“ Ibu dan ayah tak ada masalah . Dia pun ada cakap pasal hasratnya nak memeluk islam.Ibu ok , ayah pun ok.Sekarang , terpulang pada mika jer.” Mika yang mendengar jawapan ibunya mula mengembung pipinya dan membulatkan matanya. Miso tersenyum , dari situ saja dia sudah tahu yang anaknya sangat gembira dengan jawapannya itu.
“ Suka bu, hihihihi……bu ….”
“ Amboi gatalnya anak ibu. Ya sayang ada apa.”
“ Kasi minta nama dari mika. Mika bagi nama abang tak perkan bu.”Berubah wajah miso mendengar kata-kata Mika. Diam dia seketika. Ingatannya pada Adwan ariffin serta merta datang kembali.Anak lelakinya tu mirip seperti wajah ariffin sewaktu kecil. Kalau pulang kekampung suaminya . Ibu dan ayah mertuanya akan segera mendukung Adwan dan dibawanya keliling kampung menaiki motor .Sayang sungguh mereka kepadanya.Tapi tuhan sayangkan adwan.Dia redha dengan pemergian anak lelakinya itu. Terlintas difikirnya sekiranya kasi menggunakan nama Adwan Ariffin mungkin akan dapat mengubati lara ibu dan ayah mertuanya selama ini.
“Ibu …ibu… napa diam.Boleh tak bu. Kalau tak boleh nanti mika cakap dengan kasi suruh tukar nama lain.” Mika sudah memuncungkan bibirnya.
“ Boleh sayang . Semoga dengan usahanya itu. Rindu atuk dan nenek pada abang wan akan terubat.”
“ Hihihihi…terima kasih bu.Mika pun rindu abang .Apa agaknya abang buat kat sana ya bu.”
“ Ishhhh … Bila nak langsung ni mika ?.Ibu tak sabar dah ni nak timang cucu.” Miso mengenyitkan matanya.
“ Apalah ibu ni. Orang tu baru nak masuk islam . Potong pun belum.”
“ Potong , hahahahaha. Sudahlah . Dia cakap dengan ayah dia dah potong.”
“ Alamak sudah ka , Kalau macam tu secepat mungkinlah.”
“ Aku nikahkah dikau dengan Mika ayumi binti Ariffin dengan maskahwin sebentuk cincin tunai.”
."Aku terima nikahnya, Mika ayumi binti Ariffin dengan mas kawin sebentuk cincin tunai "
“ Alhamdulillah , tahniah selesai sudah upacara akad nikah. Berbahagialah menikmati alam rumahtangga ya.”
Tersenyum lebar mika dan adwan ariffin . Hari ini mereka sah sebagai suami isteri dan bersedia untuk menjadi muslim dan muslimah yang sejati.Bahagia saat ditabalkan sah menjadi suami isteri dibekukan untuk menjadi kenangan hidup mereka selamanya.
“ Ya Allah , Berkatilah kasih sayang yang hadir dihati kami. Biarlah kami mencintai satu sama lain kerana cinta kami kepadamu. Kurniakanlah kami zuriat yang doanya mampu menerangi kubur kami kelak. Hanya kepadamu kami meminta , tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.Amin .”
Mika mengucup tangan Adwan ariffin dan dibalas adwan dengan satu kucupan hangat didahi. Bahagia rasanya menikmati cinta halal.
“ Selamat pengantin baru , Adwan dan Mika Ayumi……..”
N/K : Hati berbunga-bunga saat menulis cerita ini. Saya pernah menyuarakan hasrat pada ibu ingin bernikah dengan jejaka jepun suatu masa dulu.Tapi ibu membangkang kerana katanya saya terlalu muda untuk memikirkan hal itu. Kalau tak silap masa tu umur saya baru 13 tahun. Hahahaha…gataikan. Sudahnya sampai sekarang saya belum kahwin. Tapi tak apa , saya yakin Allah ada perancangan yang baik buat diri saya. Semoga saya dapat mengecapi nikmat cinta halal tak lama lagi . Amin.