Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Sunday, June 6, 2010

sandaran jiwa (bab 14)(Kemuncak)

Minggu ini , minggu yang gila buat sofea.Entah kenapa bermacam-macam perkara yang berlaku tanpa disangka.Semoga allah memberikan ketenangan kepada jiwa sofea yang berkecamuk saat ini.Ada beberapa perkara yang mengejutkan datang dari sandaran jiwanya.Dia sendiri memilih untuk menyendiri dan menjauhkan diri.Mulanya sofea bingung dengan situasi itu tapi akhirnya dia mengalah.Sekiranya itu yang dimahukan oleh sandaran jiwanya maka tiada apa lagi yang boleh dikatakan.

Sehari sebelum berlaku suatu berita yang mengemparkan dunia blogger .Sofea berteleku di tikar sembahyang.Doanya “ Ya allah andai benar dia bukan seperti yang aku fikirkan , maka aku mohon ,hilangkan dia dari fikiran dan hatiku.Atau beri aku petunjuk bahawa aku memang harus melupakan dia”.Esoknya jam 6.27 pagi sofea mendapat pesanan ringkas dari seseorang ,sofea mesti bersedia untuk menerima satu berita penting yang bakal menyentap jiwa pada jam 10 .00 pagi ini.Kerana mamai akibat terlalu asyik melayan mimpi saat tidur tadi .Pesanan ringkas dijawab dengan perkataan “roger”.Tapi semasa dalam perjalanan sofea jadi terfikir , apa yang penting sangat ini ya.Jam 10.00 pagi tu , sofea terbaca tulisan seseorang tentang kaer azami .Terkedu sofea , baru saja malam tadi dia berdoa , begitu cepat tuhan menjawab.Dia meminta dengan tuhan bukan dengan manusia , kadangkala dia lupa perihal itu.

Sesuatu pertanyaan yang dia selalu ada tentang kaer azami sejak sebulan lebih dia berkenalan dengan jejaka itu.Kenapa ini , kenapa begitu .Dan akhirnya soalan kenapa ini dan kenapa begitu itu terjawab dengan sendirinya.Haih…tak de apa yang nak dikatakan lagi.Hanya pada tuhan dia berserah .Moga saja tuhan menunjukkan jalan yang benar kepada orang yang memerlukan petunjuk.Hubungannya dengan kaer azami diakhirkan dengan sopan .Walau macam mana pun dia menghormati .Lelaki-lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya.Biar betul sofea. Pemaaf sungguh .Cuba juga sofea keraskan hatinya tapi dia macam tak mampu.Hati yang tuhan bina untuknya ini terlalu lembut macam taufufa lebih tepung kentang.

Walaubagaimanapun sofea ambil pengajaran dan hikmah atas perkara yang berlaku.Dia berkenalan dengan ramai teman-teman kaer azami yang hebat-hebat belaka .Mungkin ini hikmah paling besar.Senarai sahabatnya bertambah secara tiba-tiba.Sofea juga secara tiba-tiba ingin kembali ke medan perjuangannya sebelum ini.Berita itu mengembirakan sahabat-sahabatnya yang dah lama merindukan kehadirannya semula.Ada yang hampir menangis saat terbaca status sofea di facebook yang sudah bersedia untuk ke medan perjuangan semula.Entah kenapa sofea buat keputusan itu.Ia secara tiba-tiba datang dalam hatinya , dan terus dizahirkan di facebook.

Banyak pengajaran yang sofea dapat dalam seminggu ini. Apa pun kehidupan harus diteruskan .Semua peristiwa akan jadi kenangan dan pengajaran untuk panduan hidup.Terima kasih buat sahabat yang sungguh baik hati dan sayangkan sofea dan kawan-kawan .Bersungguh-sungguh dia berusaha membebaskan kami dari kenyataan-kenyataan gila dan dari terus menjadi mangsa penipuan dunia cyber.Semoga allah terus membantu kami.Selagi keikhlasan itu ada .Tiada yang dapat menghalang kebenaran. Mujur saja tak ada apa yang tergadai .Hanya perasaan yang mungkin terluka dek kerana cinta pernah menguasai jiwa.

No comments: