Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, May 14, 2010

KC-Cairo bumi limpahan ilmu(Bab 1)

Usai talaqqi dengan syeikh azhar umari , atiq ansari bergegas kekedai buku berhampiran. Sudah lama dia berjanji dengan subhan untuk memulangkan buku yang dipinjamnya.Lantaran kerana kesusahan hidup dia tak mampu untuk membeli bukunya sendiri .Hampir semua buku dipinjam dari pelajar-pelajar yang lebih senior darinya."Salam ya ustadz subhan , minta maaf ana lambat pulangkan buku ustadz ".Subhan hanya tersenyum "ana belum layak digelar ustadz , anta baru layak ...ya ustadz atiq ansari"."Jangan subhan ...tu terlalu besar buat ana yang kerdil ni".Mereka saling menolak gelaran itu kerana merasa diri belum layak.

Kekuatan Atiq ansari adalah pada nama indahnya. Nama itu diberi oleh seorang ustadz di tempat kelahirannya.Diambil sempena nama salah seorang pembangun bandar andalusia.Nama atiq ansari terpahat di dinding satu bangunan sejarah disana.Itu atiq ansari dari kurun ke-14 , atiq ansari yang ada sekarang ini adalah pelajar lulusan al-azhar di kurun yang ke-20.Atiq ansari berkulit cerah , alur keningnya tersusun kemas , bibirnya merah merekah dengan hidungnya yang sedikit mancung kalau dipandang tiada bezanya dia dengan paras rupa orang-orang arab dicairo.Dia bukan saja terkenal dengan kekacakkannya tapi juga dia terkenal dengan kewarakkannya.Jarang sekali dia mengangkat muka saat berbicara dengan wanita yang bukan mahramnya.Berbicara hanya bila perlu dan bersuara merdu saat mengalunkan ayat-ayat suci al-quran ketika menghafaz.Dia terkenal di kalangan pelajar-pelajar senior dan pelajar perempuan yang ingin mencari lelaki soleh untuk mendampingi mereka di syurga dunia.

Sudah lima tahun atiq ansari disini.Sudah lima tahun juga atiq ansari tidak pulang ke malaysia. Diwaktu cuti semester dia lebih selesa mencari kerja dan belajar dari pulang ke negaranya sendiri. Ramai juga rakan-rakan bertanya tak rindukah dia pada keluarganya.Dia hanya punya ibu , keluarga yang lain dia tak kenal .Jadi kalau dia merindu , dia hanya rindukan ibunya saja. Atau mungkin juga dia rindukan Laila , teman sepermainannya.Bukan dia tak mahu pulang , tapi dia tak tahu bagaimana mahu pulang. Dia juga sudah tidak nampak jalan untuk pulang ke kampungnya.Mungkin kerana jalan itu kelam.Dia tak sanggup lagi pulang ke jalan kelam.Dia takut kekelaman itu akan menyeretnya ke jalan yang kusam.

"Maaf boleh tolong ana cari buku ihya ulumiddin karya Imam ghazali jilid ke lima"."Ohhh buku itu tak de dijual disini , Kalau di malaysia mungkin banyak kot "."Ia ker... dalam versi arab juga tak ada"."Kalau saudari mahu saya ada ihya ulumiddin dari jilid satu hingga 10,kalau nak pinjam datanglah kesini lagi besok .Jam dua saya sudah mula bekerja dan akan usai bekerja jam 9 malam, bila saja diantara waktu itu saudari boleh datang"."Syukran ....ana hargai , ana akan ada disini jam 3 , insyaallah. Ohh ya nama ana Awa Raudhah"."Boleh saya tahu nama saudara siapa ?."Ana atiq ansari". "syukran ya atiq ansari...jumpa lagi esok"."afwan ".Itulah kali pertama atiq ansari bertemu dengan Awa Raudhah .Dia hanya mendengar wanita itu mengucapkan namanya , tetapi langsung tidak memandang wajahnya.Setelah beberapa tahun bekerja di kedai buku Aziz wahid , dia telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan pesanan-pesanan buku buat pelajar dari indonesia dan malaysia.Kalau buku yang dicari ada dalam senarai simpanannya. Kebiasaannya dia akan mengalakkan pelajar meminjam saja buku tersebut dari dirinya sendiri dari membeli yang baru.

Hari ini atiq ansari belajar ushul tafsir.cuaca di bumi cairo sangat panas. Hampir mencecah 41 darjah celcius.Walaupun panas dia nekad untuk menuntut ilmu , kerana itulah tujuan dia datang ke bumi cairo.Dia mahu belajar sebanyak mungkin ilmu akhirat, dia mahu memimpin ibunya kesyurga.Setiap kali usai sembahyang , doanya tak pernah putus.Buat ibunya dikirimkan al-fatihah dan ayat-ayat cinta dari tuhan . Dia berdoa semoga akan ada sinar yang kembali dalam kehidupan ibunya.Walau apa pun yang ibunya lakukan . Padanya hubungan antara ibu dan anak , laksana uban yang bercampur didalam rambut yang hitam.

"wahai yang bersemayam didalam rasa dan diriku ,
Engkau jauh dari penglihatan dan pandangan,
Engkau adalah rohku jika aku tidak memandangmu,
Dia lebih dekat denganku dari segala yang berdekatan."


1 comment:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

salam kak...

dah feel mcm bc teks seberang ni...best2...next chap kak :)