Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Sunday, May 23, 2010

Berlian ....(bab 2)

“Assalamualaikum…………”

“Waalaikumusalam , masuklah .”

“,Apa khabar dik , umi macam mana dah sihat belum “.

“Macam tu jer bang , tak ada perkembangan terbaru pun,Cuma sekarang dia dah pandai minta makan yang bukan-bukan “.

“Macam mana dia minta? ,”

“Setiap ahad, hafiz akan pangku umi pastu baringkan dia kat sofa .Kepala umi atas peha hafiz.Nak tahu kami buat apa.Tengok cerita yang paling umi suka .Jalan-jalan cari makan “

“Ohhh pengacara dia Serina anak chef wan tu kan “

“Aaa”

“Kalau umi suka apa yang serina makan . Nanti dia tengok jer hafiz, Mula-mula hafiz tak faham juga.Bila Tanya “kenapa umi nak makan tu ker”,Nanti mata umi berkelip. Naklah tu namanya.”

“Habis dapat cari tak apa yang umi nak makan”

“Hafiz suruh mak jah jer masak”

“Pandai ker mak jah masak makanan yang umi nak tu”

“uiiii….jangan main-main chef hotel lima bintang tu bang “

“Bertuah ya ada orang gaji yang boleh buat semuanya”

“Mana umi ?”

“Ada tidur kat dalam bilik tu “

Zulkifli seorang anak muda yang berusia awal 30 bekerja sebagai peguam yang berjaya disebuah firma terkenal Belum berkahwin , punya rumah sendiri. Seorang anak yatim piatu yang sangat berjaya dalam hidupnya.Berkenalan dengan hafiz secara kebetulan.Kerana dia adalah orang yang turut terlibat sama dalam kemalangan di raub yang mengorbankan bapa hafiz dan menyebabkan ibunya lumpuh.Dia simpati dengan nasib hafiz yang ditimpa malang sekelip mata.Mujur saja bapa hafiz ada meninggalkan sedikit harta untuk hafiz meneruskan hidup , Walaupun tidak bekerja kerana menjaga ibunya.Zulkifli rasa bertangungjawab untuk membantu hafiz meneruskan kehidupannya.Dia tak mahu anak tunggal itu merasa keseorangan dan menangung beban seorang diri.

“Kalau hafiz nak pergi mana-mana beritahu abang zul , nanti abang boleh tolong jagakan umi”

“Hafiz tak sangguplah bang nak tinggalkan umi , Masa hafiz kecil dulu , umi tak pernah pun tinggalkan hafiz kalau hafiz sakit”

“Kau memang anak soleh , banyak perkara yang abang belajar dari hafiz”.

Hafiz merenung ke wajah uminya , perlahan-lahan dia membetulkan posisi bantal yang telah beralih dari kedudukannya.Diusap lembut wajah uminya dan dikucupnya dahi wanita itu.Teringat peristiwa suatu masa dulu saat dia engkar dengan arahan uminya,apabila uminya melarang dia keluar pada malam itu .Kering hatinya kerana sanggup menyuruh uminya diam ,kerana dirasakan terlalu bingit dengan leteran .Tapi sekarang dia rindukan leteran itu.

“Umi …bila umi nak panggil nama hafiz lagi “

Mengalir airmata zulkifli saat mendengar bicara hafiz.Dia semakin dihantui rasa bersalah atas peristiwa yang berlaku.Dia faham benar dengan perasaan hafiz sekarang. Dia pernah melalui detik itu seawal umur 18 tahun. Dia pulang membawa berita gembira buat ibu dan ayahnya , dirinya mendapat tempat di sebuah universiti ternama di kanada .Tapi sebaliknya dia turut mendapat berita sedih Ibunya meninggal dunia kerana terkejut dengan berita ayahnya yang terlibat dengan kemalangan .Selang dua hari ayahnya pula pergi.Takdir membatasi segala-galanya tiada apa yang dapat dilakukan melainkan redha.

Demi mengubati hati yang lara zulkifli menerima tawaran ke kanada dan duduk disana hampir 5 tahun..Baru 2 tahun dia pulang ke tanah air.Sekarang dia pula harus melihat hafiz melalui ranjau yang sama macam hidupnya dulu.

“Eh dah azan maghrib ni , jom kita sembahyang bang “

“Sembahyang …”

1 comment:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

mujur hafiz ada zulkifli sebagai kawan susah senang...huhu