Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, May 10, 2010

Sandaran jiwa (bab 6)

Sofea memejamkan matanya seketika.Ada sesuatu yang dia fikirkan.Dia teringatkan tok meknya di kampung . Nenek sebelah ayahnya itu telah lapan tahun meninggal dunia.Dia masih ingat , waktu itu jam 6.00 petang ayahnya baru pulang dari kerja . Ada satu panggilan yang masuk ker telefon bimbit ayahnya . Kerana ayahnya tengah makan , jadi sofea yang menyahut panggilan itu "Panggil ayoh ado berita penting " " pokcik , ayoh tengoh make "" Kalau gitu goyak ker ayoh , tok mek sakit deh , mari kelek cepat""nanti sementar ya pokcik"."ayah , pakcik ckp tok mek sakit ".Wajah ayahnya berubah . Belum pun selesai makan satu lagi panggilan telefon diterima."Abe mok tak dok doh ".Mengalir airmata ayahku , sebagai anak yang sulung dia agak rapat dengan ibunya.walaupun duduk di johor bahru dia sering telefon tok mek untuk bertanya khabar. Malam tu ayah dan ibu sofea berangkat pulang ke kampung .Sofea tak pergi kerana dia mengantikan ibunya menemani kakaknya yang sedang menunggu masa untuk bersalin anak ketiga.Sejak itu dia tak pernah pulang ke kampung ayahnya lagi. Bukan dia tak mahu tok mek dan tok ayah kedua-duanya dah meninggal.Hanya ada pakcik-pakciknya disana, kadangkala pakciknya datang bertandang ke johor untuk melihat ayah sofea.

Antara sebab sofea tak pulang ke kampung ialah kerana sepupunya yang agak nakal.Sewaktu dia kecil hinggalah berusia belasan tahun .Ada saja sepupu-sepupu lelaki sebelah ayahnya yang suka memeluk dan menciumnya . Pada mulanya dia fikirkan , itu hanyalah gurauan .Tapi apabila semakin dewasa dia mula faham .Perkara itu adalah salah .Dia jadi takut kalau ada perkara buruk yang bakal berlaku . Kalau dulu sofea tak de pilihan dia wajib ikut ibu dan ayahnya kekampung kerana tak de yang menjaganya.Tapi setelah dewasa sofea mula buat keputusan . Dia tak akan pulang kekampung selagi tak de lelaki yang bernama suami atau kekasih yang boleh berperang untuknya sekiranya keadaannya terancam. Masa kecik kalau pulang ke kampung , sofealah orang pertama yang akan berlari memeluk tok mek dan tok ayahnya.Dia ingat lagi suatu hari tu , dia teringin nak makan serunding daging buatan tok meknya ."Tok mek , bolih dok buatkan sofea serunding daging , sofea tok mahu hok beli tu , hok beli tu tak sedak, hok tok mek buat baru sedak".Kerana permintaan sofea itu. bersusah payah tok meknya buat serunding daging menggunakan dapur kayu.Masih terasa lagi sedapnya.

Sandaran jiwanya sekarang berada di kelantan . Dia baru kehilangan neneknya.Sofea faham perasaannya , dia faham benar perasaan kaer azami. Mereka berkongsi rasa yang sama.Dia harap kaer azami tak kecewa dengan kehilangan , kerana rasa kehilangan itu pasti akan berlaku dalam diri setiap insan.Apa agaknya kaer azami lakukan sekarang ....??soalan yang selalu ada dalam fikiran sofea. Dia selalu terfikirkan sandaran jiwanya itu. Setiap hari dia berdoa agar sandaran jiwanya itu berada dalam keadaan sihat sejahtera.Kadang kala dia terfikir juga pasal umi kepada kaer azami. Dia kagum wanita itu tabah memikul pilu di hatinya. Dia harap suatu hari nanti dia boleh bertemu dengan umi kaer azami untuk menyatakan kekagumannya kepada wanita itu.

Sofea menghantar pesanan ringkas kepada sandaran jiwanya. Soalannya sama seperti hari-hari yang lalu .Bertanya khabar dan melontarkan kata cinta di akhir ayatnya.Tiada jawapan dari sandaran jiwanya. Risau dan curiga bersarang dalam diri sofea. Sofea ni sangat susah untuk merajuk , dengan kerajaan hatinya pun dia jarang merajuk. Tapi dia suka pulak merajuk dengan kaer azami.Dia takut kalau sandaran jiwanya itu lupa padanya .Dia takut kalau dia tersalah bicara dengan kaer azami , dia takut kaer azami salah faham dengannya .Macam-macamlah perkara yang tak sepatutnya dia fikirkan. Mungkin kerana dia terlalu sayangkan kaer azami , jadi persoalan-persoalan itu selalu timbul di kepalanya." kak , jangan bimbang pasal kaer, kaer ok , janganlah suka fikir yang bukan-bukan". Dia terkejut , kaer azami macam tahu apa yang ada dikepalanya. Kerana ini bukan kali pertama kaer azami menghantar pesanan ringkas sebegitu." kaer janji , kaer tak akan lupakan akak, kaer sayang akak" . Ada senyuman dibibir manis sofea.Dia gembira dengan janji kaer.

Ada beberapa perkembangan menarik dengan kaer azami kebelakangan ini . Dia kedengaran gembira dalam bait-bait sajaknya. Mungkin dia dah lelah memikirkan derita, jadi ingin merasa bahagia yang bersisa sedikit.Ataupun dia mahu orang-orang disekelilingnya merasa bahagia dengan kegembiraannya. Jarang sekali sofea memberi komen kepada setiap bait-bait kata yang kaer paparkan di dalam facebooknya. Paling kuat pun dia hanya akan tulis " good job ". Dia lebih suka memberi komen terus ke telefon bimbit kaer azami . " good job sayang ...teruskan jangan berhenti menulis."Dia suka dengan sikap rendah diri kaer azami . Jejaka ini ada keluhuran budi bahasa yang sangat tinggi. Dia menilai kata-kata kaer azami dalam setiap bait-bait kata yang dikeluarkan , tak kiralah sama ada dalam sajaknya sendiri atau memberi komen terhadap orang lain . Dan dia juga perasan kaer azami akan diam sekiranya dia tak setuju dengan suatu perkara. Dia mula memahami jejaka itu. Sofea harap mereka akan lebih saling memahami antara satu sama lain . sofea mahu cintanya berkembang lebih mekar dan berbunga lebih wangi bersama jejaka itu.Sama seperti kaer azami , sofea memuntahkan rasanya dengan menulis . Lantaran ingin memuntahkan rasa kerinduan terhadap nendanya , sajak nenda tercipta.

Nenda
______

Sudah 8 tahun dirimu aku tinggalkan,
sejak dari hari pertama kau dimakamkan,
Sehinggalah ke hari ini,
Pusaramu belum pun aku jejaki.

Kau tinggalkan aku ,
Disaat aku memerlukan pelukanmu,
Kau tinggalkan aku,
Disaat aku memerlukan senyumanmu,
Kau tinggalkan aku,
Disaat aku masih mahu mendengar merdunya suaramu.

Kelmarin aku mimpikan dirimu,
kita duduk di tangga rumah ,
Berbicara tentang cinta,
Berbicara tentang derita,
Berbicara tentang kecewa,
Berbicara tentang jiwa.

Janji aku pada dirimu,
aku akan pulang,
Selesai saat keraian,
hari bahagiaku.

Janji aku pada dirimu
Aku akan pulang,
bawa impianku,

Janji aku pada dirimu
aku akan pulang ,
bawa arjuna yang bertahta dihatiku.

Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Nukilan buat nendaku tersayang.

Kaer sayang ...kita berkongsi rasa yang sama.....sofea

No comments: