Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, May 10, 2010

Sandaran Jiwa (Bab 8)

"Sayap sudah ku kibarkan , hanya menunggu jemputan dari alam yang satu lagi".Sedih sungguh bait kata yang diletakkan oleh kaer azami didalam blognya. Sofea membalas bait kata itu dengan airmata yang bernada ketabahan. " sayang... andai saja sayapmu sudah kau kibarkan maka aku bersedia menjadi penaungnya , bukan bermaksud aku rela melepaskanmu pergi.Tapi aku mahu membantumu supaya tak lelah kau terbang nanti".Semangat kaer azmi seolah-olah benar-benar sudah terbang melayang."Sayang....disetiap jiwa manusia akan ada titik noktah , andai benar wayang hidupmu akan berakhir lebih awal, maka aku pinta jangan kau pergi dengan airmata. Pergilah dengan senyuman , tinggalkanlah sesuatu buatku selain dari kalung cintamu.Untuk memimpin diriku , ketika melalui lorong-lorong yang gelap kelak"."Ya allah ...kau tuhan yang satu , tidak aku sembah yang lain selain dari dirimu.Muhammad itu utasan dan hambamu, Aku hadapkan wajahku yang hina kepadamu , sesungguhnya aku adalah tergolong dari orang-orang yang memohon pertolongan darimu."Sofea merintih mohon tuhan selamatkan kaer azami , semoga tuhan beri ketenangan didalam jiwanya , walau didalam keadaan apa sekali pun.

Dah seminggu sofea tak lalu makan , ada sesuatu yang tak kena dengan perut dan kakinya. Perutnya sakit , kaki kirinya lenguh .Dia rasa tak selesa dengan keadaan badan nya sendiri.Sofea mula berangan jadi doktor.Nasib baiklah pesakitnya ialah dirinya sendiri , kalau orang lain mungkin boleh tergadai nyawa.Ramai orang tak tahu , semasa sofea berusia 18 tahun dia telah di tawarkan menjadi jururawat di sebuah hospital swasta di johor bahru.Belajar di penang tiga tahun kemudian bekerja di hospital pakar berikut. Dia lepas tiga peringkat temuduga, tapi sayang ayahnya tak beri kebenaran untuk dia ke penang saat tu , sayang katanya.Takut sofea diculik orang. Merepek betullah ayah sofea ni. Sofea bukan comel sangat sampai orang nak culik dia. Tapi kadang-kadang sofea comel jugalah , kalau tidak masakan ramai yang tergila-gilakan dia.Kelakarlah sofea ni.Tapi masa itu dia rasa dia terlalu muda untuk buat keputusan , jadi dia redha jer dengan keputusan ayahnya.Walaupun sebenarnya sejak dari kecil dia berangan-angan nak jadi doktor atau jururawat.

Muka sofea pucat hari tu. Dalam tak sedar seluar dalamnya dah basah dengan darah.Kerana rasa yang tak berapa selesa , dia ketandas.Dia terkejut dengan apa yang berlaku sebaik melihat banyak darah keluar dari anusnya."Tak rasa sakit pun tapi darah keluar , kenapa ya".Petang itu dia mengadu kepada sandaran jiwanya . Dia Mahu tahu apa pendapat sandaran jiwanya tentang hal itu."Jangan biarkan kak,lebih baik ke doktor".Diklinik sofea ditanya dengan pelbagai soalan " Awak ada keturunan cina tak , samada disebelah ibu ataupun ayah.""tak de doc" ." ok awak ada constipation problem tak"."tak de doc"."How do you feel right now?"."Perut saya sakit, my leg also feel lenguh, and worse is i am bleeding thru my back "." Hah..tulang belakang u bleeding ker???"."Doc...tulang belakang boleh bleeding ker, kalau tulang belakang saya bleeding macam mana saya boleh nampak eik??". Doktor dan pesakit sama-sama keliru." ishhhh...macam mana aku nak cakap dengan doktor ni , yang belakang tu apa..malulah "." Doc...my anus bleedinglah". "ohhh ..your anus , cakaplah "."iskkkk....sengal betullah doktor ni"." Based on my experience , if you ada constipation and then bleeding , it is meaning that maybe u kena buasir.Ada tak family u yang kena buasir "."tak de doc". "Tapi u tak de pulak symptom buasir, so i suspek u mungkin kena...oklah i tak mahu buat judgement terlalu awal, sebab i bukan pakar dalam bidang ni, i suspek u punya usus ada problem.So sekarang i bagi refer latter ker hospital pakar and please do colon scope"."what colon scope , colon scope bukan untuk tentukan kanser usus ker"."Belum tahu lagi cik sofea , itu hanya prediction awal".Sofea tahu juga pasal "colon scope" dia pernah tengok rancangan Dr Oz di Oprah.Dr Oz pernah terangkan apa itu "colon scope" .Masukkan kamera thru anus hidup-hidup .Matilah sofea.Dek kerana terlalu takut penyakitnya pulih serta merta.Sofea ni nampak macam berani tapi penakut sebenarnya. Jadi "refer Latter " yang doktor bagi tu dia simpan dulu .Dia nak buat khazanah , nak letak dalam muzium hidupnya buat tatapan masa depan.Itu pun kalau dia sempat nak lihat masa depanlah."Dah pergi klinik , doc kata tak apa-apa .Kurang air jer don't worry" ". "Eh... sofea bohong tu dosa tau" .Tapi kalau dia beritahu perkara yang sebenar , dia hanya akan menambah kesengsaraan sandaran jiwanya. Dia tak mahu melakukan itu, dia sayangkan sandaran jiwanya itu lebih dari diri sendiri .Kalau boleh nyawa juga ingin dia berikan pada sandaran jiwanya itu.kalau sandaran jiwanya nak tukar badan dengannya pun ok. Tapi dia kena ambil masa seminggulah nak sesuaikan dirinya apabila berbadan perempuan.Apalagi dengan badan sofea yang gebu ni. Perasanlah sofea oiii...

Aku ingin berimu.

Aku ingin beri kau sesuatu,
sesuatu yang telah hilang dari dirimu,
saat tercariknya lembaran-lembaran kenangan,
yang kau ada bersama dirinya dulu.

Aku ingin beri kau sesuatu,
sesuatu yang telah hilang dari dirimu ,
saat dikhabarkan berita-berita pilu,
Takdir dari maha penentu .

Aku ingin beri kau sesuatu,
sesuatu yang telah hilang dari dirimu,
saat hanya ada tangan-tangan yang berjubah putih,
bisa menyentuhmu.

Aku ingin beri kau sesuatu,
sesuatu yang telah hilang dari dirimu,
saat pujaan hatimu,
mencari bait-bait cinta yang baru.

Aku benar-benar ingin beri kau sesuatu...
ambil saja apa yang kau mahu dariku...
andai itu bisa membuat ,
senyumanmu..
riak wajahmu..
jiwamu....
hatimu....
pulih seperti sediakala.

Andai nyawa jadi pilihan ,
Aku juga rela...

Kaer Azami....sayang kamu.....ini benar-benar ingin ku berikan buat mu....semoga dirimu mampu mengukir senyuman....kerana ternyata memang ada yang sayang....."Aku sayang kamu ".Sofea.

Sofea berharap benar kaer azami faham dengan apa yang ingin dia sampaikan. Kerana dia benar-benar ingin kaer azami masih mengecapi nikmat dunia.Dia pula sudah mula berasa puas , dan sudah mula merindukan penciptanya.

No comments: