Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, May 4, 2010

Kalung cinta.

Dari jauh kelihatan berkilauan,
Dengan loket berlambangkan hati,
Bertahtakan delima merah menyala,
Ukirannya halus menusuk kejiwa,

Kau beri padaku,
Sebagai tanda semangatmu bersamaku,
Kau katakan,
Ini hanya pinjaman,
Apabila kau pergi ,
Kau akan bawanya bersamamu,

Kau katakan padaku,
Delima itu akan terus menyala,
Selagi aku disisimu,
Kalung itu akan berkilauan,
Selagi aku memujamu,

Kau katakan padaku,
Kalung itu hanya aku dan engkau yang mampu melihatnya,
Kerana kita punya rasa cinta dan jiwa yang sama,

Tapi , setelah kau pergi,
Mengapa kalung ini masih bersamaku,
Mengapa delimanya masih menyala,
Mengapa berat memakainya masih terasa,

Kerana sesuatu yang kau tak tahu ,
Aku diciptakan ,
Untuk sentiasa ada disisimu,
Untuk sentiasa memujamu,
Untuk sentiasa mengingatimu,

Aku syukur,
Kalung ini masih bersamaku,
Akan ku simpan buat pedoman,
Untuk meneruskan hidup yang mungkin panjang.

Siapa yang tahu , hanya allah yang tahu...
Nukilan kalung cinta

No comments: