Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Wednesday, July 7, 2010

Warkah buat zuriat.

Satu Karya semusim Hanisah Hassan (8/7/2010)(1.00 pagi)

Warkah buat zuriat .

Lama Lia duduk memerhatikan ikan-ikan yang berenang bebas didalam kolam milik Hj Ezuddin .Kolam itu sudah berlumut Sejak tuannya sakit , tiada siapa yang menguruskan kolam itu.Lia sendiri tak punya masa .Kesibukkan belajar membuatkan dia sering tiada dirumah . Kalau hari bercuti sabtu dan ahad .Dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan sida dan jiha.Teringat dia saat Hj ezuddin masih sihat , seharian dia akan berada dikolam ikan .Itulah aktiviti rutinnya selepas bersara dari pekerjaannya sebagai seorang guru disekolah rendah.Ada saja perkara yang nak dilakukan .Setiap minggu pasti landskap dikolam itu akan berubah .Batu-batu disusun cantik disekitar kolam.Apabila hendak membasuh kolam , ikan-ikannya yang sebesar tapak tangan itu akan dialihkan ke kolam yang lebih kecil .Ada tujuh ekor semuanya .Spesis ikan emas yang berekor kembang.Siap dengan air anti klorin dan pokok-pokok tiruan yang ditanam untuk menjadikan kolam itu lebih menarik.Melihat papan tanda kolam itu , Lia tergelak sendiri. “Tasik Khailia”.Mana mungkin kolam sebesar itu dipanggil tasik.

“Bak buat apa tu ?.” Lia yang baru selesai bersarapan menjengukkan kepalanya ke pintu saat melihat ayahnya sibuk bertukang diluar rumah.

“Bak buat papan tanda kolam ni .Bak namakan kolam ni . ‘Tasik Khailia’.”Hj ezuddin menjawab pertanyaan anaknya tanpa menoleh.

“Bak tu bukan tasik.Tu kolamlah bak.”

“Cuba Lia fikir , kenapa bak namakan tasik tapi bukan kolam.Sebab bak nak anak bak ni bercita-cita sebesar tasik bukan kolam.”

Diam khailia mendengar kata-kata ayahnya itu. Sampai sekarang kata-kata itu masih lekat difikirannya.Bengkak dimatanya belum hilang.Teringat saat baru pulang dari bersuka ria bersama sida.

“Lia dah pukul berapa ni ? .”Tegur ibunya.

“Pukul 10.00 malam bu.”

“Dari pukul 4.00 ptg keluar sampai pukul 10 malam.sekarang baru ingat nak balik.Ibu tak mandikan bak hari ni .Tak ada orang tolong ibu.”

“Ala bu , Lia penatlah .Tiap hari jaga bak.Hari ni Lia nak rehat.Tak kan itu pun tak boleh bu.”

“Kamu nak rehat , rehatlah selama-lamanya.Ibu tak perlukan pertolongan kamu lagi.”

“bu….”

Ida bingkas bangun dari duduknya.Meninggalkan anak daranya seorang diri disitu.Khailia sudah bergenang airmata.Niat mahu berehat satu hari dari menjaga ayahnya disalahkan ertikan oleh ibunya.Pagi itu khailia bangun lebih awal.Dia bertekad mahu menyediakan sarapan pagi untuk memikat hati ibunya semula.

“Amboi sedapnya bau nasi lemak ni.Lia masak ya ?, ke beli kat kedai.”Begitulah ida yang sememangnya tak mampu untuk memarahi anak tunggalnya itu lebih dari satu hari.Memang selama ini Lia sudah banyak berbakti kepada dirinya dan ezuddin.Dia faham gelora jiwa Lia yang mahukan kebebasan seperti waktu dulu sewaktu baknya masih sihat.Tapi kebelakangan ini pemberontakkan Lia untuk menjaga baknya semakin menjadi-jadi.Risau juga ida kalau anaknya itu tidak melakukan tanggungjawab kepada ayahnya dengan baik.Pernah suatu hari Lia meninggalkan ayahnya seorang diri .gara-gara sudah berjanji bersama sida untuk ketemu pada jam 2.00 ptg.Pesanan ida supaya menunggu sehingga dirinya pulang tidak diendahkan.Ida yang mengajar di sekolah Menengah Tan sri yahya pada sebelah pagi kelam kabut pulang kerumah apabila jirannya menelefon kerana terdengar bunyi pinggan pecah dirumahnya.Sampai dirumah terkejut dia melihat serpihan cawan dan pinggan yang bertaburan dilantai.

“Kenapa bang? , nak minum ya.Ya Allah , manalah si Lia ni pergi.Boleh dia tinggalkan bak dia seorang diri dirumah.”Mengomel ida sendirian sambil mengutip serpihan-serpihan kaca dilantai.

Hj ezuddin sudah 5 bulan terlantar dikatil kerana diserang stroke.Secara tiba-tiba dia jatuh di bilik air setelah selesai mengambil wuduk untuk solat Zohor.Dua bulan dia terlantar dihospital.Sebelum dibenarkan pulang kerana sudah beransur sihat.Tapi dia masih lagi memerlukan bantuan untuk makan , minum dan menguruskan dirinya.Sewaktu ayahnya sudah pulang kerumah , Lia berada dalam cuti semester. Jadi dia yang membantu menguruskan baknya sementara Ida disekolah.Pulang dari sekolah ida akan mengambil alih tugas tersebut.

“bu …maafkan Lia ya , Pasal semalam tu bu.”Lia memandang sayu ibunya.

“Ibu maafkan , Nah cuba baca surat ini.Dah lama ibu simpan untuk berikan surat ni pada Lia .Ibu rasa ini masa yang paling sesuai.”Ida menghulurkan sekeping surat bersampul biru kepada Lia.

“Surat apa ni bu , surat dari bak ya.”Lia memandang nama pengirimnya ‘ayahmu Hj Ezuddin bin Masuki’.

Assalamualaikum ,

Buat satu-satunya puteriku .Khailia Bt Ezuddin.Harap surat ini sampai kepada Lia dimasa , detik dan waktu yang betul.

Lia melihat kepada tarikh surat itu ditulis.20 April 2009 .Ini bermaksud sudah setahun ida menyimpan surat tersebut .

Bak baru selesai membersihkan kolam .Melihat nama Lia di tasik ciptaan bak tu .Bak teringin nak tulis surat untuk anak bak baca sebagai penguat semangat Lia untuk menghadapi hari-hari sulit yang bakal mendatang.Semalam bak pergi melawat kawan bak yang lumpuh kerana kemalangan .Bak jadi terfikir mungkin satu hari nanti bak akan alami perkara yang sama macam kawan bak tu.Bak harap kalau satu hari nanti bak mengalami perkara yang sama ,Lia akan jaga bak dengan baik.Kalau masa tu bak menyusahkan Lia , bak nak minta maaf banyak-banyak ya sayang.Kalau masa tu Lia rasa susah kerana kena jaga bak, bak minta maaf banyak-banyak ya sayang.Kalau masa tu kencing dan berak bak harus Lia uruskan , bak minta maaf banyak-banyak ya sayang.Kalau masa tu bak marah-marah . Lia ingat ya sebenarnya bukan tujuan bak nak marah-marah tapi kerana bak tak selesa dengan badan bak sendiri.Kalau masa tu bak cerewet pasal makan . Lia bersabar ya sayang , sebab bak memang tak niat untuk susah Lia dan ibu.Kalau masa tu bak degil untuk makan ubat , Lia ingatkan bak ya.Kalau masa tu bak banyak membebel bukan sebab bak nak membebel tapi kerana bak tak tenteram hati kerana tak mampu untuk jadi penjagamu lagi. Kalau masa tu Lia kena susah payah angkat bak untuk pergi kehospital.Jangan serik ya nak .Sebab bak tak berniat untuk susahkan Lia.Kalau masa tu bak cakap yang bukan-bukan , maafkan bak ya.Kerana mungkin bak tak sedar masa tu . Kalau bak sudah pergi , sempurnakan jasad bak ya.Sempurnakan dengan sebaiknya.Bak sayang Lia.Lia satu-satunya anak bak.Bak ingat masa Lia kecil Lia selalu duduk kat pangkuan bak.Minta dibacakan buku puteri dari kayangan.Sesungguhnya Lia adalah puteri yang turunkan oleh allah dari kayangan buat bak dan ibu .Lahir kamu kedunia , ceriakan hidup kami .Susah macam mana pun bak akan usaha senangkan hati Lia.Biarlah bak dengan ibu mengikat perut , tapi buat Lia bak akan beri segalanya.Anakku sayang sentiasa berpaksi kepada Allah ya. Jaga diri dan jaga ibu.Lia puteri kami selamanya.


Duhai anak , andai saja bak masih mampu mengukir lautan buat mainanmu seperti dahulu.Pasti bak sudah lakukan itu sekarang.

Dari Bak ,

Hj Ezuddin

Mengalir airmata Lia , tersedu sedan sambil memeluk ibunya.

“bu …Lia berdosa pada bak.Lia berdosa bu.”

“Sayang... surat tu bak suruh bagi bila bak dah tak ada , tapi ibu tak sampai hati .Semalam ibu jumpa bak minta izin untuk serahkan surat itu lebih awal pada Lia.Sebab ibu tak nak anak ibu hanyut dan tidak menikmati duniamu bersama bak yang mungkin sementara nak.Ibu tak nak Lia menyesal , sebab tak mampu menyayangi bak sebaiknya.”Ida memeluk Lia dan mengusap lembut rambut gadis itu.

Hari itu Lia tidak kekolej.Sudah setengah jam dia mundar dan mandir diruang tamu menunggu kelibat kereta kia picanto ibunya masuk ke halaman rumah.

“Uishhh…lambatnya ibu ni.Dah lewat setengah jam ni , tak habis lagi ke mesyuarat guru ni.”Jarak sekolah ida dan rumahnya hanya lima minit .Tetapi urusan sekolah yang sering menyebabkan dia lewat pulang .Hari ini dia lewat sebab ada mesyuarat guru katanya. Sudah sering dia mengelak dengan memberi alasan ada urusan dirumah.Tetapi kali ini mesyuarat dipengerusikan oleh dirinya .Jadi mahu tak mahu terpaksa jugalah dia ada disitu sehingga mesyuarat selesai.

“Bu..kenapa lambat?.”Lia menerpa kearah ibunya sebaik saja melihat ibunya sudah berada dimuka pintu.

“Maaflah ibu ada mesyuarat.Eh tak ke kolej ke?.”Ida menegur Lia kerana melihat Lia hanya berpakaian biasa .Tidak seperti selalu.

“bu…Lia dah buat keputusan , nak rehat satu semester.”Lia memulakan bicara saat sedang makan bersama ida.

“Kenapa ?.”Berkerut muka ida , mendengar keputusan puterinya itu.

“Lia dah tengok jadual bu, Jadual semester kali ni sangat padat .Kelas akan ada sampai petang.nanti siapa nak jaga bak.Takperlah bu semester ni Lia cuti .Semester depan Lia sambunglah bu .Masa tu ibu pun dah pencenkan.” Matanya terus memandang kearah ida.Berharap ida akan setuju dengan cadangannya untuk berehat satu semester untuk menjaga baknya.

“Baiklah.Ibu pun memang tak ada pilihan. Tapi janji ya tahun depan Lia sambung belajar.”

“Baik bos.Hihihihi.”Tersenyum lebar Lia kerana ibunya menerima cadangannya itu.

Pagi lagi Lia sudah bangun .Usai solat subuh dia ke bilik ibu dan baknya .Saja melihat kalau ada apa yang diperlukan

“ Lia , bak nak wudhu , boleh pimpin bak ke tandas.”Perlahan suara haji ezuddin.

“Ayuh bak , pelan-pelan ya.”Lia memerah tenaga mengangkat baknya perlahan-lahan ,tak mahu dia menyakitkan lelaki yang dia sanjungi itu.Teringat isi surat dari baknya

Semalam bak pergi melawat kawan bak yang lumpuh kerana kemalangan .Bak jadi terfikir mungkin satu hari nanti bak akan alami perkara yang sama macam kawan bak tu.Bak harap kalau satu hari nanti bak mengalami perkara yang sama Lia akan jaga bak dengan baik.Kalau masa tu bak menyusahkan Lia , bak nak minta maaf banyak-banyak ya sayang.

Terbit kata-kata dari hatinya “Bak , bak tak pernah susahkan Lia.Kalau masa Lia kecil dulu , bak boleh dukung Lia seharian tanpa penat. Tak akan Lia tak boleh jadi tongkat bak .Walaupun sekejab.”Sabar dia menunggu baknya selesai mengambil wuduk sementara ida membersihkan tempat baring ezuddin untuk dia melakukan solat subuh nanti.

Selesai wuduk Lia membiarkan baknya solat sambil baring dikatil.Sayu dia memandang , tak pernah dia nampak lelaki itu mengabaikan solatnya. Walau dimanapun mereka berada , surau adalah perkara pertama yang dicari.

“Ya Allah , berkati anakku Khailia bt Ezuddin . Lindungilah dia dari segala kejahatan dan keburukan dunia.Temukan lelaki yang baik buat menemani hidupnya nanti.”Lia serta merta memeluk ayahnya.

“Bak…terima kasih sebab sentiasa doakan Lia.Lia minta maaf bak , Masa tu Lia tinggalkan bak seorang diri kat umah.Bak nak minum tapi tak dapat.Minta maaf bak.”Meraung Lia sambil mencium tangan ayahnya.

“Sudahlah sayang jangan nangis .Bak tak apa-apa , bak tak apa-apa nak ”Sambil mengelus lembut rambut Lia.

“Bak nak makan apa ?, Lia masakkan .Sebut aja bak , apa saja.”Lia masih lagi mengesat airmatanya.

“Bak teringin nak makan siakap stim , yang Lia selalu masakkan untuk bak dulu.”Hj ezuddin membuat permintaan sambil memandang anaknya yang sudah merah mata.

“Boleh , tapi …kena tunggu ibu balik sebab .Ikan siakap tak ada . Dah lama tak beli ikan siakap bak.Sejak bak sakit .Semua cuma makan ayam goreng je.Lama-lama bercakap pun dah bunyi ayam..hihihi.”

“Ya ker , kesiannya. Cakap dengan ibu beli ikan siakap dengan sayur kailan.”

“Baik bos.”Lia mengangkat tangannya kedahi seperti seorang polis.

“Tengahari ini kita makan bubur jerlah ya bak.”

“Baik bos.”Kali ini giliran Ezuddin mengangkat tangannya , walaupun tak sampai kedahi tapi tetap lurus seperti anggota polis.

“Bismillah bak , pelan-pelan bubur ni panas.”Lia meniup bubur nasi yang ditabur dengan isi ayam sebelum menyuap kemulut baknya.

“Apa ni , tawar .Langsung tak ada rasa masin.Macam mana kau masak.Bubuhlah garam sikit.Hari-hari kena makan bubur tawar.Mana aku tahan.”Ezuddin merungut secara tiba-tiba.Lia terdiam , teringat dia kata-kata baknya didalam surat kepadanya.

Kalau masa tu bak marah-marah . Lia ingat ya sebenarnya bukan tujuan bak nak marah-marah tapi kerana bak tak selesa dengan badan bak sendiri.Kalau masa tu bak cerewet pasal makanan . Lia bersabar ya sayang , sebab bak memang tak niat untuk menyusahkan Lia dan ibu

Sambil tersenyum dia memandang baknya dan terbit lagi kata-kata dihatinya.“Bak , bak dah susah payah suap Lia masa kecil.Dulu , Kalau makanan tu Lia tak suka Lia buang jer.tapi bak tak pernah marah.Kalau Lia nak makan sesuatu , Lia paksa bak beli .Walaupun masa tu bak tak ada duit. Jadi kalau setakat ini rungutan bak .Rungutan Lia dulu lebih teruk bak.”Bingkas dia bangun menuju kedapur .Ditabur sedikit garam , kerana baknya itu memang tak boleh makan makanan yang terlalu masin.Strokenya terjadi kerana tekanan darah yang terlalu tinggi.

“Cuba bak rasa yang ini.”Lia sekali lagi menyuap baknya.

“erm…”Tiada kata keluar dari mulut ezuddin .Terus saja dia menikmati bubur ayam itu.Mungkin sudah kena dengan seleranya.Kalau dengan ida , memang dia tak akan menambah walau sedikit pun garam kedalam bubur itu. Tapi Lia tak sampai hati. Dia sendiri tak lalu untuk menelan bubur tawar itu.

“Angkatkan bak , bak nak buang air.”Ezuddin mengarahkan Lia membantunya ke tandas untuk membuang air.Belum pun sampai ke tandas.ezuddin sudah terkencing.Diam dia berdiri disitu memegang kain pelikatnya.Selalunya dia dipakaikan lampin pakai buang dewasa .tapi hari ini lampin itu sudah habis dan ida belum sempat untuk membelinya.

“Tak per bak , terus aja kita ke bilik air.Lia mandikan bak sekali ya.”Selesai mendudukkan baknya di kerusi yang diletakkan khas di bilik air, Lia serta merta mengambil mop , sabun dan kain untuk membersihkan sisa kencing baknya.Ezuddin memandang dari dalam bilik air.”Lia maafkan bak ya , menyusahkan Lia .”mengalir airmata ezuddin melihat Lia bersungguh-sungguh memastikan biliknya bersih.Bermain difikiran Lia , ayat yang tertera di surat baknya.

Kalau masa tu kencing dan berak bak harus Lia uruskan , bak minta maaf banyak-banyak ya sayang.

Terbit lagi dihati kata-kata.”Bak, dulu masa Lia kecil , bak selalu tolong ibu bersihkan kencing dan berak Lia.Kalau setakat ini , tak terbanding bak dengan apa yang bak dah lakukan untuk Lia.” Segera dituang air panas kebaldi dicampurkan sedikit dengan air paip , supaya tidak sejuk air yang akan digunakan untuk memandikan baknya nanti.

“Bak dah handsome dah .”Lia memuji , satu ciuman singgah kedahi baknya.

“Sekarang kita makan ubat ya bak.”Lia mengeluarkan pil-pil dari hospital kerajaan ada 6 biji semuanya.

“Tak payahlah , buat apa bak nak makan ubat .Bukan semakin baik pun.Dah tak payah , bak tak nak makan.” Ezuddin memalingkan wajahnya.

Kalau masa tu bak degil untuk makan ubat , Lia ingatkan bak ya.

Sekali lagi kata-kata dalam surat terbayang dimatanya. “Bak , kalau bak tak makan ubat macam mana bak nak sihat .Kalau bak tak sihat , macam mana kita nak pergi jalan macam dulu-dulu.”Lia merenung kemata ayahnya.

“Okeylah bak makan , janji bawak bak jalan ya.”Umpan mengena , Lia tersenyum.

Malam itu mereka sekeluarga berpesta makan .Ikan siakap stim , kailan ikan masin menu istimewa yang diminta ezuddin .Lia sendiri yang memasak semua makanan tersebut.Berselera sungguh ezuddin makan, jarang dia berselera begitu.Sambil makan ezuddin meluahkan rasa.

“Lia , jangan selalu sangat keluar malam.Kat luar ada ramai orang jahat.Jangan bercampur dengan budak yang berperangai tak senonoh ya nak.Jangan tinggal sembahyang.Selalu ingatkan Allah.kalau ada apa-apa masalah kembalilah kepada allah.”

“Ya bak.”Keluar lagi sebaris ayat difikirannya.

Kalau masa tu bak banyak membebel , bukan sebab bak nak membebel tapi kerana bak tak tenteram hati kerana tak mampu menjadi penjagamu lagi.

Jangan bimbang sebab bak dah jaga Lia dengan sebaiknya selama ini.”Mengalir airmatanya.

“Kalau bak pergi dulu , jaga ibu ya.Jangan sakitkan hati ibu.Bawa ibu kemana-mana pun .Jangan tinggalkan ibu sendiri.Carilah suami yang memahami , ya nak .”Lia terbayang lagi sebaris ayat yang tertera didalam surat baknya.

Kalau masa tu bak cakap yang bukan-bukan , maafkan bak ya.Kerana mungkin bak tak sedar masa tu.

Sudah seminggu baknya dimasukkan kehospital semula.Keadaannya semakin kritikal , saluran darah tersumbat penyakit baru yang dihadapinya.Terkejut juga ida dan lia saat ezuddin tiba-tiba seperti diserang sawan.Pantas mereka memanggil ambulan untuk menghantar ezuddin ke hospital secepat mungkin.Sampai dihospital doktor mengesahkan ezuddin berada dalam keadaan kritikal dan peluang untuk pulih adalah 50 % sahaja. Bagai tak percaya lia dan ida.Semalam ezuddin kelihatan baik saja. Malahan sudah mula mahu menapak perlahan-lahan.Hari ini timbul pula penyakit baru.

28 April 2010.

Ezuddin menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 2.00 pagi.Untung saja lia dan ibunya memang telah dimaklum supaya bersedia untuk kemungkinan ini. Sejak semalam mereka bergilir-gilir tidur , untuk memantau keadaan ezuddin. Sempat Lia membisikkan ke telingga baknya kalimah “Lailahaillahallah”.Ezuddin pergi setelah selesai melafazkannya.Meraung dua beranak itu kerana tidak sangka akan perginya Ezuddin setelah mula melihat sinar.kesihatannya yang semakin baik.

Kalau bak sudah pergi , sempurnakan jasad bak ya.Sempurnakan dengan sebaiknya.Bak sayang Lia.Lia satu-satunya anak bak.

Seperti pesanan hj ezuddin jenazahnya disempurnakan dengan baik oleh Lia.Semua kenangan dan surat ayahnya disimpan dengan baik didalam diari kesayanganya.Janji untuk sentiasa menjaga ibu akan ditunaikan sedaya mungkin.

Duhai anak , andai saja bak masih mampu mengukir lautan buat mainanmu seperti dahulu.Pasti bak sudah lakukan itu sekarang.

Duhai bak , andai saja lia bisa merakam saat bak mengukir lautan buat mainanku dulu.Pasti aku tersenyum seumur hidupku.

Buat bak yang dicintai.Semoga tenang dan damai disana.

N/K: Gugur airmata saat mengarap karya ini. Semoga semua ini jadi pesanan buatku , untuk menghadapi hari mendatang.


2 comments:

Faz Nandra said...

aduh kak nisa~.... sedihlah.. tapi best.. urmm.. tetiba teringat dengan mak ayah di kampung...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

surat bak tu menyentuh hati...huhuhu