Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, June 22, 2010

Jurnal x-Wataniah(Bab 3)(Kaki Gunung ledang)






Kali kedua saya pergi latihan askar wataniah ialah menjalani latihan untuk kenaikan pangkat dari prebet ke Lans koperal.Latihannya subhanaallah sangat tersiksa.Setiap pagi berjoging hampir 10 km bagai nak tertanggal kaki-kakiku.Berlari penuh semangat.Yang aku kelakar ada askar-askar vateren yang mengelat ikut shortcut...padanlah cepat sampai .Kitaorang yang baru-baru ini bagai nak putus nyawa berlari yang lama-lama mengelat pulak.Sampai-sampai je kat kem tak boleh duduk tau.Kena berlari setempat .Aku ingat lagi kawan aku masa tu baru je sampai terus je dia baring. Lepas itu tak bangun-bangun , kita orang pun peliklah kenapalah pulak si ani baring tengah-tengah jalan.Rupanya dah pengsan da.......Kelam kabut kita orang mengangkat masuk ke berek.Esoknya kita orang kena bersiap-siap untuk bertugas dikaki gunung ledang nak menjaga puteri gunung ledanglah gamaknya.Aiceh...tak adanya.Saja jelah memang syarat nak lulus lans koperal tu kena berkhemah paling kurang tujuh hari .Trak tentera yang tinggi gila tu berhenti kat luar je. Lepas itu kita orang kena memikul semua barang-barang untuk masuk ke kaki gunung ledang .Ini bukan dekat yang ada chalet tu ok , ni kat ceruk mana entah , hutan saja nampaknya.Nak ke tempat perkhemahan kena lalu sungai yang jernih airnya tapi agak dalam juga.Sampai je tempat khemah terus masak makanan dan buat air.Lepas itu buat khemah dan lubang.Bukan lubang untuk erk...erk ya tapi lubang untuk menjaga kubu sekiranya diserang.Macam-macam penyamaran yang harus dibuat , habis muka corang caring.Hari pertama sampai je aku dah kena on call malam.Ya allah penat gila , tapi tak apa aku kan kuat.Esoknya kita orang dah kena atur strategi untuk menyerang musuh.Maklumat perisikan menyampaikan musuh akan melalui kawasan sungai sebelah utara pada jam 1300 ptg.Penat belum hilang dah nak kena perang boleh bayangkan tak.Jam 10 pagi kami dah ke lokasi serangan untuk susun strategi.Pukul 11.oo pagi kami dan meniarap kat bawah pokok buluh tu untuk serangan sampailah pukul 2.00 ptg barulah musuh lalu.Sempatlah aku tidur kejab.Bila dengar orang sibuk menembak barulah aku menembak.Penat beb berjaga semalaman.Sampai kat hutan baru aku tahu aku ini kalah dengan getah pokok resam.Habis satu badan alergik.Pokok resam ini dia mengeluarkan sejenis getah .Bagi yang alergik lalu bawahnya pun dah boleh jadi bengkak-bengkak badan.Bahaya getah ini.Esoknya jam 1730 petang dah kena bertolak ke kaki gunung ledang untuk menyerang musuh hasil dari maklumat risikan kedua.Setiap orang diletakkan jauh dari antara satu sama lain.Kami dihubungankan menggunakan seutas kali yang berwarna coklat.Kami mesti pegang tali tu sepanjang masa kalau terlepas tali tu kami tak akan tahu sama ada musuh dah sampai atau belum.Jadi cuba bayangkan mana nak pegang tali mana nak pegang M16 pening juga.Tak boleh nak membuta langsung,kalau membuta je habislah tak dapatlah clue musuh kat mana.Disebabkan terlalu ngantuk aku dapat idea.Tidur atas M16 tapi kuncilah dulu supaya tak tertembak.Pastu tali lilit dekat tangan.Tidur sekejab-sekejab je, tak boleh lama sangat kena sentiasa berjaga.Lebih kurang jam 0400 pagi , satu tarikan dirasa .Terkejut aku terus terjaga , satu tarikan bermaksud perisik pertama sudah nampak musuh yang pertama hampir melalui kawasan serangan. Beberapa saat kemudian dua kali tarikan dirasakan kemudian diikuti jeritan "tembak......" tembakan bertalu-talu dilepaskan .Sehinggalah terdengar satu lagi jeritan "musuh tumbang...hentikan tembakan".Lepas itu apa lagi kami membutalah.Sampai jam 0600 pagi baru balik ke tapak perkhemahan.Tapi pagi itu kami kena denda berendam dalam air sebab ada antara kami yang tidur dan berjalan-jalan sebelum serangan .Ha..ha...ha... kerja gila betul.Yang kelakarnya bila disuruh baring dalam air yang sejuk tu.Orang lain semua tenggelam tapi aku tak...ha...ha...ha sebabnya aku terbaring atas pasir da....habis semua orang duduk pakat gelak kat aku.Lama juga kena rendam adalah lima minit.Airnya sejuk sangat , mengigil kita orang lepas tu . Lepas denda itu sarjan baik hati , dia bagi masa untuk semua orang mandi selepas lima hari tak mandi.Cerita pasal mandi ini , masa tengah syok syok mandi jauh sikit dari tapak perkhemahan tiba-tiba ada nampak benda terapung , tahu tak apa ....wekkkkkk ta*k .Kurang asam betullah ada yang melepas pulak kat depan sana. Malam tu kita orang dijamu tembikai susu yang diambil dari ladang tembikai dekat kawasan itu. Banyak pengalaman gila yang aku perolehi dari perkhemahan ini .Kena penyakit alergik , tangan tercucuk pokok duri , yang paling lucu pengalaman masa mandi itulah.Sebelum balik kami lihat pemandangan dari puncak gunung ledang,cantiknya......Bila cerita sekarang rasa nak menitik air mata .Satu pengalaman yang tak boleh dijual beli.Nanti bila ada anak , aku nak cerita pengalaman ini kat diaorang , supaya diorang tahu mak diorang ini mungkin nampak lembut tapi ada kegigihan..... gigih ke....

No comments: