Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Saturday, June 5, 2010

Makrifat Matahati (bab 1)

Luna memandang laut yang luas terbentang didepan mata.Laut bukan tempat yang dia suka .Tetapi kerana ingin mencari ketenangan jiwa inilah tempat yang dirasakan sesuai.Dia tenang saat melihat air yang mengalir lembut menghempas pantai.Masing-masing beratur untuk mengambil gilirannya bertemu dengan kekasih hati sebutir pasir dibumi tempat luna berdiri.Lapang sikit fikiran luna.Terbang masalahnya seketika.Angin yang menghembus lembut seolah-olah mengusap wajahnya.Mata dipejamkan.Dia berfikir.Bagaimana dia nak membantu kekasih hatinya.

“ Sayang , boleh tak tolong abang?”

“Tolong apa? "

“Abang nak sayang tolong cari barang”

“Barang apa?”

“Ada pakcik tu cakap kat rumah abang ni ada barang yang tertanam,lepas tu dia cakap hanya kekasihmu di Johor yang mampu mencari semua barang-barang tu”
“Barang apa ni bang , manalah sayang tahu?”

“Sayang cubalah , kesianlah kat abang ni dah sebulan berubat kesana-kesini tak baik-baik ,lepas satu-satu lagi sakit datang.Kata pakcik tu selagi tak buang benda-benda tu ,abang tak akan baik sayang”

“Oklah ….insyaallah nanti sayang cuba , bagi sayang masa ok.Esok petang abang telefon sayang balik”.

Permintaan kekasih hatinya siang tadi kedengaran agak mustahil nak dicapai dek akal.Bagaimana ia bisa membantu pun dia tak tahu.

“Ya allah beri aku pertunjuk ".

Usai solat maghrib luna seperti biasa akan melayan tuntutan rohaninya.Setiap hari dia membaca sehelai muka surat dan menghayati bait-bait indah yang tuhan tuliskan buat manusia melepaskan kerinduan pada pencipta.Karya tuhan tiada bandingnya.Hari ini membaca surah al-fatir .Matanya terpanah pada satu maksud yang ada disitu.

Sungguh allah mengetahui yang gaib di langit dan dibumi sungguh dia maha mengetahui segala isi hati.
Surah al-fatir ayat 38.


“Subhanaallah ada mesej yang ingin disampaikan disitu.Aku benar-benar harus mencuba.”

Luna bermonolog didalam hati.Dia sudah dapat sedikit bayangan bagaimana dia boleh membantu kekasih hatinya.KItab suci diletakkan ditempat yang sangat istimewa.Matanya dipejamkan,Fikiran cuba dikosongkan.

“Astagfirullahalazim”.Apakah benar apa yang aku Nampak.Mengigil badan luna ketakutan kerana ternyata kata-kata pak tua kepada faris memang ada kebenarannya.Luna terbayang sebuah rumah.Dia Nampak seorang lelaki sedang solat dirumah itu.Luna mahu mencuba sekali lagi .Kali ini dia mencuba sambil berzikir mudah-mudahan saja bayangan yang dia nampak akan lebih jelas dari percubaannya yang pertama.Dengan lafaz bismillah dan allahuakbar dia memulakan semula perjalanannya kealam yang satu lagi.

Ada jalan bertar .Pintu pagar nampak besar , macam pintu pagar automatik.Dikiri luna ada garaj kereta untuk tiga buat kereta.Garaj tersebut terbina dari simen,istimewa buatannya .Sebelah garaj ada store tempat menyimpan barang-barang lusuh.Dia melihat rumput tempat dia berdiri.Agak istimewa rumput.Pasti ini bukan rumah orang-orang biasa.Rumput ini macam rumput yang selalu ada kat padang golf.

“Betul ker ini rumah faris”

Luna berjalan lagi Kali ini dia berada didepan rumah.Ada kolam renang yang sederhana besarnya .Dikiri dan kanannya ada pokok bunga.

“Erm…bunga orkid , cantiknya.Bunga warna ungu”

Hampir semua pokok disitu berbunga.Luna berjalan lagi.Dihujung sana ada bunga lagi.Tapi kenapa bunganya layu.Dia tak mahu kesana .Dikanannya ada landskap bentuk gua dan ada air yang mengalir.Ada kolam kecil .

“Erm ..ada ikan emas , cantiknya.Abang ada citarasa yang tinggi”

Tersenyum luna , Sepanjang berkawan dengan faris .Tak pernah sekalipun faris bangga dengan kekayaannya.Padanya kekayaan itu milik ibu dan ayahnya , bukan milik dia.
Tiba-tiba luna terpandang sesuatu , bentuk itu agak pelik pada dirinya.Disalah satu gua landskap itu ada botol .Botol berbalut kain kuning dan didalamnya ada dua batang jarum juga segumpal benang berwarna kuning dan beberapa kertas yang tertulis tulisan jawi dengan cara terbalik.

“Tulisan jawi atau mentera”.Luna cuba membaca tulisan jawi tersebut.

“Bumi, Selanggang Bumi
Ketinggalan Ina Jagak Tudung Pelangi
Nenek Jin Dohor Balas Seribu
Bertapung Tujuh.”

Tiba-tiba dia diam , ada sesuatu yang tak kena dengan mentera tersebut.Dia tak mahu membacanya lagi.

“Luna …..luna , “.Tersentak luna saat terdengar panggilan ibunya.

No comments: