Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Wednesday, May 12, 2010

sandaran jiwa (bab 11)

Sofea terbaring dibucu katil .Dia rasa hatinya lemah, jiwanya lemah . Hampir satu hari sandaran jiwanya belum bangun dari tidur."sayang...kenapa dengan kamu hari ni.Aku risau kalau kau melelapkan mata.Kerana kau selalu melelapkan mata terlalu lama.Bangunlah sayang jangan tidur lagi ".Hati sofea berdebar-debar setengah hari .Tiba-tiba jam 5.06 petang debarannya hilang , satu pesanan ringkas masuk."Kaer baru bangun dari tidur , masih mahu berehat lagi ".Sofea lega dengan jawapan kaer ,"ok sayang ".Walaupun lega dia risau lagi kerana kaer akan tidur lagi.Malam itu , sofea tak de aktiviti . Kalau malam sebelumnya dia menyakat kaer azami . Dalam diam-diam dia menghantar satu mesej kepada kaer azami melalui laman chat di facebook ."seriusnya" , kemudian sofea ketawa.Ada jawapan dari kaer azami "apa kak.....biasalah...love u :) " ."saja.... teasing kaer, love u too sayang".

"Buat yang mintak nombor aku..Ni aku bagi..ambik cepat..012-**2*81*".Dengan siapalah sandaran jiwanya marah atau dia cuba menahan sesuatu.Kalau siapa pandai bodek sofia mesti boleh dapat nombor kaer azami .Tapi kalau nak bodek sofea , dia nak tujuh dulang hati nyamuk ,tujuh dulang hati kuman, jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari rumahnya di johor hingga ke singapura. air pinang muda setempayan dan KFC sebulan. Jikalau ada demikian kabullah permintaan anda semua.Sebenarnya bukan permintaan yang dipentingkan , tapi janji mereka yang sudah terpatri mati .Itu yang sofea pegang. Kalau orang dapat kabulkan semua permintaan itupun. Dia tak akan bagi punya. Dia sayang kaer azami , dan dia tahu kaer azami sayangkan dirinya.Jadi tak de sebab untuk dia mengkhinati kaer azami.

Sofea baca satu madah yang ditulis kaer azami .Dia ingin menjawab di facebook kaer azami tapi dia risau nanti orang salah faham pulak."Sudikah pinjamkan runcing-runcing jari itu untuk kau kesatkan juntai sisa di bibir aku? Sudikah kau kemaskan rambut di ubunku bila kau lihat mata ini mula mengelabu?Sudikah berikan bahumu memancang dahiku untuk aku sandarkan di keluarnya bulan biru?Sudikah kau temankan aku di setiap derapku bila aku bisikkan betapa aku..." . "Ya allah... nyawa saja sudahku serahkan .....inikan lagi permintaan yang kecil begini. Ia terlalu mudah untuk di penuhi".Sofea membaca komen-komen yang ada di bawah madah tersebut. Ramai sungguh yang sanggup mengesat juntai sisa di bibir kaer azami yang seksi tu ."erm....glamor juga sayang aku ni ya..".

"Isk ....sayang aku buat lagi aksi 18 sxxx dia , bahaya sungguh". Sofea tergelak saat membaca aksi sandaran jiwanya yang tidak tahan dengan cuaca panas yang melanda bumi serambi mekah. "Kemarau di bumi kelantan membuatkan aku rasa seperti mahu bebas tanpa seurat benang..Selamat Petang Semua!!!". "Ada juga yang pengsan ni karang, jangan sensor sangat bahaya.....".Tapi kebelakangan ini cuaca memang panas. Kalau di jb lagi teruk pagi sampai tengahari panas terik kemudian petangnya hujan . Cuaca begini menyebabkan ramai yang sakit.Termasuklah sofea , sekarang ni dia sedang demam dan tekaknya bengkak. Simptom yang selalu dia hadapi kalau cuaca yang tak menentu ini melanda jb.

Pagi ini sewaktu memandu ke pejabat sofea terdengar satu berita yang mengejutkan "23 000 kes baru pesakit kanser di kesan" . Kebelakangan ini ramai orang diserang kanser , Ia jadi macam virus HINI pulak .Adakah kerana faktor makanan manusia ker , atau radiasi ker , genetik ker . Dia sendiri kurang pasti . Mungkin kes Kaer azami adalah salah satu kes dalam 23 000 kes yang baru.Hidup bagai di mahligai kaca , semuanya jelas di mata .Tapi tak tercapai.Itulah istilah yang sesuai bagi pesakit kanser. Pergerakan mereka terbatas.Tapi untuk kaer azami, seolah-olah penyakit itu bukan halangan bagi dirinya untuk berjuang didalam dunia penulisan .Dia membahagiakan ramai orang dengan tulisan-tulisan indahnya.Sofea berharap suatu hari nanti para sainstis akan temui ubat yang boleh mengubati kanser dengan mudah . Tak payah melalui proses kemoterapi yang menyakitkan dan kadang kala meloyakan tekak.Dalam kes kaer azami agak berat sedikit. Kata kaer azami kemoterapi bukanlah satu lagi pilihan buatnya." sayang ....walau apa pun yang manusia berjubah putih katakan , mereka bukan tuhan . Hanya diatas saja yang mampu membuat keputusan.Jadi janganlah kau bimbang. Masa kita semua akan sampai . Nanti kita bertemu di syurga,Kita pimpin tangan sama-sama , mungkin juga masa tu kita dah mampu terbang".Tingginya imaji sofea.

Mahligai kaca

Diriku di mahligai kaca,

Terlihat titisan hujan ,

menitis lembut di bucu atap,

Fikizalnya telus,

Titisannya berentak,

Kegembiraannya terasa,

Aku bahagia.

Tapi...Disaat mahligai kacaku hancur berderai,

Aku mula merasakan ,

Titisan hujan mula menganas,

fizikalnya kasar,

Titisannya mendesak,

Kesayuannya ketara,

Aku derita.

Dan inilah kenyataan hidup,

Harus aku hadapi,

Baik atau buruknya akan ku telan,

Aku tak mungkin lari darinya,

Semoga ada senyuman dihujung hela nafasku,

Inilah luahan rasa dari peristiwa cinta dan kehidupan.

Tepuk dada tanya mahligai kaca yang mana yang kau duduk.

Dari jiwaku buat jiwamu adikku Kaer azami....From jb with love ...sofea.

"Janganlah kau takut dengan kematian sayang , kerana dunia hanyalah sementara .Ada yang lebih kekal menantimu."

No comments: