Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, July 12, 2010

21 hari misi mencari Rumi (episod 3)





Seharian nandra memplot perancangan perjalanan untuk mencari anjang Khalid.21 lokasi yang berbeza , 21 nota cinta , 21 jejaka dan 21 hari perjalanan sudah dirancang dengan teliti dan baik. Setiap tempat tinggal untuk 21 lokasi telah ditempah dengan lebih awal.Segala kelengkapan dan kenderaan sudah disediakan .Pokok kata semuanya sudah tersedia , hanya menunggu messi dan Sowti saja.

“Nekti dua hari lagi kita akan memulakan perjalanan kita untuk lokasi pertama di Alor gajah Melaka.”

“Erm….bagus , nandra .Semua sudah disiapkan atau belum ?.”Serius nada nekti berbicara dengan nandra.

“Sudah nekti termasuk perancangan perjalanan untuk ke 20 lagi lokasi.”Nandra menerangkan kepada nekti perancangan perjalanan .Gayanya sudah macam pembantu peribadi yang profesional.Siap berkasut tumit berwarna merah dan berbaju kurung berwarna kuning, gara-gara ingin terlihat profesional dalam membentangkan perancangan.

“Teting , lain kali kasut merah jangan pakai dengan baju kuning ok…, tak sesuai langsung.”Messi menjeling kearah nandra yang sedang asyik menerangkan perancangannya kepada nekti.

Nandra menjeling kembali messi , sambil lidahnya dijelirkan tanda protes.Sowti yang perasan akan riak air muka nandra yang berubah gara-gara ditegur messi segera bersuara.

“Messi ….kalau satu hari tak kacau nandra tak boleh ker?.Biarlah dia nak pakai apa pun.Suka dialah.”

“Taklah nek , nanti kalau dia jalan dengan kita malulah.”Messi mempertahankan butir sindirannya.

Muncung anita sarawak nandra dah keluar .Matanya dah bergenang .Geram betul dirinya dengan Messi. Susah payah dirinya meminjam kasut merah kakchik , sekarang kena kutuk pulak.Nasib baik ada nekti didepannya , kalau tidak pasti dia sudah bergusti dengan Messi sekarang . Macam yang dia selalu buat dekat adik ketiganya Drian antuya.Drian suka menyakat kakaknya. Kalau Messi memanggil Nandra Teting ,Drian memanggil kakaknya minah Jepun.Kerana muka nandra yang ala-ala minah jepun.bermata sepet dan berkulit putih .Asal saja nampak kakaknya dia akan menyanyikan lagu “Kuraneko no tango”(Kucing hitam dalam bahasa jepun).Mulalah aksi kejar mengejar seluruh rumah antara nandra dan drian berlaku.Sudahnya dua –dua kena marah dengan ayahnya yang tidak suka dengan keadaan yang bising dirumah.

‘Isk…kalau dilayan sicelup ni boleh gila aku.’Nandra mengomel sendiri.Terus dia berlalu keluar dari bilik sowti.Messi yang melihat nandra berlalu pergi mula serba salah. 'Kenapa lain benar perangai Nandra hari ni.’Messi berbisik dalam hatinya.Nandra tak seperti selalu.Kalau selalunya nandra memang jenis yang sangat kukuh psikologinya.Walaupun dia dikutuk dengan teruknya kebiasaannya dia tak marah. Paling kuat pun dia Cuma akan menjelirkan lidahnya sebagai tanda protes. ‘Bendera merah agaknya’. Messi membuat andaiannya sendiri .Diselaknya langsir dibiliknya untuk melihat nandra dari dalam biliknya.Muram saja wajah gadis itu.

“Nah , ambik ni.”Messi menghulurkan 3 kuntum bunga ros merah dan sekotak coklat cabury fruit and nut kepada nandra.

“Eeeee….bestnya .Ini untuk saya ke.Tapikan saya hanya suka bunga sikudangan dan coklat Tudor.Yang lain saya kurang suka.Tapi tak perlah dah bagi saya ambiklah,hihihi..”

“Eh….orang dah bagi banyak songel pulak si teting ni.Kenapa bersedih tadi , awak marah saya ke?” Lembut suara messi saat bertanya , langsung keluar dari kebiasaannya .

“Ohhh…saya sedih , sebab….sebab….sebab tikus saya mati.Drian salah kasi makan.Awak tahu seharian sibitbit muntah .Saya dah bawak pergi Klinik haiwan , tapi doktor cakap tak boleh buat apa-apa.Waaaaaaa……” Nandra meraung sekuat-kuatnya , sudah seharian dia menahan air mata kerana kehilangan bitbit hamster yang dibeli ayahnya sempena hadiah harijadi mati akibat drian tersalah beri makan.Drian terberi dedak ayam kepada bitbit.Selama ini dia memang tak kisahkan pasal hamster kakaknya itu tapi setelah dipujuk oleh nandra yang berjanji akan membelikan telefon sekiranya drian menjagakan hamsternya .Gara-gara nandra tiada masa untuk melihat bitbit kerana kesibukan bekerja.Drian bersetuju menjaganya.Baru satu hari dia menjaga bitbit .Binatang itu sudah sakit-sakit dan mati esoknya.

“Ya Allah…” Messi menepuk dahinya. “Hanya kerana tikus, aku ingat kenapalah tadi.Jom.” Selamba Messi menarik tangan nandra keluar dari pejabat.

“Messi nak bawak nandra pergi mana tu.? ”Sowti menjerit dari dalam biliknya.

“Adalah , nanti kami balik nek.” Messi menjawab tanpa menoleh.Nandra pula sudah kebinggungan dengan perangai Messi yang sudah macam orang tak betul .

“Eeee…cantiknya tikus tu , nak yang putih boleh tak.Awak bayar dulu eh… nanti saya bayar bila gaji dah keluar.” Nandra tersenyum lebar saat melihat ada berpuluh-puluh jenis tikus dan hamster di kedai yang disinggahnya bersama Messi.

“Teting... , teting... tu hamster bukan tikuslah , lembap betul .Ambik saja mana yang kamu mahu . Saya belikan percuma.”Messi lega melihat sudah ada senyuman diwajah nandra. Gelisah hatinya saat melihat nandra mengalirkan airmatanya tadi.

“Janji jangan nangis lagi ya teting .” Messi memujuk nandra sambil mengeluarkan wang untuk membayar harga bagi dua ekor hamster yang dibeli nandra.

“Baik cik celup…eh cik messi .” Nandra menoleh sambil tersenyum manis.

Damainya cinta

Rangkaian dua jiwa ,
Terpatri kerana satu ungkapan,
Cinta ,
Sulit ditafsir ,
Sakit diingkari ,
Derita didustai,
Cinta ,
Bahagia dirasai ,
Indah dinikmati,
Damai dihati.
Saat cinta dijiwa,
Terpatri menjadi satu ,
Terlerai semua igauan,
Musnah semua lamunan.

Sowti membaca sajak itu berulang-ulang . Teringat dia kepada sajak-sajak anjang Khalid yang sering melunturkan hatinya.Bahasa percintaannya dengan anjang Khalid dulu hanyalah puisi.Satu puisi dikirimkan maka anjang Khalid akan membalas dengan puisi juga.Indah sungguh kenangan itu. Mungkin penulis sajak Damai cinta ini adalah anjang Khalid yang sebenarnya.


******

Hari pertama
Lokasi :Alor gajah.
Pekerjaan : pemandu bas.

Jam 7.30 pagi lagi nandra , sowti dan messi sudah berada distesen Alor Gajah mahu berjumpa anjang Khalid .Stesen bas yang berdekatan dengan Bangunan Mara itu , kelihatan penuh hari itu.Orang yang mahu keTampin dan Masjid Tanah semuanya berkumpul disitu.Nandra sudah berpeluh sakan saat menunggu Anjang Khalid .yang sudah berjanji dengannya ingin berjumpa di tempat adanya juke box di stesen itu.

“Mana anjang Khalid ni , katanya ingin berjumpa disini.Ishkkk…dah basah ketiak tunggu kat sini.”Nandra mengomel sendiri.Dia risau melihat nekti yang sudah basah bajunya kerana keadaan yang agak panas di stesen itu dan messi yang sudah menjelingnya dari tadi.

“Nandra ya , marilah naik bas.Pakcik ada oncall pulak hari ini .Jadi terpaksalah kerja tak boleh buat apa.Ayuhlah kita berbual dalam bas saja.Cepat…cepat bas nak jalan dah ni .Orang pun dah ramai dah tu.”Anjang Khalid menunjukkan tangannya kearah bas yang tertera nombor 21 (Masjid Tanah/ Melaka).

“Kejab ya pakcik .” Segera nandra berlari kearah Sowti dan Messi .Kemudian berlari tiga beranak itu naik ke dalam bas yang kelihatan usang dan penuh dengan pelbagai bunyi yang datang dari enjinnya.Didalam bas terpaksa mereka berdiri kerana tempat duduk yang penuh.Kerana kesian melihat nandra , messi dan sowti berdiri , dua orang jejaka bangun menawarkan tempat duduk mereka kepada sowti dan nandra.Anjang Khalid hanya melihat dari depan.Messi masih lagi berdiri.

“Nak , mari sini .Duduk kat sini sebelah pakcik ni.” Anjang Khalid menawarkan tempat duduk disebelahnya kepada messi .

“Tak perlah saya boleh berdiri.”Messi menolak dengan sopan.

“Uisssh…janganlah begitu .Ini favourite seat ni.Kalau budak sekolah berebut-rebut tau nak duduk sini.”

Sowti sudah menolak-nolak lembut cucunya menyuruhnya duduk disisi anjang Khalid.Sambil nanti boleh bertanya tentang sejarah hidupnya.Hanya dengan cara itu dia boleh mengetahui sama ada ini adalah anjang Khalid yang dicari.Terpaksalah Messi bergerak ke depan.

“Duduklah nak , gegar sikitlah tempat duduk tu .Tapi seronok duduk kat tempat tu .Boleh lihat pemandangan.Orang lain tak dapat ni nak .”Panjang lebar penerangan anjang Khalid kepada Messi yang sedang mencari tempat yang selesa untuk melabuhkan punggungnya.Setelah mendapat tempat duduk yang selesa Messi mula membuka bicara.Dia tak mahu berada lama didalam bas itu.Dia berasa kurang selesa dengan kesesakkan dan kepanasan didalam bas yang tiada penghawa dingin tu.

“Pakkk… pakk.. cik.. ti... tin.. tinggal ma... ma... mana?.” Bergegar-gegar ayat yang keluar dari mulut Messi , gara-gara duduk diatas enjin bas yang bergegar kuat .Sambil tangannya erat memegang besi yang terdapat ditempat duduknya itu kerana jalan ke Masjid Tanah yang sedikit berliku.

“Ohhh pakcik asal Kelantan .”Selamba Anjang Khalid menjawab.

“Ke… ke… kelantan bukan Jo… jo... hor ke.” Sekali lagi soalan dilontarkan kepada Anjang Khalid.

“Bukan , pakcik orang Kelantan .Tapi telo dah macam orang johor dah .Sebab lama doh duk Melako ni.Bak apo , anak oreng kelate ko.”

“ Ohhh tak perlah pakcik teri... ma ka… sih .Bo… bo…b oleh berhenti sini.”Messi sudah berdiri dan bergerak kebelakang untuk memanggil nandra dan neneknya supaya turun dari bas. Turun dari bas Messi menjeling Nandra .Terkebil-kebil mata Anjang Khalid melihat tiga beranak itu . Hajatnya untuk memenangi harta pusaka yang disimpan Sowti terkubur.Sia-sia saja usahanya menyuruh din sajak membuatkan sebuah puisi untuk dihantar kepada sowti.Terbang duitnya 20 ringgit hanya untuk membayar nukilan bagi sebuah puisi.

“Teting , lain kali boleh tak kau periksa dulu .Dari mana asalnya anjang Khalid ni.”Messi bercakap dengan nada yang tinggi kepada nandra.

“Kenapa pulak , sajaknya sedap apa?.” Nandra sudah muncung.

“Yang kau pergi cari anjang Khalid Kelantan buat apa, tak guna sajaknya sedap .Kalau dia orang kelantan.”

“Manalah tahu , dia yang mengaku dia orang johor pada mulanya.” Nandra sudah memandang sowti , rasa serba salah muncul dalam dirinya. Kesian melihat sowti yang hidup dalam kemewahan tu terpaksa duduk didalam bas henti-henti yang penuh sesak dan kelihatan usang itu.

“Sudah jangan gaduh , Nandra dah cuba sebaiknya dah . Sekarang macam mana kita nak balik ke stesen bas ni.” Sowti cuba memutuskan pergaduhan kecil antara nandra dan messi.

“Kita dah ada kat Melakalah nek , apa nak kestesen pulak.” Messi mengangkat tangan ingin menahan teksi.”Nenek balik rumah dulu , berehat .Messi balik kestesen ambil kereta ya nek.”.Sowti dan nandra masuk kedalam teksi yang ditahan messi tadi.

“Oiii…teting , aku tak pasal-pasal jadi mamat gagap tadi , kau sedap-sedap jer duduk dalam teksi tu ya.”Messi menarik keluar nandra dari teksi.”Jom , ikut aku ambik kereta.”

“Ishkkk…kalau ya pun , janganlah tarik-tarik.sakitlah tangan orang.”Nandra menepis tangan Messi .

“Teksi , jalan.” Tak sempat pun sowti berkata apa-apa .Messi sudah mengarahkan teksi yang membawa sowti jalan.

“ Eh …tak malu eh , pegang tangan orang , dosa tahu tak .Kita bukan mahram.”Nandra menarik tangannya yang masih ada digengaman tangan Messi.

“Opppss…sorrylah , tak sengaja.”Messi tersenyum .Bahagia dengan aksi tak sengajanya barang kali.

“Betul ker yang tadi tu , bukan anjang Khalid.” Nandra membuka bicara saat kedua mereka sudah berada didalam kereta untuk kembali ke Melaka.

“Kan nenek dah cakap anjang Khalid tu orang Johor. Mana mungkin dia cakap Kelantan .Haih…tak pasal-pasal saya jadi orang gagap tadi tau. Panas punggung ni duduk atas enjin yang bergegar-gegar tu.Hey teting kau hutang aku untuk peristiwa ni.”Messi menjeling nandra yang sudah kecil mata. Mengantuk dan penat barangkali kerana seharian berlari kesana-sini.

“Manalah saya tahu , kalau dia orang Kelantan .” Perlahan nandra menjawab.”Eh tapi puisi dia sedapkan celup.”

“Bolehlah , dengan gaya nenek yang bersemangat membaca puisi tu .Puisi yang tak sedap pun jadi sedap tau .” Messi memuji neneknya.

“Ialah puisi tu cerita pasal akad nikah yang mempatri dua jiwa menjadi satu .Cinta yang susah untuk ditafsir , sakit kalau diingkari , derita kalau didustai, bahagia kalau dirasai , indah untuk dinikmati dan sentiasa damai dihati .Bila saja cinta itu ada semua keresahan jiwa pasti berlalu pergi.Kan Messi .” Nandra berusaha menerangkan maksud puisi damainya cinta kepada messi yang tekun mendengar.

“erm…mungkin tu maksudnya , kan nandra.” Tersenyum messi .Sengaja dia memanggil nandra dengan namanya kerana secara tak sengaja nandra juga memanggilnya messi.

“Eh Zeffi…bila sampai?.

Bersambung…….

5 comments:

Faz Nandra said...

salam akak =) wahhh... nandra yang ini pun punya hamster juga ea??? ngehehe~ klakar ar gelagat dorang ni tau... (n_n) cian si comel mati..
next please! =)

hanisah hassan said...

tulah akak pun terkejut bila baca blog kamu.Sesungguh idea hamster tu sama sekali tak dirancang.kebetulan pulak ya.

hanisah hassan said...

selamat membaca

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Blog Anuar Kamaruddin™ said...

fitam anjang khalid orang kelate ghupernyer...ekekekeke :D