Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, August 3, 2010

miowwww..........

Hihihihi......Assalamualaikum , kali ini nak tulis entry pasal kucing .Kucing ini antara binatang kesayangan rasullullah . Comel kan cat. comel sangat . Tapi aku geli.Sebab aku geli dengan binatang yang berbulu. Jadi lelaki yang berbulu , kalau nak tackle aku fikir-fikirkanlah .Ada lebih kurang 10 ekor kucing kat rumah aku semuanya dah remaja .Comel-comel , paling comel oteh... oteh ni suka mengesel , dia paling pantang kalau pintu umah au terbuka .Nanti dia akan cepat-cepat berlari masuk kedalam umah.Lepas tu jenuhlah nak mengejar. Mak aku paling sayang dengan oteh. Kalau oteh masuk rumah perkara yang pertama dia akan buat ialah panjat aquarium . Dalam aquarium tu ada ikan betuk .Kitaorang cuma tutup atas dia dengan jaring jer .Jadi oteh akan duduk atas jaring tu sambil memerhatikan ikan tu kehulu dan kehilir. Oteh dahlah badan debab bila duduk atas tu penuh jer nampak.Ohhh lupa nak describe rupa oteh. Oteh ni warna putih , bulu dia kembang sikit .Mungkin dia ni kacukan .Mata biru anak mata merah. Mak aku jumpa dia belakang rumah sangat comot. Pastu adik aku mandikan bagi ubat .Sekarang dia yang paling handsome. Oteh jantan ok. Lagi satu oteh ni sangat suka panjat kereta. Mak aku selalu tak nak naik kereta dulu kalau nak pergi mana-mana. Sebab takut kita orang terlanggar oteh ni.Jadi dia akan menghalau oteh dulu ke tempat lain pastu barulah naik kereta.Ada sekali tu aku tergelak bila ternampak oteh tengah kejar ayam . Kelam kabut ayam jantan tu lari.hahaha....comel sungguh.Walaupun aku tak pernah dukung oteh .Tapi dia paling suka aku. Pantang nampak aku baring ker , duduk ker mesti dia datang kat aku. Kalau aku lari dia kejar. Selalunya aku memang terjerit-jerit kat umah sebab geli dengan bulu kucing.Nanti adik aku tahulah dia panggil oteh supaya pergi kat dia.Pastu kat umah ada juga si belang yang panggil comet , kucing malas yang dipanggil pooo , bitbit yang comel macam harimau , kucing kuning kembar sebab warnanya sama , bear sebab kucing tu macam bear dan makcik (dipanggil makcik sebab asyik kerja beranak ya).Aku pernah marah gila kat adik aku sebab dia masukkan bitbit dalam kereta lepas tu bila dah sibuk bertelefon dia lupa bitbit kat dalam kereta tu . Nasib baik tak mati . Hampir nak nangis aku dengar mak aku cerita .Sampai termuntah bitbit terkurung didalam kereta satu malam . Aku sms adik aku , bagi amaran keras . Jangan bawak kucing masuk kereta lagi.Adik aku diam jer dia tahu salah dia. Oteh sangat suka main dengan comet dan bear . Kadang-kadang meriah tengok diaorang berlari keliling rumah.Walaupun aku geli dengan kucing tapi aku sayang sangat kucing-kucing aku. Siapa curi kucing aku , aku tumbuk dia. Hihihihihi.....gambar diatas bukan gambar sebenar , sebab adik aku tak kasi ambil gambar kucing kat umah .Katanya nanti hilang.Fakta atau auta kenyataan tu aku pun tak tahu .Tapi pernahlah adik aku yang bungsu ambik gambar kucing kita orang dulu .Nama dia kaki pendek .Sangat cantik ok , walaupun kaki pendek tapi kalau jln dah gaya model dah. Tak lama lepas tu kaki pendek hilang. Mungkin dia malu kot sebab dah jadi wanted selepas diambil gambar.Opppps....lupa nak mention dah berapa banyak pokok bunga mak aku yang mati sebab kucing aku suka tidur dalam pasu seperti gambar diatas.
Jangan lupa sayangi kucing anda.Kalau anda takut atau geli jangan tendang , dia pun ada perasaan. Lagi satu ajar anak-anak anda sayangi kucing .Janganlah bila tengok anak-anak tendang kucing anda ketawa sambil bertepuk tangan pulak.

2 comments:

Miss N™ said...

salam.. kenapa geli2 dgn kucing?? try la pegang2..nanti msti xgeli dah...
amani bru kehilang 2 ekor kucing dalam masa sminggu..

kedua2nya mati, apa punca skit tak tahu la, tak sempat bw ke klinik..

tapi nk buat mcm mana kan, janji dia dgn ALLAH...

oh ya..!! mengenai ambil gmbar tu, rasanya betul kot.. akan hilang atau mati...!!

hanisah hassan said...

ia ker...akak sayang kucing cuma geli jer.Akak tak suka binatang yang berbulu.