Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Sunday, July 18, 2010

21 Hari misi mencari Rumi (Episod 4)


Damainya keadaan pantai air papan pada pagi itu.Messi sedari tadi tidak berkelip memandang nandra yang kelihatan begitu cantik . Baju blouse yang muat-muat badannya saja berwarna merah jambu dipadankan dengan kain yang terukir ukiran-ukiran paku pakis berwarna biru lembut.Rambutnya yang beralun dilepaskan saja .Terselit sekumtum bunga ros merah di celah telingganya.Kelihatan santai tapi cukup untuk memukau messi.Hampir saja tumpah air epalnya kebaju kerana terlalu ralit melihat nandra.

“ Bang air tu dah nak tertumpah dah.” Teguran nandra mendebarkan hati messi.

“ Sayang , kelihatan cantik hari ini.” messi masih tak berkelip matanya memandang nandra.

Nandra tersenyum malu dan terus berlari kepantai .Messi mengejar dari belakang dah macam video klip dipasiran pantai dah .Sesuailah dengan bibir nandra yang seakan-akan anita Sarawak tu.Siap keduanya menyanyi –nyanyi .

Bila Tiba Di Pasiran Pantai
Ombak Menuju Pantai Merindu

Bila Tiba Waktu Untuk Kita
Melafazkan Rindu Yang Bergelora

Sayangku aku Rindu Akan Harum Rambutmu
Berjurai Bagai Bayu/layar Di Langit Biru

Sayangku aku Rindu Akan Belai Tawamu
Semerdu Bayu Yang Lalu Huu

Cintamu Sehebat Laut Yang Luas

Sesegar Ombak Yang Memutih

Bercanda Di Pasiran Pantai
Kita Bersama Memadu Asmara
Cinta Setia

Bercanda Di Pasiran Pantai
Kita Bersama Memadu Asmara
Cinta Setia

Bahagianya saat tu menyanyi sambil bekejaran .Berpaut tangan .Diwajah mereka penuh dengan senyuman dan cinta.Nandra tak pernah rasa sebahagia itu.Tiba-tiba terdengar suara memanggil

“Nandra , nandra …ooo nandra.Bangun solat subuh dah lewat ni.” Apa pulak dah 10 pagi dah nak suruh solat subuh ni. Suara siapa pulak ni.Nandra kemudian memandang ke laut. Laut yang tadinya tenang kini bergelora dan tiba-tiba air laut naik dengan tingginya dan ….

Zasss…..basah baju nandra .Tercenggah dia , dengan keadaan bantal dan katilnya yang sudah basah dengan air.

“ Mak ni kejut lembut sangat , sebab tu dia tak bangun .Tengok cara drian kejut kejab jer dah bangun .”Tersenyum drian yang berada disebelahnya dengan memegang baldi yang telah kosong.

“Eeeee….kau simbah aku dengan air ya.Nanti kau . “Nandra sudah bersedia untuk mengejar drian.

“Ialah …dari tadi mak kejut kau tau , tak bangun-bangun .Cuba tengok jam dah pukul sekarang ?.”Drian berusaha mempertahankan tindakannya. Jam digitalnya sudah tertera angka 8.

“aaaa….. pukul 8 dah , habislah sicelup marah aku .Hari ni nak pergi Nilai …….habis, habislah.”kelam kabut nandra kebilik air.

“Jepun …nak tanya ni , tadi tangan mengibas-gibas masa tidur tu mimpi apa.Siap nyanyi-nyanyi lagi. Hahahahaha. lagu apa tu ….ala.... hah!!!!…bila tiba dipasiran pantai…” Drian mengajuk bagaimana nandra mengerak-gerakkan tangan sewaktu tidur.

“Sibuklah.” Terus nandra berlalu ke bilik air.Merah mukanya menahan malu.Mimpinya dengan Messi tadi betul-betul indah. 'iskkk…kenapa pulak sicelup itu masuk dalam mimpi aku , wekkkk….kalau baim wong ker tak perlah jugak.haih….’

“Assalamualikum , nekti maaf …nandra akan lambat sedikit.Terbangun lambat mungkin letih sebab semalam sampai jam dua pagi nandra buat perancangan lokasi seterusnya.” Perlahan suara nandra dalam telefon.Rasa bersalah kerana dia yang berpesan berkali-kali supaya nekti dan Messi tidak lambat ke tempat yang dijanjikan.

“Waalaikumsalam , nandra tak apa.messi pun baru bangun ni. Mimpi apa tah sambil menyanyi-nyanyi .Susah sangat nak kejut nenek simbah air baru bangun. Nenek pantang kalau orang tak solat subuh ni tau.”

Fuhhh…nasib baik dia pun baru bangun.Kalau tidak mati aku kena kutuk.

********

“ Eh teting kenapa lambat ?.” lembut saja bicara messi pada nandra.

‘Eh kenapa jantan ni , lembutnya cakap .’Tebiat agaknya , nandra menjeling Messi.

“ Orang tanya jelling-jeling pulak. Cucuk mata tu baru tahu.Jawabnya tidak.” Suara Messi sudah meninggi bila nandra endah tak endah dengan dirinya.

“ Kita sama-sama lambat, janganlah nak cakap saya sorang yang lambat.”nandra memuncungkan bibirnya.

“Eh..aku cepat 5 minit tau..wekk.”

“ Alah 5 minit jer…bangun sama lambatnya.Mimpi zeffi ker malam tadi?.” Masam muka nandra , messi yang berada di sisi kereta sibuk menyakatnya tapi dirinya susah payah memunggah barang-barang untuk perjalanan ke nilai.Messi yang perasan dengan perubahan itu kemudian membantu nandra memunggah barang kedalam bonet kereta pancuan 4 roda itu.Sengaja mereka gunakan kereta sebegitu kerana tak tahu keadaan jalan yang akan ditempuh kelak.

“Marah lagi ker pasal tu hari.Maaflah zeffi tu memang macam tulah.Lack of communication skill.Tak reti nak bersopan dengan orang.”Messi teringat peristiwa saat dia dan nandra baru pulang dari alor gajah dua hari lepas. Masuk saja kepejabat , terlihat Zeffi sudah ada di sofa depan pejabatnya .Tajam pandangan gadis yang memakai gaun separas peha itu bila melihat Messi berjalan beriringgan dengan nandra waktu ingin masuk ke pejabat.

“sayang….kenapa I call u , u tak angkat?.” Zeffi melentokkan kepalanya ke dada Messi.Nandra yang baru saja masuk terkejut melihat adegan itu.’siapa perempuan ini , lain macam jer aku tengok.Amboi pendeknya skrit , seksinya .Adalagi ya orang nak pakai macam ni ya .Semuanya macam nak melimpah keluar dari baju.Tak sejuk ke dia.’ Macam-macam persoalan timbul dihati nandra .Manakala Messi sedari tadi hanya diam membiarkan saja zeffi melentok liuk ke badannya.Pelik nandra dengan keadaan Messi itu.

“Uikk….sayang siapa ni?. Kerintingnya rambut dia.” Dengan gaya kucing miang zeffi berjalan kearah nandra.

“Ohh…kenalkan ini nandra , pekerja baru nenek.” Messi memandang nandra.

“Ohhh ini ker , yang u katakan lawa tu.Tak adalah lawa mana pun.” Zeffi menjeling nandra yang sedari tadi pegun ditempat duduknya.Geli nandra melihat zeffi yang kelihatan seperti kucing gatal yang nak sibuk nak berlaki. ‘Sedapnya mulut dia cakap aku tak lawa.Kau ingat kau lawa sangat.Badan kurus kering ,muka penuh jerawat .Kaki banyak bulu dah macam pondan hj taib aku tengok.Buta ker si messi ambik dia jadi kekasih hati. Aku rasa masa aku mula-mula datang dengan anting-anting besar dulu lagi cantik dari kucing miang ni.chop…chop…apa dia kata Messi cakap aku lawa.Betul ke ..ermmm…’Tersenyum sendiri akhirnya Nandra.Terus dia menghulurkan tangan kepada Zeffi.

“Erk…Nama saya Nandra Zia atuya.” Huluran tangan tak disambut.Zeffi hanya memandang dengan sebelah mata saja.Geram nandra dengan tindakan zeffi itu. ‘Issskk..orang nak berbaik-baik kau nak cari pasal ya , sama jer macam sicelup.Suka bikin panas .’

“U ni…ada kaitan dengan keluarga altantuya ker.” Zeffi sudah gaya penyiasat persendirian .Menyoal segala.

“Iskkk…mestilah ada.Cuba tengok muka saya ini .Licin macam ratu cantik Nepal itu.”

Zasss…..

Zeffi terpukul dengan kata-kata nandra tadi.Dia tahu nandra menyindirnya.

“Padanlah kalau u jalan I nampak macam ada orang follow je kat belakang.Entah-entah hantu altantuya tak...” Zeffi menjuihkan bibirnya menunjukkan kearah belakang nandra.

“Hah…ada orang follow.Mana ada .”Nandra menoleh kebelakang.Kemudian baru dia sedar yang Zeffi mengenakan dia apabila terdengar perempuan itu ketawa dengan kuatnya.

“Ohhh I pakai digi u , sebab tu ada orang follow.So tak peliklahkan.” Nandra cover balik apa yang berlaku tadi.Terus zeffi diam sambil matanya liar sibuk mencari sesuatu untuk mengenakan nandra lagi.

“ Ohh ya , jemput minum cik Zeffi .” Nandra menghulurkan air kotak teh bunga chrisantimum yang baru diambilnya dari peti sejuk dibilik tetamu.

“euwww…I mana minum air ni. I ada tagline sendiri tau .Zeffi hanya minum fresh orange tau…” zeffi mengayakan taglinenya sambil jarinya ditunjuk-tunjukkan kedepan.

“Ohh bukan , tagline u macam ni ker. Zeffi baik punya…” Nandra meniru gaya zizan raja lawak waktu mengayakan tagline dafi dalam raja lawak dua yang pernah menjadi kontroversi dulu.Kemudian dia ketawa.Merah padan muka zeffi , walaupun kulitnya gelap tapi muka marahnya ketara kelihatan disebalik makeup yang tebal.Messi yang sedari tadi duduk dikerusi ruang tamu sambil membaca suratkhabar , menahan ketawanya mendengar perbualan dua gadis itu.

“ Nandra , masuk sekejap.” Nekti memanggil nandra secara tiba-tiba.

“Baik..” Seperti selalu nandra mengambil buku catatannya dan sebatang pen , lantas segera masuk kebilik sowti.Zeffi beralih ke messi semula. Melentok liuk semula.Kali ini sudah rupa harimau miang bukan kucing miang lagi .

“Nandra macam mana dengan perjalanan esok sudah dirancang dengan baik atau belum .”

“Sudah nekti jangan risau .Baik punya……” Nandra menunjukkan tanda bagus dihadapan muka nekti sambil menyengih .

……**********

Hari kedua

Lokasi :Nilai Negeri Sembilan.

Pekerjaan : Peniaga.

Gurindam Cinta.

Letih menunggumu ,

Mencari dimana matahariku,

Disaat gerhana melanda hatiku,

Bila kau pergi ,

Melangkah Lesu ,

Tanpa menoleh sayu kearahku,

Mungkin benar cinta itu tiada buatku,

Saat kau lafaz cinta ,

Pada lelaki itu,

Saat kau tinggalkan ,

Bumi Malaysia,

Kerana mengikut jejaka itu.

Ohh Sowti ,

Pulanglah ,

Abang masih menunggumu.

Termenung sowti saat membaca puisi indah itu.Teringat dirinya yang merajuk dengan AK lalu melarikan diri ke United Kingdom.Disana dia berkahwin dengan Sulaiman Aklaken dan melahirkan ibu Messi Aura Laura yang kemudiannya berkahwin dengan lelaki Italy yang bernama Ronald Lio.Ibu dan bapa kepada messi kemudian meninggal dunia tak lama selepas Messi dilahirkan kerana terlibat dalam kemalangan sewaktu mahu ke hospital mendapatkan rawatan untuk Messi yang demam panas pada masa itu. Sejak itu Sowti mengambil alih menjaga Messi di United Kingdom dan baru saja pulang ke Malaysia lima tahun yang lepas , membawa diri kerana kematian suaminya Dipegang kemas kotak yang dibawa setiap kali ingin bertemu AK.Didalam kotak itu tersimpan barang pusaka milik Ak yang ingin diserahkan kepadanya sekiranya dia bertemu orang yang betul.

“21 , 22 , 23 , hah…inilah kedainya no 24 .” Nandra menunjukkan kedai , seperti alamat yang dinyatakan didalam surat Ak kepada Sowti.

“Uik…ramainya orang ada sale ke ni.” Messi menggelengkan kepalanya saat melihat ramai orang keluar dan masuk dari kedai itu.

“Apalah…ni kan cuti sekolah , memanglah ramai orang .” Pantas nandra membuka pintu dan turun dari kenderaan itu.Melompat sedikit dia saat mahu turun kerana dirasakan pacuan empat roda tu terlalu tinggi buat dirinya yang rendang ala-ala Sheila Majid tu.

“ Assalamualikum , cik boleh tanya.Anjang Khalid ada tak.” Sopan pertanyaan nandra pada seorang gadis yang sedang sibuk melayan pelanggan didalam kedai bernombor 24 tu.

“Siapa , anjang Khalid?.Macam pernah dengar nama tu .Tapi dimana ya?.” Berkerut dahi gadis itu .Ingin mengingat kembali Siapa yang bernama Anjang Khalid disitu.

“Den…den…den …memang pantang bonar kalau ado orang buat sepah kat kedai den ni.Siti Norholiza apa ekau buat seharian kat kedai ni. EKau tengok kain-kain ini semuonya bersepah kek lantai ni.Pantang betul eden.” Kelihatan seorang tua sedang bercekak pinggang sambil membebel dan tangannya menunjuk kearah itu dan ini.Diam semuanya , hanya mendengar dan pura-pura tak mendengar kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

“Hahhhh itulah Anjang Khalid , baru den ingat .Selamo ni kita panggil Paksu Jang jo, Nama betulnya Anjang Khalid.” Siti Norholiza pembantu kedai tersebut menunjuk kearas lelaki yang membebel tadi.

“Orang mano tu…eh..mana tu? .” Nandra hampir terikut telo Siti norholiza yang agak pekat bahasa negeri sembilannya kemudian membetulkan semula telonya.Rasa tak kena pulak dengan lidahnya nak berbahasa negeri Sembilan segala.

“Orang johor .Tapi lamo dah duduk sini.Ado lah 25 tahun rasonya.Nak beli kain ko?.”

“Taklah , kami nak cari dia.Pasal surat dan puisi ni.” Nandra mengeluarkan surat yang diterima dari Anjang Khalid berserta puisi indah.Sowti yang pada mulanya yakin itu Anjang Khalid yang dicari mula curiga.Kerana anjang Khalid yang ini ada rupa mamak sedikit dan berkulit gelap.Walaupun dia sudah lupa rupa anjang Khalid yang sebenarnya tapi satu yang dia pasti anjang Khalid yang dicari tak ada rupa mamak.’tak perlah cuba dulu , mana tahu aku salah.’ Terdetik kata-kata didalam hati Sowti.Kerana pernah dia mendapat khabar dari Rupiah Sidek yang menetap satu kampung dengan dulu menyampaikan yang Anjang Khalid sudah berubah rupa .Kerana terpaksa membuat pembedahan plastik dimuka kerana mukanya rosak terkena cuka getah yang tumpah secara tiba-tiba dari bakul motornya. Waktu itu Anjang Khalid sedang menukar tayar depan motornya yang pancit.Menurut Rupiah seminggu Ak berada di hospital .Bila saja dia balik kerumah ramai orang kampung yang tidak kenal kerana wajahnya yang sudah berubah.Berubah bagaimana ,tidak pulak rupiah nyatakan dalam suratnya.

“ Paksu Jang , ni ha ado orang nak jumpo ni.”

“ Siapo dio nak jumpo aku?.Marilah sini aaa.” Ak menjawab dengan kuat dari tempatnya.

Mendengar kata-kata Ak itu Nandra dan Sowti serta merta bergerak kearah anjang Khalid.Manakala Messi meminta izin dengan neneknya untuk kekedai sebelah untuk membeli minuman .Kering tekaknya kerana sedari tadi tidak lagi meneguk walau setitik air.Melihat dua perempuan cantik berjalan kearahnya serta merta Anjang Khalid bangun mengambil dua lagi kerusi dan diletakkan dihadapannya.

“ Dari mano ni?.” Anjang Khalid mula membuka bicara sambil senyum gatal terpamer diwajahnya.

“Saya Nandra zia atuya dan ini Puan Sowti , kami kesini kerana surat ini.” Sambil nandra menyerahkan surat bersampul biru itu kepada Ak.Anjang Khalid menyambut dan membaca surat itu.

“ Surat ini memang den yang tulis.Sajak ni den tulis untuk kekasih den masa den duduk Johor dulu.”

“Johor kat mana? , Kekasih encik tu pergi kemana?.” Sowti mula membuka bicara.

“Eh…johor yang doket singapuro tu.”

“Erk…saya tahu tu, maksud saya kawasannya dimana.” Pening Sowti dengan jawapan Ak itu.

“ Ohh kek sungai tiram nu…”

“Sungai tiram bukan sungai melayu ya.”Tanya sowti lagi.

“Eh sungai tiram ko , sungai melayu eik .” Keluar sudah bahasa johornya.

“Takper-takper , sowti tu siapa pulak pada Anjang Khalid.”

“Ohhh , sowti tu kisah sedih den tu.Dulu den berkasihan dengan dia .Lama jugaklah .Lepas tu den dapat tahu dia nak kahwin dengan orang lain.Den bawak dirilah kesini.” Sowti dan nandra saling berpandangan ,cerita ak ini lebih kurang sama dengan cerita sowti.Mungkin dia Anjang Khalid yang dicari.

“Sowti tu kat mana sekarang.” Messi yang baru sampai mula mengajukan soalan setelah mendengar ulasan cerita kali ini dari nandra.

“ Dah pergi ke luar Negara.Den dongar dia dah berkahwin kek sano.” Terbeliak mata sowti dan nandra .Dalam hati nandra berkata mungkin dia ialah anjang khalid yang dicari.Tapi timbul pulak persoalan kenapa Ak yang ini macam tak kenal dengan nekti .

“ Sowti tu kemana Pakcik.”Secara tiba-tiba messi bersuara.

“Pergi ke Bangladesh , ikut kekasihnya.” Terdetik kata-kata dihati Messi Bila pulak neneknya ke Bangladesh.

“Siapa nama penuh Sowti tu ya , Cik anjang Khalid.” Tanya Messi lagi.

“Dewi sowtirah bt Rano karno.”

“Amboi nama bukan main lagi.Orang Malaysia ker?.”Kali ini Nandra yang bertanya .Dari nama saja dia sudah tahu yang ni bukan Anjang Khalid yang dicari.Tapi saja nak kepoh-kepoh.

“Orang Indonesia.Anak Rano Karno.” Sedih muka paksu jang bila teringatkan kisah percintaan antara dirinya dan dewi sowti yang lari ke Bangladesh mengikut kekasihnya.

“Ohh…kami minta diri dulu ya.” Sowti sudah bersedia untuk berlalu dari situ.Kecewa dia , kerana ternyata bukan ini anjang Khalid yang dicari.Nandra dan messi mengikut dari belakang setelah bersalaman.Semasa bersalam dengan anjang Khalid sempat messi mengusik

“Pakcik , sedap puisi pakcik , jiwang habis.” Messi mengeyitkan matanya pada anjang Khalid.

“Biasolah , den budak sains tapi genetik ibu yang buat den pandai tulis sajak tu aa.” Kembang kempis hidungnya kerana bangga dipuji messi.

Didalam kereta sewaktu mahu menuju kehotel Sowti diam saja . Mungkin kecewa kerana matlamatnya sudah hampir tapi akhirnya itu bukan anjang Khalid yang dicari.

“Nekti , nandra ada soalanlah.” Nandra yang duduk disebelah messi yang sedang memandu memandang ke belakang.

“Agaknya kalau Anjang Khalid yang betul tengok Nekti .Dia akan kenal tak?.”

Bersambung……..

N/K : Kata kunci , genetik ibu dan wanita indon...ohh no.

1 comment:

Faz Nandra said...

huhu.... susah jugak nak cri Ak ni ye.... :) apa mimpi nandra dan messi tu kak??nyanyi bagai... hhaha