Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Sunday, May 9, 2010

Sandaran Jiwa (Bab 4)

Hari isnin hari yang paling malas untuk sofea memulakan kerja.Dah puas tidur dan berehat pada hari sabtu dan ahad ,tapi saat memulakan kerja pada hari isnin masih rasa nak rehat lagi.Memang dasar manusia tak pernah berasa puas.Sudah lapan tahun dia kerja di syarikat tu, macam-macam tugas yang pernah dia lakukan.Sampaikan pengurusan sampah syarikat pun dia pernah urusan. Kawan-kawannya kata dia macam dibuli , tapi sofea bertegas itu satu pelajaran barunya. Disyarikatnya lebih ramai lelaki dari perempuan.Kebanyakkan daripada mereka sudah berkahwin , hanya dia saja yang masih anak dara.Setiap pagi ada saja lelaki yang akan bergayut dipartition tempat duduknya dan bertanya "apa khabar hari ni".Sofea malas nak jawab.Kalau dah nampak fizikalnya sihat, sihatlah maksudnya tu.Ada juga lelaki , yang setiap kali lalu di tempat duduknya , akan memandang sofea seperti dia tak berbaju.Pandangan mereka seolah-olah menelanjangkan sofea. Padahal diorang semua dah kahwin. Nak katakan baju sofea koyak!!.Tak pulak.Dunia lelaki memang gila.Entah apa yang ada dalam fikiran mereka, sofea pun tak pasti.Tapi sofea yakin , bukan semua begitu kerajaan hatinya tidak begitu , sandaran jiwanya tidak begitu.Dah tengahhari , dia pasti sandaran jiwanya belum bangun . Mungkin kerana lelah berkeris , bertombak dan berpedang berjuang melawan virus yang menular dalam dirinya.Sofea harap dia ada disisi jejaka itu.Dia mahu usap kepalanya dan nyatakan cinta yang hadir buat sandaran jiwanya itu.Dia mahu jejaka itu tanamkan dalam jiwanya , kasih sayang sofea tak mampu di beli oleh orang lain .Kerana ia terlalu mahal , Tapi untuk jejaka itu dia beri percuma dan dengan ikhlas.Ikhlas yang benar-benar ikhlas.

"Hari ini mahu cuba jadi lelaki melayu, berkain pelikat waktu tidur" , Sofea senyum sendiri baca post yang telah diletakkan di facebook sandaran jiwanya."kaer...kaer.....nak berpelikat pulak dah, jangan terselak sudahlah....nanti ada adegan sensor ...18sxx".Kebelakangan ini sandaran hatinya itu giat menulis.Tapi nada-nada cerpen , sajak dan madah cintanya berbaur kehilangan. Sofea dapat rasakan apa yang kaer ingin sampaikan.Siapa yang tak kecewa diduga sebegitu rupa. Tapi kita ini hanya manusia yang terbit dari benih yang hina, semuanya pinjaman dari tuhan.Pasti tuhan telah merancang sesuatu yang sempurna buat kita.Kita aje yang tak sedar dengan rancangannya yang sempurna itu.Masalah sofea pula lain , sudah usia lewat 20 masih belum berumah tangga . Kadangkala dia bosan dengan terjahan-terjahan orang-orang yang dekat dengannya. "Bila agaknya masjid sofea nak di bina".Manalah sofea tahu , kalau sofea ahli nujum pasti sofea akan beri tahun berserta tarikhnya sekali.Mula-mula sofea marah juga , kerana dia rasa fikirannya kusut memikirkan tarikh perkahwinan yang entah bila.Dia tak sampai hati nak bertanya pada kerajaan hati , dugaan kematian dan kemerosotan hampir membuatkan kerajaan hatinya gila. Kalau dia tambah bebannya , takut pula dia terus gila.

Malam tu sofea terfikir sesuatu , seolah-olah dia terbayang sandaran jiwanya duduk di buaian mengenangkan nasib dirinya. Betul ker bayangan aku ni. Percayakah sandaran jiwanya kalau dia katakan dia punya tautan jiwa yang sangat kuat dengan orang yang dia sayangi. Kerana dia sangat sayangkan sandaran jiwanya , jadi dia dah boleh merasa perasaan kecewa kaer dan apa yang mungkin dilakukan saat itu.Tapi bukan semuanya kalau semuanya , dia dah jadi macam cctv pulak.Dengan kerajaan hatinya juga begitu , bila saja kerajaan hatinya gelisah dengan masalah yang tak pernah selesai, dia akan merasanya. Hatinya akan gelisah tak tentu pasal.Dia tak pernah menceritakan hal ini kepada sandaran jiwanya kerana dia takut sandaran jiwanya tak percaya.Mula-mula dulu , dia pun rasa semuanya seolah-olah karut."Biar betul ni , apa orang rasa aku rasa , apa aku rasa orang rasa tak"."Alhamdulillah anugerah tuhan" tak semua orang ada kebolehan macam sofea.Untuk sahkan rasa hatinya , dia suarakan persoalan kepada sandaran hati " kat rumah kaer ada buai tak??" .Sandaran hatinya tak jawab. Dia kecewa.macam mana dia nak sahkan rasa hatinya ini. "maaf...kak lambat jawab tadi kat bawah.Kat sini ada buai"kaer membalas pesanan ringkas sofea. Sofea senyum dia tahu apa yang kaer fikirkan waktu kaer duduk di buai itu.Bagaimana dia ingin sampaikan , apa yang dia tahu.Mungkin tulis sajak adalah satu-satunya cara untuk menyampaikan maksud.Lalu sajak buaian jiwa tercipta. Ada mesej yang ingin disampaikan dalam sajak itu.Dia harap sandaran jiwanya faham.

Buaian Jiwa.

Saat dirimu beralun,
Fikiran ku tenang,
mataku luas memandang,
Harapan ku menjulang,
Saat-saat indah bersamanya aku terkenang.

Saat dirimu beralun laju,
Dimindaku mula terbayang,
Padang mainan luas terbentang,
kanak-kanak berlari kencang,
Bunga-bunga mekar berkembang,
Burung-burung terbang bebas melayang.

Saat dirimu beralun perlahan,
Semuanya seakan menghilang,
Senyumanku mulai garang,
Fikiranku mulai songsang,
Airmataku mula bergenang.

Wahai buaian jiwa,
Dimana letaknya senyuman?
aku tertanya!!

Wahai buaian jiwa,
Dimana letaknya harapan?
Aku kecewa!!

Wahai buaian jiwa,
Dimana letaknya Cinta?
Aku derita!!

Wahai buaian jiwa,
Berikahlah aku ,
suatu petanda,
suria akan kembali menjelma ,
Di waktu hujung usia.


Sewaktu menulis sajak buaian jiwa. Jiwanya juga terbuai-buai.Dia berharap mesejnya sampai.

No comments: