Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, May 7, 2010

Sendu di hati Rindiani ( Bab 5)

Sudah dua tahun ibunya pergi , rindiani masih mencari kekuatan dirinya.Dia berusaha menghilangkan kesedihan dengan belajar bersungguh-sungguh.Luqman sekarang berada di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.Dia bertekad mahu mengikuti jejak langkah kakaknya.Ismad pula sudah setahun memulakan pekerjaannya sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur. Sengaja dia memilih kuala lumpur supaya dia dekat dengan Rindiani.Dia risau dengan keadaan kekasihnya itu yang kelihatan seperti orang sakit.Wajahnya semakin cengkung, badan semakin kurus dan senyuman sudah jarang terukir di bibir manisnya.

"Nak makan apa , kat sini tak de soto , kalau nak soto,jom ikut aku balik kampung " Siti tahu benar makanan kegemaran sahabatnya itu , walaupun rindiani orang perak .Tapi makanan kegemarannya soto.Rindiani hanya mengeleng " minum jerlah" ."makanlah sikit , dah berapa hari tak makan , asyik minum jer.Mana ada tenaga" Ismad berusaha memujuk kekasihnya itu."Sayang abang ada sajak nak bagi ni", ismad mengeluarkan sekeping kertas berwarna biru berlatar belakangkan pemandangan laut luas terbentang.

Cahaya.
.......

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Siti turut sama membaca sajak tersebut.Ismad sudah biasa dengan siti yang selalu membaca surat-surat cintanya yang sering dia beri kepada rindiani.Dia menghormati siti yang selalu menjaga rindiani dengan baik." Wah...sedapnya sajak abang is ni, tapikan macam pernah bacalah sajak ni , kat mana eik"siti diam seketika , kemudian dia ketawa sekuat-kuatnya."Ini lagu letto, tajuknya sebelum cahayakan...ha..ha..ha.. sajak konon".Merah muka ismad , dia tak menyangka siti tahu lirik lagu tersebut. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.Ismad memandang wajah rindiani , sudah terlalu lama dia tidak melihat senyuman semanis itu dari rindiani.Dia tahu dia tak perlu mempunyai minat yang sama seperti rindiani, menulis cerpen dan sajak yang lahir dari hatinya .Dia hanya perlu menyintai rindiani sepenuh jiwa, kerana dia tahu itu yang rindiani mahukan darinya.

Kebelakangan ini rindiani sangat manja dengan ismad, dia mahu ismad sentiasa berada disisinya.Siti binggung melihat sikap rindiani baru sebulan lepas rindiani bermati-matian bersedih, puas dia bertanya .Tetapi dia hanya membatukan diri.Hari ini rindiani kelihatan sangat gembira,dia makan,ketawa.Seolah-olah sudah tiada sendu dihatinya.Ismad juga rasa ada sedikit kelainan dengan rindiani. Tapi dia tak mahu terlalu memikirkannya.Asalkan rindiani gembira , itu sudah cukup baik baginya.

Bersambung...

No comments: