Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Saturday, May 8, 2010

Sandaran Jiwa (Bab 3)

Pagi-pagi lagi kerajaan hati sofea dah telefon. Ada cerita baru yang ingin dikongsikan dengan sofea. Masalah yang kerajaan hatinya hadapi masih belum lagi selesai.Sudah enam tahun dia menghadapi masalah dengan perniagaan yang diwariskan kepadanya.Macam-macam dugaan yang kerajaan hatinya tempuhi.Bermula dari kematian ayah , kemudian ibu , kemudian keuntungan syarikat yang semakin merosot.Dan selama enam tahun juga , sofea jadi pemberi semangat kepada kerajaan hatinya.Seperti harapannya kepada kaer azami , dia tak mahu kerajaan hatinya mengalah dengan keperitan dunia.Pada sofea, dunia hanyalah tempat persinggahan sementara .Jadi untuk pergi ke peringkat seterusnya ,kita harus berusaha sehingga ke titisan darah terakhir.Sofea sedang berkira-kira apa yang nak dilakukan pada hari ni."ohhh ya ..telefon sandaran jiwalah"."Hello ...kaer ker ni"."Ya ...ni kaer, ni siapa ? "."Ni kak sofea"."ohhh...kak sofea". Tak banyak yang diceritakan. Tapi hari itu dia geram dengan kaer azami yang komplen suaranya macam budak sekolah. walaupun geram tapi sayangnya tak pernah berubah dan dia berharap dapat cakap dengan kaer azami lagi.

Dah pukul 11.30 pagi, kaer azami masih belum membalas pesanan ringkasnya.Mesej yang dihantar ke peti peribadi di dalam facebook juga belum dibalas.Sofea sudah mula risau , dia tak tahu apa yang berlaku pada kaer azami.Dia berharap sangat sandaran jiwanya itu berada dalam keadaan yang baik-baik saja.Hatinya mula berdebar-debar , macam-macam soalan mula timbul dalam dirinya. "Sihatkah dia?? , atau ada kesalahan yang aku lakukan sehingga dia tak menjawab pesanan ringkasku!!. Sayangnya dia pada anak muda itu telah membuatkan dia gelisah tak tentu pasal.Malam semalam dia dapat berbual dengan kaer azami. Ada juga perkara serius yang mereka bincangkan.Tentang tarikh lahir, tentang adik beradik mereka , tentang jiwa mereka, tentang orang-orang yang mereka sayangi dan banyak lagi.Sofea mula mengerti kehidupan yang dilalui kaer azami. Seperti yang dia katakan sebelum ini , dia mahukan kaer azami terus berjuang didalam hidupnya . Sudah jam 4.00 pagi , kaer azami belum juga menjawab pesanan ringkasnya. Dia semakin risau, dia terlalu sayangkan pemuda itu. Dia tak mahu apa-apa berlaku kepada pemuda itu.Jam 4.30 pagi , telefon bimbitnya berbunyi.Lagu "noktah cinta" nyanyian hafiz AF7 kedengaran .Sofea tahu itu maksudnya ada pesanan ringkas yang masuk."Maaf kak ...kaer baru pulang dari hospital , sebab pengsan tadi" ."ahhh....leganya" sofea mengeluh lega kerana sandaran jiwa sudah membalas pesanan ringkasnya dan dia dalam keadaan baik-baik saja.Sofea terus tidur dengan lenanya malam itu.

Dari pembacaannya di blog kaer azami , dia dapat tahu yang kaer azami sempat belajar di australia selama enam bulan. Kemudian dia dihantar pulang kerana sakit . Bidang kejuruteraan elektrik yang kaer azami ikuti hampir sama dengan bidangnya semasa di Universiti Sains malaysia dulu.Cuma bezanya dia hanya mengambil diploma tapi kaer azami mengambil ijazah.Sofea pernah juga terfikir untuk menyambung pelajarannya lagi , tapi dia macam sudah mengunci otaknya.Untuk memikirkan tentang tugasan-tugasan yang bakal di beri oleh pensyarah nanti, baginya semacam merentap kebebasan yang dia perolehi sekarang.Mungkin benar juga kata orang "kalau sudah mula merasa duit ...nak sambung belajar mesti berat hati".Inilah yang terjadi pada diri sofea sekarang ni.Semasa perbualannya dengan kaer azami berlaku , ada sesuatu perkara yang mereka bangkitkan.Bagaimana orang-orang yang sibuk memikirkan tentang wayar-wayar elektrik yang berselirat boleh menulis cerpen dan sajak dengan baik.Kaer azami adalah satu contoh yang baik , sofea juga punya minat yang sama.Kalau menulis sajak jiwang sofea paling pandai. kalau menulis cerpen yang berbahasakan hang tuah , kaer azami paling pandai.Kata kaer azami " orang sains boleh jadi orang sastera , tapi kalau orang sastera nak jadi orang sains ....bukan tak boleh , tapi mereka harus bekerja keras."Betul juga apa yang kaer azami katakan.Perbincanganku dengan kaer azami telah menimbulkan idea.Sajak aliranku songsang aku kirimkan ke peti peribadi kaer azami keesokkan harinya.

Aliran ku songsang.

Aku belajar ,
Tentang aliran darah ,
Tentang ilmu newton ,
Tentang jadual berkala ,
Aku hebat dalam ilmu ini .

Tapi....
Bila aku menulis ,
Aliran darah ku bocor,
Ilmu newton ku lari ,
Jadual berkala ku entah kemana ,

Rupanya ...
azaliku sudah tertulis,
bukan teknologi canggih cabangku,
tapi nukilan-nukilan indah ,
buat bingkisan hati.

Tepuk dada tanya jiwa ,
Adakah aku tersalah pilih cabang dulu...

fikir-fikirkanlah.....

Bersama-sama dengan sajak ini sofea kirimkan satu pesanan ringkas .Kehadirannya dalam hidup kaer azami mohon dirahsiakan.Tujuan sofea buat begitu kerana dia tak mahu ada orang lain yang jadi penghalang hubungan mereka. Dia tak mahu orang bertanya pasal kaer azami kepadanya. Dia mahu menyimpan rahsia kaer azami dan dia mahu kaer azami menyimpan rahsianya. Dia rela menceritakan semua peristiwa hidupnya kepada kaer azami tanpa ada batasan , kerana dia tahu antara mereka sudah ada janji yang terpatri mati. Cinta yang berlaku antara mereka akan berkubur bersama jasad mereka , kalau ada yang mengetahui pun biarlah dari media yang lain .Tapi bukan dari jari dan mulut mereka sendiri.

No comments: