Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, July 27, 2010

21 Hari misi mencari Rumi (Episod 5)


Terdiam sowti mendengar soalan Nandra , teringat masa silamnya dulu .Anjang Khalid adalah satu-satunya lelaki yang sanggup menerimanya dia seadanya Dia anak orang susah , anak nelayan yang hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Dia bukan tergolong dalam golongan perempuan cantik dengan tubuh yang sedikit berisi dan perawakan sederhana.Terlalu jauh berbeza dia dengan perempuan lain dikampung tersebut.Anjang Khalid anak kepada empunya bot-bot yang disewakan kepada nelayan dikampungnya termasuk bapanya adalah jejaka yang menjadi rebutan dikampung.

“Mungkin tidak , sebab dulu masa duduk kat kampung .Nekti hitam dan comot.Gemuk dari sekarang dan muka banyak jerawat. Sejak duduk diUk jer baru nekti jaga penampilan diri.Jadi nekti rasa Anjang Khalid mungkin susah kot nak cam nekti.” Setelah lama termenung , sowti menjawab soalan nandra.

“Ohhhh……Tapi sekarang nekti cantik.” Nandra memandang sowti sambil tersenyum manis kepadanya.

“ Nandra lagi cantik , messi selalu puji nandra tau .Zeffi pun dia tak puji.Messi ini cukup susah nak puji orang .” Sowti mula mengusik messi.Kerana sedari tadi dia melihat messi diam membisu tanpa sepatah kata .Nandra pula sudah tunduk malu.

“ Minah senget ini cantik . Mana ada nek.Comot adalah .Hahahahaha.” Messi mula bersuara.Muncung nandra mendengar kata-kata messi.Menjeling tajam dia kepadanya.

“Kita ke pejabat dulu ya nek sebelum ke Bandar penawar johor.Ada barang tertinggal kat pejabat.”Messi meminta kebenaran sowti untuk singgah ke Melaka kembali sebelum meneruskan perjalanan ke Johor.Baru dia teringat hadiah yang awal-awal lagi sudah dibeli untuk nandra sempena harijadi nandra yang ke 25 tertinggal di pejabat.semuanya gara-gara terlambat bangun pagi tadi.

Sampai dipejabat , messi seorang saja yang keluar dari kenderaan .Manakala sowti dan Nandra sudah mula melelapkan mata , selepas berhenti sembahyang dan makan di Tampin sebentar tadi.Pantas saja dia berlalu selepas mengambil hadiah yang ditinggalkan diatas meja dipejabatnya dan meninggalkan sedikit pesanan kepada siti yang sedang sibuk mengira barang-barang yang mahu dihantar kekilang mereka.Baru saja mahu keluar dari pejabat , ternampak zeffi sudah berada di muka pintu.

“ Alamak , habislah.” Berkerut muka messi saat melihat zeffi membawa beg berwarna merah jambu yang selalu diusung zeffi kalau dia mahu keluar negeri.

“ Sayang , nasib baik I sempat datang .I nak ikut u pergi johor .” Zeffi melentok liuk kekiri dan kekanan sambil memeluk pinggang messi yang berdiri depannya. Messi pula dari tadi hanya melopong.Kerana tidak percaya bahawa tindakannya berpatah balik ke Melaka mengundang kesusahan akhirnya.Dia tak ada pilihan lagi terpaksa dia membawa kekasihnya sekali ke johor.

" Erk...excuse me , boleh pergi belakang tak ?. Saya nak duduk sebelah tunang saya." Zeffi menepuk-nepuk peha nandra yang sedap tidur dikerusi penumpang sebelah depan .Nandra langsung tak bergerak .

" U duduk kat belakang jerlah , zeffi .Si nandra kalau dah tidur susah betul nak kejut." Messi sengaja mencari alasan . Tak rela dia kalau nandra bertukar tempat dengan zeffi.Boleh mendatangkan tekanan sepanjang perjalanan melihat wajah zeffi yang penuh dengan makeup dan dilehernya yang penuh dengan rantai.Sudah umpama pokok krismas yang bergerak.

Zeffi yang pada mulanya berkeras , akhirnya akur dengan arahan messi dan segera dia duduk dibelakang dengan muka yang mencuka.

*********

Sudah lebih kurang dua jam Messi memandu. Kalau sebelum ini hanya nandra dan sowti saja yang tidur.Kini zeffi pula yang tidur.Siap dengan dengkuran .Buruk sungguh bunyinya.Messi hanya menahan telingga.Melihat nandra yang sedang tidur di sebelahnya,entah kenapa hatinya sejuk secara tiba-tiba.Seolah-olah ada satu ketenangan pada gadis berwajah jepun itu.Messi memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.Hampir terantuk nandra ke cermin kalau tidak ditahan Messi.Terbangun semuanya dari tidur.

"Kenapa-kenapa ni accident ker ?." Zeffi menjerit-jerit panik.

Melopong mulut masing-masing melihat tiga ekor gajah yang dengan selamba melintas didepan kenderaan mereka.Lama juga sowti , messi , nandra dan zeffi terkedu didalam kenderaan .Sehinggalah kenderaan dibelakang membunyikan hon barulah messi mula memandu pradonya semula.Nandra masih lagi melopong , langsung tak disangka dapat melihat gajah betul-betul didepan mata.Padanlah ada papan tanda hati-hati gajah melintas semasa berhenti rehat tadi.Sangkanya ada yang meletaknya suka-suka .Rupanya benar-benar ada gajah yang akan melintas.

" Teting , tutup mulut tu.Kang masuk lalat." Messi meletakkan tangannya dimulut nandra.

" Sayang , sayang ...berhenti i sakit perut." Zeffi secara tiba-tiba meraung kesakitan.

Serta merta Messi memberhentikan keretanya ketepi.Zeffi dengan cepat turun dari kenderaan , membuka pintu tempat nandra duduk.Menarik nandra keluar dan duduk dikerusi itu. Nandra yang terkejut dengan tindakan Zeffi itu hanya berdiam diri.Sowti cepat-cepat menarik nandra duduk bersebelahan dengan dirinya.

"Kenapa u buat kat nandra macam tu ?." Messi mula bersuara.Selama ini dia tak pernah pun menegur segala perbuatan Zeffi .Tapi kali ini dia sudah tak tahan dengan tindakan zeffi tadi yang dirasakan melampau.

" Dia gatal dengan u. Mana i boleh tahan ?." Zeffi menjawab sambil menjeling nandra.

" Zeffi tak baik buat orang macam tu tau. Lain kali jangan buat lagi ya.Sekarang minta maaf dengan Nandra." Kali ini sowti pula yang bersuara.

" Baik nekti , Maaf Nandra." Zeffi ingin mengambil hati sowti yang memang diketahui sejak dari dulu tak suka dengan dirinya.

Lokasi : Kampung Makam.

Pekerjaan : Ahli perniagaan.

Rantai Jiwa ,

Mengenang jiwa yang lara
,

Mencari cinta dilaut Biru,

Puas cinta kuseru ,

Tapi bisu jiwa dan nurani ku.

Mencari pujaan hati yang terbang ke langit luas,

Mengejar cita-cita ,

Buat kebahagian hidup dimasa hadapan.

Anjang khalid.

" Nek cuba tengok apa alamatnya , Kita dah sampai Kampung makam ini." Messi memandang sowti yang sedang memegang surat dari anjang khalid dari kampung makam johor.

" Kalau ikut alamat disini katanya di Restoran pelbagai lempeng."

" Mungkin disini ." Nandra menunjuk kepada sebuah kedai yang papan tandanya tertulis Restoran pelbagai lempeng.

" Assalamualaikum cik nak makan lempeng apa. Kat sini semua jenis lempeng pun ada .Lempeng kelapa , lempeng sagu , lempeng cicah sambal tumis dan lempeng cicah sambal kicap.Nak yang mana satu cik ?."

" Erk kami datang bukan nak makan cik." Nandra sopan menjawab pertanyaan aliyah.Pelayan restoran tersebut.

" Eh apa pulak tak nak makan. Saya lapar ni. Kat sini ada chicken chop tak ?." Zeffi bertanya sambil membaca menu yang tertulis didinding restoran itu.

" Cik ini kedai Lempeng , chicken chop kami tak jual cik."Aliyah menjuihkan bibirnya .Jelik dia dengan perlakuan Zeffi yang berlagak seperti orang kaya.

" Maaf ya cik , kami kesini mencari Anjang Khalid." Nandra kembali mengawal keadaan , dia tak mahu zeffi merosakkan rancangan mereka untuk mencari anjang khalid.

" Eh , buat apa nak cari Ak."Aliyah memandang keempat-empat pelanggannya dengan wajah yang pelik.

" Ohh , pasal surat ini ." Nandra menunjukkan surat yang berada ditangannya.

Mengalir airmata aliyah saat membaca surat yang ditulis ayahnya kepada sowti.Yang lain hanya melihat tanpa berbunyi walau sepatah pun." Ayah dah seminggu meninggal kak.Sakit jantung , dia sakit sebab tak dapat terima kematian kenyataan ibu saya sowtiyah binti idres yang pergi menyahut seruan ilahi lebih awal dari dirinya.Mengalir air mata dipipinya.Teringat ibu dan ayah yang baru saja seminggu meninggal dunia.

" Erm...tak perlah kami pulang dulu." Segera sowti menarik tangan Nandra dan Messi supaya berganjak dari situ.Ternyata surat Anjang khalid kali ini memang bukan untuk dirinya. Teringat dia beberapa hari yang lepas .Bila Anjang khalid yang ditunjukkan gambarnya oleh Aliyah muncul dalam mimpinya.Merintih sayu , seolah-olah ada sesuatu yang ingin dibicarakan.Teringat perkara itu sowti serta merta menjadi takut.

" Nantilah dulu , apa kata makan lempeng dulu . Saya ada sesuatu yang nak ditanya ?." Aliyah secara tiba-tiba bersuara.

" Erm....kami kena balik cepat ada urusan lagi yang belum diselesaikan." Segera Sowti memotong percakapan Aliyah.

" Tapi saudara semua kena tengok gambar ibu saya .Makcik ada saudara kembar tak ?."

Berubah muka sowti apabila Aliyah mengajukan soalan itu kepadanya.


Bersambung.....

No comments: