Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, June 28, 2010

21 hari misi mencari Rumi...


21 hari , 21 lokasi , 21 jejaka dan 21 nota cinta.Nantikan 21 hari misi mencari rumi ..Episod 1 (2/7/2010).

Membaca surat cinta adalah tugas paling gila yang nandra selalu lakukan. Pening kepalanya mahu melayan perangai Messi dan menjaga hati sowti.

21 hari misi mencari Rumi (episod 1)

Dari jauh kelihatan seorang gadis muda berumur lingkungan 24 tahun sedang asyik mengokot isi kelapa muda untuk dijadikan bahan jualan hari ini.

“Satu …dua …erm , ada dua puluh satu biji semuanya.Cukup kot.”Gigih nandra mengira buah kelapa muda yang ingin dijualnya. Aktiviti rutin sejak tamat belajar. Puas duduk dirumah , sama puas dengan temuduga yang dihadiri.Banyak begitu banyak , sampai tak mampu untuk dihitung dengan jari tangan dan kaki .Tapi satu pun tak diterima.Adat zaman sekarang , kalau nak diterima bekerja datanglah dengan skrit pendek , gaya suara mendayu macam perempuan melayu terakhir.Lengok badan kalah penari zapin warisan johor.Pasti!!!Serta merta dapat jawatan.Asyik nandra mengelamun , sampai tak sedar sepupu kepada ibunya ada disebelah. Kadang-kadang dia bingung apalah gelaran yang nak diberi pada budak seorang ini.Nak panggil makcik , umurnya lebih lebih kurang sama saja dengannya.Nak panggil adik , pangkat dia memang makcik pun .Pening kepalanya.Akhirnya dia panggil kakchik Tasnim. Gabungan kakak dan makcik jadi kak chik.

“ oiii…mengelamun ye.Ingat pasal temuduga hari tu ke?” Tasnim berbunyi selepas lama dia berdiri di tepi nandra.

“Buat apa ingat , buat sakit hati aku jer.” Nandra memuncungkan bibirnya. Sudah macam ala-ala bibir anita Sarawak bila dia memuncungkan bibirnya begitu.

“ Kau ni nandra , nama punyalah sedap , Nandra zia atuya.Kadang-kadang kalau sebut nama kau dah macam altantuya pun ada jugak.Tapi bab pakaian memang fail.”

“Maksud ??, jangan cakap berkias-kias boleh tak kakchik .Aku ni tak fahamlah.”

“Maksudnya cik nandra , nama kau yang sedap tu tak setara dengan pemakaian kau . Mana ada orang pergi temuduga pakai baju kurung Malaysia yang fesyennya tahun 70an…euww….pleaselah.Kalau aku jadi penemuduga , aku pun tak selera tengok kau tau.Hah…cermin mata ni mana ada orang pakai lagi.”

“Eh kak chik , kau jangan kutuk cermin mata aku ni tau . Ni aku ambil bingkai cermin mata bapak aku . Aku cuma buat cermin jer. Murah , baru rm 45 ringgit dari nak beli yang baru tu sampai beratus-ratus.Manalah aku mampu”

“ Ya Allah …boleh pitam aku dengar pengakuan kau ni . Nasib baik rambut kau ni lawa.Lawa sebab apa…ha..ha..ha.. sebab aku yang buat . Apa yang aku buat semua lawa. Ohh lupa pulak , ini ada surat . Surat jawapan temuduga hari itu kot.”Tasnim masuk bakul angkat sendiri.Memuji rambut nandra yang baru dialternya semalam.

“Bukalah , aku dah letih baca aksara “dengan dukacitanya syarikat kami terpaksa menolak permohonan saudara untuk memenuhi jawatan di sini.”Nandra mengulang-ulang jawapan yang sering diterimanya dari setiap syarikat yang temuduganya dihadiri selama ini.

“Betul ini, aku buka eh.Jangan menyesal . Manalah tahu surat pakwe ker.”

“Pakwe , tak de lah .Single.”Ringkas jawapan nandra.

“Nandra , kau dapatlah .”

“Hah….aku dapat , horey aku dapat . Kejab..kejab , dapat apa ?.”

“Dapat kerjalah , mengong betullah kau ni.”

“Kerja apa ? yang mana satu ?.”

“ Nandra , kerja sebagai pencari kekasih lama tu .Yang kau temuduga kat Alor gajah tu hari .Yang penemuduganya handsome tu.”Lantaran asyik menjadi peneman nandra . Dia sudah hampir kenal semua penemuduga yang menemuduga nandra. Terutamanya messi yang mencetus kontroversi buat saudaranya itu.

“erghh… yang tu ke? , aku tak nak lah.”

“Ishhh…oklah tu , kalau aku jadi kau .Aku pergi beb.Lagipun kau tak ada pilihan lain .Pergilah nandra , selama mana kau nak berniaga air kelapa yang untungnya beberapa sen ni.Lagipun masa tu kau cakap gajinya lumayankan . Jawatan sementara , selesai kes.Bebas cari kerja lain .Bagus spesifikasi tu.”

“Betul juga , sementara aje.Lepas tu bebas cari kerja lain. Bolehlah , aku memang tak de pilihan pun. Bila tarikh masuk kerja.”

“Lusa .”Kak chik menjawab dengan penuh semangat. Gembira dia bukan kepalang kerana sekiranya nandra terima pekerjaan ini mungkin nasib kehidupan nandra akan mampu diubah, mungkin dia boleh turut tumpang kesenangan mereka nanti.Tapi sebab paling utama ialah dia gembira kerana berpeluang untuk memikat messi . Jejaka kacak yang menemuduga nandra beberapa minggu yang lepas.

“Erm…lusa , cepatnya. Baju apa nak pakai .”nandra mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Don’t worry nandra , pakai baju aku .Ada banyak kat umah .Ambil je mana kau nak . Cuma…”Tasnim sudah tersenyum nakal .Ada akal lain disebalik kebaikannya pada nandra.

“Cuma apa??.”Berkerut dahinya melihat gelagat kakchiknya yang excited seolah-olah dirinya yang diterima bekerja.

“Kenalkan aku dengan Encik Messi .”Tasnim tersipu-sipu malu.

“Bereh….jangan bimbang.hi..hi..hi…”Akhirnya kedua-dua berdekah ketawa .

Kalaulah ada tawaran yang lain , pasti dia akan menolak tawaran menjadi pencari kekasih tu . Leceh, mana ada orang yang nak menyibuk pasal kekasih orang lain. Letihlah , nak menyimpan rahsia segala.Tapi , kerana terdesak . Tak ada nasi , sekoi pun jadilah.Kalau diingatkan masa temuduga dengan messi dia lagi sakit hati . Ada ke messi kata dia pokok krimas bergerak. Gara-gara pakaian dan aksesorinya yang terover sedikit pada hari itu.Semua tu idea kakchik . Habis anting-anting besar dan rantai berbelit bagai , dipakaikan ke nandra. Rimas juga nandra . Tapi kata kakchik , pakaian macam tu barulah penemuduga akan terpikat.Bahananya nandra yang dapat.

“ Nama kamu nandra zai atuya , erm nama yang unik .Umur kamu berapa.”Messi membaca borang permohonan nandra yang penuh dengan segala butiran. Tergelak messi saat melihat .Nandra menyenaraikan nama sepuluh orang adik beradiknya . Walaupun sudah dinyatakan disitu hanya perlu diletakkan tiga saja . Itu pun untuk yang pertama , yang tengah dan yang akhir. Dari sana saja dia sudah boleh tahu adik beradik nandra dalam lingkungan umur berapa . Tak perlulah disenaraikan semuanya.

“ Kenapa encik gelak?.”

“Tak delah …..saya…mak!!!!…apa yang awak pakai ini. Awak ingat ini fun fair ke.Nasib baik saya tak ada sakit jantung.” Messi yang sedari tadi asyik memandang borang terkejut bila melihat wajah nandra yang bersolek tebal bagai salji dua inci.

“ Kenapa encik tak lawa ke.” Nandra memegang mukanya.Dia juga malu dengan wajahnya pada hari itu.Ini semua kerja kak chik. Nandra mengetap bibir.

“ erk..lawa, lawa macam pokok krimas bergerak.Ha..ha..ha..”Lucu benar hati messi melihat nandra.Ketawa dia sampai merah padam mukanya.

Nandra yang malu terus berlari keluar meninggalkan kasutnya yang terputus tali .Wah ..sudah macam cinderella pulak.Messi membiarkan saja. Bukan dia yang bakal membuat keputusan ,siapa yang bakal dipilih . Hanya sowti yang berhak membuat pilihan itu .Kerana kekasih sowti yang nak dicari bukan kekasihnya. Dia sudah ada zeffi , gadis kota yang sinonim dengan etika anak orang kaya walaupun tak kaya mana pun.

“ Messi , ambil gadis tu kerja.” Sowti memberi arahan kepada messi . Dia tahu siapa yang dia mahukan untuk sama-sama dalam misinya mencari Anjang Khalid.Messi hanya mengiakan , langsung tak berani berkata tidak dengan neneknya itu.Orang yang paling dia sayangi dan hormati dikala ini. Sowti adalah orang yang telah membesarkannya selepas kematian ibu dan ayahnya sejak berumur 8 tahun.tanpa sowti mungkin dia sudah menjadi penghuni tetap rumah anak yatim sekarang ini.

“Kenapa gadis tu nek?.” Walaupun mengiakan arahan neneknya dia tetap ada persoalan dalam diri.Kenapa Sowti memilih nandra , tapi bukan yang lain . Padahal yang datang temuduga bukan sedikit , hampir 30 orang . Sowti ada banyak pilihan . Tapi nandra yang paling comot yang diambil bekerja.

“ Nenek suka dia , polos.” Ringkas jawapan sowti. Disaat misinya sudah berlangsung nanti akan ada banyak rahsia hidupnya yang bakal terbongkar. Memang ramai yang datang temuduga pada hari itu . Tapi padanya nandralah yang paling kelihatan jujur.Lagipun ini akan melibatkan wang yang banyak sepanjang proses pencarian . Kalau tak kena gayanya boleh berlaku banyak pembaziran dan penipuan. Nandra yang berkelulusan ijazah perakaunan memang sesuai untuk menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh sowti untuk melaksanakan misinya itu.

Hari ini hari pertama nandra bekerja. Seawal jam 7.30 pagi dia sudah tercongok di depan pejabat RANTAI , UNGKAI SIMPUL SDN BHD.Padahal masuk kerja jam 8.30 pagi.Hari pertama kerja dia tak mahu lewat. Mesti on time katanya. Lagipun semalam dia tak dapat tidur . Kerana gemuruh dengan hari pertamanya ini.Ringkas pakaiannya takut digelar pokok krismas lagi. Dengan baju kurung johor , sandal yang berwarna biru dan beg LV (luisa viton) yang baru dibelinya di the mall semalam.Ngalik dia menyimpul-yimpul rambut kerinting semulajadinya.Sambil melayan hati yang mula bosan menunggu kelibat rakan sekerja baru. Haihh…semangat sungguh nandra.Jauh juga pejabat ini dengan rumahnya yang berada di Jasin, naik bas 1.00 ringgit baru sampai.Dengan keadaan bas yang kadangkala dua jam sekali tu.Dia memang kena bangun awal dari biasa.

Sowti terkejut saat melihat ada seseorang yang sedang tidur disofa hadapan pejabatnya.

“Nak..nak …bangun , kenapa tidur sini?.”

“ Eh…maaf puan , saya baru masuk kerja hari ini. Saya datang awal pagi tadi .Sebab kalau tidak bas tinggal . Sampai sini jam 7.30 pagi . Pastu sedar-sedar puan dah kejutkan saya pulak.”Panjang lebar pula penerangan nandra , kerana terkejut saat di kejutkan dari tidurnya yang lena. Dia sendiri kurang pasti entah bila dia terlelap. Sempat mimpi berjalan-jalan di awan lagi.

“Ya ke , Kesian .Rumah jauh ya .Ayuhlah masuk .Dah jam 9.00 pagi ni .Siti kenapa tak kejut dia? Sowti menegur siti yang sedari tadi sudah berada di dalam pejabat.

“erk….saya tak kenal nekti , ingatkan siapa tadi tidur depan pintu. Lagipun tengok dia tidur sedap sangat , tak sampai hatilah nak kejut.” Siti memang tak menyangka , rupanya pekerja baru yang dinantikan sedari tadi , ialah orang yang dia lihat tidur di sofa depan pintu pejabat .Betul-betul bersebelahan dengan papan tanda syarikat RANTAI , UNGKAI SIMPUL SDN BHD.

“ Sudah , tunjukkan mejanya.” Sowti memberi arahan kepada siti . Sambil itu kelihatan messi baru saja masuk setelah selesai meparkirkan keretanya di padang depan. Mahu mengelak membayar kupon parkir itulah yang selalu dilakukan. Tak padan dengan kereta yang mahal . kupon parkir rm 0.60 pun tak boleh bayar.Berjimat cermat katanya.Terlihat saja nandra terus dia menegur.

“ Hai teting , tak jadi pokok krimas ke hari ini.??” Selamba dia menegur sambil mengukir senyuman sinis kearah nandra.Sengaja dia memanggil nandra teting kerana rambut nandra yang kerinting umpama onion ring , produk mcdonald yang hanya ada pada musim tahun baru cina.

“ Tebiat agaknya orang tua ni. Suka-suka panggil aku teting lah, pokok krismaslah . Dia ingat aku ini apa ?.”Nandra mengomel sendiri .Sambil bibirnya dicemekkan.Geram dia dengan messi yang tak sudah-sudah cari pasal dengan dirinya.Sejak dari hari dia ditemuduga lagi.

“nandra nekti panggil.”Memanggil nandra adalah arahan seterusnya kepada siti.

“ Baik.” Bingkas dia bangun , sambil memegang sekeping kertas dan pen.Dia sudah baca etika bekerja semalam . Kalau ke bilik bos tak boleh dengan tangan kosong. Paling kurang sekeping kertas dan pen.

Melihat nandra bersedia begitu , sowti yakin dia tak tersalah pilih orang , untuk memenuhi jawatan ini.Perlahan sowti membuka bicara. Dia tak mahu terlalu bertegas dengan nandra. Tugas ini harus dilakukan dengan santai . Tapi matlamatnya tercapai.

“ Nandra , nama saya Sowtiyah bt zaidi.Ini cucu saya Messi ariffin bin Ronald lio.”

Nandra hanya menganguk , dalam masa yang sama dia senyum lantas memandang ke lantai.

“ Hei teting , apasal kau senyum .” Messi mula bersuara saat melihat ada senyuman di wajah nandra.

“ Tak adalah encik , nama Ronald lio itu , mengingatkan saya kepada seseorang .”

“Siapa ??.”Terangkat kening messi , ingin benar dia tahu apa yang bermain difikiran gadis didepannya itu.

“Ronald..ronaldo, ha..ha…ha….”Berdekah-dekah nandra ketawa kerana merasakan nama messi dan ayahnya lucu. Sudahlah nama messi macam nama pemain bola. Nama Ronald lio pun seakan - akan bunyi ronaldo. Dia berhenti sebaik saja dia sedar yang messi sudah pun mencegilkan matanya kerana tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut nandra.

“ Maaf encik saya tak sengaja.”nandra mula kecut perut. Belum pernah orang memandangnya dengan sebegitu garang.

“Sudahlah messi , nandra gurau je itu. Jangan serius sangat.Nandra , saya mahu awak iklankan semua butir-butir didalam kertas ini ke semua suratkhabar . Lakukan secepat mungkin ya. Tolong buat draft sekarang saya nak tengok.” Cepat-cepat sowti memberi arahan kepada nandra , kerana dia kenal benar dengan cucunya itu yang paling pantang kalau namanya dipermainkan. Tapi salah Messi juga. Dia yang memulakan dulu dengan memanggil nandra teting.

Kekasih Dicari

Nama : Anjang Khalid

Umur : 50 an

Lokasi terakhir : Sungai melayu , johor bahru.

Pekerjaan : Pelayar.

Kebolehan : Menulis puisi .

Saya berhajat mahu memulangkan , barang pusaka anjang Khalid yang telah lama saya simpan. Sila hubungi saya :-

Sowti ( 010- 3124523) atau Nandra ( 06-6672615)

“ Erm … bagus nandra , sungguh efektif . Dalam sepuluh minit saja awak mampu untuk menjalankan tugas dengan baik. Sekarang hantarkan data-data ini , kepada semua suratkhabar .Minta mereka masukkan keruangan iklan ya.”Jelas arahan Sowti kepada nandra.Dia berpuas hati dengan kerja pertama nandra yang dapat dilaksanakan dengan masa yang sangat singkat.

“ Baik puan.”Ringkas jawapan nandra.

“ Tak payahlah berpuan-puan dengan saya. Panggil nekti saja ya .”

“ Baik nekti .”Pelik sungguh panggilan itu pada nandra.Keluar saja dari bilik sowti , nandra serta merta membelek ruangan iklan di semua suratkhabar yang ada dia pejabat itu. Mula dia mencatit nama dan nombor telefon yang harus dihubungi.Messi hanya melihat dari dalam pejabatnya yang berdinding kaca.Geramnya pada si teting belum hilang . Kerana mempermainkan nama ayahnya.

“Ada ke nama ayah aku dikatakan ronaldo. Nantilah kau !!.” Messi mula memasang strategi ingin membalas dendam.Sambil mengetap bibir dan menjeling nandra.



8 comments:

mama ju said...

Terimakasih. First time mama ke sini, glamur dan syahdunya tajuk Blog dia....Jumpa lagi.

hanisah hassan said...

terima kasih mama sudi singgah...itu semua gambar anak sedara saya.

NuRul said...

kak nisa good job!!
ada timbul banyak tanda tanya disini
waiting next episod hehe

Faz Nandra said...

salam kak nisa sayang =) wahhh terasa seolah2 diri ini watak utama kerna ada nama disitu terselit.. hehe.. anyway tulisan akak cantik dan tersusun....

nak gtau sikit ye sayang... eja Allah kena huruf besar di depan bkn kecil'allah'<---janggal :p
startegi<--strategi
(maaf ye kak nisa sayang)

citer ni best kak! (n_n) sungguh unik.. next 23 please!! =) hehe

Faz Nandra said...

kak nisa sayang.. salah eja 23<--n3
hahahahahah

hanisah hassan said...

uh...terima kasih akan dibetulkan...itulah karya jam dua pagi, tq faz...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

altantuya yg tak bleh blah tu...hahahaha!

Anonymous said...

menarik, tertarik....hahahaha...
awak buat saya xbuat kerja...hahahahaha