Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, July 30, 2010

Kembali...( karya semusim)




"Khairunnisa mencari ruang bercahaya dalam hidupnya.Perjuangan mempertahankan rasa cinta terhadap pencipta umpama berada di hujung pedang."



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Selawat dan salam buat rasul junjungan yang dicintai sepenuh hati,

Ya Allah ,
Jadikanlah aku tergolong didalam,
Orang-orang yang mencintaimu,
Jangan kau biarkan aku mencintai dunia dan air yang dingin ,
Lebih dari aku mencintai dirimu,

Ya Rahman ,
Kasihi aku ,

Yang lemah dalam menagih cintamu ,
Ya Rahim ,
Sayangi aku ,

Agar lapang hati dengan perasaanku.

Semoga amalan dan perjuanganku,
Menjadi jalan buat meniti ke ruangan syurgamu,
Ya Allah ,
Sampaikan kerinduanku ,

Buat rasul junjungan mulia ,
Nabi Muhammad SAW.
Izinkan aku ,

Ya Allah ,

Berada bersama-samanya kelak ,

Sewaktu dipadang mashyar.
Semoga setiap,

hela nafas,

Detak jantung,

Langkah kaki ,
Kerdipan mataku ,

Adalah kekal keranamu Ya Rahman.

Amin ya rabbalalamin.

Perlahan diraut tangannya kemuka .Tanda berakhirnya satu doa .Bekalan buat kekuatannya untuk menempuh dugaan dalam kehidupan kelak.Sunyi hari itu , hanya dia seorang yang berada dirumah.Entah kemana yang lain pergi dia pun kurang pasti .Jam didinding sudah menunjukkan pukul 2.00 petang .Kata adiknya tadi , ibu ajak pergi majlis kenduri kahwin.Didewan depan rumahnya akan ada ceramah agama yang akan berlangsung. Semalam lagi jirannya sudah berpesan , supaya datang kedewan untuk membantu apa yang patut.Khairunnisa menyelak langsir tingkap biliknya yang berada ditingkat dua .Terpampang luas kain rentang .

" Di jemput semua warga Damansara Height untuk hadir ke ceramah dan tahlil perdana yang akan diadakan di Dewan Mulia.Tajuk ceramah "Kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW".

Terbit rasa sunyi dihatinya.Kalau dulu huzair sering ada disisi kini hanya ada dia dan keluarga.Mengalir air matanya saat terkenang peristiwa yang menimpa Huzair.Lelaki itu pernah bertakhta dihatinya.

Setahun yang lepas.

Meriah majlis perkahwinan yang berlangsung.Sudah umpama majlis perkahwinan orang yang berpangkat .Walaupun daud dan niah hanya orang biasa.Jemputannya dato , datin dan tan sri.Hadiah yang dihulur bukannya calang-calang .Hampir semuanya berjenama luar negara.Khairunnisa sedang bersiap didalam bilik . Kesal dia dengan majlis perkahwinan ini.Kerana niatnya mahu menutup aurat dipersendakan keluarga suaminya.

"Buat apa nak pakai tudung, kahwinkan sekali jer.Apa salahnya kalau menayangkan rambut sekali sekala." Permintaan khairunisa disangkal keras oleh ibu mertuanya.

" Maaf mak , saya tetap nak pakai tudung.Saya sudah pun beli tudung yang sesuai dengan baju pengantin ni." Perlahan suara khairunnisa .Dia tak mahu dituduh derhaka kerana baru seminggu usia perkahwinannya dan Huzair.

" Masa dekat kampungkan dah pakai tudung , kat sini tak payahlah sayang .Lagipun ramai yang hari-hari biasa pakai tudung .Bila kahwin tak pakai tudung.Apa yang nak dimalukan." Huzair memujuk sambil memegang pipi khairunnisa.Khairunnisa hanya tunduk , tak tahu mahu mengiyakan atau menidakkan.Tiba-tiba terbit rasa geram dihatinya dengan sesetengah perempuan yang sanggup menayang rambut hanya kerana ingin bergaya di hari perkahwinan mereka.Akhirnya orang yang macam khairunisalah yang menjadi mangsa.

Masam saja muka khairunnisa saat duduk dipelamin , ramai yang memuji khairunnisa terlalu cantik .Tiada tandingan dari lain.Tapi hatinya sebal , terpaksa menunjukkan mahkota yang ditutup kepada bukan muhrim sejak dari dia akil baligh lagi.Mahu saja menitik air matanya tapi ditahan.Kerana tak mahu dikatakan dia dipaksa kahwin dengan huzair.Selesai majlis bergegas dia membersihkan sisa makeup untuk menunaikan solat asar. Waktu itu jam sudah menunjukkan 6.00 petang. Manakala huzair masih lagi leka berbual bersama ahli keluarga yang baru saja hadir .Walaupun majlis sudah berakhir sejak tadi.

Semalaman khairunnisa tak dapat melelapkan mata.Huzair entah kemana.Katanya mahu bergembira bersama rakan-rakan bujang sebelum menikmati hidup sebagai seorang suami.Sewaktu mahu kedapur untuk mengambil segelas air bagi menghilangkan haus ditekak terpandang suaminya sedang tidur disofa ruang tamu.

" Abang bangun , dah subuh.Jom solat subuh berjemaah." Bahu huzair disentuh perlahan .

" Ishkk...baru pukul 6.00 pagi, bagilah abang tidur lagi .Abang baru jer cecah lantai rumah." Huzair menjawab sambil matanya masih terpejam.

" Tak elok sembahyang lambat-lambat tau bang."

" Kau baru jer jadi bini aku satu hari , dah banyak membebel pulak." Tinggi suara Huzair .Terdiam khairunnisa , tak ada apa yang mampu dilakukan .Terus dia bergerak keatas mengambil air sembahyang dan berdoa moga saja ibu bapanya tidak tersalah pilih huzair menjadi suaminya.Perkahwinan atas dasar keluarga .Huzair memang nampak baik dan beriman.Kerana Ibunya mahu perniagaan warisan turun temurun di cantum , anak juga turut jadi mangsa.Khairunnisa bukan anak calang-calang orang.Dia anak kepada tuan punya syarikat perlancongan untuk menunaikan Umrah dan Haji.Keluarganya juga punya syarikat yang menguruskan makanan segera.Dari syarikat inilah keluarganya berkenalan dengan keluarga Huzair.Masih terbayang wajah ibu dan ayah sewaktu melihat dia duduk dipelamin tanpa memakai tudung.Khairunnisa perasan ibu dan ayah langsung tak menyentuh makanan .Apalah yang boleh dilakukan .Sewaktu makan damai ibunya berbisik perlahan bertanya kemana hilangnya kain yang menutup kepala.Khairunnisa hanya menjawab ." Dipaksa bu." Terdiam ibunya mendengar jawapan satu-satu puterinya itu.Terdetik didalam hati.Adakah dia telah tersalah pilih. Sabariah adalah orang bermati-matian mahu menjodohkan Khairunnisa dan huzair.Katanya Huzair baik dan nampak beriman .Cadangan untuk mencantumkan syarikat makanan segera itu adalah dari ideanya juga.Pada mulanya suaminya menentang , tapi akhirnya mengalah dengan sabariah kerana sudah bosan mendengar hajatnya yang diulang berpuluh-puluh kali kepadanya.Sabariah tahu Khairunnisa tak akan menolak , kerana khairunnisa memang anak yang baik.

**********

Hari ini khairunnisa akan bertemu dengan aza , sahabat baiknya sejak dari zaman persekolahan lagi.Gembira hatinya hanya tuhan yang tahu. Aza adalah tempat dia mencurah segala rasa gembira dan pedih dihati.

" Assalamualaikum , cik jaja makan apa tu ?." Sekilas aza menoleh dan terlihat khairunnisa sedang berdiri dibelakangnya. Berpeluk dua sahabat yang sudah terpisah hampir 3 bulan.Kali terakhir bertemu adalah sewaktu perkahwinan khairunnisa dan huzair.

" Masya Allah , nisa lamanya kita tak jumpa.Sudah rindu sama kamu ni.Kenapa kurus sangat ni, sakit ker ?, orang lain kahwin makin gemuk kenapa kau kahwin makin kurus."

" Derita , mungkin itu satu perkataan yang paling sesuai aku khabarkan pada dirimu aza."

" Derita !!!. Kenapa derita , zahirnya kau nampak bahagia."

" Entahlah , aku tak mahu mengaibkan sesiapa.Andai ini takdir aku .Aku terima saja aza."

" Jangan disimpan nisa , ceritakan .Mungkin aku bisa bantu siapa tahu."

" Hal rumah tangga aza.Ini tugas aku untuk menyimpan aib suami."

" Perkahwinan itu sepatutnya membahagiakan nisa.Kerana ia melengkapkan iman."

" Benar , perkahwinan itu melengkapkan iman .Tapi , adakah semua jenis perkahwinan atau yang terpilih saja."

" Apa maksudmu terpilih ?." Berkerut dahi aza.

" Terpilih dalam erti kata . Suami dan isteri didalam suatu perkahwinan itu mengamalkan islam."

" Maksud kamu huzair tidak mengamalkan islam , bagaimana dengan keluarganya ?."

" Entahlah aza , sehingga kesaat ini aku belum nampak dahi mereka menyentuh tikar sembahyang."

" Erm...besar sungguh tanggungjawabmu nisa.Mungkin kerana ini allah takdirkan kamu berkahwin dengan huzair , untuk menyelamatkan iman mereka sebelum terlambat."

" Entahlah aza , bila terkena pada keluarga sendiri .Canggung pulak aku berbicara.Kalau dulu begitu lantang aku menidakkan ini dan mengiyakan itu . Tapi sekarang mulut seakan terkunci .Mungkin kerana taraf aku sebagai isteri yang menyekat kata-kata."

" Bicaramu , berbunyi tewas .Kenapa? sudahkah kau lupa pada perjuangan rasulullah."

" Hampir tewas , tapi belum tewas .Huzair aku cintai dengan jiwa dan ragaku.Aku bimbang dia tersinggung , kalau ditegur berkali-kali.Kini senjata yang aku guna hanyalah dengan doa."

" Itu selemah-lemah iman nisa.Sudahkah kau berusaha dengan perbuatan dan lisan."

" Lisan baru beberapa kali , perbuatan ...aku tak tahu macam mana mahu memulakan.Tapi apa yang pasti aku rasa terlalu derita sekarang."

" Ujian ini baru sedikit nisa, Nabi Muhammad s.a.w dulu lagi getir ujiannya sewaktu mahu menegakkan islam.Ingatkan ceritanya dia dibaling batu sehingga berdarah dahinya .Sewaktu sedang sujud kepalanya diletakkan najis unta .Dia dicaci , dihina tanpa mengenal masa.Jadi dugaan mu ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan rasulullah."

" Tapi aku bukan rasulullah , aku tak mungkin jadi sehebat rasulullah."

" Benar kau bukan rasulullah , tapi perjuanganmu harus sama dengan rasulullah .Tak mahukah kau berdiri dibelakangnya , apabila berada dipadang mashyar kelak ." Saat ini air mata khairunnisa sudah mengalir deras. Kata-kata aza satu-persatu menyerap masuk kedalam fikirannya. Benar , perjuangan harus diteruskan .Walau dengan cara apapun.Dia harus berusaha agar suami yang dicintai kembali kepada Allah. Huzair seorang lelaki yang baik , tak pernah mengabaikan hal rumahtangga .Nafkah zahir dan batin khairunnisa sentiasa terjaga.Cuma apa yang dikesalkan khairunnisa , solat diletakkan ditangga paling bawah dalam hidup huzair.Inikan lagi doa-doa .Tiada doa waktu mahu makan , tiada doa terlafaz waktu menaiki kenderaan dan tiada doa saat ingin melepaskan nafsu pada dirinya.Tapi Huzair tak pernah melarang khairunnisa menunaikan tanggungjawabnya kepada tuhan.Dia akan berhenti di masjid sekiranya sudah sampai waktu solat jika mereka keluar berjalan kemana-mana.Tapi tak pernah turun dari kenderaan dan hanya menunggu sehinggalah khairunnisa selesai menunaikan tanggungjawabnya.

******

Sudah dua hari umat islam berpuasa.Selama dua hari juga , khairunnisa sendirian berbuka dan bersahur dirumah itu. Huzair masih berada dihospital .Dia rebah akibat serangan jantung kerana mendapat berita yang syarikatnya sedang dilanda fitnah. Makanan segera keluaran syarikatnya mengandungi melanin iaitu sejenis bahan yang membahayakan kesihatan manusia.Terpampang jelas dimuka depan suratkhabar-suratkhabar diseluruh negara ,berita tentang syarikatnya itu.Ibu dan ayah huzair saat ini sedang berada diluar negara.Sebaik saja mendapat berita itu .Ibu dan ayahnya segera bergerak pulang ke Malaysia.

"Hari ini suami puan boleh pulang .Dia sudah sihat sepenuhnya." Doktor Amri , seorang doktor muda yang sudah bergelar pakar membenarkan huzair pulang dan mengesahkan huzair sudah berada dalam keadaan sihat.Keluar saja dari hospital , huzair bergegas ke kilangnya.Dia hanya mampu mengeluh bila semua barang yang telah dihantar kepada pembekal dipulangkan semula.Adat berniaga tak akan selamanya berada diatas.Kemudian teringat dia dengan wang simpanannya yang mencecah hampir rm 150 ,000 didalam akaunnya.Dikeluarkan semua untuk menampung kerugian syarikat yang sudah mencecah hampir ratusan ribu.Wang syarikat sudah habis digunakan. Semua perkara berlaku dengan hanya sekelip mata.

" Abang , mungkin ini masanya untuk kembali kepada Allah." Khairunnisa mula meniup teguran .Dia bersyukur mungkin dengan terjadinya perkara ini huzair akan kembali kepada Allah.Huzair hanya membisu.Perlahan diangkat wajahnya.Bertaut pandangan matanya dan khairunnisa.Lama dia memandang.Khairunnisa mula tak selesa dengan pandangan itu.

" Nisa , terima kasih .Kerana masih setia walaupun saat ini abang tak punya apa-apa.Mungkin selepas ini abang tak mampu lagi untuk beri nisa kebahagian.Dari jadi begini ada baiknya kita berpisah." Mengalir air mata dipipi huzair.

" Abang , selama ini nisa tak pernah fikirkan tentang wang dan harta.Nisa meletakkan wang ditempat yang paling bawah seperti mana abang meletakkan solat ditempat paling bawah.Kerana ia tak langsung menjamin kebahagian nisa.Nisa lebih bahagia kalau perkahwinan ini disulami dengan iman."

" Tanpa wang bagaimana manusia boleh hidup nisa."

" Sebab tu masa malam nisfu syaaban kita baca yassin mohon kepada Allah dimurahkan rezeki untuk ibadah.Jadi kalau kita punya wang , itulah tujuan kita sayang .Untuk ibadah ,bukan dunia.Maafkan nisa bang , kalau teguran ini menyinggung abang."Pantas huzair memeluk isterinya.Menangis dia semahu-mahunya .Timbul kesal dihatinya kerana meninggalkan Allah disaat hidup berada dikemuncak.Terfikir dia , adakah Allah akan menerimanya kembali disaat ini.Dia umpama manusia yang datang hanya bila didalam kesusahan.

" Abang malu nisa , abang tak tahu bagaimana mahu memulakan .Abang nak kembali.Sayang bantu abang ya."

" Alhamdulillah , dah masuk waktu maghrib ni .Mari kita solat berjemaah.Semoga Allah menerima amalan kita."Gembira khairunnisa saat mendengar butir bicara dari mulut huzair.Bersyukur dia kepada tuhan , akhirnya doanya dimakbulkan tuhan.Mahukan huzair kembali kepada landasan Allah."

Perubahan mendadak huzair menimbulkan curiga dihati ibu dan ayahnya. Fikir mereka khairunnisa sudah kenakan ilmu penunduk kepada anaknya. Terkejut niah saat melihat huzair dan khairunnisa solat berjemaah .Huzair yang dia kenali sekarang tak sama seperti dulu.Berubah benar , adakah kerana musibah yang melanda syarikatnya atau kerana khairunnisa.Niah dan daud sendiri hampir bankrap dengan masalah yang melanda.Tapi masalah itu tak mengubah mereka .Tetap saja bersuka ria seperti biasa.Pada mereka persahabatan yang dibina dengan mereka-mereka yang sepemikiran dengannya akan membantu mereka untuk membangunkan syarikat semula.

Selama 10 bulan berkahwin khairunnisa tak pernah pulang kerumah ibu dan ayahnya. Bukannya huzair tak mengizinkan .Tapi bila saja khairunnisa menyuarakan hasrat.Segera huzair memotong kata dengan menyatakan yang khairunnisa boleh pulang kekampung tapi hanya akan pulang kekampung bersamanya. Dan selama itu juga.Janji huzair untuk pulang kekampung khairunnisa hanya jadi kata-kata bila dia terlalu sibuk bekerja.Kebahagian khairunnisa dengan perubahan huzair juga hanyalah sementara. Tikar sembahyang mula ditinggalkan semula dengan alasan terlalu sibuk bekerja.Apalagi yang khairunnisa boleh lakukan .Hanya kepada Allah saja dia mampu bermohon.Rezeki semakin mencurah , huzair juga semakin jauh .

******
Perniagaan semakin melonjak maju . Huzair semakin alpa .Khairunnisa semakin derita.Harapan kini hanya tergantung kepada anak yang bakal dilahirkan .Dalam kandungan lagi anak sudah didengarkan dengan ayat-ayat suci al-quran dan nama-nama Allah.Khairunnisa tak mahu anak yang bakal lahir mengikut jejak langkah ayahnya .Huzair pula semakin lama semakin menjauh dari dirinya.Huzair hanya pulang untuk menukar pakaiannya .Waktu yang selebihnya Khairunnisa tak tahu huzair berada dimana.Tak pernah berpeluang untuk bertanya khabar inikan lagi bertanya itu dan ini kepada suaminya itu.

" Abang , boleh balik tak .Nisa sakit perut .Banyak darah keluar .Tak tahu kenapa ?."

" Abang sibuklah sayang , tunggu pak madlah.Nanti abang telefon pak mad suruh dia balik kerumah cepat."

Huzair merenung khairunnisa yang sedang baring dikatil. Pucat mukanya.Timbul kesal dihati kerana sejak kebelakangan ini dia terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak tahu yang khairunnisa sudah mengandung dua bulan.

" Sayang , maafkan abang ya.Abang terlalu sibuk bekerja." Satu ciuman singgah didahi khairunnisa.

Pulang dari hospital , huzair mula memberikan perhatian kepada khairunnisa .Isterinya mula dijaga dengan baik.Perasaan bersalah masih belum hilang dari hatinya.

"Nisa sebut saja apa yang nisa nak abang akan belikan sekarang jugak." Tak pernah Khairunnisa melihat senyum semanis itu dari wajah huzair.

" Bang maafkan nisa , kerana tak mampu menjaga anak abang dengan baik." Zuriat yang ada mengadap Allah lebih awal dari dirinya.Kharunnisa keguguran kerana menghadapi tekanan hidup yang sangat kuat.

" Tak apa sayang , sepatutnya abang yang minta maaf .Kerana membiarkan nisa seorang diri selama ini."

" Abang nisa ada permintaan . Nisa mohon dilepaskan ."

" Apa maksud dilepaskan ? , abang tak faham ." Berubah air muka huzair.

" Sewaktu nisa menerima pinangan abang dulu , abang berjanji yang nisa akan berkahwin dengan orang yang beriman. Kerana nisa pernah tegaskan pada abang , nisa hanya akan mengahwini lelaki yang mampu memimpin nisa ke syurga.Kerana yakin dengan janji itu .Nisa bersetuju untuk berkahwin dengan abang.Tapi selama setahun nisa jadi isteri abang .Ternyata semuanya hampa."

" Hanya kerana alasan itu nisa minta dilepaskan."

" Bang , nisa takut duduk didunia yang tak diredhai oleh Allah."

" Baik , kalau itu yang nisa mahu .Abang tak mahu memaksa. Selangkah dikau keluar dari rumah ini.Maka jatuhlah talak satu." Terus huzair melangkah keluar dari bilik itu.Pintu dihempas kuat.Khairunnisa pegun tak terlafaz apa-apapun dari bibirnya.Mengalir deras airmatanya.Keliru dengan permintaannya sendiri.

" Benarkah apa yang aku lakukan ini. Bukankah penceraian itu dibenci Allah." Termenung seketika khairunnisa.Semakin deras airmatanya mengalir.

Sepucuk surat sudah diletakkan diatas meja. Huzair sudah dua malam tidak balik kerumah.Pagi ini khairunnisa sudah bulat dengan keputusannya. Apa pun yang terjadi iman harus dipertahankan.Dengan lafaz bismillah dia melangkahkan kaki keluar dari Villa cintanya bersama huzair. Berpisah , hanya kerana iman huzair yang nipis.Barang-barangnya awal-awal lagi dan dihantar balik kerumah ibu dan bapanya. Terkejut ibu dan bapanya bila melihat sebuah van penuh dengan pakaian dan barangan dihantar kerumah. Setelah menerangkan melalui telefon ibu dan bapanya akur dengan keputusan khairunnisa untuk berpisah.Mujur ada Aza yang datang membantu mengangkat barang.Nak diharapkan ibu dan bapa mertuanya entah kemana. Sampai dirumah khairunnisa terus memeluk ibu dan ayahnya.

" Maafkan ibu ya nak , kerana ibu kamu derita." Sabariah masih tetap memeluk khairunnisa.Kesal dengan keputusannya menjodohkan khairunnisa dengan huzair.

" Tulah lain kali , jangan sibuk nak jodohkan anak.Tengok , sekarang apa dah jadi.Dari dulu lagi saya dah rasa tak sedap hati." Husin menjeling isterinya.

" Tak apalah , ayah dan ibu jangan gaduh .Dah takdir nisa macam ni ."

" Sudah sayang , mari masuk. Kesian anak ibu dah semakin kurus. Nanti ibu masak yang sedap-sedap ya.Kita makan sama-sama .Lepas tu solat berjemaah dengan ayah." Mengalir air mata nisa sekali lagi sewaktu mendengar ajakan ibunya untuk solat berjemaah bersama. Sudah lama dia rindukan ajakan seperti itu.

********

" Nisa , pukul berapa nak pergi ke dewan ?." Tersentak nisa dengan panggilan ibunya.

" Kejab lagi bu , tengah siapkan bungkus cup cake yang nak dibawa ni."

" Kalau macam tu ibu pergi dulu ya."

" Baik bu ."

Sedang khairunnisa ralit dengan kerjanya. Satu panggilan telefon masuk ke telefon bimbitnya.

" Assalamualaikum nisa , aza ni .Tadi aku kepejabat Huzair .Ada satu khabar buruk yang aku nak beritahu kau. Huzair kemalangan .Dia disyaki memandu dalam keadaan mabuk."

" Apa !!!, macam mana keadaan huzair sekarang ?."

" Tenat . Turut terlibat sama dalam kemalangan sebuah kereta proton wira .Pemandu dan anak berusia 1 tahun terselamat . Isterinya yang mengandung 5 bulan meninggal dunia."

" Masyaallah , Setahu aku , huzair tak pernah minum arak."

" Nisa naifnya engkau , selama ini suami kau tak balik .Kau ingat suami kau kemana.kau tahu rumah aku dekat mana kan. Aku selalu terserempak dengan laki kau dan kawan-kawannya yang berjalan terhuyung hayang kalau aku pulang lewat pagi.Kau tahu kan memang kelab yang terkenal tu tempat laluan kerumah aku."

" Ya Allah , betul ke ?. Aza ambik aku , aku nak jenguk huzair."Entah kenapa khairunnisa merasakan simpati tapi seolah-olah tak mampu mengeluarkan airmata.

Sampai saja dihospital . Doktor mengesahkan huzair meninggal dunia akibat pendarahan didalam otak.Nisa terpandang Doktor Amri yang sedang memangku anak kecil berusia dalam lingkungan 1 tahun. Anak itu menangis tanpa henti doktor amri sudah mula gelisah .

" Maaf doktor , ibunya mana.Boleh saya tolong ?." Amri hanya diam tidak menjawab walau sepatah pun. Perlahan anak itu diserahkan pada Khairunnisa.Sebaik saja berada didalam dakapan khairunnisa , anak tu diam dengan sendirinya. Perlahan khairunnisa mendodoi anak itu sehinggalah dia terlelap dalam dakapannya.Khairunnisa memandang wajah doktor Amri.

" Saya kemalangan semalam , isteri meninggal. Saya tak ada sedara lain. Boleh tak Khairunnisa bawak pulang auni . Saya akan ambil semula , setelah selesai urusan pengebumian nanti." Mengalir air matanya. Walaupun kelihatan tabah tapi khairunnisa tahu Amri sedang bersedih.

" Ya , bekas suami saya pun baru jer meninggal , tapi pihak hospital sudah sahkan .Mayatnya sudah dituntut ahli keluarganya. Insyaallah saya jaga amanah doktor Amri ini. "

" Terima kasih khairunnisa.Hanya Allah mampu membalas."

" Sebelum itu boleh doktor ambil barang keperluan bayi dulu.Eh...tadi katanya kemalangankan .Kemalangan dimana ?."

" Saya kemalangan di Seremban . Dengan cik huzair , suami puan."

" Subhanaallah , macam mana keadaan doktor dan auni.Alhamdulillah kami dah scan dan x ray .Hanya luka-luka kecil."

*********

" Auni , jangan main jauh-jauh ya nak ."

" Baik mama."

Berpaut jejari Amri dan nisa menyusur tepian pantai port dickson . Peristiwa yang berlaku dua tahun yang lepas membawa seribu hikmah buat dirinya dan Amri. Khairunnisa yang selalu menjaga auni dilamar amri untuk menjadi isterinya. Kerana terlalu takut peristiwa silam berulang kembali. Dia mengambil masa untuk menyahut huluran tangan amri. Hari ini dia menjadi isteri yang sah kepada Amri.Bahagia kerana perkahwinan kali ini melengkapkan imannya. Amri seorang suami yang benar-benar beriman. Solat adalah perkara pertama yang diletakkan dihatinya.Auni , khairunnisa jaga seperti anaknya sendiri.Bahagia dan berusaha meniti jalan ke syurga.Itulah cita-cita yang sejak dulu ingin dicapai Khairunnisa.

N/K : Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Tetapi sekiranya dugaan datang keatas dirimu . Janganlah dikau kecewa kerana insyaallah dugaan itu datang dengan harapan dan cahaya yang mungkin akan sempurnakan hidupmu.

2 comments:

Faz Nandra said...

ooo kakak nisa sayang!! =) hehe..macam cerita akak sikit2 kan?? hohooho... best dan menginsafkan..

hmm... kak pembetulan sikit sayang~
bertahta-->bertakhta
allah-->Allah

dan persoalan tu kak=)

"yeke? mana huzair sekarang?"
tertinggal "macam" (n_n)")

maaf kak sayang.... hehehe.. tapi citer ni best tau.. weee.. lalalla

hanisah hassan said...

hahahaha...tq sayang .belum diedit pun cerita ni.. insyaallah akan dibetulkan.