Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Thursday, May 27, 2010

Berlian ....(bab 3)

“Uzur ker…kenapa tak ambil air sembahyang lagi ni”Hafiz memecah lamunan zulkifli.

Perlahan zulkifli melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhu.

“Abang zul ….lamanya buat apa kat dalam tu”.Sudah lenguh kaki hafiz berdiri di tikar sembahyang menanti zulkifli untuk berjemaah dengannya.Sudah setengah jam juga, zulkifli hanya memandang air keluar dari pili itu.Dia sudah lupa tertib mana yang harus dimulakan dulu.Sudah lama dia meninggalkan sejadah tuhan .Dia juga sudah lupa kearah mana dirinya sepatutnya dikiblatkan.Kerana ingin menutup malu dan kelemahan diri.Dia membasahkan saja semua anggota yang mampu dicapai, habis lencun bajunya mengalahkan anak kecil bermain air.

“Ya allah ….abang zul mandi ker ambil air sembahyang “

“Air sembahyanglah kenapa”

“Budak umur 5 tahun jer ambil air sembahyang sampai lencun baju tau.Nah pakai baju hafiz ini”.Pantas hafiz memberikan t-shirt berwarna biru kepada zulkifli.Dia tak mahu zulkifli mengadap tuhan dengan keadaan basah begitu.Selesai menukar baju , zulkifli terus berdiri diatas sejadah yang paling belakang.

“Hai ….bila nak mula ini bang ,”

“Mula apa”.Berkerut dahi zulkifli.

“Astagfirullah ……sembahyanglah , bila nak mula .Abang jadi imam kan “

“iiii..imam….eh abang tak boleh lah dik hari ini”

“Kenapa tak boleh “

“Hari ini abang…errr abang pening “

“Ok , kali ini hafiz imam , lain kali abang pulak ya”

Menitis air mata zulkifli saat mendengar ayat-ayat suci karya tuhan di dendangkan anak muda yang baru berusia 20 tahun itu. Sudah lama dia tak merasa setenang ini.Karya tuhan yang dilaungkan hafiz menyebabkan hatinya luluh , seolah-olah kakinya sudah tak mampu berpaksi dibumi lagi.Berjujuran mutiara sehingga terdengar esakkan.Usai sembahyang hafiz serta merta memalingkan badannya.

“Kenapa bang “

“Tak ada apa hafiz”.

Sepantas kilat zulkifli mengesat air mata.”
Sepanjang perjalanan pulang ,zulkifli diam membungkam.Dia teringat detik-detik yang berlaku dirumah hafiz tadi.Seolah-olah ada satu ketukan yang lembut menyentuh hatinya saat ini.Ketenangan yang selama ini dicari ada dirumah itu.

1 comment:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

haha...part pening tu yang tak tahan tu kak... :)