Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Thursday, June 24, 2010

Sedetik Bahagia...........


Satu kisah benar dari rantaian kehidupan .Tika merindui azman yang hilang dari pandangan.Sayup hatinya mengejar selingkar kasih.Aziz mencari bayangan dirinya..... Dugaan kehidupan dihadapi dengan penuh kesabaran.
Nantikan Karya semusim ( Sedetik Bahagia) 26/06/2010.

Jam sudah menunjukkan 6.00 pagi.Sofea masih lagi enak berlingkar dikatil.Ayam sudah mula galak berkokok bersahut-sahutan ingin menjemput penghuni alam bangun untuk mencari rezeki buat meneruskan hidup yang mungkin panjang.Entah kenapa berat betul rasa hatinya hendak bekerja . Sudah lima tahun dia bekerja disyarikat pengilangan barangan plastik itu , tak pernah dia merasa setawar ini untuk ketempat kerja.

“Sofea…bangun solat subuh , semalam sofea kata nak pergi kerja awal kan hari ini.”

“huhhh…..”terus dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air.Dia tak sanggup menadah telingga mendengar bebelan ibunya diwaktu pagi.

“Ibu , sofea tak sedap hatilah ibu , kenapa ya?.”Sofea mula meluahkan rasa .Makanan kegemarannya mee goreng yang baru disediakan ibunya dijamah sedikit saja.

“Tak ada apalah itu , mainan perasaan saja.Janganlah fikir banyak sangat.”Ringkas jawapan dari ibunya.

‘Aku tak boleh ada perasaan macam ini , hari ini aku ada meeting penting.Nanti jepun tu tak berminat pula nak beli barang syarikat aku , kerana aura negative yang bersarang dalam diri aku .Think positif… Think positif…Think positif…’perkataan itu berulang-ulang disebut dihatinya supaya dia cukup bersedia untuk berhadapan dengan pelanggan dari jepun yang akan datang sebentar lagi.

“ Baru sampai ke?.” Tegur aswa sebaik saja melihat sofea sedang menyusun fail-fail yang akan digunakan untuk mesyuarat pagi ini.

“Iya…Awal kau sampai nak prepare untuk meeting juga ke.”Aswa tidak menjawab soalannya.

“Sofea , aku risau pasal Tikalah.”

“Hah…mana pengantin baru tu.Dah dua hari naik kerja , tapi langsung tak nampak muka.Dia kerja malamkan , aku nak pergi jumpa dialah .Nak menyakat.”Sofea mula mengatur ayat menyakatnya dikepala.Dia memang terkenal dengan kaki sakat di kilang itu.Kalau sudah sampai moodnya nak menyakat orang boleh dapat award.

“Malam tadi dia tak kerja.”

“Kenapa ?, baru naik dua hari dah cuti lagi ke?.”Berkerut dahi sofea .

“Azman , kemalangan di singapura .Masih tak tahu khabarnya .”

“Hah…kemalangan , bila ? dengan apa ?.Aku nak tanya budak productionlah mesti diaorang tahu.”Berlari sofea ke production tempat azman pernah bekerja suatu masa dulu dan abangnya aziz yang masih bekerja disitu.

“Herul , ada berita pasal azman?.”Menerpa sofea kepada leader yang bertugas pada malam sebelumnya.

“Aku sendiri belum tahu ni, malam tadi tika datang nangis-nangis cari aziz , katanya azman kemalangan disingapura.Aku tengah tunggu sms aziz ni.Kalau ada apa-apa aku beritahu kau ,jangan bimbang ya.”Baru saja beberapa tapak sofea berpaling satu sms masuk ketelefon bimbit herul.Berpusing semula sofea mengadap teman baiknya itu yang sudah punya isteri dan anak dua.

“Sofea , azman dah meninggal jam 7.00 petang semalam ,kemalangan motor di woodland.Sekarang mayat berada di hospital kandang kerbau.”Terkedu sofea , diraut wajahnya antara percaya dengan tidak suami kepada sahabatnya sudah pergi menemui ilahi.Menitik airmata mengenangkan tika , apakah perasaan tika saat ini?.

“Sudah jangan menangis , kita kena usahakan sesuatu ini.Aziz cakap dia perlukan dana sebanyak rm 4000.oo untuk keluarkan jenazah dari singapura.Kita kena lakukan sesuatu sofea.Kutip sebanyak mungkin yang dapat.”Sofea sekadar menganggukkan kepala.Dia memang sudah maklum dengan tugasnya yang satu ini.Asal saja ada sahabat yang ditimpa kemalangan atau kematian ahli keluarga dia akan ligat memulakan langkah mengumpulkan dana untuk membantu sedaya mungkin.

“Berapa orang yang nak ikut kereta aku ini? , jangan pergi ramai-ramai .Sekarang waktu kerja cukuplah wakil setiap seorang dari satu department saja.”Sofea mula mengatur beberapa kenderaan untuk kerumah kakak kepada azman dan aziz di larkin bomba.Informasi yang diperolehi dari aziz menyatakan bahawa jenazah akan dibawa kerumah itu sebelum berangkat ke Kelantan.Bersama dengan wang yang hampir terkumpul rm 600.00 dipegang kemas dalam gengamannya.Dia tak sabar mahu menyalurkan wang itu kepada aziz atau tika .Jenazah azman mesti disempurnakan dengan baik.

Sampai saja dirumah kakak kembar tersebut , sofea dan kawan-kawannya mula mencari tempat untuk menyesuaikan diri dalam keadaan orang yang sudah pun mulai ramai menunggu jenazah disitu.Dia menjenguk kedalam rumah , mencari tika yang tidak kelihatan kelibatnya. ‘Mungkin tika sedang menenangkan perasaannya’.Dari jauh kelihatan kereta Proton wira milik arwah memasuki halaman rumah.Aziz keluar dari kenderaan itu , dan terus menuju kearah kelompok sofea sewaktu melihat sofea dan beberapa rakan dari production sedang duduk di pondok menunggu itu.

“Kak pia…kembar saya dah tak ada.”Laju titisan airmata aziz yang sedari tadi kelihatan tenang .

“Ya sayang, kak pia tahu .Sabar ya .” Sofea menepuk lembut bahu aziz yang sudah dianggap macam adik sendiri.Sayangnya pada azman dan aziz lebih sedikit dari adik-adik yang lain dikilang itu.Kerana mereka kembar dan mereka sangat unik.Sewaktu azman menyatakan hasrat ingin berhenti kerja kerana ingin mencari pendapatan lebih untuk berkahwin.Hati sofea sayu sekali.Walaupun tak pernah diluahkan ,tapi sofea tak mahu berpisah dengan kembar itu.Teringat dia sewaktu raya yang lepas azman membuat permintaan mahu makan kuih raya yang kak sofea buat katanya.Membebel sofea , kerana sudah hari keenam , kuih raya dirumahnya pun dah habis.

“Manalah rumah akak ada kuih raya lagi . Dah habislah , kan dah raya keenam ini.”

“Ala macam ini tak dapatlah saya rasa kuih raya akak selamanya.”Muncung azman.

“Tak puas lagi ke makan kuih raya kat kampong dik oiii….”

“Kak pia saya tak jadi balik kampunglah , kereta kena hijack kat nenasi .Akhirnya kami bermalam kat balai polis je.Dah pagi , kami patah balik ke johor.Sedih kami kak pia.”Muncung azman kali ini lebih panjang dari yang sebelum , kecewa dia kerana ada saja yang mengambil kesempatan dimusim perayaan.Pengalaman dikejar perompak di Nenasi Pahang menyebabkan kembar itu serik untuk melalui jalan itu lagi apabila hari sudah menjangkau ke malam.

“Lah , ya ke..sian adik akak ini.Nanti esok akak bawak apa yang ada ya.”Tersenyum azman kerana akhirnya hajat untuk merasai kuih raya termakbul juga.Mujur juga sofea menunaikan hajatnya.Kalau tidak pasti dia akan rasa terkilan sekarang.

“Aziz , tika mana? Tak nampak dia dari tadi .” Dalam sendu aziz menjawab , tika berada dirumah kakaknya .Menenangkan perasan katanya.

“Hah…tu pun dia kak .” Sayu pandangan sofea terhadap gadis berbaju kurung biru itu.Ditangannya ada sapu tangan yang sentiasa digengam .Tenang saja wajahnya.Sofea memang sangat kagum dengan raut wajah gadis terengganu itu.Sentiasa tenang dan ayu .Walau dalam keadaan apapun.Tika berlari sebaik saja melihat sofea.Terus dirangkul dan menangis semahu-mahunya.Mungkin baru dapat bahu untuk melepaskan sedikit bebanan yang ditanggung.Diam seisi rumah.Airmata sofea turut mengalir.Dalam esakkan , tika mengulang-ulang ayat yang sama .

“Kak pia…abang azman dah tak ada.Abang azman dah meninggal , abang azman dah tinggalkan saya kak pia.Kak pia tolong saya , beritahu saya semua ini tak betul.Baru lima hari je kak pia , lima hari saja.Inai dijari pun belum hilang.Kenapa hanya sedetik bahagia yang saya rasa.Kenapa kak pia, kenapa??” Semakin kuat tangisan tika , sambil melaungkan kata-katanya.Kawan-kawan yang lain juga sudah tak mampu menyekang airmata.Sama laju dengan airmata sofea dan tika.

“Sabar sayang…..allah sayangkan dia, sebab dia orang baik , allah ambil dia.Kak pia nak tika sabar ya.Pasti allah ada rancangan yang baik buatmu.”Pelukan masih belum dilepaskan , pia mengusap lembut kepala tika.Sengaja dibiarkan tika melepaskan tekanannya seketika.”Bengkak mata kedua-dua anak gadis itu.Sofea mengesat air mata di pipi tika yang masih mengalir.Mereka mengenal cinta di tempat kerja.Sofea pada mulanya menyangka tika akan memilih aziz kerana mereka kelihatan lebih sesuai.Tapi sebaliknya dia memilih azman menjadi pasangan hidupnya.Pernah juga sofea ajukan soalan kenapa tika memilih azman bukan aziz.Jawapan tika mengejutkan sofea, katanya kalau sofea kenal azman dengan lebih dalam .Pasti sofea tak akan ajukan soalan begitu kepadanya.Akhirnya sofea akur dengan keputusan tika , dia yakin pasti tika sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya.

“Tika ini ada duit yang baru tadi kami kumpul , ada dekat rm 600.00 , akak nak tika gunakan sebaik mungkin .Jenazah nak dikebumikan di Kelantankan .Jadi pastikan semuanya diuruskan dengan baik ya sayang .”Tika hanya mengangguk lemah.

“Sayang akak kena balik kerja , tak boleh nak tunggu jenazah sampai.Tika dengan aziz jaga diri baik-baik ya.” Berat hati sofea mahu meninggalkan tika disitu.Tapi dia ada mesyuarat yang mesti dihadiri.Mujur saja bosnya faham dan melepaskan dia dan kawan-kawannya untuk pergi melawat selama satu sejam.Setelah itu dia harus menghadiri mesyuarat seperti biasa.

****************************************

Sudah hampir sebulan azman pergi.Selama itu juga tika mengambil cuti tanpa gaji , ingin menenangkan perasaannya yang berkecamuk kerana kehilangan.Esok tika akan mula bekerja seperti biasa.

Usai solat zohor sofea duduk sementara di surau kecil itu.Hanya ada dia dan tika.Seperti biasa wajah tenang tika membuatkan hati sofea damai.Sofea membuka bicara.

“Tika , dah selesai ke semua urusan arwah? .Kwspnya , insuran dan hal-hal lain termasuk hutang mungkin.”Lembut bicara sofea , kerana tak mahu tika menyangka yang bukan-bukan dari pertanyaannya.”

“Alhamdulillah , sedang diuruskan , nanti kalau tika tak faham apa-apa .Tika tanya akak ya.”Langsung tika tidak memandang sofea.Mungkin mahu menyembunyikan rasa sedihnya yang masih belum hilang.Sofea memandang jari-jari runcing tika.Rasa kesian padanya meluap-luap Menangis hatinya mengenangkan nasib gadis ini.Belum pun puas dia bermanja , malahan inai dijari masih lagi merah sudah bercerai mati perkahwinannya yang berusia lima hari.Inilah yang dinamakan takdir.Setiap manusia takdirnya berbeza.Semua aturan hidup kita sudah tertulis di luh mahfuz.Sudah dirancang sebaik mungkin oleh sang maha pecipta.Tidak tergelincir walau sedetik pun.

“Akak pia , tika mimpi abang malam tadi .” Perlahan suara tika ,seolah-olah sedang menahan sesuatu dihatinya.

“Mimpi apa sayang ?.”

Menitis laju airmata tika , berusaha dia tabah untuk memulakan bicara.Sofea yang serba salah melihat keadaan itu segera memeluk gadis itu.Ditenangkan hatinya.

“Istigfar tika , allah mahu kita mengingatinya .Walaupun dalam keadaan apapun kita.”

“Tika mimpi pergi ketempat yang selalu tika pergi dengan abang sebelum kahwin.Kami berpimpinan tangan , makan bersama .Dia senyum dalam mimpi tika.Dia usap rambut tika.Bahagianya kak , semuanya macam benar-benar berlaku .Tapi bila akhirnya tika terjaga , tika kecewa kak .Sebab semua itu hanya mimpi.Hanya mimpi……hanya mimpi.”Mengalir airmata sofea mendengar perihal mimpi itu,jelas ini menunjukkan gadis itu sangat rindukan suaminya , hingga terbawa-bawa ke alam yang satu lagi.

“Tika , cinta itu teka-teki .Kamu harus berusaha untuk meyelesaikannya.Bila kamu sudah dapat jawapan. Teka-teki lain pula akan muncul.Mungkin cinta orang lain teka-tekinya sampai ke alam perkahwinan sudah selesai.Tapi kamu harus berusaha untuk membuka teka-teki yang baru.”Sofea senyum sendiri didalam hati , ‘banyaknya perkataan teka-teki yang aku sebut.’Ayat yang halus dan dalam maksudnya itu wajib sampai kepada tika.Sofea mahu tika membina hidupnya semula.Cari cinta yang baru .Diusia yang masih muda tak patut dia bersedih begini.

**********************************

Sudah pun tiga bulan berlalu.Aziz semakin lama semakin susut badannya.Sudah kurang dia berbicara mesra , walaupun pada dasar dia bukan jenis orang yang selalu bungkam begitu.

“Aziz , dah makan .”Sofea berusaha memulakan bicara .Sebagai seorang yang dianggap kakak di kalangan orang melayu di kilang tersebut , dia berasa bertanggungjawab untuk membantu aziz yang semakin lama dilihat semakin sengsara.

“Dah kak pia , baru hari ini kita jumpa ya .”Mesra pulak dia dengan sofea.Mungkin ada yang ingin diluahkan.

“Kenapa kurus kering ini? , tak makan ke.”Sofea memegang lengan jejaka yang dulunya sebesar pokok pisang muda sekarang sudah umpama ranting.

“kak pia….aziz rindukan azman.Selama 24 tahun kami hidup bersama .Tak pernah sekalipun kami berpisah.Sampai sekarang aziz masih tak percaya kalau azman dah tinggalkan aziz.Masa aziz bantu ayah kebumikan azman.Aziz rasa macam nak jerit , azman bangun ….kenapa kau tidur lama sangat , bangun dik.”Berkaca mata jejaka itu , bergoncang bahunya menahan esakkan.

“Pasti ada sebabnya , pasti ada sebabnya sayang.Janganlah bersedih bergitu.”Sofea berusaha memujuk aziz.

“ Kak pia , sebenarnya aziz serba salah.Dua minggu yang lepas aziz mimpi azman datang dalam mimpi aziz.Ada pesanan yang disampaikan.Tapi aziz tak mungkin akan lakukan itu.Kerana banyak perasaan yang akan tergadai .”

“Mimpi apa?.”

“Aziz mimpi azman datang dan duduk menangis disatu sudut.Azman minta aziz ganti jaga tika kak…”

“Maksudnya tukar bantal.”Satu istilah yang selalu digunakan sekiranya berlaku kematian antara adik beradik .Maka adik yang satu lagi akan berkahwin dengan isteri atau suami pihak yang meninggal. Kebanyakkan orang-orang tua punya sebab untuk istilah ini. Kerana tak mahu hubungan terputus antara menantu atau mungkin cucu.

“Ya kak … tukar bantal.Tapi saya dah ada kekasih.Ini tak mungkin .”

“Tika tahu , apa pendapat dia?.”

“Tika tahu , saya rasa dia suka saya.Dia sering pandang saya dalam diam .Mungkin dia tak sedar saya nampak.”

“Aziz , dia pandang kamu kerana dia ingatkan azman.Bukankah kamu kembar , akak kalau rindu azman pun akak tengok kamu.”

“Ya tak ya juga …kenapalah saya tak terfikir hal ini.Saya dah tanya dengan mek saya tentang hal ini kak .”

“Apa kata mek?.”

“Dia tak setuju.Entah kenapa saya pun tahu .”

“Akak pun tak setuju .Janganlah kamu bimbang.Tika tu kuat .Akak yakin dia akan pulih.Malahan dia kelihatan ok je kebelakangan ini , dan akak juga yakin dia akan ketemu seseorang untuk dirinya kelak.”

“Lega aziz dengar jawapan akak , Sebab aziz bingung juga memikirkan perkara itu.”

“Wah dah ada buah hati ya , orang mana.”

“Orang johor kak.”

“Selamat ya.”Sofea terus berlalu dari situ.Bukan dia tak setuju kalau aziz berkahwin dengan tika.Tapi sengaja dikatakan begitu.Supaya anak muda itu tak rasa terkorban dengan takdir yang berlaku.Memang semua ini amat berat untuk ditelan.

********************************************

Keputusan aziz untuk berhenti kerja mengejutkan sofea.Menurut aziz , tempat kerja ini telah meninggalkan terlalu banyak kenangan dengan adik kembarnya itu.Dia ingin mencari ketenangan ditempat lain.Setelah mendengar penjelasan dari mulut aziz sendiri.Sofea redha dengan keputusan yang dibuat anak muda itu.

Berbeza pula bagi tika, yang kini semakin bersemangat bekerja.katanya dia suka berada ditempat kerja berbanding dirumah.Disini ada kawan yang sentiasa meyokong hatinya.Disini juga rindunya kepada azman terubat , bila kenangan cinta mereka sering terpampang difikiran .Saat melihat disetiap sudut kilang itu.Tika hanyut dan damai dengan kenangan itu.Dia tak mahu pergi dari kenangan itu.Disitu juga dia menemui cinta baru.Jejaka dari pontian johor yang mampu mencuri hatinya.Sudah setahun azman pergi , memang patut pun tika mencari cinta baru untuk mengisi kekosongan hati.

Suatu perkara yang sofea kecewa ialah mulut-mulut longkang manusia yang berkata yang bukan-bukan sejak dari mula lagi kematian azman .Ayat-ayat klise makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap sering didengarnya Tika janda kaya , kerana suaminya meninggal disingapura.Insuran melambak dan macam-macam lagilah.Paling sofea tak suka .Bila ada bibir yang mengukir kata.Tika umpama wanita yang membawa sial , kerana suaminya meninggal setelah berkahwin lima hari dengannya.Marah sofea, saat ungkapan itu sampai ketelingganya.

“Kak , kau nak tahu tak .Aku geram betul dengan si omi tu.Ada ke dia cakap dengan tika masa makan macam ini.”

(Tika kau kalau masak sedap mana pun tak guna , kalau sekadar jadi pengantin lima hari).Tika yang sedang makan , berhenti serta merta dan berlari kesurau.Jenuh rakan-rakannya memujuk untuk menyambung makan semula.Langsung tidak dilayan.Akhirnya balik setengah hari.Kerana terlalu terluka dengan kenyataan yang meluncur dari mulut omi itu.

“Hah…dia cakap macam itu.Geramnya aku , kenapalah mulut dia longkang sangat ni.Busuk hati sungguh.Aku ada masa menunggu jenazah tu .Aku tahu betapa sedihnya tika bila suaminya meninggal Eh …zia pergi cakap dengan anak buah kau tu .Minta maaf dengan tika , sampai tika maafkan dia sebelum aku geyeh mulut dia dengan cili.”Tegun zia disergah begitu , tak menyangka sofea akan marah begitu sekali.

“Saya dah cakaplah kak , dah selesai pun.Dia dah minta maaf.Akak tahu perkara ini lambat sangat.”

“Zia , jangan ambil mudah perkara macam ini. Kami yang dah bertahun kerja dengan tika tak pernah pun cakap macam tu.Malahan gambar kahwinnya pun ,kami tak pernah minta untuk lihat sebab bimbang tika terluka.Senang-senang je si omi tu cakap.Tolong jaga sikit mulut itu.”

“Wah…sayang akak pada tika ya.”

“Bukan sayang zia , tapi aku ada disaat dia sedang sengsara.Aku melalui detik itu bersama dia.Zia terlalu awal untuk tahu hal ini.”Sofea memandang zia dengan mata berkaca .Zia baru bekerja lima bulan saja disitu.Berbanding dia dan tika yang sudah hampir 6 tahun mengumpul kenangan disitu.

Berita perhubungan tika dan hashim semakin hangat diperkatakan.Sofea langsung tak campur tangan .Walaupun kadang-kadang dia kurang setuju dengan pilihan tika, tapi dia yakin tika sudah matang untuk memilih jalan hidupnya sendiri.Semoga tika mampu menyelesaikan teka-tekinya kali ini.Dan sofea berdoa semoga cinta tika kali ini bukan lagi cinta sedetik bahagia.Dia berharap tika tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang melanda hidupnya.Kerana kalau saja tika tahu , betapa besar nikmat yang disediakan oleh sang maha pecipta buat mereka yang bersabar dengan dugaannya pasti dia akan senyum selepas ini dengan apa pun yang melanda.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan ,Rabb kami adalah allah , kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka , maka para malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan . ‘Janganlah kalian berasa takut dan sedih bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan allah kepadamu.Kamilah pelindung kalian dalam kehidupan didunia dan akhirat.Didalamnya kalian peroleh apa yang kalian inginkan dan apa yang kamu minta.Sebagai hidangan dari rabb yang maha pengampun lagi penyayang.

(Fushsilat :30-32)

********************************

N/K : Sehingga kesaat ini , tiada seorang pun pernah melihat gambar perkahwinan Kartika dan azman.Tiada seorang pun yang berani tanya lagi tentang kenangan indah yang tercipta antara mereka.Kerana bimbang hati tika terluka.Semoga roh azman dicucuri rahmat dan semoga tika tabah meneruskan hidupnya yang mungkin masih panjang.

No comments: