Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, June 15, 2010

Roh cinta........




Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh dan wajahnya.Liar mata gadis bertudung kuning diraja itu memandang kekiri dan kanan tempat dia menunggu sahabatnya yang dari tadi tak kunjung tiba.Dari jauh kelihatan seorang jejaka berkopiah putih.Perlahan jejaknya .

"Mungkin dari surau agaknya , Eh ...tapi dah pukul 11.00 ni .Ada lagi ke orang pergi surau malam-malam macam ni".

Terdetik kebimbangan diwajah gadis paling penakut tu.Langsung dia tak berani mengangkat mukanya saat jejaka itu lalu didepannya.Baru saja melepaskan lega didada, dilihatnya lelaki itu berpusing kembali kearahnya.

"Aduh...sudahlah , habislah aku ".

"Assalamualikum , saya Shazlin penduduk kampung ini.Apa cik buat tengah-tengah malam kat sini ".

"Errr....saya Laila , tunggu kawan.Janjinya pukul 10.00 , tapi dah jam 11.00 jangan kata batang hidung , muncung kereta pun tak nampak".

"Ia ke....bahaya ini cik duduk seorang diri kat sini ".

"Tak perlah kejab lagi dia sampailah kot."

"Kalau macam tu biar saya temankan....jangan takut cik laila.Saya ikhlas temankan cik laila".

Laila bermonolog didalam hati ."Baik juga ya....dari duduk seorang diri kat sini.Nampaknya mamat ini macam baik jer.Bolehlah ...minta-mintalah zumi datang cepat".

"Ok ....tapi duduk jauh ya..bukan apa kita bukan muhrim.Nanti tak pasal-pasal kang".

Ketawa shazlin mendengar jawapan laila."Dah berapa lama duduk dikampung ini cik laila".

"Tak payah bercik-ciklah dengan saya , panggil laila saja.Dah 2 minggu , saya baru ditempatkan untuk mengajar kat sekolah tok siak kat depan tu".

"Oh...ya ker, tu sekolah lama saya tu.Cikgu zubaidah tu cikgu matematik saya dulu".

"Cikgu zubaidah....tak kenal pulak saya ".

"Cikgu tu dah pencen lama dah ......".

Hampir satu jam mereka berbual , dalam diam-diam perbualan yang sesingkat itu membuahkan titik cinta dan sayang dihati mereka.Laila yang pada mulanya garang mula mesra .Dia ada pendapatnya sendiri tentang jejaka didepannya itu.Kacak , lesung pipit dikedua belah pipi memaniskan lagi wajahnya , berpendidikan tinggi dan beriman.Tapi itu terlalu awal untuk dia membuat kesimpulan tentang seseorang. Terutamanya tentang lelaki .Dia masak benar dengan perangai lelaki yang suka membuat gadis terbuai-buai , kemudian tinggalkan.Macam saiful dulu yang tak pernah hargai dia sebagai seorang kekasih yang setia menunggu dirinya bertahun-tahun.Selesai satu topik , satu topik lagi dibicarakan .Dari perbualan mereka dia tahu shazlin bekerja sebagai jurutera di petronas.Pulang bercuti bersama keluarga , kerana ingin menjaga neneknya yang sedang sakit.Melihat barang-barang runcit ditangannya.Laila menjangkakan shazlin baru saja pulang dari kedai Mas merah dihujung jalan sana.

"Nah .....ini nombor telefon saya .Kalau ada apa-apa jangan segan untuk hubungi saya ya".Laila menyambut kertas berwarna biru yang dihulurkan oleh shazlin.

"Ha....tu kereta zumi dah sampai.Saya berangkat dulu ya.Assalamualaikum".

"Waalaikumusalam".Shazlin melambai laila dan meneruskan perjalanannya untuk pulang kerumah.

"Kenapa lambat sangat dah dua jam aku tunggu kau tau".Laila menjuihkan bibirnya tanda protes terhadap zumi yang lambat menjemputnya untuk sama-sama pulang ke kuala Lumpur."

"Alamak ....maaflah jangan marah ya.Kereta rosak .Nak telefon kredit dah habis.Jenuh aku cari public phone tapi tak jumpa.Aku berdoa je.Supaya kau tak apa-apa".

"Nasib baik ada orang teman tau."

"Siapa ?, lelaki kacak tu ke.Namanya siapa?."

"Shazlin.....".Ringkas jawapan laila.Mukanya masih masam.

Laila meraba telefon bimbitnya .Dia sudah berjanji mahu menghantar mesej kepada shazlin sebaik saja dia berada di kereta zumi.Tapi kerana sibuk melayan perasaannya yang geramkan zumi.Dia hampir terlupa janjinya.

" Ini nombor telefon saya ....Lailatulsari @aka Laila".Sms laila berjawab "Baik cik Lailatulsari".Hilang perasaan marahnya pada zumi.Kini dibibirnya ada senyuman.Dia mula terlihat ada sinar cahaya di balik gelapnya malam pada hari itu.Bermula dari situ laila dan shazlin mengukir kota cinta mereka.Setiap hari ada saja sms yang dihantar .Tak pernah lekang dengan telefon bimbit walau seminit.Cinta mula kukuh. Laila merasa sangat bahagia dengan apa yang dialaminya pada masa ini.Hasratnya untuk melupakan saiful semakin tercapai.Cerita cinta mereka bukan setakat di telefon bimbit.Dari panggung wayang sampai ke taman bunga .Boleh dikatakan hampir semua sudah dijejak bersama shazlin selepas shazlin pulang dari kampungnya.

Lagi seminggu cuti sekolah akan berakhir.Laila kena pulang lebih awal kerana ada tugasan yang harus disusun untuk semester baru persekolahan.Terpaksalah dia berpisah sementara dengan kekasih hatinya.Tempoh dua bulan bersama dirasakan terlalu singkat. Dia berharap dirinya akan kekal dihati kekasihnya itu.

Laila termenung sendiri.Dia teringat dua minggu yang lepas shazlin menghantar sms yang menimbulkan rasa curiga dalam dirinya.Permohonan maaf sekiranya dirinya ada melukakan hati.Dia kurang pasti apa maksud sms itu.

"Laila ...jangan lupa esok ada gotong royong di balai raya".Siti memecah lamunan sahabatnya.

"Ya...Laila , tak lupa kak".

"Cik ...makanan ni nak letak kat mana."Shamrin menyapa laila yang sedang asyik menyusun anak muridnya untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pada hari ini.

"Letak saja..........." terdiam Laila, kekasihnya kini ada didepan mata."sayang bila balik kampung ."

"Sayang...sayang siapa cik , saya ker."Shamrin bingung kerana laila secara tiba-tiba memanggilnya sayang.

"Pura-pura pulak , baru dua minggu berpisah dah sombong ya."

"Cik salah orang kot.Inilah kali pertama saya jumpa cik."

Laila keliru dengan jawapan shamrin , kerana baru jer dua minggu yang lepas mereka asyik menyulam cinta.Cepatnya jejaka itu berubah.Shamrin terus berlalu pergi dari situ.Dalam hatinya berkata."haihh perempuan ini muka jer cantik tapi sayang ...gila".

Lama laila berdiri dimuka pintu .Dihatinya ada dua arahan.Dapatkan jawapan siapa lelaki yang berwajah seperti shazlin atau pulang saja ke kuala lumpur mencari shazlin.Entahlah yang mana satu nak diikut.

"Cik cari siapa?."

Hampir terjatuh laila ,kerana terkejut disapa dari belakang."Saya nak cari enciklah"

"Oh...ada apa?"

"Nak tanya pasal seseorang"

"Masuklah dulu , nenek ada didalam .Zura pun ada didalam."

Rapi tersusun perabot-perabot antik disetiap sisi rumah itu.Sangat bersih dan tenang.Laila duduk di sebuah kerusi terukir corak kerawang yang sangat cantik.

"Cik ,jemput minum".Pelawa shamrin.Laila hanya diam ."Cik , nak tanya pasal apa dengan saya".

Laila membina keyakinan untuk memulakan bicaranya."saya nak tanya pasal shazlin sulaiman".

"Kenapa dengan shazlin sulaiman".Airmuka shamrin berubah.

"Saya tahu shazlin sulaiman tinggal dirumah ini.Dia kekasih saya.Dah dua minggu dia tak hubungi saya.Saya tak tahu apa khabar beritanya.Wajahnya mirip , wajah encik."

"Cik kata , dah dua minggu dia tak hubungi cik.Betul ker?."

"Betul...kenapa ?"

"Nama cik siapa".

"Laila..."

"Lailatulsari ker?"

"Ya Lailatulsari."

"Sebenarnya cik laila,berat hati saya nak mengkhabarkan.Shazlin dan keluarga saya terlibat dalam kemalangan dua bulan yang lepas.Hanya adik perempuan saya yang terselamat dalam kemalangan itu.Zura...baru saja sedar dari koma minggu lepas dan baru pulang kerumah semalam.Ada dia berehat dibiliknya ."

"Maksudnya apa".Cemas wajah laila.

"Shazlin dan kedua ibu bapa saya , terkorban dalam kemalangan tersebut.Pada hari itu saya tak ikut kerana bertugas di Pahang".

"Tak...jangan tipu saya.Baru je sebulan yang lepas dia kepangung wayang dengan saya.Dia ketaman bunga dengan saya.Tak kanlah dia dah meninggal dunia dua bulan yang lepas.Jangan tipu saya.Kalau bukan dia yang bersama saya , habis siapa."

"Laila saya tak bohong . Ini buktinya.Sijil kematian bertarikh 25 November 2009.Kalau mahu melawat kuburnya juga boleh".

"Habis kamu siapa.Entah-entah yang selama ini berjumpa dengan saya , kamu tak.Kamu sengaja nak mainkan perasaan saya."

"Laila saya ini saudara kembarnya .Sejak kemalangan itu , saya tak pernah balik ke kuala lumpur.Yang kamu jumpa itu bukan saya.Cuba gambarkan Shazlin yang kamu jumpa.Mana tahu saya boleh bantu."

"Abang shazlin mirip kamu , cuma dia ada dua lesung pipit dan tahi lalat di atas bibir kanannya.Ini buktinya".Laila menunjukkan gambarnya bersama shazlin"

Berlari shamrin mendapatkan neneknya, foto-foto di telefon bimbit dibelek satu persatu."Nenek...cuba lihat tarikhnya....01/12/2009.Bukan ker shazlin meninggal bulan november , macam mana pulak ada gambar bulan 12 ni.Nenek tengok baju yang dia pakai.Ini baju masa kemalangan tu kan".

"Laila , jangan takut ya .Nenek yakin shazlin hanya menunaikan hajat terakhirnya.Sebelum dia pulang ke kuala lumpur.Dia ada menyampaikan hasrat kepada kedua orang tuanya .Dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan lailatusari katanya". Ada mutiara yang mengalir dipipi nenek Subi.

"Saya tak takut nenek , saya rindu .Saya rindukan shazlin sulaiman.Kenangan yang dicipta selama dua bulan ini .Terlalu indah buat saya".Laila berbicara dalam esakkan.Tak percaya dengan berita yang baru didengarnya.Yang dia harapkan saat ini adalah dia sedang bermimpi.

Subi memeluk laila."Jangan berhenti berdoa .Walaupun dah dua bulan shazlin memainkan hatimu.Jangan berhenti doa buatnya ya nak.Nenek yakin dia tak niat untuk melakukan itu".Subi tak pasti siapa yang laila jumpa.Tapi dia tak mahu anak gadis itu terlalu memikirkannya.Kerana dia tahu ini adalah khayalan mereka yang terlalu mencintai antara satu sama lain.Walaupun baru sehari berjumpa.Inilah yang dinamakan cinta luar biasa.Dan mereka terpaut dengan roh cinta mereka.

"Ya nenek....insyaallah".Laila terpaksa menerima hakikat shazlin yang datang dalam mimpi ciptaan fikirannya ,tidak wujud didunia nyata.Walaubagaimanapun dia rindukan kasih sayang shazlin,sentuhan shazlin dan suara kekasih hatinya itu.

Sudah setahun peristiwa itu berlalu tapi dia masih belum benar-benar dapat melupakan shazlin .Perkahwinannya dengan shamrin juga atas dasar rindunya pada shazlin.Mereka saling tak tumpah.Perangai , makanan kegemaran , sifat suka membelai tapi perasaan cinta buat shamrin tetap tidak hadir dalam dirinya.Sehingga didalam tidurnya dia masih menyebut nama shazlin.

Shamrin masih bersabar dengan kerenah isterinya.Dia memberi masa kepada laila untuk mencintai dirinya.Dia tak mahu laila rasa terpaksa dengan perkahwinan ini.Selepas kelahiran anak kedua mereka barulah laila sedar.Shazlin tidak wujud lagi didunia nyata.Shazlin yang dulu juga hanyalah khayalan yang mungkin dia cipta .Hasil dari pertemuannya yang pertama dengan jejaka itu di tempat menunggu bas di kampung tok siak.

Dipusara itu dia berdiri bersama shamrin dan dua anaknya.

Abang shazlin ,
Laila datang.....walaupun abang hanya khayalan laila,

Tapi laila bersyukur ,

kerana khayalan itu telah membawa laila kedetik-detik bahagia bersama abang shamrin,
Kalau bukan kerana abang ,

Pasti ,
Laila tak bertemu dengan abang shamrin,


Sayang ,

Walaupun dunia kita berbeza,

Dan berjumpa dilingkungan dua dunia,

Tapi dirimu tetap berada dalam doaku.

Semua kenangan indah bersama abang,
Akan laila simpan,
Walaupun abang bukan dari dunia yang nyata.


Basah pipinya mengalir mutiara yang dah lama dia simpan akibat bingung dengan apa sebenarnya yang terjadi.Adakah kenangan bersama shazlin benar-benar terjadi dia pun tak pasti.Atau Khayalan yang dah membatasi hati dan fikirannya.Dia sudah tak mahu memikirkannya lagi.Kenangan sudah tercipta.Dan kenangan itu tak bersalah sama sekali.

Terbang melayang ,
Membawa harapan sejuta impian,

Gugur diriku dipersimpangan,

Mencari cinta yang hilang.


Kasih ,
Andai benar kenangan yang terukir diminda,

Akan aku pertahankan setiap detik dan waktu yang berlalu bersamamu,


Kasih ,

Andai benar jasad memisahkan kita,
Maka rantaian jiwa ,
Tetap akan ada.


Kasih ,
Lumpuh aku dan bangun aku dari peristiwa dulu,

Duka aku hanya ada suka denganmu.


Biarpun orang kata,

Pandanganku khayalan belaka,

Tapi aku yakin ,

Dirimu dulu memang ada denganku.


Kerana ,
Hingga kesaat ini,

Hatimu tertinggal bersamaku.

Semoga rohmu dicucuri rahmat Shazlin Bin Sulaiman.

P/s: Sering hati kita terbawa-bawa dengan perasaan cinta yang kita ciptakan buat diri kita sendiri.Sehingga ia mampu membangkitkan roh cinta.Khayalan yang mungkin kita cipta ,selalunya mengambarkan bahagia.Tapi hakikat cinta itu sendiri ada pasang dan surut.Cinta yang terlalu bahagia akan membuat kita tertanya-tanya.Bosannya corak cinta kita.Tak de graf turun dan naik.Tak ada bunga derita dan tak ada bunga gembira.Fikir-fikirkanlah...kadangkala sedikit marah boleh menimbulkan rasa cinta yang lebih dalam. :)

2 comments:

Aksara Keraian™ said...

nuar pandang cerita ni dari sudut yang berbeza...barangkali ping pointnya bukan pada misteri shazlin tapi emosi lailatulsari itu sendiri. habis jadi psycho thriller lah pulak ye kak...pandai2 je nuar...haih :D

hanisah hassan said...

Bravo ...nuar.Tahniah kerana berjaya mengungkai.Memang itulah yang akak nak sampaikan pun .Maksud cerita ini boleh di ketahui hanya dengan membaca P/S nya.Manusia tu sering tertipu dengan khayalan cinta. Pada kita cinta itu mesti indah .Jadi khayalan yang timbul selalunya indah.