Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, July 13, 2010

Pandangan saya tentang Novel Blog Priasetia.

Novel blog priasetia

Asslamualaikum , dah lama tak menceceh kat blog.Selalunya saya asyik post karya jer.Ada 3 lagi karya semusim yang akan dipost dan 3 karya bersiri yang harus diusahakan .Jesteru itu kalau mengadap blog je.Memang fikiran dah mula disetkan kekarya .Baru-baru ini saya dan keluarga pergi kerumah kakak saya di pahang.Dalam perjalanan pergi saya curi masa untuk membaca novel priasetia .Jenuh juga menahan buku kekiri dan kekanan sebab jalan di mersing yang berliku-liku tu.Saya ini pembaca yang sangat slow ok.Kalau baca saya akan baca betul-betul dan fahamkan betul-betul apa yang penulis nak sampaikan dalam karyanya.Kata Anuar ini karya manja-manja saja kak nisa.Erm... kalau itu yang nuar katakan bermaksud nuar mampu untuk membuat karya yang lebih serius dari blogpriasetia ni.Content novel ini ringkas tanpa bahasa yang agak susah untuk difahami.Almaklumlah BI ku lebih bagus resultnya masa spm dari BM ku .Bila abahku tengok result spm dulu , dia marah dia cakap tukar jerlah nama kau dari nisa kepada naomi sebab result BM yang teruk(tapikan sekarang dah ramai dah orang melayu guna nama naomi , kalau dulu mat salleh jer guna nama ni...uik orang melayu dah jadi mat salleh ker).Eh merapu pulak.Pada pandangan saya permulaannya agak sedikit lambat tapi bila sudah masuk ke pertengahan cerita ia semakin menarik untuk dibaca.Penting seorang penulis untuk menarik minat seorang pembaca untuk terus tertancap mata ke aksara yang berada dalam novelnya.Penulis seorang lelaki , tapi hebat sebab mampu untuk eleborate sifat dan kehidupan seorang perempuan dengan begitu baik.Sebab kadangkala seorang perempuan pun tak mampu untuk lakukan itu. Mungkin penulis punya ramai kakak .Jesteru itu dia dapat mengambarkan peribadi seorang perempuan dengan baik.Macam adik saya yang punya ramai kakak dan hanya seorang abang.Lucu bila dia mampu untuk menerangkan tentang hal perempuan kepada sahabatnya dengan sangat baik.Watak Rasheed sangat menarik.Suatu watak yang sangat saya suka , seorang lelaki yang mampu fokus kepada seorang wanita yang dia cintai.Tak ramai lelaki macam ni sekarang.Watak azroi yang nakal dan akhirnya terselamat dari undang-undang memang mengundang penuh tanda tanya dari permulaan cerita lagi.Satu masalah remaja masa kini yang saya tak faham langsung . Memilih jalan kehidupan lain hanya kerana merasa ayahnya tidak mempedulikannya.Saya dapat pengajaran disini didik anak-anak untuk sayang dan cintakan Allah dan rasul.Kerana ibu dan bapa juga hanya pinjaman dari Allah.Tapi menjaga hubungan dengan ibu bapa juga adalah salah satu cara menujunya cinta Allah.Kalaulah semua anak muda berfikiran begini , aman dunia.Saya juga suka watak kedua pasangan ibu bapa yang wujud didalam novel ini.Hubungan antarabangsa boleh dilihat disemai didalam novel ini.Hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang sentiasa tegang mungkin dapat diubati setitik dari novel ini.Pengakhiran cerita sesuai dengan kehendak masyarakat .Ending yang bahagia , memang dinanti-nantikan kalau tidak mahu dihempas buku sebab turut frust bila endingnya kecewa...hahahaha...saya bukan hindustan ok .Yang selalu bakar panggung bila hero atau heroin mati. Nak tahu cerita keseluruhan kena baca buku ini ok.Berapa bintang saya bagi ( 4/5 bintang ) .Kesimpulannya permulaan yang penuh tanda tanya , susunan ayat yang sangat mudah difahami dan ending yang tak perlu bakar panggung. Menarik dan buat kita banyak berfikir. Oh ya satu lagi , dari novel ini juga saya belajar tentang banyak perkara yang sebenarnya boleh kita lakukan .Contohnya tentang MIMOS yang saya yakin ramai orang masih buta tentangnya.Anuar Kamaruddin sahabat dan adik saya , tapi saya menulis komen diatas bukan atas dasar kedua-duanya.Saya menulis atas dasar dia seorang penulis kepada novel Blog Priasetia. Saya berharap dia menerima tulisan saya berkenaan novelnya ini dan menghasilkan lebih banyak novel-novel yang baik seperti ini pada masa akan datang. Selamat ya Anuar Kamaruddin.....

4 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

salam kak hh
terima kasih atas rebiunya, habis juga baca ye...hehe...terima kasih kak naomi...fitam! :p

hanisah hassan said...

eee...nuar ni tau. Harap kritikan dan pujian dapat diserap dengan baik.

Miss N™ said...

Salam kak Nisa..!!

buku tu, snagt menarikk..!!


sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan baru AK, "bingkisan hati'

psstt..!! lebih suka azroi yang baru..!

Lola kasandra mengingatkan saya pada seseorg...huhu..!

hanisah hassan said...

yang benar amani....huhuhu...wujud ker lola kasandra , jangan kwn dgn org macam tu bahaya dik oiii.