Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Wednesday, July 14, 2010

KC-Melayari bahtera hidup (Kemuncak)



Meriah majlis perkahwinan yang berlangsung antara zulaikha dan atiq ansari.Terpaksa ustadz Rawi mengadakan majlis besar-besaran .Gara-gara isterinya yang mahu menjaga hati banyak pihak.Atiq ansari dan zulaikha mengikut saja.Asalkan majlis tersebut tidak terlalu melampaui batas.Okey saja pada mereka.Awa Raudhah pula tidak pulang pada hari tersebut .kerana Ingin menunaikan umrah katanya.Sedih juga zulaikha dengan keputusan awa raudhah itu.Puas dia memujuk agar adiknya itu pulang .Ingin berkongsi saat kebahagian katanya.Tapi awa raudhah tetap menolak , katanya urusan umrah itu sudah diuruskan lebih awal dari perancangan perkahwinan zulaikha.Akhirnya zulaikha mengalah .

“Jemput minum bang .”zulaikha menawarkan minuman buat kali pertama kepada suami yang baru dikahwini belum pun satu hari.Atiq ansari hanya menangguk lemah.Letih barangkali melayan tetamu yang tak henti-henti ke rumah itu .Walaupun majlis sudah berakhir.Maklumlah mengahwini anak ahli ugama yang terkenal .Haruslah dia berusaha untuk menjaga nama keluarga barunya itu dengan sentiasa bermanis muka .Walaupun sumber tenaganya sudah mula menyusut.

Hari itu atiq ansari pulang awal dari sekolah , ada serbuan di sebuah pub di bandaraya hari ni. Dia harus bersiap sedia untuk menjalankan operasi malam ini. Operasi besar kata ustadz zul .Ada penglibatan pihak polis. Jarang-jarang ini berlaku .Pasti ada melibatkan kes dadah selain maksiat.

“Sayang , hari ini abang akan balik lewat ada operasi.” Atiq ansari menghubungi zulaikha yang sedang bekerja pada malam itu dihospital.

“Baik bang , jaga diri ya .” Perlahan suara zulaikha sewaktu menjawab.Mungkin letih kerana sudah bekerja selama 24 jam. Memang adat pekerjaan seorang doktor yang bertugas , harus bersiap sedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa saja.

“Jaga anak kita baik-baik ika, jangan lasak sangat ya.Ika tu dah tujuh bulan , ingat-ingat sikit kalau sedang bekerja.”Tegas bunyi pesanan atiq ansari kepada isterinya yang sudah dinikahi selama lapan bulan itu.

“Insyaallah , jangan bimbang.”

********

Bergema lagu di sepelosok tempat itu. Pandangan yang biasa terlihat ditempat seperti itu.Perempuan-perempuan yang malang berpakaian singkat .Seperti kilang kain di seluruh Malaysia sudah terbakar.Bau arak menusuk kehidung , bagi pencegah maksiat yang tidak biasa dengan bau itu boleh menyebabkan mereka muntah. Busuknya , entah macam mana mereka boleh menogok minuman haram itu pun atiq ansari tak faham.

“Yang perempuan tolong berada disebelah kiri , yang lelaki disebelah kanan.Jangan seorang pun keluar tanpa kebenaran saya.” Ustadz Zul memberikan arahan kepada pengunjung pub itu .Tanpa membantah , mereka yang sudah biasa diserbu , serta merta bergerak ke kiri dan kanan pub .Tiba-tiba mata atiq ansari tertancap pada sesusuk wajah yang mungkin dikenalinya.

“Astagfirullah hal adzim .Laila apa yang kamu buat disini.” Atiq ansari menyebut nama yang memang tidak asing padanya , tetapi sudah sangat lama nama itu tidak disebut.Laila yang sedari tadi sibuk dipapah rakannya kerana mabuk , memandang saat namanya dipanggil.Terkedu dia saat terpandang wajah lelaki yang pernah dicintai satu masa dulu.Walaupun mabuk , tapi dia dapat mengingat dengan jelas semua kenangan yang berlaku dirinya dan atiq ansari sewaktu mereka kecil dulu.Serta merta perasaan malu menerpa dalam dirinya .Dengan pakaian yang singkat , ketat begitu dan dirinya yang sudah setengah mabuk . Berdepan pula dengan orang yang pernah dan masih dia cinta hingga kesaat ini.

“Kenapa Laila , kenapa akhirnya begini ?.” Atiq memandang laila dengan sayu .

“Laila terpaksa bang , Arwah mak terlalu banyak hutang dengan tauke kelab .Hanya dengan cara ini Laila dapat membayar.Laila tak mahu menyusahkan mak zehra dan abang.” Laila mengenang kembali situasinya dua tahun yang lalu.Bila majikan arwah ibunya datang menuntut kembali wang yang pernah dipinjam oleh arwah ibunya.Ugutan demi ugutan diterima sekiranya Laila tidak mahu membayar hutang tersebut .Nyawa zehra akan jadi taruhan.Dia masih ingat malam itu zehra yang berkeras tidak membenarkan laila mengikut tauke kelab perindu dipukul dan ditolak sehingga terhantuk kepalanya dibucu meja.

“ Kenapa tak beritahu abang cerita ini awal-awal.Dapat tak berita mak zehra dah meninggal ” Masam muka Atiq ansari , dia merasakan laila tidak mengangapnya sebagai ahli keluarga.

“Macam laila cakap , laila tak mahu susahkan abang.Laila tahu mak zehra meninggal .Ada laila datang melawat masa mak zehra dikebumikan bang.Mungkin abang tak perasaan laila masa itu” Bergenang mata laila.

“Laila , nanti jangan balik kesana lagi . Abang mahu laila berubah .Ikut abang duduk rumah pelindungan dimelaka .”

“Laila memang nak berubah bang . Cuma tak tahu bagaimana.”

“Betul nak berubah.”

“Betul bang.”

“Janji .”

“Ya laila janji , laila akan berubah.”

“Baik sekarang , abang tunjukkan jalannya.Tolong berpegang pada janjimu.” Serta merta atiq mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi razak dan sofi yang mengelolakan rumah perlindungan di Melaka.

*******

“Assalamualaikum abi , Alhamdulillah zulaikha dah melahirkan bayi lelaki.”

“Alhamdulillah Atiq , kamu sudah jadi ayah .Bagaimana dengan keadaan keduanya.” Gembira ustadz rawi dengan berita yang baru didengarnya dari atiq ansari.Kini dirinya sudah bergelar seorang atuk.

“Abi , berita gembira datang dengan satu berita sedih .” Tak tertahan atiq ansari menahan getaran sedih didadanya.

“Kenapa ?.Apa beritanya?.”

“Zulaikha tumpah darah semasa melahirkan.Dia tak dapat diselamatkan Abi.” Terdengar kuat esakkan atiq ansari.

“Inalillahiwainalilahirajiun , Ya allah zulaikha anakku .Pengorbanan melahirkan zuriat adalah salah satu syahid kecil atiq ansari .Sabar…”

“Abi , bagaimana atiq mahu sabar . Anak yang lahir belum pun berpeluang kenal ibunya abi.”

“Jangan nak , jangan cakap begitu .Pasti ada hikmah allah tentukan ini semua .Baliklah dulu .Kita uruskan urusan jenazah dulu ya nak.” Ustadz Rawi kedengaran tabah.Dia sedar ini dugaan dari allah.

“Anakku Umar khatab , tidurlah .Jangan menangis lagi.Sudah seminggu ibumu pergi.Bukan kamu saja yang rindukan ibumu nak .Ayah juga rindu ibumu.” Sudah seminggu zulaikha meninggal dunia. Anak lelaki mereka diberi nama Umar Khatab oleh atiq ansari.Selama seminggu ini juga atiq ansarilah yang bertungkus lumus menjaga umar , walaupun ibu mertuanya menawarkan bantuan .Atiq ansari menolak dengan alasan dia mahu membesarkan anaknya dengan tangannya sendiri.

Awa Raudhah yang pulang sehari selepas majlis pengebumian zulaikha masih lagi terperap dibiliknya.Sedih benar dia , kerana kali terakhir dia bertemu dengan zulaikha ialah setahun yang lepas iaitu sebelum zulaikha berkhawin dengan atiq ansari.Perasaan menyesal kerana sengaja tidak pulang kekampung dengan memberikan alasan menunaikan umrah pada waktu perkahwinan zulaikha dan atiq ansari bersarang dalam dirinya.Entah kenapa dia terlalu mengikut perasaan pada waktu itu.Memang benar ada rombongan menunaikan umrah pada waktu itu .Tapi namanya bukan antara yang tersenarai kesana.

“Sengaja abi panggil , semua turun makan .Ada perkara yang ingin abi bincangkan dengan semua hari ini.”Ustadz rawi memandang wajah isterinya.Perlahan isterinya menganggukkan kepala tanda isyarat bicara sudah boleh dimulakan.

“Atiq , abi tahu zulaikha baru sebulan meninggal dunia.Tapi abi tak boleh tahan tengok keadaan umar dan diri kamu yang tak terurus . Abi dan umi ada satu cadangan .Atiq mahukah kamu mengambil Awa raudhah menjadi isterimu .” Terkejut atiq ansari dan Awa raudhah dengan keputusan yang dibuat oleh Abi dan uminya itu.Pegun mereka tanpa berkata apa.Saling berpandangan antara kedua.

“Abi tahu , awa suka dengan abang Atiq sejak dari dulu lagikan.Siti ada khabarkan tentang ini semasa kami pergi melawat ayahnya yang sakit dihospital 3 bulan yang lalu.Mungkin ini jodoh kamu berdua.Abi harap sangat agar kamu berdua menerima keputusan abi ini.”

“Atiq ansari , tentang Laila jangan kamu bimbang .Sudah pun abi khabarkan berita ini dan laila menyetujuinya.” Sekali lagi atiq ansari terkejut dengan kata-kata ustadz rawi.Bagaimana abinya itu tahu tentang Laila.

“Dua bulan yang lepas , zulaikha ada mengkhabarkan kepada kami berita perkahwinan kamu dan Laila .Demi untuk menyelamatkan teman sepermainanmu tu dari kancah maksiat.Zulaikha juga ada beritahu bahawa urusan perkahwinan itu diuruskan oleh dirinya sendiri.Ini bermaksud dia redha dengan perkahwinanmu itu atiq Ansari.Sementara Laila menyambung pelajarannya .Biarlah Awa raudhah yang menganti tempat Zulaikha.Abi tak mahu , hubungan kita terputus kerana atiq sudah tidak menjadi menantu kami pada zahirnya.Bagaimana atiq ? setuju tidak dengan rancangan abi ini.” UStadz Rawi memandang Atiq ansari.

“Kalau itulah tujuan abi , maka tak ada halangan dari pihak saya .”Ringkas jawapan atiq ansari .

“Alhamdulillah , sekarang hanya terpulang pada Awa raudhah .Sanggupkah bermadu dengan Laila , wahai anakku awa raudhah?.” Ustadz rawi memandang awa raudhah yang kelihatan binggung dengan bermacam-macam perkara yang terjadi.

“Awa tak tahu abi . Kalau ini yang abi rasakan baik buat awa.Maka awa mengikut saja.” Perlahan jawapan Awa raudhah .Dia tak tahu mahu gembira atau sedih.Gembira kerana akhirnya dia akan disatukan dengan atiq ansari atau sedih dengan status isteri keduanya.

Sudah setahun usia umar khatab . Bahagia dia dengan kedua ibunya Laila dan awa raudhah.Atiq ansari juga bahagia dengan kehidupannya kini.Laila sudah dianggap bagai anak sendiri oleh ustadz rawi dan isterinya.

“Bagaimana dengan pelajaran kamu Laila ?.” Ustadz rawi membuka bicara saat mereka sekeluarga sedang berkumpul pada petang itu.

“Alhamdulillah abi.Dua bulan lagi akan tamat. Lepas ini Laila akan ada tauliah untuk mengajar Taska Islam.” Tersenyum awa raudhah dan atiq ansari mendengar jawapan laila itu. Bahagia sungguh dirasakan awa raudhah dan laila .Walaupun bermadu , mereka umpama saudara kandung yang tak dapat dipisahkan .Saling mendukung antara satu sama lain .Bila saja awa memerlukan laila dia akan sentiasa ada , begitu juga laila.Atiq ansari pula berusaha sedaya upaya berlaku adil antara keduanya.

Berakhir………

N/K : Kerajaan Cinta Atiq Ansari berakhir disini.Sesungguhnya saya adalah orang yang tak berapa mengemari konsep poligami kerana terlalu ramai orang yang menyalah gunakan konsep ini pada sama kini. Tetapi didalam kes atiq ansari , zulaikha , laila dan awa raudhah , Saya menerapkan konsep poligami kerana ia salah satu dari cara untuk menyelamatkan laila dari terus hanyut kekancah maksiat.Satu karya yang terlalu besar dan berat untuk saya hasilkan. Jesteru itu , karya ini tertangguh sekian lama. Daripada ia jadi terus tertangguh , maka saya fikirkan satu episod yang mampu untuk megakhirkan karya ini .Terima kasih kerana membaca.

3 comments:

Anonymous said...

suka baca cerpen ni....

hanisah hassan said...

Terima kasih ila baca karya saya. Jom baca 21 hari misi mencari rumi .Karya terbaru dari saya...

Anonymous said...

haruss..teruskan berkarya!!!...