Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Wednesday, July 21, 2010

Bila hidup dikelilingi lelaki... ♥ ♥ ♥


Assalamualaikum ... selamat pagi rabu , erm.... hari ini saya nak cerita pasal hidup saya yang dikelilingi lelaki.Bukan dirumah tapi ditempat kerja.Kalau biasanya kat kilang lain perempuan ramai , tapi kilang saya ni lelaki sangat ramai ok. Sebab kat kilang saya ni kebanyakkan kerja adalah kerja berat seperti baiki mesin dan angkat material yang beratnya mencecah lima kg setiap satu.Masa mula-mula saya kerja sini , saya rasa canggung dengan mata-mata lelaki yang sering memandang kerana pada waktu itu , aku budak baru yang dilabelkan muda dan bergaya (mood perasan ok).Sekarang ada aku kisah . Lantak koranglah nak tengok ker atau tak nak tengok aku.Kerja dengan lelaki ni ada baiknya ada yang tak baiknya. Dah sepuluh tahun aku kerja sini jaranglah aku dengar masalah yang pelik-pelik .Macam suami kena rembat dengan kawan sekerja ker atau masalah mc yang memanjang dengan alasan nak menjaga anak atau laki ker dan macam-macam lagilah.Tapi ada buruknya juga.Bila mata-mata diorang sering memandang kita seolah-olah kita ni bertelanjang.Walaupun bertudung litup segala.Teringat kata-kata seorang engineer lelaki kat tempat aku semalam .

Aku :- " eee...bau apa ni kuatnya?"

x :- "Bau durianlah , aku sendawa tadi ."

Aku :- " Bila masa pulak kau makan durian ni?.Bau dia kuatnya.Berapa banyak kau makan ?."

x :- "Tak delah banyak mana tapi cukuplah nak semerbakkan bilik qc yang beraircond ni."

Aku :- " Aduh pening kepala aku wei...aku ni wangi sangat pun tak boleh , busuk sangat pun tak boleh . Sejak-sejak ni bau durian pun dah tak boleh . Kalau terbau terus pening . Tangkap kat kening ni tau."

Dengan muka selamba x menjawab.

x :- "Aku tahu ubatnya ."

Aku :- " Apa ?"

x :- " Kahwin beb ."

Aku :- " Hah ... Kahwin !!! .Apa kaitan kahwin dengan durian pulak ?."

x :- " Kaitan yang sangat kuat , aktiviti kemam."

Aku :- "Kemam !!!.... aku tak fahamlah wei. Kau melucah ker."

x :- " Isk.. kau ni tak de ingat lain , asyik benda tu jer . Maksud aku lainlah beb."

Aku :- " Habis apa ?."

x :- " Kalau kau dah kahwin , akan ada banyak aktiviti kemam dan mengemam .Contohnya macam aku . Terpaksa kemam ayam malam tadi sebab pedas anak aku nak makan tak boleh.
Pastu terpaksa ajar anak aku macam mana nak kemam ubat sakit tekak sebab dia tak pandai."

Aku :- " Ohhh ...cakaplah aku ingat apa.Tapi... apa kaitan kemam dengan ni semua ?."

Kawan aku dah berdekah-dekah ketawa , sedangkan aku tak faham .Apalah yang mamat ni maksudkan .Almaklum belum kahwin , jadi bahasa orang dah kahwin ni aku bodohlah sikit.

x :- " Bengaplah kau ni . Bila kau dah belajar mengemam , masalah bau tu semua akan hilang sebab kau terpaksa buat .Walau kau suka atau suka demi anak dan suami kau."

Aku :- " uikk....aku masih tak fahamlah."

x : - " Ahh... kahwin dululah nanti kau faham."

Aku :- "Ok..."

Lepas tu kawan aku tu blah jer...sambil membebel sebab melihat muka aku yang masih confius dengan jawapan dia. Macam tulah kalau hidup dikelilingi lelaki .Kadangkala apa yang diorang cakap tak jelas pada pemikiran kita .Terlalu banyak berkias...Hahaha.....

N/K : Susah nak jumpa lelaki baik sekarang , tapi sebenarnya ramai lelaki baik.( eh apa aku cakap ni).Semoga kita sentiasa jumpa lelaki yang baik buat hidup kita.

6 comments:

NuRul said...

amin..ramai lelaki baik diluar sana kekekeke
kemam jgn tak kemam :=

Miss N™ said...

sambil mengaru kepala dengan ayat " kemam " tu....

kak nisa....teman pun tak faham kak...hehehehe...!!

fenin2...

Faz Nandra said...

hahahhaha.. kak nisa kelakar ar.. haish~~ otak daku dah jadi kuning cair baca kemam2 bagai T_T fitam!!
Astagfirullahalazim~~

insyaAllah akan ada lelaki baik dalam dunia ni.. mudah2n kita dapat ye kak sayang... amin,,, =)

hanisah hassan said...

hahahaha....amani tak faham ya. Akak pun kurang faham dik oiii...kawan-kawan akak banyak gila-gila.

Anonymous said...

sALAM ANAKANDA


Lelaki baik ada di mana2...cuma belum jumpa..insyallah doa baik2.
tAk de satu ke yg menawan hati kat situ?
mamaju.

hanisah hassan said...

Salam kembali mama ju ,

Nisa dah ada pujaan hati .Insyaallah kalau sampai masanya nisa jumpa mama.