Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, May 14, 2010

Sandaran Jiwa ( Bab 12) -Sofea membongkar rahsia

Semalam sofea tidur awal.Dia tak berapa sihat , dah lama dia tak sakit .Tapi semalam keadaannya agak membimbangkan juga. Beberapa kali ayahnya memanggil dari luar bilik ." Sofea ayuh makan , bapak bawa kari yang paling sedap di dunia ". Dia hanya membungkam , tidak menjawab atau menggeling dengan panggilan itu.Di skrin komputernya terpapar gambar seseorang yang sedang senyum, senyuman manis sekali ."Apalah yang dia lakukan hari ini agaknya".Ada satu garisan tegak melintang tanpa corak yang bergerak didalam fikirannya.Buntu dia memikirkan kerajaan hati yang sudah hampir dua minggu tidak menghubunginya.Tiada sebarang berita mahupun sekeping nota cinta yang terima kebelakangan ini. " cinta ....dimana kau cinta , datanglah semula aku sedang derita".Pada siapa nak diluahkan , cintaku yang hilang belum pulang . Mungkin sandaran jiwa boleh tolong mengurangkan lara hati."Kaer ok tak hari ni"."kaer ok don't worry kak,cuma sedang binggung dan kaer perlukan masa untuk sendirian , harap akak faham ".Tiada perkataan "tc" atau "love u" yang keluar dari susunan kata kaer azami hari ini. Sofea tahu ini bermaksud kaer azami betul-betul dalam keadaan tertekan dan mahu bersendirian . Sofea membalas pesanan dengan jawapan ringkas. "ok".Masalah sendiri haruslah ditelan sendiri , jangan harapkan orang lain sofea.Orang lain tak mungkin dapat membantumu. Setiap kali sofea sedih caranya hanya satu . Berusaha melelapkan mata , walaupun payah dek kerana fikiran yang kusut.Kesian Kaer jangan susahkan dia sofea.

Jam 7.27 pagi , telefon bimbit sofea berbunyi ."Pagi kak ..love u".Baru sofea ingat , dia lupa nak hantar ucapan selamat pagi pada kaer azami hari ni .Mungkin kerana terbawa-bawa dengan pesanan kaer azami malam tadi yang dia tak mahu diganggu ." Pagi sayang ...satu lagi cerpen akan terbit "Naufal Rafael" , sedang dalam pembikinan"."Ada watak baru , watak kaer azami akan dibuang ker?".Ya allah sayang ...tak lintas langsung dalam fikiran nak buang watak kaer azami . Kaer azami adalah aliran darahku , mana mungkin aku membunuh diriku sendiri.Ada bunyi kekecewaan dalam pesanan ringkas kaer azami kepada sofea. Tak pernah sofea terniat untuk mengecewakan kaer azami .Kaer azami akan selama-lamanya jadi sandaran jiwa sofea. Sofea sedar pertemuan yang singkat tak mungkin akan membuahkan rasa sayang sedalam ini. Tapi dengan kaer azami ini berlaku . Sofea sayang kaer azami , lebih dari dia sayangkan adiknya sendiri. Dia tak berharap kaer azami membalas atau menerimanya sebagai seorang kakak. Dia faham itu agak mustahil.Biarlah dia saja yang memberi , dia langsung tak mengharapkan balasan . Jesteru itu Sofea banyak jadi pembaca senyap cerita-cerita diblog kaer azami.Sekiranya ada komen , komen tersebut akan terus dihantar ke telefon bimbitnya. Bukan kerana dia malu berkawan dengan kaer azami .Tapi dia benar-benar hanya jadi pemberi bukan penerima.

Di pejabat sofea kelihatan biasa saja.Lama dia duduk didalam keretanya , kerana ingin mengambil "mood" untuk bekerja hari ini.Masuk saja ke pejabat orang pertama yang dia pandang ialah ladyana ."Lambat hari ini kak"."Biasalah jalan-jalan cari parking". Satu masalah yang tak pernah selesai di pejabatnya ialah masalah parkir .Setiap kali berbual dengan ladyana dia selalu tak melepaskan pandangan matanya kepada wajah jelita gadis tabah itu.Gadis gebu berwajah ayu menempuh pelbagai dugaan dalam hidupnya. Dia selalu tersenyum tapi jauh disudut hatinya ada kesuraman yang dia tempuhi. Ayah yang dia sayangi mengidap kanser usus. Sudah berada di tahap empat , apa saja yang sang ayah mahu makan , dia akan usahakan sedaya upayanya. Pernah sampai di satu tahap ayahnya mahu makan kari yang di masak dari rempah kari yang hanya ada di kedah . "Macam yana nak dapatkan tu , susah tu ? .Nak ke kedah ker yana.?"."Kalau itu yang harus saya lakukan , akan saya lakukan kak sofea".Memang anak solehah .Bukan saja wajah jelita , tapi peribadinya juga tidak menghampakan."Ayah saya tu nama jer sakit , tapi kalau pasal makanan .Kalah saya kak"." Beri ajalah apa yang dia mahu , bukankan jadi tanggungjawab yana untuk penuhi".Yana baru saja pulang dari rumah keduanya hospital Sultanah Aminah , kerana ayahnya menjalani rawatan kemoterapi ."Macam mana keadaan ayah "." Asyik muntah jer kak , kesian juga kat dia .Tapi yang bagusnya dia masih nak makan ".Sofea hanya tersenyum , betapa tabah kau manusia menjalani kehidupan yang menyesakkan ."Saya redha kak ini berlaku dalam hidup saya, pasti allah ada satu rencana hidup yang lebih indah buat ayah saya di alam yang satu lagi".Sofea hanya diam , tapi dalam perjalanan pulang dia mengalirkan air mata .Kalaulah ini semua berlaku kepada diriku , adakah aku mampu?.Dia berharap sandaran jiwanya juga tabah dalam menghadapi dugaan yang ditempuhi atau bakal mendatang.Dia juga harap sandaran jiwanya percaya , bahawa allah pasti ada rencana yang baik buat dirinya disana kelak.

Sofea menghantar satu pesanan kepada kaer azami " kaer ok tak , pening kepala lagi tak ". Pesanan ringkasnya tak dijawab .Dia mula risau , bermacam-macam perkara bermain difikirannya .Sofea teringat pesanan kaer azami supaya dia jangan fikir yang bukan-bukan . "Takperlah doa aja yang aku layak kirimkan buat dirinya , semoga dia sihat ".Sofea akur dengan keadaan kaer azami kebelakangan ini . Graf kesihatannya yang merosot membuat kaer azami berperasaan tidak stabil. Kadangkala pesanan ringkasnya bernada marah , kadangkala gembira , kadangkala kecewa.Sofea mula bingung , dia takut dia menghantar nota-nota cinta kepada kaer azami pada waktu yang salah.Jadi mulai saat ini dia berjanji dengan dirinya. Bila saja kaer azami mahu bercakap dengan dirinya, dia akan ada.Bila saja dia perlukan kaer azami , dia akan tunggu.Penantian tu bukan penyeksaan, tapi satu keabadian yang indah sekiranya pandai dicorakkan.

Semalam ada yang menemani sofea waktu pulang . Rakan sepejabat berbangsa cina , Ah Mei . Sering juga Ah Mei menumpang sofea apabila suaminya harus keluar negeri atas urusan perniagaan . Sebelum pulang Ah Mei buat permintaan."Boleh ker nanti kita pergi ambil anak saya di rumah pengasuh". " Kenapa tidak ....jom". Sampai dirumah anak lelaki yang baru berusia 2 tahun itu tak mahu turun dari kereta sofea. Dia rasa selesa dengan sofea.Berkali-kali ibunya memujuk , suruh turun dari kereta sofea. Tapi dia buat tak tahu jer. Malahan semakin dipeluknya sofea. Sofea rasa kasih sayang mengalir antara mereka.Walaupun berbeza bangsa dan agama , tapi itu tak membataskan cinta. Inikan lagi nak menyayangi kaer azami yang sebangsa dengannya." Sayang sofea pada kaer adikku , tiada batasan.Sama ada kau membalas atau pun tidak itu terserah padamu" .

Cinta
........

Cinta ,
Berbeza maksud dalam satu ungkapan,

Cinta ,
Merungkai jiwa dalam satu leraian ,

Cinta ,
Menambah derita dalam satu perkataan ,

Cinta ,
Meyerlah wajah dalam satu keramaian,

Cinta ,
Menghayut jiwa dalam satu aliran ,

Cinta ,
Menusuk dada dalam satu tikaman ,

Cinta itu luas ,
Tak terarah pada satu tujuan ,
Tak tertikam pada satu rantaian ,

Mungkin juga cinta pada esa ,
Mungkin juga cinta pada manusia,
Tapi cintaku adalah padamu ,
wahai manusia adik luar biasa.

Nukilan Kisah cinta dari sofea buat kaer azami.