Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, May 11, 2010

sandaran jiwa (bab 9)

sofea geli betul dengan binatang. Binatang yang dia paling geli ialah kucing yang suka mengesel , macam orang tua dapat bini muda dan satu lagi ialah dia trauma dengan serangga-serangga kecil .Sejak dari kecil sampailah dah dewasa.Dia sering digigit oleh macam-macam jenis serangga. Sebut jer serangga apa.Lipan , lipas , pacat, patil , tebuan , lebah , penyegat, pelbagai jenis semut , labah-labah dan lintah (ha... yang ni belum ) .Dia dah macam imun dengan bisa-bisa serangga yang disuntik kebadannya.Dia ingat lagi waktu dia kecil ayahnya bersungguh-sungguh membawanya ke klinik kerana dipatuk sesuatu .Dia tak pasti apa yang menatuknya labah-labah ker ular.Agaknya sofea ni berdarah manis kot. Sebab tu binatang suka gigit dia.Tapi apa kaitannya dengan sandaran jiwa.Tak de kaitan pun , saja jer nak cerita.

Kalau ada masa lapang , sofea baca cerpen yang sandaran jiwanya tulis ." Kaer azami ni berketurunan Hang tuah agaknya, bahasa berbunga bagai" . Pernah juga terlintas dalam dirinya nak bertanya apa maksud kaer azami bila dia katakan tentang diksi dan bermacam perkataan yang dia rasakan asing . Tapi sofea terfikir , pasti dia bukan orang yang pertama akan menanyakan maksud bagi ayat yang tersebut.Dia tak mahu menyusahkan kaer azami , kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berulang kali .Biarlah dia cari sendiri maksudnya.Waktu melihat blog kaer azami , sofea terbaca satu tulisan yang ditulis oleh kaer azami buat ibunya. Jelas sungguh maksud dan susunan katanya." good job sayang .... muntahan rasa kamu , meruntun jiwaku".

"Biasakan diri tanpa aku. Duniaku repih terserak.Pudar dan hilang bentuk.Seperti sebuah lukisan cat air yang tersapu hujan .Luluh nan luluh...". Sofea langsung tak memberikan sebarang komen terhadap kata-kata yang disumbangkan oleh kaer azami didalam blognya kali ini. "Sayang semua orang wajib biasakan diri dengan situasi kehilangan , mungkin juga antara aku dan kamu allah lebih sayangkan diriku dulu , siapa tahu. Sayang.....jangan lagi kau ungkap kata-kata yang mampu meruntun jiwaku saat ini". Mahu saja sofea letakkan jarinya di bibir anak muda itu , supaya kaer azami berhenti menyuruh dia atau yang lain membiasakan diri hidup tanpanya."Kelak kalau kau tiada...kau tetap akan hidup didalam hatiku , disetiap denyutan jantungku dan setiap aliran darahku.Jika kau suruh aku membiasakan diriku tanpamu.Itu bermaksud kau mahu aku membunuh diriku, sanggupkah engkau .....kalau itu berlaku"."Jangan sesekali bicara tentang ini lagi sayang....biarlah masa dan keadaan yang menentukan semua".

Pulang dari kerja , Sofea pasti akan berlari ke padang luar berdekatan rumahnya .Dia suka tengok burung-burung yang terbang melayang , kadang-kala dah macam pasukan terbang akrobatik pula. Ada formasi dalam bentuk V ada formasi bentuk W , ada macam-macam gaya."Kan bagus kalau aku dapat terbang bersama sandaran jiwaku , tentu seronokkan" ."sayang...kalau benar kita boleh terbang diudara , jangan kau bimbang akan aku gengam tanganmu supaya kau tak jatuh"."aku pasti kita akan mengukir senyuman dan terbang bebas melayang diangkasa luas ....nanti kita singgah di awan biru , kita menyapa pelangi dan mungkin kita boleh memetik bintang buat taruhan jiwa kita ".Tingginya angan-anganmu sofea .Mana mungkin ia akan tercapai.

Ayuh kita terbang
______________

Ayuhlah kita terbang ,
Mengapai pelangi yang indah di awan,

Ayuhlah kita terbang ,
Menyentuh mentari yang bersinar terang,

Ayuhlah kita terbang ,
Mengejar burung-burung yang bebas melayang,

Ayuhlah kita terbang,
Arjuna pujaan hatiku,
Tinggalkan masalahmu,
Tinggalkan airmatamu,
Tinggalkan laramu,
Tinggalkan sengsaramu,
Tinggalkan semuanya dibumi,
Jangan bawa ia terbang bersamamu.

Ayuhlah kita terbang ,
Kecapi keindahan hidup,
Yang bersisa sementara,
Yang sering menjadi impian jiwa.

Apalagi Kaer azami ....jom kita terbang...jangan takut ...sofea pegang tangan kaer azami...supaya kaer azami tak jatuh...

No comments: