Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, June 14, 2010

Bunga coklat cinta..........



Kalaulah cinta secantik bunga ini......Bunga coklat cinta.Sering manusia menyalah ertikan istilah cinta.Cinta tu sesuatu yang indah dan sangat agung pada aku.Istilah cinta pada pencipta ,yang tu tak boleh lari dari kehidupan.Istilah cinta monyet..apa tu cinta monyet , bercinta dengan monyet ke.Ada juga cinta monyet yang kekal hingga ke jinjang pelamin.Jangan main-main dengan istilah cinta monyet.Dia akan jadi ringan kalau kamu ringankan dan akan jadi berat kalau kamu beratkan.Ehemmm...aku ada cinta monyet ke tak ya.Hidup aku masa sekolah sampailah ke universiti boring...langsung tak kenal cinta.Pada aku cinta menyusahkan dan memenatkan.Mana nak fikir belajar.Mana nak fikir pasal kekasih yang merajuk....memeningkan kepala jer.Cinta pertama aku adalah seorang budak programmer terkenal kat universiti .Aku terpikat sebab,dia budak yang sangat baik .Tak pernah dia memperkecilkan sesiapa.Tapi bila aku tahu , ramai pulak yang suka dengan dia .Aku ambil keputusan untuk lupakan saja.Selepas tu lama aku tak bercinta .Sehinggalah aku jumpa seseorang dimedan maya.Dia setuju terima aku seadanya.Indah juga bercinta dengan dia.Tapi penuh dengan seksa dek kerana jarak yang memisahkan kami.Eh ...orang bercinta mestilah rindu-rinduan.Sampai sekarang aku masih bercinta dengan dia.Tapi dalam beberapa tahun ini ada juga yang usha-usha aku untuk jadi pasangan hidupnya.Ada mak orang (berkenan nak buatkan menantu )hi...hi..hi... lawa sangat ke.Lawa mungkin tak kot, tapi sopan ya(mood perasan ok).Ada juga jejaka yang sukakan aku.Tapi aku tolak cara baik.Ayat aku kat dia "kalaulah saya belum ada yang punya , saya pasti.Kamu adalah calon yang terbaik buat saya.Saya juga pasti saya bukan orang layak untuk duduk disisi orang yang sebaik kamu".Tak berkelip matanya memandang aku .Terkejut dengan ayat yang aku beri.Jawapannya " tak sangka ...rupanya ini awak fikir tentang saya".Aku senyum jerlah.Kalau dia tak faham juga, nanti aku akan cakap."Baik ...hamba terima pinangan kamu , tapi hasrat hamba harus dipenuhi.Yang pertama air pinang muda sifatnya tujuh dulang semua .Yang kedua Hati hama sifatnya tujuh dulang semuanya.Yang ketiga Hati nyamuk sifatnya tujuh dulang semuanya.Yang Keempat Jambatan emas dari tingkat atas rumah ku ketingkat bawah.Yang kelima air sirap bandung yang bercampur kopi sifatnya tetap berwarna merah.Ceh..wah dah macam puteri gunung ledang dah. Tapi puteri gunung ledang minta tujuh aku minta lima cukuplah.Hi..hi..hi.. yang nombor lima tu aku yakin botak kepala dia nak fikirkan macam mana nak buat.Kalau dah diajukkan dengan permintaan sebegini , memang jelaslah aku tak nak.Tapi macam puteri gunung ledang peminangan itu ditolak dengan cara yang paling halus.Cerita pasal cinta Zaman sekarang .Aku tengok budak darjah satu pun dah pandai bercinta , siap pandai cemburu."Pa kenapa tak makan roti mak saya buat ni ...sedap tau .Dalam dia ada inti sardin.Pagi tadi Mama tolong gulungkan" . "Tak naklah , pergilah mama kasi kat budak kelas sebelah yang kenyit mata kat mama tu "."Budak mana ni papa"."Ala...papa nampak tadi mama main kenyit-kenyit mata dengan budak kelas sebelah"."Oh...tu ker, dia tu sepupu mamalah ...janganlah cemburu".Meremang bulu roma , baru darjah satu dah papa dan mama panggilannya .Biar betul , mereka sudah mencipta satu keinginan untuk menjadi papa dan mama walaupun semuda itu.Kalau dah remaja sikit."u kalau pilih si mira tu dari i , i makan panadol 100 biji..u dengar tak amri "."Siti jangan macam tu ...i sayang u , mira tu spare part i jer".Uihhhhh...jangan terkejut tapi inilah hakikat budak sekarang.Istilah cinta diperdagangkan sesuka hati.Tergadai semuanya , kerana apa "saya cintakan awak , maka saya rela serahkan semuanya".Biar betul.Kalau lepas tu salah seorang pergi apa yang tinggal untuk kita.Jadi kain buruk , yang letaknya hanya dikaki.Letakkan cinta ditempat yang betul .Cintakan dia kerana mengagumi keindahan ciptaan tuhan.Cintakan dia kerana kamu mahu membina jambatan pahala ke syurga bersamanya.Cintakan dia kerana kamu ingin mendidik anak-anak yang cintakan penciptanya.Tapi macam mana nak dapat pasangan yang cenderung ke arah itu. Mintalah dengan tuhan .Sesungguhnya janji tuhan itu jelas tertulis didalam karyanya .Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.Bagaimana kalau dapat sebaliknya .Itu namanya dugaan hidup.Bersabarlah dalam menempuhnya dan yakin allah telah simpan kebahagian itu buat kamu untuk dikecapi disyurga nanti.Bagaimana dengan yang tak ketemu jodoh.Kata pak ary.Sekiranya kita tak ketemu jodoh kita didunia, kita akan disiapkan dengan bidadari dan bidadara yang sangat kacak dan sangat cantik malahan perawan buat kita.Jadi tak perlulah kita risau.Kalau kita dah usaha tapi jodoh tak sampai juga , pasti ada sesuatu yang lebih baik buat kita kelak.Maka bersabarlah.Jangan pulak pukul canang kat FB siapa nak kahwin dengan aku.Yang tu gila namanya...ok....senyum

( siapa itu aku , aku itu mungkin kamu ...cuba fikirkan)
(Ada maksud tersirat didalam ayat-ayat yang tersurat disini...cuba renungkan)

No comments: