Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, August 2, 2010

Selangkah menuju alam barzarh.....




Assalamualaikum ,

Sadiskan tajuk entry ni. Selangkah menuju alam barzarh.Erm...Tertanya pada diri sendiri.

Adakah aku sudah bersedia untuk melangkah ke alam barzarh ?

Aku dah biasa hidup ditemani ibu dan ayah , apakah aku rela ditinggalkan sendirian didalam lubang kubur?.

Adakah amalanku cukup , untuk membawa daku meniti titian ke syurga ?.

Adakah aku mampu memimpin saudara-saudaraku , untuk menikmati keindahan syurgawi.

Hakikatnya kita memang sudah selangkah ke alam barzarh sejak kita dilahirkan lagi. Jantung yang berdetak dalam dirimu , bukan hak kamu untuk menentukan bila tarikhnya berhenti.

Pernah tak dengar ayat dibawah.

" Eh si polan tu , tak ada sakit apa pun tiba-tiba jer meninggal saat dalam tidur."

Apa yang nak diherankan .Memang kita semua tidak memiliki jasad dan roh kita.Kita hanya meminjam dari Allah yang esa.Cuba anda semua pergi ke kubur dan fikirkan .

Apa agaknya orang didalam ni buat eik ?.

Adakah dia mendengar semua yang aku khabarkan padanya ?.

Hah...yang tu saya tak tahu , sebab bukan bidang saya untuk menerangkan tentang itu.Salah satu yang menyumbang kepada ketidak tenteraman diri ialah hutang .Saya selalu terfikir.

Bagaimana keadaan orang yang akan saya tinggalkan sekiranya saya meninggal dunia ?.

Bagaimana dengan hutang-hutang saya? .

Ada sesiapa yang akan tolong bayar tak supaya saya tak terseksa di akhirat kelak ?.

Jadi apa yang saya lakukan sekarang .Sekiranya saya berhutang dengan sesiapa , walaupun rm 1.00 . Saya akan tulis dalam buku saya. Bukan diari tau , sebab saya tak suka tulis kisah hidup saya dalam diari. Merbahaya , boleh mengaibkan diri sendiri.Lepas tu saya berharap , mohon kalau saya meninggal dunia nanti ada yang tahu saya masih berhutang dengan siapa dan berapa jumlahnya .Supaya senang orang nak bantu saya langsaikan hutang saya.Tapi sebolehnya sekarang saya berusaha untuk tidak berhutang . Sebab tak mahu menyusahkan sesiapa kelak.

Semakin saya mengingati mati .Semakin insaf rasanya diri. Tapi insaf saja tak cukup.Kerana ia tak membantu menerangi kuburmu ketika kamu sendirian didalamnya. Jadi untuk menebalkan rasa insaf dalam diri .Ayuhlah kita baca al-quran . Usahakan sembahyang yang khusyuk dan menjaga hati. Saya tahu ini saja tak cukup untuk membantu kita ke syurga.Tapi paling kurang .Kita sudah berusaha sedikit demi sedikit kearah kebaikan dunia dan akhirat.




Kalaulah kita mampu untuk memilih lokasi untuk kita mati . Maka mungkin sesetengah kita sudah membeli sebidang tanah .Siap dengan katil yang empuk macam gambar kat atas ni.Supaya kita boleh mati dengan selesa kelak. Gila... macam mana kita nak pastikan orang akan bagi tu semua , sebab kita dah tak daya untuk berkuasa setelah mati.Saya terharu dengan kenyataan yang seorang kakak yang selalu ke kota mekah dengan suaminya.

" Nisa , akak kalau pergi menunaikan umrah atau haji selalu niat dalam hati nak meninggal disana."

" Hah...alamak kak , nisa tak sanggup nak niat yang sama . Nisa takutlah kak , amalan nisa masih nipis."

" ishh....usahakanlah jadi tebal. Kamu tahu tak , orang -orang yang meninggal di sana adalah antara orang yang pertama yang dibangkitkan semasa hari kiamat . Kamu tak mahu ker ?."

Aku hanya sengeh , sambil menjawab .Insyaallah saya akan fikirkan kak.Semua yang didunia hanyalah pinjaman buat kamu . Termasuk ibu dan ayahmu. Jadi Allah memang berhak untuk mengambil mereka pada bila-bila masa pun .Termasuk dirimu sendiri. Fikir-fikirkan lah .

N/K : Jagalah hubungan sesama manusia , kerana ia salah satu sebab untuk kamu mudah meniti jalan ke syurga.



1 comment:

Anonymous said...

mati itu pasti....hmm insaff.....