Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Saturday, May 29, 2010

Tentera....105...biar betul kc.

Salam , saja jer nak cerita pengalaman masa aku masa muda-muda dulu...ahhakkk. Walaupun agak cubby .Tapi aku minat gila dekat aktiviti lasak ok.Panjat gunung ,tido kat utan berhari-hari tu memang kerja gila yang selalu aku buat dulu ....Best giler....Masa diploma dulu setiap kali cuti semester aku join askar wataniah. Hari-hari bersenam , kulit jangan cakaplah hitam kalah mamat bangla.Aktiviti aku , tiap-tiap pagi ha...ni aku nak cakap ni dalam askar sarapan tu wajib ok.Sarapan dimasak oleh abang-abang askar ada yang handsome ada yang handsomelah.Aku pernah lalu dekat dapur diorang .Alamak..... fitam aku tengok periuk yang hitam legam , tu tak perlagi.tikus-tikus yang berkejar-kejaran macam filem hindustan tu apa kes.Tapi disebabkan memang dah takde sumber lain untuk soru....aku tetapkan jerlah dalam hati...tikus...ada aku kisah....ahakkkkk.Sarapan dia standardlah nasi goreng telur rebus dua biji dan air teh .Hi...hi...hi...aku hingat satu hari tu.Kawan aku fad tanya aku , oiii aku tengok kau berselera makan... sedap ker nasi goreng tadi. Jawapan aku " sedap.. cukup garam cukup gula pokok kata cukup perasalah ".Pastu dia ketawa.Aku tanya dia balik "kelakar ker jawapan aku tu "."Tadi aku jumpa lipas kat nasi goreng aku,terus aku berhenti makan"."oiiii....kwang hajak apasal tak cakap"."Tak aku tak sampai hati sebab aku tahu kau lapor".Penghabisnya kitaorang sama-sama kerjakan fad.ha..ha...ha...kelakor giler.Sebab bukan aku sorang jer yang melantak sakan nasi goreng tu yang lain pun makan bertambah...hampeh fad.Lama aku tak jumpa dia.Katanya sekarang dia kat putrajaya anak dua kot.Aku juga yang solo....Nanti aku tulis entry pasal T105 ni lagi eh.Banyak betul kenangan gila kat situ.

No comments: