Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, May 24, 2010

KC-Laila aku pulang (bab 6)

Sebaik saja kapal terbang mendarat atiq ansari terus keruang bagasi .Diruangan menunggu dia mencari-cari kalau ada orang yang dia kenali datang untuk menjemputnya pulang.Tak sama seperti situasi dicairo saat melepaskan dia pergi.Tak ada seorang pun yang menjemputnya pada hari itu.Dia bingung juga, rasanya ada dia menitip surat kepada Laila dan ibunya.Tapi kelibat mereka tak kelihatan ,atiq cuba berperasangka baik .Mungkin ibunya tidak sihat dan Laila tiada kenderaan untuk kesini.Selesai semua urusan.Segera atiq ansari mendapatkan teksi yang boleh membawanya terus ke Johor dengan menawarkan harga yang terbaik.Dalam teksi dia hanya diam , langsung tak berbual dengan pemandu teksi tersebut.Bukan dia sombong , tapi fikirannya yang merawang entah kemana-mana.Mana lagi nak melayan rindunya pada Cairo yang masih belum hilang ,rindu pada ibunya dan paling penting rindunya pada laila.

Sunyi , salamnya tak bersambut.Mana ibunya pergi ,rumah Nampak tak terurus .Banyak daun-daun kering bertaburan didepan rumahnya.Pokok bunga juga kelihatan kering seperti sudah lama tak disiram.

“Assalamualaikum , atiq ? Mak zehra masuk hospital dah tiga hari dah.”

“Waalaikumusalam,cik besah, Ibu masuk hospital mana?,”

“Hospital besar HSA, semalam ada makcik tengok dia.Dia ingat kamu nak balik hari ini.Dia pesan kat makcik suruh serahkan kunci pada kamu”

“Ibu sakit apa makcik?”

“Jatuh , patah tulang rusuk”

“Ya allah ia ker…”

“Atiq nak pergi hospital ker petang ni ?, sekarang tak boleh, waktu melawat dah habis,pukul 4.30 petang nanti baru boleh melawat.Makcik dan pakcik nak pergi juga petang karang,Mohlah pergi sekali”

“Bolehlah masih ada dua jam lagi ni , bolehlah saya mandi dan siap-siapkan diri,erm….makcik ,laila mana?”

“Laila…susah makcik nak cakap ,kamu tanya ibu kamu tu lebih baik “.

Sejak laila tak ada , jirannya itu yang bersungguh membantu zehra .Selama tiga hari ini dia yang berulang-alik dari hospital ke rumah untuk membawa pakaian-pakaian bersih untuk kegunaan zehra.Mereka simpati dengan keadaan zehra yang sebatang kara.Tapi hari ini mereka gembira sebab atiq sudah kembali.Sekurang-kurangnya bolehlah mereka melepaskan tanggungjawab ini kepada atiq.

“Assalamualaikum ibu…..”

“waalaikumusalam, subhanaallah atiq ,kamu sudah pulang nak .Rindunya ibu pada atiq,atiq sihat tak?.”

Pelukan hangat tak dilepaskan , atiq dicium semahu-mahunya.Rindu benar dia pada anak terunanya itu.Diusapkan wajah atiq,dibelek satu persatu jarinya dan dibelai rambutnya.Atiq pula hanya diam , dia tahu dia bersalah kerana membiarkan ibunya merinduinya selama ini.

“Ibu.., dahlah…atiq dah balik dah ni, atiq balik untuk selama-lamanya”

Manis senyuman zehra mendengar janji anaknya itu.Tak sia-sia dia berdoa siang dan malam kepada tuhan agar atiq kembali ke pangkuannya.Atiq bertekad dia akan menjaga ibunya itu sehingga sihat.

“Macam mana keadaan ibu , apa doktor cakap?”

“Entahlah …ibu bukan faham apa doktor tu cakap, tulisan dia lagilah ibu tak faham”

“Takperlah nanti atiq tanya doktor sendiri,malam ni atiq jaga ibu ya”

Tak terluah soalan berkenaan laila kepada ibunya.Ibunya juga seolah-olah tak mahu bercerita tentang laila.Bingung atiq ansari memikirkan bagaimana mahu bertanya.Akhirnya dia diam saja.Biarlah ibunya yang memulakan bicara tentang laila,bukan dirinya.

“Doktor boleh terangkan pasal ibu saya ini?”

“Saudara anaknya ya.Siapa nama saudara?”

“Nama saya atiq ansari”

“Nama saya zulaikha,ibu encik ini patah tiga tulang rusuk.Dia bernasib baik sebab tulang rusuk yang patah tu tak mencucuk mana-mana organ dalam badan.Tapi kerana faktor usia dan darah tinggi yang tak stabil menyebabkan agak lambat untuk ibu encik pulih dalam masa terdekat ini.Kebiasaannya bagi pesakit yang patah tulang rusuk ni, agak susah sedikit, hanyalah boleh beri ubat dan membuat pemantauan.Selain daripada tu kami memang tak boleh buat apa-apa”.

Atiq ansari tekun mendengar penjelasan doktor zulaikha tentang apa yang menimpa ibunya.Penerangan dari doktor zulaikha dicatit agar dia dapat mencari ikhtiar lain bagi mengubati ibunya.

“Encik atiq “

“Panggil saya atiq sahaja.”

“Atiq ….bolehkah saya nak tanya beberapa soalan ,”

“Ya , silakan “

“Kamu belajar dimana sebelum ini”

“Ohhh…saya baru pulang dari cairo ,baru jer pagi tadi sampai”

“Jadi benarlah apa yang saya fikirkan , saya sangkakan kebetulan”

“Apa maksud doktor?”

“Kenal dengan awa raudhah tak? .Pelajar tahun 2 jurusan usuluddin "

“Kenal ,kenapa?”

“Dia adik saya , nama kamu selalu tercatit dalam surat-suratnya.Saya terlihat kamu pakai beg berlambang universiti yang sama macam universiti awa belajar sekarang .Itu yang tergerak hati nak tanya tu.Macam mana awa sekarang, sihat tak dia?”

“Subhanaallah …satu kebetulan pulak ya, ukhwah saya dah awa raudhah memang benar-benar akan terjaga.Ada dia menghantar saya waktu mahu pulang.Nampaknya sihat saja.”

“Banyak yang awa raudhah cerita pasal kamu kepada keluarga kami”

“awa itu ada-ada saja,kalau macam ini taklah saya malu untuk meminta tolong sekiranya ada apa-apa yang berlaku pada ibu saya nanti.”

“Nak malu apa , kalau awak tak suruh pun saya akan buat.Kan itu kerja saya.”

Sekarang atiq ansari sudah dapat membayangkan wajah awa raudhah disebalik purdahnya yang labuh itu.Pasti secantik kakaknya.Sesungguhnya apa yang dirancang oleh allah itu memang sangat sempurna.Datang suatu perkara yang menyedihkan tapi diganti dengan satu ukhwah yang baru.

“Ada soalan lagi saya nak tanya, kali ini berkaitan ibu awak”

“Apa soalannya?” berkerut dahi atiq ansari kerana bimbang soalan yang bakal ditanya mungkin tak dapat dijawab.

“Sewaktu ibu atiq dibawa kesini ada banyak kesan lebam dibadannya.Dia seolah-olah bergelut dengan orang yang lebih besar darinya,ada kesan yang dia ditendang,itu yang menyebabkan tulang rusuknya patah dan ada beberapa kesan lebam ditangan dan kakinya.Kamu tahu tentang ini tak?”

“Saya baru pulang tadi pagi , jadi saya belum maklum apa sebenarnya yang berlaku”

“Ohhh ia ker , ada juga saya bertanya pada ibu atiq , tapi dia diam jer.Seolah-olah ada benda yang dia rahsiakan”

“Saya akan tanya ibu, tapi mungkin bukan sekarang sebab keadaan ibu Nampak belum stabil”

“saya setuju tu”

Atiq risau dengan keadaan ibunya dan keselamatan laila. Semacam ada sesuatu perkara yang tidak betul berlaku dirumahnya tiga hari yang lepas.Tapi apa yang berlaku?.Dia harus menunggu ibunya stabil untuk menceritakan perkara sebenar Atau besok dia akan pulang kerumah sebentar dan bertanya dengan jirannya .Mungkin mereka tahu tentang perkara ini.Cuma tak diceritakan saja.

Laila dimana kamu …………………….?

1 comment:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

doktor zulaikha kakak awa raudhah...ada harapan ni berputik cinta...manalah si laila tu pulak...ibu atiq kene belasah ngan saper lah tu...baca seterusnya :)