Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Saturday, June 5, 2010

kc-Membina mahligai bahagia.(bab 10)

Sudah hampir setahun ibunya atiq meninggalkan dunia.Pada mulanya atiq ansari umpama kehilangan arah juga.Tapi diungkai semula bicara sheikh hanafi tentang dugaan kehidupan manusia yang semuanya pasti akan berakhir dengan kematian.Bersyukurlah dengan dugaan , tiada satu pun yang cela dalam perancangan allah .Pasti ada hikmah bahagia yang kau akan nampak dikemudian hari.Mungkin bukan hari ini .Tapi dikemudian hari nanti.Mengingatkan kata-kata itu membuatkan dirinya tersenyum.Kerana allah sayang maka dugaan itu tiba.Bukankah tujuan hidup kita ialah menuju kepada tuhan yang satu .Dia mula mencari hikmah atas perkara yang berlaku .Mungkin hikmah yang paling besar adalah perkenalannya dengan zulaikha yang sekarang menjadi cinta hatinya.Ukhwah antara dia dah awa raudhah yang ditakdir menjadi saudara setelah termenterai janji akad dan nikah antara dia dan zulaikha juga menjadi salah satu darinya.Hidupnya sekarang lebih bahagia dari dulu.Malahan lebih teratur dari hidup zaman kanak-kanaknya. Zulaikha tak pernah mempertikaikan siapa dia.Semua tentang hidupnya telah diceritakan kepada zulaikha dan keluarga zulaikha.Dia memberi kelonggaran kepada keluarga zulaikha samada mahu menerima dia dalam hidup mereka atau tidak.Ustaz rawi , bapa kepada zulaikha dan awa raudhah berfikiran sangat terbuka dalam hal ini.Menitik air mata atiq ansari Saat dikhabarkan suara hati mereka tentang atiq ansari.Teringat dia kepada bicara Ustaz rawi .
“ Apa khabar kamu hari ini atiq ansari?.” lembut ,ustaz rawi menyapa bakal menantunya itu.

“Alhamdulillah ustadz ."Atiq ansari membalas soalan dengan senyuman .

“Bagaimana dengan pekerjaan kamu?.”

“Alhamdulillah ustadz , semua berjalan lancar.”

Begitulah biasanya bicara ustadz rawi , jarang dia terus menerjah atau serta merta membuka bicara yang serius.Selalunya dia akan memulakan perbicaraan dengan bertanya khabar ,selesai itu perlahan-lahan dia akan beralih kepada topik yang ingin dibincangkan .

“Atiq ansari , silalah bawa sesiapa saja sebagai saksi untuk upacara meminang dan bertunang secepat mungkin .Upacara pertunangan hanyalah sekadar menghormati permintaan keluarga sebelah sebelah ibu zulaikha.Dua bulan selepas itu ,kita langsung upacara akad dan nikah dirumah saya.Apa pendapat kamu , atiq ansari?."

Terkedu atiq ansari ,begitu cepat keputusan dibuat.Walau bagaimanapun dia syukur kerana doanya termakbul mahukan zulaikha menjadi surinya.Perancangan ustadz rawi diturutkan saja.Bunyi perancangan itu lebih teratur dan tidak memeningkan.

Zulaikha gembira dengan keputusan yang dibuat oleh ibu dan ayahnya.Dia bersyukur,doanya dimakbulkan tuhan .Selepas kematian ibu ,hanya zulaikha tempat atiq ansari berkongsi masalah hidup.Tapi batasan bukan muhrim menyebabkan ada perkara yang tidak dapat dia bantu.Dia gelisah dengan tiadanya ikatan itu.Tapi , Alhamdulillah semuanya bakal terlerai .Zulaikha mengutus surat kepada awa raudhah untuk berkongsi berita bahagia tersebut.Walaupun rapat dengan awa raudhah , tapi tak pernah dia khabarkan kepada awa raudhah tentang persahabatannya dengan atiq ansari.Sudah mahu menyimpul ikatan barulah semua cerita dihamburkan.Dia sangat berharap , awa raudhah Gembira dengan keputusannya untuk berumahtangga.

Gembira awa raudhah saat mendapat surat dari zulaikha.Sudah hampir tiga bulan zulaikha tak mengirim khabar kepadanya.Kakaknya itu sering memanggilnya cinta.Kerana katanya kehadiran awa raudhah dalam hidupnya sering membungakan cinta dan kasih sayang.Apa saja untuk awa raudhah akan zulaikha usahakan , walaupun sesusah mana.Zulaikha gembira , adiknya itu membesar sebagai seorang yang cenderung kepada bidang agama.Cuma kadang-kadang sifatnya terlalu keanak-anakkan dan terlalu menurut kata hati., itu yang selalu dibimbangkan.Semoga ilmu yang dituntut di cairo dapat membantunya membezakan kehendak dan hati .Mana yang harus dituruti.

“Assalamualaikum , adikku sayang awa raudhah.

Bagaimana keadaan awa dicairo.Sihat tak ?, pelajaran macam mana ?.Ada berita gembira yang ingin Akak ingin sampaikan pada cinta.Alhamdulillah akak akan berumahtangga dalam masa tiga bulan dari sekarang.Minggu depan majlis pertunangan akan berlangsung.Maafkan akak cinta sebab tak beritahu cinta lebih awal tentang cerita cinta kakak.Nama bakal suami akak Atiq ansari bin Abdul wahad.Dia orang Kuala lumpur .Duduk di Taman seri Gombak.Katanya dia kenal cinta.Dia ada berjumpa dengan cinta masa di cairo dulu .Terkedu awa raudhah saat membaca surat dari zulaikha .Adakah atiq ansari yang dimaksudkan ialah atiq ansari yang pernah dia kenali.Kalau benar mengapa atiq tidak memberitahu zulaikha tentangnya.Kenapa zulaikha seolah-olah tak sensitif dengan perhubungan yang pernah terjadi antara atiq dan dirinya.

“Wah…dapat surat dari kampong ke.” Teguran siti memecah lamunan awa raudhah.

“A’aa”

“Apa beritanya ?. , kongsilah”

“Akak ana nak kahwin "

“Alhamdulillah , zulaikha akan kahwin ,dengan siapa?.Pasti ibu dan ayahmu gembira”

“Dengan abang atiq ansari”.Ada mutiara yang gugur dari matanya.Awa bingung , dia tak pasti kenapa dia menangis. Adakah kerana dia gembira dengan berita perkahwinan zulaikha atau perasaan cintanya kepada atiq ansari masih belum boleh dipadamkan.

“Kenapa awa ?,anta masih menaruh harapan pada atiq bukan.Jawapan anta pada atiq dulu , supaya dia tak lari dari anta kan.Jesteru itu anta berharap atiq akan kembali kepada anta.Sabar awa , Kalau dia bukan takdir jodohmu .Apa pun yang anta usahakan tak akan membuahkan apa-apa awa.”

Semakin laju airmata awa raudhah mengalir.Dia harus redha sekarang jodohnya memang bukan dengan atiq ansari.

“Ya allah bantu aku , andai benar ada lelaki yang engkau ciptakan buat diriku,maka aku mohon diberikan tanda agar aku tak keseorangan menghadapi dunia .”

Bersambung...

No comments: