Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, July 5, 2010

Makrifat Matahati (Kemuncak)




Resah hatinya sudah pun jam 10.00 pagi , dia masih belum menerima panggilan dari faris. Sebelum itu ada juga dia membuat beberapa panggilan , tapi tak dijawab.Apa agaknya yang berlaku . Hati Luna sedah gelisah.Jantungnya berdetak pantas.Difikirannya ada macam-macam jangkaan tentang apa kemungkinan berlaku pada Faris.Biasalah orang perempuan selalunya memang risaukan lebih .Walaupun kadangkala tak ada apa pun yang berlaku.

“ Assalamualaikum sayang , abang ni .”

“Waalaikumusalam , terima kasih Allah . Akhirnya abang telefon juga.Macam mana bang keadaan disana?.”Lega hati luna seketika saat mendengar suara kekasihnya setelah lama menunggu.

“Abang tak boleh cakap lama. Ada jumpa apa-apa tak sayang?.”

“Ya ada , satu botol dekat landskap , satu botol dekat belakang bingkai gambar dan satu lagi dekat store barang.Kalau ada lagi nanti sayang sms abang ya.”

“Baik ok sayang , abang kena pergi ni.Cari lagi ya.Assalamualaikum”

“Baik, waalaikumusalam.”

Pantas saja perbicaraan dirinya dan faris .Tak sampai lima minit pun .Faris jejaka yang dikenali dari seorang rakan menjadi kekasihnya sudah hampir 5 tahun.Pelbagai dugaan telah mereka tempuhi bersama. Bermula dari .perhubungan cinta yang dihalang oleh keluarga luna hinggalah kepada masalah yang sedang menimpa mereka sekarang.

Keluarga luna tidak setuju perhubungan mereka diteruskan kerana menurut mereka darjat keluarga faris terlalu tinggi buat luna. Ibu dan ayahnya takut , luna tidak mampu untuk menyesuaikan diri dalam keadaan keluarga faris yang penuh protokol.Sewaktu ingin makan pinggan dan sudu harus disusun dengan baik dan pakaian semuanya diuruskan oleh orang gaji.Keadaan begini tak mungkin sesuai untuk luna yang terlalu ringkas hidupnya.Ibu dan ayahnya yang terlalu sayangkan luna tak mahu , Luna tertekan dengan kehidupan bakal suaminya itu.Tapi cinta luna pada faris bukan kerana darjat.Dia tak kisah kalau itu yang perlu dilakukan .Maka dia akan berusaha untuk berubah , tanpa mencalar identiti gadis kampung yang sopan yang selalu dijunjungnya.Begitu juga cinta faris kepadanya. Faris telah berjanji akan sehidup dan semati dengannya , dan menerima luna seadanya. Mereka berusaha untuk menjadikan janji mereka terlaksana.Jesteru itu, walaupun sudah menjangkau usia lima tahun percintaan . Mereka masih mampu bertahan.

Malam itu usai solat isyak , luna sekali lagi melakukan perjalanan batinnya.Kali ini dia ke belakang rumah jejaka itu . Ada sesuatu disana.Puas dia melihat dan menilik benda yang baru dijumpainya.Faris bergegas ke belakang rumahnya .Sebaik saja mendapat panggilan dari luna yang menyatakan ada sesuatu yang tertanam disitu.Umpama sebilah parang lama.Disitu ada terukir sesuatu.Puas dia cuba membacanya tapi tak kelihatan . Akhirnya faris ambil keputusan untuk meremdam dulu dengan air bercampur garam . Supaya hilang kekotoran yang terdapat dipermukaan bilah parang tersebut.Cukup satu hari satu malam , dia menilik semula parang lama itu.

“ Erm..memang ada ayat yang tertera disitu.Benar kata luna.”Faris bermonolog sendiri sambil cuba untuk menyalin ayat tersebut ke sehelai kertas.

"La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntumnizzalimin.”

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Inikan ayat nabi yunus didalam perut ikan nun.Menangis faris saat membaca ayat tersebut.Mungkin saja ada kesalahan yang tidak sengaja telah dilakukan sehingga dia diuji sebegitu rupa. Punya wang tapi tak mampu dicapai.Punya kemewahan tapi sekadar dimata. Punya ibu dan bapa tapi telah mengadap pencipta. Setiap hari dia merungut dengan dugaan yang dihadapinya. Mengapa dia harus begini harus begitu. Tapi selepas membaca ayat tersebut .Dia sedar dia terlalu angkuh dengan dunia yang hanya sebesar zarah ini.

Faris mula berubah , sekarang tujuannya hanya allah.Dia berusaha melakukan puasa sunat yang tak pernah dilakukan selama ini. Sesungguhnya perkara ini telah memberikan satu proses buatnya untuk berubah menjadi lebih baik.Luna pula bersyukur , kerana lelaki yang dicintai .Telah berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Perkataan yang keluar dari mulut faris juga sudah sopan dan sering berbau keugamaan.Ini menjadikan luna semakin sayang dengan kekasihnya itu.

Bergema suara pukulan kompang di segenap kampung. Luna yang sedari awal duduk di pelamin , bagai seorang puteri menunggu seorang putera datang bertandang ke ruangan jiwa dan hidupnya. Bahagianya saat lafaz nikah dilaungkan kekasih yang kini jadi suaminya.Cinta mereka yang menempuh pelbagai dugaan dihadapi dengan penuh tabah dan tawakal kepada allah. Fakta jodoh itu sudah jelas tertulis di luh mahfuz.Senyum manis sentiasa terukir dibibir Luna.Hari yang bersejarah buatnya dan faris.Hari berhentinya dugaan sementara. Dan bermula dugaan baru dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Luna akan sentiasa punya makrifat yang tajam buat suaminya. Apa saja yang boleh dibantu akan diusahakannya.Dan luna percaya semua orang ada makrifat matahati terhadap apa yang berlaku kepada orang-orang yang disayangi . Apa perlu dilakukan ialah mengaktifkan makrifat hati mereka. Maka seribu rahsia akan terbongkar.

N/K :- Makrifat mata hati akan tamat diepisod ini . Kerana saya rasa seram secara tiba-tiba sewaktu menulis makrifat episod dua ini. Apa yang jelas semua yang diceritakan diatas.Hampir pernah terjadi dalam hidup saya. Jangan biarkan hidupmu diselubungi misteri.

2 comments:

hanisah hassan said...

alhamdulillah ...makrifat sudah tamat.

hanisah hassan said...
This comment has been removed by the author.