Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, May 7, 2010

Sandaran Jiwa (Bab 1)

Sofea duduk termenung didalam biliknya. Ada sesuatu yang dia fikirkan.Mungkin kerana hari ini dia belum menulis diari kesayangannya.Sejak berkenalan dengan Kaer Azami, dia teruja untuk menulis setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya.Perkenalannya dengan Kaer Azami , baru mencecah 15 hari.Tapi macam-macam perkara dah berlaku.Seakan ada suatu gelombang luar biasa timbul saat dia bersama jejaka muda itu.Cinta , ya mungkin cinta .Tapi bukan cinta yang itu.Ia ibarat cinta kepada .....entahlah kadangkala sofea bingung dengan perasaannya sendiri. Tapi dia pasti cinta dia pada Kaer Azami lebih dari cintanya pada kerajaan hatinya.Dia dapat rasakan Kaer Azami adalah seorang lelaki yang diutuskan tuhan untuk sentiasa berada disisinya. Kaer Azami umpama adiknya sendiri.Mungkin juga lebih daripada adiknya sendiri. Entahlah ...apa status Kaer Azami pada dirinya dia sendiri pun kurang pasti.

Lagu disebalik rahsia cinta berkumandang di radio.Itu lagu kesukaannya .Mendengar radio memang menjadi hobinya sejak dulu lagi.Apa cerita merentas sempadan hari ni agaknya ya, rancangan itu sering didengar sewaktu dia memandu pulang ke rumah.Coleteh Dj radio terkenal itu didengarinya dengan teliti.Kisah seorang pelajar yang sakit diluar negara.Seakan ada tarikan disitu. Nalurinya kuat menyatakan , dia ingin mengenali lelaki itu.Dia cuba mencatit nama penuh lelaki itu , tetapi dia gagal.Entah mana hilangnya pen pemberian nurul yang sering dia simpan di dalam beg. Kaer Azami....Kaer Azami...Kaer Azami. Dia mengulang-ulang nama itu , balik nanti dia ingin mencari blog Kaer Azami.Saat dia membelok kerumah , ada motorsikal yang melintas secara tiba-tiba.Kerana terkejut semua yang ada difikiran terbang melayang.Dia mengutuk sendiri " kalau nak bawa motor tu bawalah baik-baik, nanti kalau aku terlanggar.Siapa yang susah".

Banyak sangat perkara yang harus dilakukan di pejabat.Sampai sofea lupa apa yang sepatutnya dia lakukan. Dia sibuk bertanya kepada sahabatnya di pejabat , ada tak dengar segmen merentas sempadan semalam. Apa nama lelaki tu ya?.Puas bertanya tapi tak de sorang pun tahu.Entah kenapa dia bersungguh-sungguh benar ingin mencari lelaki itu.Kalau tak kerana kejadian semalam yang menyebabkan dia hampir kemalangan.Mungkin dia masih ingat nama lelaki itu.Tanya kat facebook lah , dalam 300 orang yang ada dalam senarai kawannya.Pasti ada yang mendengar rancangan itu.Setelah menunggu satu hari, tiada juga jawapan.

Jam ditangan menunjukkan pukul 4.30 petang , dah sampai masanya untuk dia pulang ke rumah.Tiba-tiba dia terpandang ada satu mesej yang baru dihantar kepadanya melalui peti di facebooknya.Tercatat didalamnya Lelaki itu bernama Kaer Azami . Oh ya , baru sofea ingat nama lelaki itu Kaer Azami.Serta merta dia melayari internet dan mencari blog kepunyaan Kaer Azami.Dia juga sempat menulis pesanan ringkas untuk Kaer Azami di dalam facebooknya. Selesai semua dia berangkat pulang kerumah. Di rumah jiwanya gelisah.Adakah Kaer Azami akan membalas mesejnya.Adakah Kaer Azami akan menerimanya sebagai sahabat. Dia takut kaer azami salah Faham .Dia bukan simpati .Tapi dia hanya mengikut kata hati.Hatinya kuat ingin mengenali Kaer Azami.

Sofea terkenal sebagai seorang yang garang dan sombong di tempat dia bekerja.Sifat pemalunya yang membuatkan orang berfikiran begitu tentang dirinya.Dia juga sebenarnya seorang yang sangat penyayang , dia mampu menyayangi sahabatnya sehingga di luar kotak pemikiran orang lain. Saat sahabatnya memerlukan dia , dia bersedia membantu dengan cara apa sekalipun.Dia juga seorang yang sangat sukar menerima seseorang yang belum berapa dia kenali masuk ke rangka hatinya.Tapi dalam kes Kaer Azami , perasaan ingin mengenali jejaka itu datang dengan sendirinya.

Hari ini adalah hari gembira bagi sofea. Kaer Azami telah menerimanya sebagai rakan di facebook. Dia dah macam orang gila, senyum-senyum sendiri mengadap monitor komputer di pejabatnya. Tapi wajahnya tiba-tiba berubah, dia risau benar kalau perkenalan dia dengan Kaer Azami.Hanyalah sekadar menjadi rakan bisu di laman persahabatan itu.

No comments: