Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, May 7, 2010

Sandaran Jiwa (Bab 2)

"Best tak cerita tadi , berapa bintang nak bagi ".Sofea memandang adik sepupunya yang baru berusia 14 tahun.sepupunya itu bernama zairul.Dia sering kemana-mana bersama sepupunya itu.Zairul sudah kehilangan ayahnya sejak berumur 5 tahun lagi.Sejak itu zairul dan ibunya berpindah ke rumah atuk.Bagi sofea , ibu zairul telah mendidiknya dengan sangat baik, zairul membesar dengan penuh kasih sayang. Malahan sofea sendiri dah anggap zairul macam adik bungsunya. "Bolehlah".Itulah aktiviti sofea dan sepupunya setiap hari minggu , tapi kadang-kala dia bosan dan malas nak bersesak di pangung wayang.Hari ini dah 4 hari sofea dan kaer azami berkawan. Ternyata hajatnya untuk tidak menjadi teman bisu dimakbulkan tuhan.Dia sering gementar saat ingin berbual dengan kaer azami. Dia mahu tahu tentang kaer azami , tapi dia takut jejaka itu kecewa sekiranya diajukan dengan soalan yang mungkin orang lain pernah tanya kepadanya. Peristiwa yang berlaku dalam hidup kaer azami ada juga tertulis didalam blog jejaka itu.Tapi kadang-kala sofea tak faham apa yang tulis oleh jejaka itu.Kerana padanya bahasa kaer azami terlalu tinggi buatnya.

Sofea adalah pelajar jurusan sains yang sangat cemerlang , sama seperti kaer azami .Dari dulu dia memang meminati sains .Baginya sains sangat penting dalam kehidupan .Sewaktu dia masih bersekolah dulu , bahasa percakapnya hanya berasaskan E=mc2 .Tapi bila semakin meningkat dewasa bahasanya bertukar, sampai kadangkala apabila dia berbual-bual dengan miza sahabat baiknya.Dia dikatakan jiwang dan minah bunga . Bukan jiwang atau minah bunga tapi entahlah.Bahasa tu keluar dari hatinya .Mungkin kerana dia sudah semakin matang dengan dugaan hidup yang sering mencalar perasaan sejak dari mula dia lahir ke dunia sehinggalah ke hari ini.Sofea mula sedar sains bukan bidang yang sepatutnya dia ceburi.Dia hanya belajar sains , tapi sains tak pernah sebati dalam dirinya.Dia baru teringat dia pernah menulis sajak bertajuk "cinta yang hilang" di belakang buku fiziknya sewaktu dia di tingkatan lima dulu.Lantaran kerana putus cinta dengan pelajar kelas sebelah.

Cinta yang hilang.

saban hari aku mencari dirimu,
saban hari aku menanti bayanganmu,
saban hari aku memujuk hatimu,
saban hari aku berlari mengejarmu.

Tapi hari ini ,
Baru aku sedar ,
cinta yang pernah hadir antara kita ,
Hilang ..terbang bersama angin bayu,
cinta yang pernah hadir antara kita ,
lenyap...seperti ais yang mencair di gurun sahara.

Dan hari ini ,
Aku sedar ,
Bukan takdir kita untuk bersama.
selamanya.

Apa agaknya kaer azami sedang lakukan pada saat ini. Sofea sering ada soalan itu dalam dirinya.Dia sering ingin berasa dekat dengan kaer azami.Dia mahu ikatan hatinya bertaut dengan jejaka itu , atas nama cinta luar biasa.Kebelakangan ini keadaan sofea tak berapa mengizinkan dia jarang sakit .Tapi dia jenis yang kalau sudah sakit akan sakit teruk.Petang itu dia tergerak hati nak buka blog kaer azami.Dia baca tulisan kaer azami satu persatu.Adakalanya perasaan kecewa timbul dalam dirinya kerana dia rasa kaer azami sedang kecewa saat dia menulis blognya itu.Dia mahu bangkitkan semangat kaer azami dia tidak mahu kaer azami mengalah dalam perjuangannya.Dia terfikir untuk menulis sebuah sajak yang bertajuk biarlah.Sofea hantar sajak tersebut ke peti peribadi facebook kaer azami. Dia mahu jejaka itu tahu , dia sudah mula sayangkan kaer azami. Walaupun dia tak pernah melihat wajahnya atau tahu cerita-cerita sedih yang berlaku dalam hidupnya.

Biarlah
.........

Biarlah ,
Walau matamu kabur ,
kakimu berat melangkah ,
Dadamu sesak ,
Bibirmu memuntahkan darah .

Aku nak kau bangun ,
Bangkitkan semangatmu,
Bangkitkan jiwamu,
Gerakkan kakimu,
Zikirkan bibirmu.

Agar mata yang kabur terang kembali ,
Dada yang sesak berarak pergi,
Darah yang merah berhenti menari .

Supaya kita boleh kembali ,
kecapi nikmat dunia,
Yang hakikatnya indah dimata,
Tapi berat dijiwa.

Tepuk dada tanya cinta.
fikir-fikirkanlah kaer azami.
( cinta seorang kakak buat dikau arjuna sajak indah penghias jiwa)

Sudah beberapa hari sofea tak makan tenggahhari , tak lalu katanya.Tapi hari ni dia beli nasi ambang dan makan dengan selera. Hatinya berbunga dia gembira kaer azami mula terima dia masuk ke dalam hidupnya.Dia gembira Kaer azami baca sajaknya. Dia tak pernah berharap , kerana kalau tengok senarai rakan kaer azami di facebook dan di blognya memang ramai.Tak mustahil , ramai yang akan mengirim pesanan-pesanan cinta dan semangat melalui peti peribadi facebook jejaka itu.Dia juga terkejut kaer azami faham apa yang ingin dia sampaikan. Ada juga nombor telefon yang kaer azami berikan kepadanya kerana dia sayangkan sofea.Sewaktu ditikar sembahyang juga air matanya tak berhenti tumpah.Cintanya kepada kaer azami semakin dalam.

No comments: