Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, June 1, 2010

Jurnal x-Wataniah(Bab 2)

Change prade.

Korang tahu tak apa itu change prade.Aku ingat lagi masa tu kitaorang baru siap makan malam .Pastu solat.Pastu tiba-tiba sarjan panggil beratur kat luar berek.Mode pakaian masa tu bebas.Pastu sarjan bagi penerangan ."ok semua , malam ini kita akan ada change prade.Saya akan buat kiraan 1~10 anda dikehendaki tukar pakaian dalam kiraan 10 semua sudah berada didepan saya semula.Faham scot." ."Change prade baju tidur dalam kiraan 10.1...2...3".Kelam kabut bagai tak cukup kaki nak lari masuk barek tukar baju tidur.Aku belasah jerlah ambik kain batik dengan t-shirt sedia ada.Seluar aku sorokkan.Pastu berlari balik keluar dengan kain batik dan t-shirt.Masa dalam barisan tiba-tiba kain batik aku tanggal .Nasib baik ada pakai seluar track suit kat dalam , kalau tidak masak.Habislah."Baik sekarang scot change prade baju hari jumaat".Baju hari jumaat tu baju kurunglah.Nasib baik baju aku dah cuci siang tu.Kalau tidak pakai baju busuklah jawabnya.Gila betullah kc ni.Masa change prade baju rasmi, hampir-hampir aku berlanggar dengan budak muar.Nasib baik mengelak.Kalau tidak mahu patah hidung aku.Pakaian rasmi kitaorang , warna hijau tua.Pastu siap dengan pangkat .Kasut kilat siap belt besi.Smart gila.Aku paling suka baju tu.Kalau pakai rasa macam yang berhormat jer.Lagi-lagi kalau kat sebelah rusuk ada M16.M16 tu don't play-play, siap pasang benet lagi.Tapi masa change prade takdelah M16 dan Benet ok, kalau ada bahaya.Siap jer change prade , berek kita orang entah rupa apa pun tak tahu.Macam tongkang pecah.Mana taknya masa nak tukar baju masuk dalam berek pakai buka jer .Pastu baling jer sesuka hati.Ialah bukan apa 10 saat jer bagi nak tukar baju mana cukup.Aje ker giler .Tu yang baling jer sesuka hati tu.Ini satu kenangan yang sangat indah untuk aku dan kawan-kawan aku .Satu kenangan yang tak mampu dilupakan seumur hidup.Kenangan yang tak mampu dijual beli.Aku terkenal dengan pelajar bertudung labuh waktu diuniversiti .Tapi ganas juga, bukan apa itu minat yang tak mampu aku tahan.Aku sangat suka aktiviti itu.Dan tudung labuh bukannya alasan untuk tidak aktif ok.Tiada apa yang membataskan minat kita.Nasihat aku ,walau dimana anda berada ambil yang baik , buang yang buruk ok.

No comments: