Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Thursday, May 27, 2010

KC-Zehra Marina ratu dangdut kelab perindu(bab 7)

Sudah hampir sebulan mak zehra di hospital.Tiada tanda dia akan pulih.Atiq pula semakin tertekan dengan keadaan dirinya.Perihal tentang laila masih belum dia ketahui hingga kesaat ini.Jirannya tak tahu apa yang berlaku ,Cuma kata mereka .Pada hari tersebut,mereka dengar pertengkaran antara laila, mak zehra dan ada suara dua orang lelaki.Selepas itu mereka tak tahu apa yang berlaku.Esoknya sewaktu ingin bertanya dengan mak zehra,perihal semalam.Mereka terlihat pintu rumah terbuka luas dan mak zehra terbaring dilantai .Atiq ansari tak sedap hati dengan cerita yang didengarnya.Dia teringat surat laila yang menyatakan dia takut kerana sejak ibunya meninggal ada saja orang yang datang kerumah.Dia tak tahu mana mahu mencari laila.Adakah dia harus pergi ke tempat ibunya bekerja dulu?.Dia tak mahu kesana lagi.Padanya tempat itu terlalu kotor dan bergelumang dosa.

Dia ingat lagi bagaimana ibunya dipuja saat menjadi penyanyi terkenal disebuah kelab dangdut di tengah-tengah ibu kota tambak ini.Waktu itu dia duduk di bilik persalinan baju, kerana tiada ada orang yang boleh menjaganya dirumah.Siapa tak kenal dengan Zehra Marina .Penyanyi dangdut terkenal di kelab perindu.Sebut saja namanya , pasti ada lelaki-lelaki yang miang keladi , tak senang duduk kerana tak sabar melihat zehra lalu dan merayu mereka.Memukau dengan suaranya yang merdu bak buluh perindu.Dengan potongan tubuh yang menawan ,kalah anak dara zaman sekarang .Pakaian yang menjolok mata dan mempamerkan lurah-lurah miliknya yang tak sepatutnya dipamerkan.Tiap-tiap malam ada saja lelaki yang sering bertuankan nafsu mengejarnya sehingga kerumah.Kerana ingin menjaga keselamatan zehra dan anaknya ,pihak kelab telah menyediakan pengawal keselamatan khas buat zehra setiap malam hinggalah dia sampai kerumahnya.

Hampir setiap malam , lagu-lagu dangdut menjadi halwa telinganya.Atiq sudah boleh menghafal lagu yang akan dinyanyikan oleh ibunya pada tiap malam yang berbeza. Paling kerap lagu amelina yang pada waktu itu penyanyi dangdut terkenal Malaysia.Bertajuk “asyik”.

Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu... kita berdua

Basah-basahnya rambutmu
Sebasah asmara kita
Siapa dulu yang empunya
Kalau bukan ku seorang...
Kekasih hati

Ku... ku... ku... punya cinta
Ku... ku... ku... punya rindu
Abadaikan cinta kita
Ku... ku... ku... punya cinta
Ku... ku... ku... punya rindu
Kita bina selamanya

Asyik... asyik... asyik
Asyik... asyiknya bercinta
Seakan dunia milik kita berdua
Satukan rasa
Asyik... asyik... asyik
Asyik... asyiknya bercinta
Saling melepas rindu didada, antara kita

Asyik... asyik... asyik

Manis-manisnya senyummu
Semanis asmara kita
Ikan laut pun menari
Nyiur dipantai bernyanyi
Sungguh asyiknya

Dari celah –celah langsir dia mengintai , ada beberapa orang lelaki menghampiri ibunya.Mereka cuba mengambil kesempatan untuk mencium dan memeluk zehra.Bau kencing syaitan meruap di seluruh kelab.Semua makanan yang atiq makan siang tadi habis dimuntahkan.,Dia merasa loya dan jijik dengan bau-bau arak yang menusuk ke hidungnya.Pelik, bagaimana ibunya boleh bertahan dengan keadaan bau yang sebegitu.Kadangkala ada juga dia terlihat ibunya pulang dalam keadaan mabuk.Bercakap yang bukan-bukan , dan bau mulutnya sangat busuk .Lebih busuk dari bau bangkai.Dia hanya mengikut ibunya sehingga berumur 8 tahun sahaja. Selepas itu dia berkeras untuk duduk dirumah seorang diri.Kerana dia tak rasa jiwanya ada di kelab itu .

Sejak duduk dirumah , atiq ansari banyak menghabiskan masanya di surau berdekatan rumahnya.Di situlah dia berkenalan dengan laila dan ustadz hanafi.Dia mula menghadiri kelas-kelas yang di adakan oleh ustadz hanafi.Dia mula menjadi sahabat sejati laila.Mereka berkongsi derita dan cerita-cerita hidup mereka ., dari situ dia tahu yang laila senasib dengannya.Ibu laila bekerja sebagai pegawai pelanggan di sebuah kelab di sentosa.Sering laila bersedih saat bercerita ada beberapa orang lelaki yang sering menghantar ibunya pulang. Sejak itu dia tak berani duduk dirumah kerana bimbang akan keselamatannya.Dia merayu pada ustadz hanafi agar diberikan perlindungan .Zehra yang mendengar berita mengenai laila.Mengambil laila menjadi anak angkatnya. Sejak itu dia membesarkan laila .Sudah lama zehra teringinkan anak perempuan . Laila melengkapkan hidupnya.Dia juga lega kerana , sejak itu ada yang akan menjenguk atiq ansari dirumah.Tidaklah dia bimbang saat meninggalkan atiq ansari dirumah seorang diri.kadangkala ada juga ibu laila datang menjenguknya.Ada juga dia sampaikan hasrat kepada zehra untuk mengambil laila kembali. Tapi zehra keberatan untuk melepaskan laila.Kata zehra “kalau kau sayang anak kau , biar aku jaga dia, Jangan sampai masa depannya tergadai.”Setelah beberapa kali dipujuk akhirnya ibu laila akur dengan nasihat zehra.

Setiap hari Zehra harus membuat dua perkerjaan , dia akan bangun seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah restoran berdekatan rumahnya.Selesai urusan direstoran lebih kurang jam 12.00 tengahari ,dia akan memulakan tugas sebagai seorang ibu dirumah.Membasuh kain dan menyiapkan makanan buat dua anaknya yang akan pulang dari sekolah.Selesai urusan dirumah , dia tidur sebentar dan Jam 7 .30 malam dia sudah bersiap-siap untuk bekerja di kelab.Begitulah rutin zehra setiap hari.Tak pernah jemu bekerja untuk menyara atiq dan laila.Walaupun kadang-kadang imannya tergelincir ,meneguk air kencing syaitan yang sering dihulurkan .Tapi satu yang dia tak pernah tinggalkan ialah solat lima waktu.Kadang kala dia bingung adakah tuhan akan menerima ibadahnya.Dia memang tak berniat untuk meneguk arak atau melakukan maksiat,desakan dari pelanggan yang menyebabkan dia sesekali menyerah ke gengaman syaitan..

2 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bab kali ni lebih pada penerangan kepada apa yg telah berlaku...sadisnya sejarah mak laila...alahai...

Anonymous said...

First impressions are the most lasting


[url=http://www.dsquared-outlet.com/dsquared-hats.html]dsquared hats[/url]

- shakwandee5ha