Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Sunday, May 9, 2010

Sandaran Jiwa (Bab 5)

Geram betul sofea dengan kakaknya.Ada desakan dari kakaknya untuk berumahtangga."Mak bila sofea tu nak kahwin, umur dah nak masuk 30 masih nak solo ker.Kawan-kawan dia paling kurang dah anak satu dah."Ibunya hanya diam .Sofea bukan tak nak berumahtangga tapi memang belum jodoh, dia dah usaha macam orang gila. Ada juga yang kata dia ni jenis yang memilih , kerana bukan tak de orang yang nakkan dia .Pernah ada lamaran yang secara tidak langsung dilakukan melalui ibunya.Dek kerana ibu kepada lelaki tersebut tertawan dengan sifat sofea yang sopan santun dan parasnya yang menawan.Biar betul , menawan ker.Sofea bukan tak mahu , tapi yang suka ibunya bukan anaknya. Macam mana kalau kahwin nanti , boleh porak peranda rumahtangganya kalau dia tak seperti yang diharapkan. Ada juga duda anak satu yang gilakan dia.Duda itu khabarkan berita " ada orang kata kita kelihatan serasi bersama". Ya allah.... macam nak pengsan sofea dengar.Gila betul.Tapi walau apa pun yang lelaki-lelaki luar sana katakan .Sofea tetap setia pada kerajaan hatinya saja.Biarlah takdir yang memisahkan mereka.Serta merta juga status perhubungan didalam facebook ditukar"bertunang".Kurang sikit orang menganggu.Dia lupa nak khabarkan pada sandaran jiwanya status itu hanya status tipu.Sofea harap kaer akan faham situasinya , dan dia rasa situasi mereka hampir sama.

Rindu betul sofea pada kaer hari ini , pagi lagi dia dah nampak kaer ada di laman facebooknya. Pesanan ringkas dihantar ker telefon bimbit kaer "apa khabar kaer hari ni , akak sayang kat kaer" .Kaer membalas " Kaer ok jer hari ni , kaer pun sayang kat akak , tc ya kak, kaer sedang menulis ". Itulah bahasa yang selalu kaer dan sofea gunakan "sayang...." . Mereka semakin sebati dengan bahasa tu. Mereka tahu apa yang mereka lafazkan.Mereka tahu sayang yang mereka lafazkan dalam maksudnya dan mereka faham batasan sayang dan cinta tu setakat mana.Sofea tak mahu menganggu kaer saat dia menulis. Dia mahu kaer fokus dalam penulisannya.Satu lagi pesanan ringkas dihantar "ok then...akak tak mahu kacau kaer , jaga diri ya sayang "." kaer sayang akak juga". Sofea bahagia kerana kaer mahu menerimanya masuk kedalam hidupnya.Cinta dan sayangnya semakin bertambah kepada kaer.Dia titipkan sajak bertajuk kalung cinta .Kerana padanya kaer telah benar-benar memberinya kalung cinta.

Kalung cinta
--------------
Dari jauh kelihatan berkilauan,
Dengan loket berlambangkan hati,
Bertahtakan delima merah menyala,
Ukirannya halus menusuk kejiwa,

Kau beri padaku,
Sebagai tanda semangatmu bersamaku,
Kau katakan,
Ini hanya pinjaman,
Apabila kau pergi ,
Kau akan bawanya bersamamu,

Kau katakan padaku,
Delima itu akan terus menyala,
Selagi aku disisimu,
Kalung itu akan berkilauan,
Selagi aku memujamu,

Kau katakan padaku,
Kalung itu hanya aku dan engkau yang mampu melihatnya,
Kerana kita punya rasa cinta dan jiwa yang sama,

Tapi , setelah kau pergi,
Mengapa kalung ini masih bersamaku,
Mengapa delimanya masih menyala,
Mengapa berat memakainya masih terasa,

Kerana sesuatu yang kau tak tahu ,
Aku diciptakan ,
Untuk sentiasa ada disisimu,
Untuk sentiasa memujamu,
Untuk sentiasa mengingatimu,

Aku syukur,
Kalung ini masih bersamaku,
Akan ku simpan buat pedoman,
Untuk meneruskan hidup yang mungkin panjang.

Siapa yang tahu , hanya allah yang tahu...
Nukilan kalung cinta buatmu kaer Azami
From Jb with Love...Sofea

Dia harap kaer azami tidak merentap kalung cinta yang diberikan kepadanya. Kerana kalau benar satu hari takdir memisahkan sandaran hatinya itu dengan dirinya. Maka dia masih ada kenangan indah yang masih boleh dikenang.

Sofea sedang tekun menilik kertas kerja yang akan dibentangkan kepada pengurusnya.Terlalu banyak kesalahan yang dia lakukan .Semuanya serba tak jadi .Dia risau dengan keadaan kaer azami yang tak berapa sihat hari ni. dalam hatinya berkata " sayang ...harap kamu tak apa-apa, kerana aku belum bersedia untuk mendengar berita sedih dari sesiapa pun ".Kata-kata yang kaer azami letakkan di blognya membuatkan jiwanya bergoncang. "Aku menghitung hari yang bersisa 80 hari lagi".Mahu saja dipeluk , jejaka itu kalau dia ada depan mata. Ayuh lepaskanlah lelahmu di bahuku. Andai badanku basah dengan darahmu , aku rela kaer azami.Sofea menangis sendiri,tapi ketika bersama kaer azami dia tak mahu nangis .Dia tak mahu kaer azami tahu yang dia lemah sebenarnya.Dia tak mahu memberikan contoh yang tidak baik kepada sandaran jiwanya itu.

No comments: