Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, June 18, 2010

Lara Jiwa..........





Sumaiyah mengusap lembut perutnya.Anak didalam kandungannya membalas dengan satu ketukan mesra.Bahagia sungguh perasaan ini .Usia kandungannya sudah masuk enam bulan.Kakinya sudah mula membengkak.Untuk bangun dari satu duduk pun sudah mula dirasakan payah.Kalau saja akhbar ada disisinya sekarang ,pasti hidupnya akan lebih mudah.Pasti akhbar akan membantunya mengusap pinggangnya yang sering sakit-sakit kebelakangan ini.Sumaiyah tersenyum sendiri Detik-detik indah bersama akhbar masih kekal di fikirannya.

"cik sumaiyah , yang awak ambil tu barang saya .Yang ini barang awak".Teguran akhbar pada hari itu mengejutkan dirinya.Pertemuan mereka di satu-satunya kedai yang terdapat di Kolej Tun ghafar Baba itu telah membuahkan perkenalan secara tidak sengaja antara dia dan akhbar.

"Dari mana awak tahu nama saya ".

"Siapa yang tak kenal dengan sumaiyah yang cantik dan jelita ini.Ratu kolej Tun Ghafar Baba."

Merah muka sumaiyah bila akhbar katakan begitu.Dia tak mahukan gelaran ratu itu.Kerana gelaran itu telah banyak menyusahkan hidupnya.Lagipun gelaran itu bukan diperolehi dari mana-mana pertandingan pun.Gelaran terhasil dari beberapa orang pelajar lelaki yang sangat fanatikkan dirinya.Apalah yang ada pada kecantikkan ini.Ia milik tuhan .Bukan milik diriku.Itulah jawapan sumaiyah setiap kali ada yang memujinya.Bukan saja cantik pada wajah ,tapi budi pekertinya juga indah.Akhbar rasa bersalah kerana melihat muka sumaiyah yang sudah muncung akibat kata-katanya tadi.

"Maafkan saya , saya tak tahu awak tak suka apa yang saya cakap tadi."

"Tak apa.........saya balik dulu ya".

"Errr sumaiyah....boleh minta nombor telefon tak".

"Nak buat apa....".

"Sajalah nak berkenalan , tak boleh ke".

"Ok...nah".

"Betul ke ni".

Sumaiyah hanya senyum tanpa menjawab soalan akhbar yang terakhir , entah kenapa ringan saja tangannya menulis nombor telefon bimbitnya untuk diberikan kepada akhbar.Sejak dari hari itu sumaiyah dan akhbar terkenal dengan pasangan kekasih paling top di Kolej Tun Ghafar Baba.Kemana-mana saja berdua.Umpama belangkas amat susah untuk dipisahkan.

Perlahan akhbar berjalan , dia tak mahu sumaiyah sedar dia sudah hadir disitu . Taman itu tempat mereka saling menyulam cinta, banyak saat bahagia bersama sumaiyah tercipta disitu.Kerana bosan berdiri lama di belakang kerusi tempat sumaiyah duduk, dia cuba memikirkan sesuatu agar sumaiyah sedar dia telah hadir disitu.Ditiupnya telingga sumaiyah perlahan-lahan.Sumaiyah pula sudah seram sejuk kerana berada berseorang disitu sejak tadi ,dia merasakan seolah-olah ada orang yang memerhatikannya.Kemudian sekarang dia dapat merasakan ada angin sepoi-sepoi bahasa menyapa belakang telingganya pula.Sumaiyah memberanikan diri untuk menoleh.Terkejut dia saat memandang akhbar yang sudah berada dibelakangnya.

"Hey...buat apa kat belakang orang.Ha...nak menakutkanlah tu".Muncung Sumaiyah kerana dipermainkan sebegitu.

"Janganlah marah sayang.....umai kalau marah, buruk tahu .Nah ambil ni".

"Cantiknya...bunga ros merah.Nanti umai keringkan ya".

"Penat-penat abang beli umai nak keringkan pula".

"Abang ...bunga ros yang kering tu lebih kekal harumnya dari yang segar".

"Dalam maksud umai tu....baiklah professor.Jom pergi makan abang dah lapar dah ni".

Berpimpinan tangan mereka menuju ke Cafe Cendana , tempat mereka sering berkunjung saat perut mula berkeroncong.

Sudah masuk setahun perkahwinan akhbar dan sumaiyah.Walaupun keluarga akhbar tidak merestui perkahwinan itu tetapi atas dasar kedegilan anak tunggal keluarga Datuk Hanif itu.Perkahwinan mereka tetap dilangsungkan.Ibu akhbar yang paling menentang kerana katanya sumaiyah bukan dari golongan orang yang berada.Pelik Akhbar dengan pemikiran ibunya yang masih memikirkan darjat dizaman moden ni.Sumaiyah kematian ayah dan ibu sewaktu berusia 16 tahun ,satu-satu keluarga yang masih tinggal hanya adiknya .Nazmi sekarang sedang belajar di KLMU mengambil jurusan kejuruteraan Kimia.Mahu sama dengan sumaiyah katanya.

Berseri indahnya bagai pelangi
Berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
Namun ku tiada juga begini
Hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi



........................................



"Boleh tak suara mama tu perlahan sikit...kalau umai dengar kecik hati dia nanti ".Akhbar menegur ibunya yang terlalu lantang bersuara sejak tadi .Mempertikaikan hasil dari perkahwinannya dengan sumaiyah.

"Baguslah...biarlah dia dengar.Mama dah lama tunggu cucu.Entah-entah si umai tu mandul tak ".Sambil mencemekkan mukanya Datin Aida memandang sumaiyah yang sudah lama disedari terpaku di pintu antara dapur dan ruang tamu rumahnya.

Mengalir airmata sumaiyah.Tidak faham kenapa perihal anak sering dipertikaikan. Baik dia mahupun akhbar kedua-duanya sudah menjalani pemeriksaan kesuburan di sebuah hospital pakar kesuburan yang paling terkenal di Melaka.Pakar sudah mengesahkan mereka tidak masalah kesuburan .Hanya rezeki belum menyebelahi mereka itu saja.Tetap saja dia melangkah keruang tamu.Berpura-pura tidak dengar apa yang dibicarakan Akhbar dan Datin Aida adalah perkara yang selalu dilakukan.Dia tak mahu Datin Aida menyangka bahawa dia lemah untuk mengatasi dugaan-dugaan emosi sebegitu.Sebaik saja ternampak sumaiyah.Akhbar serta merta menukar topik perbicaraan mereka.Dia bimbang sumaiyah akan terluka dengan apa-apa yang dibincangan oleh mereka.

Akhbar tidak melepaskan pelukannya .Sumaiyah yang sedang sibuk memasak berhenti seketika kerana tidak menyangka akhbar akan memeluknya sebegitu.

"Beri izin untuk abang melepaskan rinduku kepadamu seketika ya...sayang".

Lain benar dirasakan perangai akhbar pada hari itu.Dia dapat merasakan ada air mata yang mengalir dipipi akhbar.Walaupun akhbar berada dibelakangnya.

"Kenapa abang?......ada apa?".Dia cuba memalingkan badannya.Kerana mahu melihat wajah akhbar.Tetapi makin kemas pelukan suaminya itu.Akhirnya dibiarkan saja, tanpa mendapat jawapan dari soalannya.

"Sayang ...abang kena pergi kursus tau , tiga hari".

"Errmm....ok , sayang pun kursus juga ini .Dilangkawi , izinkan sayang pergi ya bang".

"Ok ....asal pandai jaga diri.Nanti kalau tak ada teman dirumah .Panggil Nazmi temankan ya."

"Baik...bang".Satu ciuman mesra singgah di pipi akhbar .Tersenyum dia dengan sifat romantis isterinya itu yang tak pernah surut walaupun sedikit.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 mlm.Sudah berkali-kali dia menelefon akhbar ,tetapi panggilannya hanya dijawab oleh suara gadis operator yang sama saja dari tadi.Hatinya mula bercambah bimbang,kalaulah ada apa-apa yang terjadi dengan suaminya itu.Sekali lagi ganggang telefon diangkat .Tapi kali ini dia mendail nombor rumah Datuk Hanif.Aini pembantu rumah menjawab panggilan.

"Datuk dan datin tak ada dirumah puan , mereka ke majlis perkahwinan anak mereka di Kuala Lumpur."

"Anak yang mana satu ini aini...akhbar ke".

"Ohhh bak umai ya , saya sangka siapa tadi.Tidak tahu saya, maaf ya".Serta merta ganggang telefon diletakkan.Kesal dia kerana tidak mendengar arahan Datin Aida supaya tidak mengkhabarkan apa-apa sekiranya sumaiyah bertanya tentang dirinya atau akhbar.

Betul ke apa yang aku dengar.Terdetik dihatinya untuk membuat satu lagi panggilan. Kali ini razif ismail berada difikirannya.

"Assalamualaikum , maaf saya ganggu malam-malam ini.Abang akhbar ada disana".

"Waalaikumusalam , tak apa umai.Akhbar tak ada disini , kenapa?."

"Tak adalah , dia janji nak balik malam ini tapi tak sampai rumah lagi."

"Eh umai tak tahu ke.Akhbarkan sedang berbulan madu di Brunei .Kalau tak silap datuk dan datin pun ada.Saya yang hantar mereka ke lapangan terbang hari rabu lalu.Kata akhbar kamu tahu.Saya kagum dengan diri kamu yang membenarkan suami kamu berkahwin lain kerana tak dapat berikan zuriat.Payung emas buat kamu sumaiyah."

Sumaiyah tidak berbunyi, walau sedetik .Perlahan ganggang telefon diletakkan ketempatnya.Dia merasakan masa seakan-akan terhenti .Mengalir airmatanya, sakit dadanya menahan sebak.Umpama langit ini ingin runtuh keatasnya semuanya dirasakan berputar.Kecewa sumaiyah dengan akhbar yang tidak berlaku jujur .Hanya kerana mahukan anak , perjanjian yang mereka bina selama ini.Terlerai begitu saja.Tandatangan darah yang termenterai disitu sudah tiada gunanya lagi.Semalaman dia menangis.Langsung tak menyentuh walau setitik air dan sebutir nasi.Dia hanya bangun untuk solat sahaja.Yang lain langsung tidak dipedulikan.Hal pejabat juga ditinggalkan tanpa sebarang pesan.

Cintamu sesegar embunan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar, mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan.



......................................................



" Sayang maafkan abang , abang terpaksa .Perkahwinan abang dengan lisa mama yang aturkan.Abang langsung tak tahu ."

" Sampai hati abang buat umai macam ini.Kita cuma belum ada rezeki bang .Anak itu ada tiadanya bukan ditangan kita.Tapi ditangan allah"

"Ya abang faham umai , maafkanlah abang .Mama yang rancang semuanya ini abang terpaksa umai."

"Asal saja abang berjanji akan berlaku adil dengan umai.Maka umai akan maafkan dan percaya dengan apa yang abang katakan.Tapi saat hati dirobek sekali lagi.Umai akan pergi tanpa menoleh bang."

"Jangan sayang...jangan cakap begitu.Dalam hati abang hanya ada umai...percayalah".Lega akhbar kerana sumaiyah sudah membenarkan dirinya dipeluk semula.Tidak seperti mula-mula sumaiyah asyik menjauhkan dirinya , kerana kecewa dengan perkahwinannya dengan lisa.Hidup mereka diteruskan seperti biasa.Pelukan dan ciuman mesra masih singgah di pipi akhbar setiap pagi saat mahu ketempat kerja.Sudah seminggu akhbar berkahwin dengan lisa.Satu pun bicara atau gambar tak pernah ditunjukkan pada sumaiyah.Dia tak mahu isterinya itu bertambah terluka dengan perkara-perkara yang telah pun berlaku.

"Cik Sumaiyah ....ada panggilan telefon dari cik lisa"

"Baik .....tolong sambungkan ".Berkerut dahi sumaiyah mendengar nama lisa.Bukankah itu nama isteri kedua Akhbar.Pasti dia mahu menyuruh akhbar pulang kerumahnya.

"Saya lisa....isteri akhbar.Cik sumaiyah , tak patut kurung suami saya dekat rumah cik sumaiyah.Dah dua hari akhbar tak balik rumah saya.Katanya cik sumaiyah tak izinkan.Sumaiyah , kamu ini nampak macam orang warak .Jadi saya yakin kamu mengerti hak saya sebagai isteri abang akhbar.Cik sumaiyah kena sedar diri , perkahwinan saya dengan akhbar atas dasar cinta dan restu orang tua.Tapi cik sumaiyah tidak".

"Apa maksud awak atas dasar cinta..."

"Takkanlah tak faham lagi.Saya ini bekas setiausaha akhbar.Saya berhenti pun sebab kahwin dengan akhbar.Kami kahwin setelah bercinta lima bulan".

Tidak menyangka sumaiyah dengan apa yang didengarnya dari lisa.Selama ini rupanya akhbar hanya berlakon didepannya.Kejamnya dia kerana merobek perasaan ini sekali lagi.Bermaksud bukan ibu mertua yang menjadi dalang perkahwinan akhbar.Tapi akhbar sendiri yang merancang perkahwinannya dengan lisa.

"Ya allah aku tertipu......".Sumaiyah menangis semahu-mahunya.Sedih hatinya dikhianati kali kedua.Sudah dua tahun dia berusaha untuk membahagiakan Akhbar sehingga melupakan kebajikan dirinya sendiri.Akhbar yang sering cemburu selalu tidak membenarkan sumaiyah bercampur dengan teman lelaki sepejabat.Katanya boleh mengundang gosip dan cinta.Tapi akhirnya akhbar sendiri yang terjerumus dalam masalah itu.

Engkau yang aku sayangi
Siakan hidupku ini
Lautan madu ku beri
Engkau racuni


................................................




"Ha....kenapa pulang lambat ini?.Pergi dating dengan siapa? Cuba lihat jam ditangan awak itu dah pukul berapa sekarang".Akhbar menegur sumaiyah dengan muka masam.

"Maaf abang saya pergi tenangkan perasaan ".Lemah jawapan sumaiyah.

"Perasaan apa ...apa lagi yang umai kecewakan?".

Sumaiyah cuba menahan perasaannya.Duduk didepan akhbar membuatkan airmata seakan tak dapat dibendung lagi.

"Abang ....umai dapat tahu , kalau perkahwinan abang dan lisa itu bukan dari mama .Tapi dari abang sendiri.Betul ke bang?".Sudah berderai airmata bersama esakkan yang semakin lama semakin kuat kerana sudah tak mampu menahan sendu dihatinya.

"Mana umai tahu...gosip mana yang umai dengar".Lembut suara akhbar kerana masih mahu berlakon menyembunyikan onarnya.Keterlanjurannya bersama lisa telah menyebabkan gadis itu mengandung sekarang.Naluri lelakinya sering tercabar dengan lentok dan liuk lisa,yang sering mengodanya dengan pakaian yang ketat dan menayangkan lurah-lurah nafsu ,seolah memanggil dirinya untuk bersama gadis itu.Akhirnya atas dasar tanggungjawab akhbar berkahwin dengan lisa.Walaubagaimanapun didalam hatinya memang sangat sayangkan sumaiyah.Padanya sumaiyah tak ada penganti langsung .Kalau tidak masakan dia sanggup mengugut mamanya untuk lari dari rumah sekiranya tidak dikahwinkan dengan sumaiyah.

"Abang jangan tipu umai lagi umai dah tahu semuanya....umai dah tak rela bang.Carilah jalan penyelesaian yang terbaik .Umai rasa sakit , sakit sangat.Hati umai rasa hancur , jiwa umai rasa kering .Semuanya rasa kosong.Umai dah tak nak hidup macam ini bang.Umai dah penat...umai penat sangat...umai nak tenang .Tolonglah bang."

"Umai abang sayang umai....dalam hati abang hanya ada umai .Lisa itu hanya teman sementara."

"Abang ingat perempuan ini apa.Lisa itu isteri abang , perempuan sementara yang abang katakan itu dah sah jadi isteri abang.Abang sedar tak apa yang abang katakan.Abang sedar tak".Semakin kuat suara sumaiyah .Menegakkan fakta yang dipesongkan oleh akhbar.Sekadar menduga akhbar.Sumaiyah mengeluarkan pertanyaan seterusnya."Kalau diberi pilihan antara umai dan lisa , siapa yang akan abang pilih?".

Terkedu akhbar , tak tahu bagaimana ingin menjawab .Dia memang sayangkan sumaiyah.Dia juga sayang lisa kerana mengandungkan zuriatnya yang dia nanti-nantikan selama ini."Sayang....lisa mengandung anak abang."

"Apa ???.....umai tak faham.Kan abang baru berkahwin seminggu .Secepat itu dah mengandung".

"Kami dah terlanjur sebelum berkahwin ".Akhbar menundukkan wajahnya.

Terduduk sumaiyah mendengar pengakuan akhbar.Ternyata selama ini alasan tidur dipejabat kerana urusan yang banyak hanya helah semata-mata.Sudah tak mampu mengeluarkan air mata.akhirnya dia pengsan disitu.Buka mata saja sumaiyah sudah berada disatu bilik yang jelas dan nyata mengambarkan bahawa dia sedang berada di hospital.

"Tahniah puan ...kandungan sudah berusia sebulan.Suami puan sudah tahu dan pulang sebentar mengambil keperluan .Berehatlah ya".

Mengandung sebulan.Akhirnya allah makbulkan doanya untuk punya zuriat bersama akhbar.Tapi selepas apa yang berlaku semalam dia rasa seperti jijik dengan akhbar.Dia tak menyangka ,akhbar sanggup curang dengan perkahwinan mereka.Apalah yang nak dilakukan sekarang.Mahu minta berpisah.Tapi sudah ada pula benih akhbar yang tertanam dalam rahimnya ini.

"Sayang....kita akan dapat anak".Tersenyum lebar akhbar sewaktu dikhabarkan berita gembira itu kepadanya.Sumaiyah hanya diam.Langsung tidak menjawab.Airmatanya masih mengalir laju teringat peristiwa-peristiwa yang berlaku kebelakangan ini.

"Mama tak mahu anak kamu dengan anak yatim piatu yang miskin itu.Mama hanya iktiraf lisa saja sebagai menantu mama".Keras ayat Datin Aida kepada akhbar kali ini.Lisa yang sedari tadi duduk disebelah akhbar tersenyum bangga kerana dirinya diterima sebagai menantu kepada Datin Aida.

" Sayang....ceraikan sajalah sumaiyah tu.Lisa mampu untuk bahagiakan abang 10 kali ganda dari apa yang dia beri".

"Tapi sumaiyah sedang mengandung lisa .Mana boleh ceraikan".

"Ishhh...abang ni jahillah.Perempuan mengandung boleh diceraikan.Cuma edahnya lama .Sampai bersalin.Faham tak".

"Ya ke .Kenapa abang tak tahu ini".Entah apa yang dah dilakukan oleh lisa dan Datin Aida sehingga akhbar seperti orang bodoh.Kebelakangan ini semua kehendak lisa dan Datin Aida dituruti tanpa rungutan.

Ku sedari hina diri ini
Kosong tiada bererti
Biarlah diriku pergi
Ku ubati lukaku sendiri



..........................................




"Sumaiyah Bt Ashab aku ceraikan engkau dengan talak tiga".Terdiam sumaiyah, terkedu dengan tindakan akhbar yang tidak pernah diduga sama sekali.Sekali lagi akhbar bersuara."Anak yang kau kandung akan jadi hak milik aku sebagai perjanjian penceraian.Itu saja.Tak ada apa lagi yang ingin aku katakan".Terus akhbar berlalu pergi.Sekali lagi berderai airmata sumaiyah.Mengenangkan nasibnya yang malang bertimpa-timpa.

"Assalamualaikum kak , nazmi ini".Mendengar suara nazmi ,cepat-cepat sumaiyah berlari kepintu.Belum pun sempat adiknya itu masuk .Sumaiyah memeluknya dengan erat .Dia menangis semahu-mahunya.Hanya itulah satu-satunya tempat dia mencurah segala rasa derita dan kecewa.Nazmi hanya membiarkan kakaknya itu melepaskan lara jiwanya.Setelah agak reda , Nazmi mula mengorek rahsia.Tidak seperti biasa , kakaknya yang selalunya berahsia itu kali ini menghamburkan semua masalah-masalah yang dialami bersama akhbar termasuklah penceraian talak tiganya.

"Sabarlah kakak , jom keluar dari rumah ini.Jangan duduk disini lagi akak akan bertambah derita".Tanpa berfikir panjang sumaiyah mengeluarkan beg-begnya dan mula mengemas untuk berpindah secepat mungkin.Semakin lama dia duduk dirumah itu semakin sesak nafasnya.Nazmi malam itu turut membantu . Jam 4.00 pagi selesai mengemas.Mereka keluar dari rumah itu.Sumaiyah bercadang untuk tinggal sementara dihotel berdekatan dengan rumah nazmi. Esok pagi selepas berehat dia akan memikirkan mana tempat yang akan dituju.Matanya yang bengkak kerana terlalu banyak menangis kebelakangan ini sudah semakin surut.Adanya nazmi disisi nya kini membuatkan dia bernekad untuk keluar dari kehidupannya sekarang.

" Assalamualaikum akhbar , fariz ini".

" Waalaikumusalam ...ha fariz ada apa".

"Aku nak sampaikan berita penting .Tadi nazmi telefon aku , dia beritahu yang sumaiyah masuk hospital kerana kemalangan kereta".

"Ya ke...aku datang sekarang".

"Umai ...maafkan abang , mujur saja umai tak apa-apa".Akhbar masih ada kasih pada bekas isterinya itu.Walau apa pun sumaiyah ialah orang sentiasa ada dihatinya selama-lamanya.Penceraian yang dilakukan adalah tanpa sedar.Tapi kerana bersaksikan mamanya dan lisa .Dia tak mampu untuk menarik kata-katanya lagi.

Perlahan mata dibuka."Abang.... maafkan umai , anak kita dah tak ada".Sekali lagi berderai airmata sumaiyah .

"Ya allah ini semua salah abang umai.Kahwinlah dengan fariz kemudian cerai dan kahwin balik dengan abang".Laju luncur kata-kata itu dari mulut akhbar.Tanpa bertanya setuju atau tidak fariz dengan cadangannya untuk menawan semula sumaiyah.Sumaiyah hanya diam.

Ku cuba gagahi bahu sendiri
Biarpun sayapku telah tiada lagi
Namun ku tak berdaya menghadapi
Di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi



....................................................



"Cantik pemandangan laut itukan kak.Tenang dan damai.Akak dah sarat macam ini tak payahlah pergi kilang lagi.Biar adik saja yang uruskan". Teguran nazmi mengejutkan sumaiyah dari lamunan.Dalam diam sudah empat bulan dia berlalu pergi dari kehidupannya yang penuh derita.Pakatannya dengan fariz dan doktor dihospital pada hari kemalangan itu telah menyelamatkan hubungan antara dirinya dan anak yang bakal lahir hasil dari perkongsian hidupnya dengan akhbar suatu masa dulu.Sebelum akhbar datang lagi kehospital pagi itu. untuk melawatnya.Nazmi dan fariz telah membawa sumaiyah keluar dari situ.

"Akak dah fikir nak duduk mana".Nazmi risaukan keadaan kakaknya.Tak akanlah selamanya mahu duduk dihotel.Lagi-lagi bandar Melaka ini kecil saja. Lambat laun mesti akhbar akan dapat menghidu dimana lokasi mereka menginap.

"Naz....akak fikir akak nak balik Villa Cinta.Akak nak uruskan balik kilang batik yang ayah dan ibu tinggalkan untuk kita.Naz ikut akak ya, nanti kat Terengganu kita cari kolej lain .Mahu tak?".

"Bagus juga cadangan akak itu.Lagipun mak jah dan pak teh dah tua.Bukan selamanya dia boleh jaga Villa Cinta dan kilang kita kan kak".Gembira Nazmi dengan keputusan yang dibuat oleh sumaiyah.

Empat bulan sudah berlalu ,Kehidupan mereka di villa cinta bertambah baik.Perniagaan warisan keluarga yang selama ini diuruskan oleh pembantu arwah ibu dan ayahnya sudah diserahkan semula kepada sumaiyah dan nazmi.Sekarang mereka hanya memandang kedepan.Dengan anak sumaiyah yang bakal lahir , pasti akan menyinari hidup mereka kelak.

Akhbar sudah macam orang yang keliru sepanjang masa.Hanya melakukan apa yang disuruh.Dia sudah umpama lembu dicucuk hidung.Sudah tak reti membezakan mana yang betul atau tidak.Lisa pula keguguran dan lari dari rumah menuntut fasakh mendakwa suaminya sudah gila.Datin Aida dan Datuk Hanif bingung bagaimana lagi mahu mengubati akhbar.Satu-satu anaknya yang diharapkan menjadi pewaris perniagaan keluarga sudah mereng otaknya.

"Abang ini semua salah saya.Kalaulah saya menerima sumaiyah seadanya. dulu.Pasti ini semua tak akan berlaku kepada anak kita bang.Sekarang tak ada apa yang boleh dilakukan lagi .Akhbar dah ceraikan sumaiyah dengan talak tiga.Menyesal saya bang,menyesal."Sumaiyah maafkan mama sayang.....................".Tiada apa lagi yang mampu dilakukan Datin Aida.Dimana ingin mencari sumaiyah dia pun tidak tahu.Kesal dengan sikapnya dulu juga sudah tiada gunanya lagi.

Sumaiyah bahagia dengan kehidupannya sekarang.Dia redha dengan takdir tuhan.Dia pejuang yang pertahan hati dan perasaan.Akhbar masih saja tetap berada dihatinya.Cintanya pada akhbar umpama lentera yang berada ditengah lautan.Semakin lama semakin kuat kerana bantuan angin yang menghembus. Sayang.....talak memisahkan kita. Tapi kenangan tetap bersemadi dalam jiwa. Biar aku dengan anakku tenang disini. Nanti bila AYDIEL sudah lahir akan aku khabarkan siapa ayahnya.

Oh Tuhan kau teguhkanlah keimanan
Untukku tempuhi suratan kehidupan
Walaupun di hati rasa terkilan
Tapi apakan daya semua takdir Tuhan.

3 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hangen dengan akhbar...sesedap hati dia je...hengat perempuan tuh bola! haih, emo di situ. sekian komen bernada emosi. hihihi.

umai kawen dgn fariz je lah kak... :D

hanisah hassan said...

nuar....ko baca karya romantik akak ke....malu iiii...umai mahu sendirilah nuar.Fariz dah ada gf....

Miss N™ said...

selesi mebaca...

hebat..!!