Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Sunday, May 16, 2010

sandaran jiwa (bab 13)

Hari sabtu yang lepas adalah hari yang sangat gembira buat sofea.Perbualannya dengan kaer azami bermula dari jam 11 pagi. Pada waktu itu dia sedang mendengar Aydiel Jibrail menerangkan tentang insuran yang bakal dia langgani .Sedang khusyuk mendengar , tiba-tiba ada satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya. Sofea tersenyum manis, Aydiel yang sedari tadi tak lepas memandang wajahnya , mengeluh.Katanya tak tahan senyuman sofea yang sangat manis pada waktu itu.Aydiel mungkin baru berumur lingkungan 22 tahun .Sejak mula sofea duduk didepannya , matanya tak lepas memandang sofea.Katanya ," kak raut wajahmu kelihatan jernih dan bercahaya .Apa rahsianya?"."Ia ker, rajinlah mengaji ...tidaklah akak katakan akak rajin mengaji tapi salah satu caranya ialah dengan selalu mengaji"."Kalau macam tu, wajah yang jelita tu kerana mengaji jugak"."Terima kasih atas pujian itu aydiel , Kurnian tuhan .Tidaklah rasa diri ni lawa , tapi manis mungkin kot".Sehinggalah habis menerangkan insuran Aydiel masih memandang sofea , sehingga kadangkala sofea tertunduk malu.Kaer azami menghantar mesej "baru bangun dari lena , jaga diri..sayang kamu"."sayang kamu juga".Kemudian perbincangan mereka bersambung selepas sofea pulang kerumah pada jam 3 petang.

Mereka berbincang tentang cerpen-cerpen yang ditulis oleh kaer azami dan dirinya .Bahasa perbualan mereka indah sekali.Perkataan sayang tak pernah lekang dari pesanan ringkas mereka kepada satu sama lain.Ada satu peningkatan yang berlaku dalam perhubungan mereka.Sudah mula semakin selesa diantara satu sama lain dan dapat merasakan kasih sayang yang disemai semakin dalam.Mereka tak mungkin dapat dipisahkan lagi. Sofea sudah nekad dalam hatinya. Biarpun ajal akan memisahkan mereka .Tapi sofea mahu pengakhiran yang gembira.Sofea mahu , kaer azami meninggalkan sesuatu yang istimewa buat dirinya. Kenangan-kenangan indah yang tidak kaer azami berikan kepada orang lain.Setiap dialog dan kata-kata cinta sofea jilidkan buat kenangan antara mereka berdua."sayang...dunia ini sementara , akhirat jua yang kita kejar .Janganlah kau bimbang dengan takdirmu . Kerana kelak kita akan berjumpa didunia yang lebih kekal dan abadi".Sofea harap kaer azami akan pergi dengan senyuman .Sofea harap kaer azami beritahu dirinya "sayang jangan kau bimbang, aku menerima takdirku dan aku akan selalu ada dihatimu hingga ke akhir hayatmu-kaer azami".Sofea mahu mendengar ucapan ini dari kaer azami 3x.

Kegembiraan dihari sabtu , lebur dengan kesedihan dipagi ahad.Mesej dari kaer azami membimbangkan sofea."kak ...kaer baru bangun tapi kurang sihat ".Walaupun kurang sihat kaer azami berusaha untuk menyiapkan tulisannya yang tujukan untuk guru-guru seluruh dunia. Ada juga kaer azami ucapkan selamat hari guru kepada sofea.Tapi sofea membalas , dia bukanlah guru.Walau bagaimanapun dia mengucapkan terima kasih kepada kaer azami kerana ucapan itu. Sewaktu duduk diserambi rumahnya sofea teringat , dia pernah menjadi guru sandaran sewaktu dia menetap di muar dulu.Jadi ucapan kaer azami buat dirinya memang tak salahlah.Sampai kemalam kaer tak membalas pun mesej yang dihantar oleh sofea. Sofea agak sikit emosi , apa yang agaknya mungkin berlaku."Tuhan bantu cinta hatiku, beri dia kekuatan , jangan beri dia kesakitan , jangan biarkan dia merana .Kembalikan dia kepada kami.kasihanilah dia, biarlah dia memperolehi ketenangan hidup.Tolong tuhan....tolonglah"."kaer aku tak akan berhenti mencintaimu,kau akan terus berada dalam hatiku".

Jam 6.30 petang kerajaan hati sofea telefon. Dia menyatakan maaf , kerana sudah hampir dua minggu tak menghubungi sofea.Tuntutan kerja kerajaan hatinya membuat dia redha akan selalu ditinggalkan.Dia percaya kerajaan hatinya setia .Mengukur tanah dihutan kerja yang dirasakan sofea bagai kerja orang gila , kerana risiko yang terlalu tinggi.Kerajaan hati bercerita tentang dia dan rakan-rakannya terdengar suara merdu perempuan mengaji di tengah hutan yang terbentang luas tu. Katanya lantaran kerana terlalu merdu. Aliran air terjun yang mengalir seakan-akan berhenti seketika.Satu pasukan tak boleh melelapkan mata. Hampir subuh barulah suara itu tidak kedengaran lagi.Sofea selalu pesan dengan kerajaan hatinya kalau masuk ditempat orang jangan buat yang tak senonoh .Kalau dengar yang bukan-bukan jangan cepat sangat menegur , buat aja kerjanya dah selesai cepat-cepatlah beredar dari situ.Kerajaan hatinya selalu ingat pesanan sofea tu.

Manalah sandaran jiwanya pergi. Keadaan kesihatannya yang merosot sering membuatkan sandaran jiwanya itu tak mudah untuk bangun dari lenanya. Sebab itu sofea takut kalau sandaran jiwanya itu melelapkan mata.Kerana dia memang tak tahu bila lagi sandaran jiwanya akan bangun. Sofea hanya mampu berdoa pada tuhan , semoga masih ada masa untuk mereka terus menyulam cinta. Dah lama juga sofea dan kaer tak bercakap di telefon. Ada juga sebelum ni sofea menghubungi kaer tapi , panggilan tak dijawab kerana dia menghubunginya di waktu yang salah.Tidak rindukah kaer pada suara comelnya. Kerana kadangkala sofea rindukan suara kaer.Walau bagaimanapun dia tak mahu memaksa kaer. Bila saja kaer mahu bercakap dengan dirinya. Dia akan senantiasa ada .

Angin bayu dan laut biru......

Angin Bayu ,
Sampaikan pada dirinya doaku ,
Sampaikan pada dirinya Nota cintaku ,
Sampaikan pada dirinya Senyumanku,
Sampaikan pada dirinya cerita hari-hariku.

Laut biru ,
Utuskan pada dia warna hatiku,
Utuskan pada dia wajah deritaku,
Utuskan pada dia lakaran sengsaraku ,
Utuskan pada dia gelora jiwaku.

Angin bayu dan laut biru ,
Sampaikan dan utuskan pesanan-pesanan rindu itu,

Tapi aku mohon ,

Angin bayu ,
jangan kau datang dengan putaran ,

Laut biru ,
Jangan kau datang dengan taufan ,

Kerana dirinya sangat aku sayangi,
kerana dirinya permata hati ,
kerana dirinya nyawa diri ini.

Sayang kamu Kaer azami....

No comments: