Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Thursday, August 5, 2010

21 Hari misi mencari Rumi (Episod 6)


“ Nenek tak pernah cerita pun nenek ada kembar .”

“ Panjang ceritanya Messi .Tapi Alhamdulillah dalam pencarian ini Allah temukan nenek semula dengan anak kepada kembar nenek.Walaupun neksom dah meninggal dunia.Tapi sekurang-kurangnya anaknya ada untuk menyambung hubungan yang terputus. ”

“ Tak sangka neksom kahwin dengan Anjang Khalid.” Nandra meyampuk perbualan dua beranak tersebut.

Sowti hanya diam mendengar kata-kata nandra itu.Semua ini memang telah dijangka sejak dulu. Adiknya memang peminat setia Anjang Khalid. Bila saja dia pergi dari kampung itu. Anjang Khalid tanpa teragak-agak terus meminang sommi kerana wajahnya yang mirip sowti .Almaklum merekakan kembar seiras.Dia masih teringat peristiwa yang berlaku. Bila dia diperangkap oleh seseorang .Ditangkap basah dengan anak mandur Salleh. Pulang dari kelas menjahit.Dia berhenti berteduh di sebuah bangsal kerana tayar basikalnya yang dipancitkan siapa pun dia tak tahu.Waktu tu ada Ismail yang punya masalah yang sama. Mungkin ditakdirkan mereka punya masalah yang sama , ditempat yang sama. .Baru saja mahu bertolak pulang setelah selesai dibaiki basikalnya ,hujan pula turun. Berteduh lagi mereka disitu. Pengorbanan Ismail yang memberi satu lagi tayarnya yang tidak pancit kepada sowti sia-sia.Tidak lama selepas itu.Terdengar suara beberapa orang mengetuk-getuk pintu bangsal .Dan tersebarlah berita Sowti dan ismail ditangkap basah dibangsal penoreh getah.Mereka dipaksa kahwin malam itu juga. Kerana malu Mandur salleh menghantar ismail dan sowti ke Uk.Disana mereka memulakan hidup baru.Tapi jodoh mereka tidak panjang bercerai mati setelah ismail terlibat dengan kemalangan. Kemudian sowti berkahwin pula dengan datuk kepada Messi.Setelah datuk messi meninggal dunia lima tahun lepas .Barulah sowti pulang semula ke Malaysia untuk mencari saudara maranya semula. Termasuk Anjang Khalid yang kecewa dengan peristiwanya ditangkap basah dengan ismail. Sebelum Ismail dan sowti berangkat ke Uk . Anjang Khalid secara diam-diam memberikan sesuatu kepada sowti untuk disimpan .Jesteru itu sowti kesini kerana ingin memulangkan kembali barang kepunyaan Anjang Khalid.Seminggu sebelum meninggal . Anjang Khalid menghantar sajak Sonata rahsia kepada sowti kerana hajatnya yang mahu mencari sowti , inilah yang dikhabarkan siti kepada sowti.Jika benar sowti itu adalah kekasih lamanya pasti dia tahu kerana Anjang Khalid menitipkan sajak itu bersama-sama barangnya didalam kotak yang disuruh sowti simpan.

Judul: Sonata Rahsia

Entah kenapa...
Malam-malamku dilingkari ayat-ayat berjiwa
Ilhamnya hadir, pinta untuk dipuisikan seindah rasa
Manis untuk dibaca, tawar untuk dinukilkan bait-baitnya
Keliru aku sendiri dalam melankolik kata yang dicipta
Lemah dek sastera, longlai dek ceritera.

Mungkin kerana...
Aku sendiri puncanya
Membiarkan fikiran dibalut emosi jiwa
Hakikatnya,
sendiri mendera hati dan minda.

Mahu saja ku luah pada sonata
Kenapa salju putih warnanya
Sedangkan putih memang aku suka
Tapi bermusim-musim tidak mampu aku bertanya
Biarlah masa tentukan segalanya
Kerna diri ini pasti tidak akan lupa
Betapa girangnya,
betapa selesanya,
betapa bahgianya
tatkala di musim sonata, aku tak terkata-kata.

Kini pergi sudah sonata
Hilang jejak tanpa berita
Rindu mahu bicara bersama
Gamit kenangan yang pernah tercipta
Tapi mungkin tercipta indah pada diri ini saja
Bukan pada dia...
Untuk apa simpan segala derita
Sedangkan ini sekadar mainan rasa
Imaginasi yang menjadi selumbar bisa
Esok lusa mungkin sembuh seperti sediakala

Agaknya sudah tiba masa...
Aku lenyap dari peta dunia
Sendiri berhalimunan kemudi hidup ini, tapi kemana?
Kemana-mana saja mungkin ke benua sebelah sana
Hingga temui kota...
Kota dimana ada lagi turunnya salju sonata
Buat sementara...
Biarlah menjadi sonata rahsia.

“Nekti nak tahu tak , kalau tak kerana saya kutip balik sajak tu.Mesti kita tak dapat jumpa Anjang Khalid sekarang.Si celup ni masa tu buang sajak tu sebab katanya nama salah eja.Tapi saya tak puas hati dan dihati saya kuat menyatakan bahawa , dia Anjang Khalid yang dicari.Lepas tu dalam diam-diam saya selitkan surat tu diantara susunan surat yang sudah dipilih.”Nandra menjelirkan lidahnya pada Messi.

Messi yang sedari tadi diam membisu terkejut dengan pengakuan yang dibuat nandra.Terbit saya syukur dihatinya atas tindakan nandra tu.Kerana kalau nandra tak buat begitu pasti hingga kesaat ini neneknya kelihatan gelisah kerana belum bertemu dengan Anjang Khalid.

“ Nek apa ada dalam kotak tu ?.Tiba-tiba Messi bersuara.Terdetik dihatinya ingin tahu .Apa yang ada didalam kotak yang dijaga neneknya selama ini.

“ Geran tanah di Sungai Melayu.Nanti bolehlah siti buka cawangan lempengnya disana.”

“ Apa !!!! geran tanah .”

“ Ya geran tanah , kenapa .?”

“Kenapa nenek tak ambik jer tanah tu ?.”

“ Jangan tamak messi , Itu bukan milik kita.Dituntut diakhirat nanti.Eh baru nenek perasan , Zeffi mana ?.”

“ Nek , Messi dah putuskan pertunangan dengan Zeffi .Messi tak tahanlah nek.”

“ Ishkk messi ni , Kalau nak putuskan pun beradatlah sikit.Pakai suka-suka cakap suka , cakap putus nenek tak berkenanlah messi.”

“ Dia nampak ok jer , bila messi cakap nak putus tunang dengan dia .Cuma lepas tu dia minta Messi hantar dia pergi stesen bas.”

“ Kenapa lain benar , selalunya kalau messi cakap pasal putus tunang jer. Dia dah pengsan-pengsan segala.”

“ Hahahahaha….dia berkenan dengan mamat Pakistan yang jual karpet tulah nek.”

“ Ohhh … yang tackle nandra masa kat umah siti tu ker.”

“ A’aa yang tulah.Nasib baik nandra tak layan.”

“ Apa dia ?, cakaplah kuat sikit nenek tak dengar .”

“ Eh , tak ada apa. Nek nak tahu tak .Mamat Pakistan tu terus ajak Zeffi kahwin.Dia ikut Zeffi balik Kl untuk minta izin dengan mak dan bapaknya nak kahwin dengan mamat itu.Hahahahaha.”

Terbeliak mata nandra mendengar butir bicara dua beranak tu.Macam-macam perkara pelik yang berlaku dalam masa dua hari ini.

“ Nek , nanti kita berhenti kat Jason Bay eh.”

“ Ok , lagi pun . Kita memang kena cari tempat bermalam . Sebelum ke sungai melayu.”

“ Nekti , untuk apa kita ke sungai melayu ?.” Nandra mula bersuara.

“Kata Siti , ibu dan ayah nekti masih hidup. Nenek nak pergi jumpa dengan diorang.Dah banyak salah nekti buat dengan mak dan ayah nekti.”Mengalir airmata nekti .

Sampai saja di Jason Bay , mereka menyewa dua bilik .Satu untuk messi dan satu lagi untuk nandra dan sowti.

****************

Jam 9.00 pagi barulah mereka keluar bersarapan . Agak lewat hari ini kerana sudah membatalkan pencarian yang seterusnya..Anjang Khalid sudah nyata tempatnya dimana.Perbualan dengan siti semalam , banyak mengungkit kisah lama. Ada debaran dengan perancangannya yang mahu pulang kekampung sungai melayu hari ini.Satu jarak yang lama telah memisahkan dia dan kedua ibu bapanya. Mujur saja mereka masih panjang umur . Kalau tidak seumur hidup sowti akan menyesali perbuatannya yang tidak pulang ke kampung .Walaupun selepas kematian ismail.

“ Nek , nek .. nak makan apa ?.” Messi mengerak-gerakkan bahu sowti yang lama termenung mengenang peristiwa silam.

“ Erk…nenek makan nasi jerlah messi , lagipun dan pukul 10.00 ni. Ambikkan nenek nasi dan lauk ikan sembilang masak asam pedas ya. Nasinya jangan banyak.”

Bingkas messi bangun dari tempat duduknya. Nandra awal-awal lagi sudah berada di tempat mengambil makanan.

“ Teting ni kalau pasal makan no 1 ya .” Tersenyum messi sambil menjelirkan lidahnya pada nandra.

“ Biorlah…wekkkk.” Selamba nandra membalas kata-kata messi kepadanya.Berlalu dia pergi dari situ dengan sepinggan soto nasi dan beberapa jenis kuih muih.Duduk didepan sowti yang masih termenung sejak tadi membuatkan hatinya resah.Setelah messi datang barulah dia mula makan.

“Pukul berapa kita nak bertolak nekti ?.”

Pukul berapa kita kena serah kunci bilik?.”

“ Pukul 1.00 ptg nekti , kenapa ?.”

“ Ok kalau macam tu kita bertolak pukul 1.00 lah saya masih mahu berehat sebelum ke sungai melayu.Nanti nandra khabarkan pada Messi ya.”

“ Baik , nekti .” Segera nandra keluar dari bilik itu.Untuk memberikan peluang kepada sowti bersendirian .Dia tahu pertemuan kali ini sangat sulit buat sowti. Sebelum keluar sempat dia meminta izin untuk ke pekan kota tinggi sebentar. Mahu mencari pakaian sebagai salinan untuk diperhentian seterusnya Lokasi Sungai Melayu ini tak dirancang .Jadi pakaian yang dibawa cukup-cukup untuk perjalanan yang dah dirancang sudah hampir dipakai semuanya.

“ Nak pergi mana tu ?.” Messi menegur nandra selesai nandra menyampaikan pesanan nekkti kepadanya.

“ Pergi pekan kota tinggi , kenapa ?.”

“ Pergi naik apa ?.”

“ Pergi naik teksilah , kenapa ?.”

“ Tak yahlah naik teksi , saya jer bawak awak .Bukan apa nanti orang culik pulak kekasih saya yang cantik ni.”

“ Apa ? .Awak cakap apa ?.Cakaplah kuat sikit .Tak dengarlah.”

“ Tak ada apalah. Saya nak ke pekan juga ni.Jom .” Selamba Messi menarik tangan nandra .Nandra yang terkejut dengan perlakuan messi , hanya mengikut saja.Tanpa membantah.

Sampai ke pekan kota tinggi , mereka pergi ke deretan kedai di tepi-tepi bus station kota.Kedai yang dipanggil kedai kemboja itu membuatkan nandra rambang mata dengan pelbagai pilihan baju dan tudung yang cantik-cantik. Sewaktu sedang sibuk memilih baju-baju yang sesuai untuk dirinya ada seseorang yang menyapanya dari belakang.

“ Assalamualaikum , Ni Nandra zia atuyakan ?.” Pantas nandra dan messi menoleh kearah suara yang memanggil namanya dengan nama penuh.

“ Eh Fahrin ……”

Bersambung……..

1 comment:

Anonymous said...

wahhh...fahrin pulak.....