Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, May 10, 2010

Sandaran Jiwa (Bab 7)

Sofea menangis teresak-esak , semakin lama esakannya semakin kuat. Dia rasa sunyi , jiwanya kosong .Rindunya membuak-buak . Rindu pada penciptanya, rindu pada utusan penciptanya. Rasa rindu itu datang dengan sendirinya . rindu mahu bertemu dengan penciptanya. Dia seolah-olah telah bersedia , jika penciptanya mahu menjemputnya pada bila-bila masa pun . Dia tahu dia banyak melakukan khilaf didunia ini .Sejak itu dia berusaha memperbaiki dirinya. Sofea mula membaca al-quran setiap hari sehelai berserta maksud. Dia mahu faham apa yang tuhan ingin sampaikan kepada makhluk seluruh alam.

Sofea mula sedar jasadnya ini hanya pinjaman .Dia mula sedar semua yang ada disekelilingnya adalah pinjaman . Matanya bengkak , esakkan didadanya belum berhenti. Geloranya masih sama seperti tadi.Pulang dari pelatihan tadi dia mula sedar segala-galanya.Dia mula mengatur langkah untuk menemui penciptanya. Dia mula mencatur rindu kepada penciptanya.Setiap malam sebelum tidur , dia akan lafazkan kalimah " lailahaillallah".Dia takut dia pergi tanpa mengucap kalimah itu . Dia juga mahu kaer melakukan perkara yang sama.Andai benar kaer azami harus pergi.Dia mahu kaer azami mengucapkan kata "lailahaillallah".Supaya jelas arah dan tujuan dirinya dan kaer azami.

Al-fatihah juga adalah ayat yang tak pernah lekang dari bibir sofea. Dia selalu sedekahkan al-fatihah buat kerajaan hatinya , buat kaer azami dan buat kedua ibu bapanya. Ramai yang salah faham dengan surah al-fatihah. Orang sangka al-fatihah hanya untuk orang yang dah mati.Tapi sebenarnya bukan , al-fatihah harus disedekahkan buat jiwa yang masih hidup juga. Supaya jiwa yang hidup ini tenteram dan senantiasa berada dalam keadaan tenang .Sofea sering menjaga dirinya.Dia sering menutup auratnya. Padanya auratnya hanya untuk lelaki yang bernama suami.kalau dirumah ada lelaki yang bukan mahramnya datang . Lintang pukang dia lari mencari tudung untuk menutup mahkota yang berada di kepalanya.Kawannya yang berbangsa cina sering mempertikaikan kenapa dia harus bertudung . Tapi dia bertegas , ini bukan kemahuan ini adalah tuntutan agama yang wajib dia turuti.Malahan sofea pun tak rasa terpaksa dan dia gembira dengan cara pemakaiannya selama ini.Kalau boleh dia mahu berjilbab. Ala yang yang nampak mata jer tu. Tapi ibunya tak izinkan . Katanya tak sesuai dengan keadaan di malaysia. macam-macamlah sofea ni .Berfikiran merepek tak sudah.

Ada berita sedih dari kaer azami kepada dirinya hari ini." kak ...kaer tak de mood hari ni ". Sofea tertanya sebabnya , adakah kerana dirinya." kaer dah dapat keputusan ...periksa perut tu hari " ." Aduh sayang ....takdir apa lagi yang membaluti dirimu". Sebelum ini kaer azami ada khabarkan yang dia sakit perut .Sofea cuba yakinkan kaer yang dia mungkin salah makan .Sofea minta sandaran jiwanya itu berehat. " Nak kongsi keputusannya dengan akak tak ".Kaer hanya diam , walaupun kaer enggan memberi tahu sofea apa-apa pun .Tapi dia yakin dia tahu apa keputusannya. Dia bersedih sendiri. Dia tak mahu kehilangan sandaran jiwanya lebih awal dari jangkaannya sendiri.

Mood kaer benar-benar merundum , kata-katanya berbaur kekecewaan semula. "Ya allah ....kasihanilah sandaran jiwaku ini" .Keajaiban berlaku , hanya dengan kuasamu.Airmata sofea menjujuran jatuh seperti hujan yang membalas dendam kerana sudah bertahun tidak turun di bumi tandus jiwa manusia.Sofea titipkan satu nota ringkas buat kaer azami ." sayang ....kalau kesakitan itu menyeksamu , maka aku rela berkongsi dengan mu .Berikan aja sedikit kepadaku , supaya tak londeh bahumu memikul"." kak....kaer tak akan berkongsi kesakitan ini dengan akak, kaer masih mampu memikul.Dan kalau benar pun kesakitan ini boleh di serahkan sesuka hati tak mungkin kesakitan ini akan kaer berikan padamu."Sofea menangis lagi membaca jawapan kaer.Dia terlalu sayangkan jejaka itu, dia tak mahu jejaka itu menahan lelah sendiri. Dia tidak mengerti kenapa kaer azami melepaskan peluang yang satu ini.Adakah kerana kaer azami sayangkan sofea seperti sofea sayangkan kaer azami .Atau kaer azami memang tak mahu sofea terlibat dengan masalah hidupnya. Apalagilah yang sofea boleh lakukan , saat ini dia hanya mampu berikan pelukan kasih dan ciuman sayang .Mungkin ini dapat membantunya menghadang tembok derita daripada runtuh menimpa diri kaer azami.

Kaer azami ketahuilah kamu...separuh jiwaku telah terbang menemanimu.Walau dimana pun kau berada sayang.

Pesanan Cinta
...................

Aku mahu engkau ,
Lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
disaat engkau mahu tidur,
Supaya engkau tidak risau ,
Arah tujuan mu selepas ini.

Aku mahu engkau ,
Lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
Disaat engkau melayangkan pena,
Berurat darah ke papan bisumu,
supaya tulisan mu tak berlandaskan nafsu.

Aku mahu engkau ,
Lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
saat engkau menyuapkan santapanmu,
supaya ianya terasa sedap belaka.

Aku mahu engkau ,
Lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
Disaat engkau menyatakan cinta kepada sesiapa pun,
Supaya mereka tenang kerana cinta mu abadi.

Aku juga akan seperti mu ,
aku akan lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
Di setiap hela nafasku ,
Supaya kau tak merasa keseorangan...kesunyian.
Kerana kita punya maksud dan tujuan yang sama.

Nukilan pesanan cinta buat mu kaer azami...
Air mata ku gugur bersama bait-bait puisi yang aku catitkan buat mu.
Tepuk dada tanya cinta
Fikir-fikirkanlah adikku kaer azami .....pesanan buat memimpinmu kesyurga...insyaallah....
From Jb with love.....sofea

No comments: