Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Thursday, May 6, 2010

Sendu di hati Rindiani ( Bab 3)

Sunyi betul keadaan di kampus pagi itu , kebanyakkan pelajar dah pulang kekampung sempena cuti semester yang sudah pun bermula dua hari yang lepas.Hanya tinggal rindiani dan siti saja didalam bangunan itu ." Alhamdulillah..akhirnya merdeka juga kita ya yani, susah juga kertas tadi .Nasib baik yang itu yang last sekali.Kalau tidak boleh gila aku"." nak jadi doktor kenalah susah sikit , kalau senang sangat bukan doktor namanya" yani membalas keluhan sahabatnya itu. " Eh ada kereta kat depan tu , kereta siapa...eik" siti menyelak langsir di biliknya , untuk melihat siapa yang datang pada waktu itu ." yani ...ismadlah , ni takde lainlah ni kalau ke sini mesti nak jumpa dengan kau." Siti menjerling sahabatnya."biarlah." yani menjawab pendek.

BUAT KEKASIH HATIKU ,

RINDIANI ,

SAYA AMAT BERHARAP AGAR YANI MENERIMA BUNGA DAN HADIAH YANG TAK SEBERAPA DARI SAYA NI.KALAU BOLEH KITA BERJUMPA SEKEJAB , BUKAN APA SEKADAR NAK MELEPASKAN RINDU SAYA PADA YANI,ENTAH BILA LAGI KITA BOLEH BERJUMPA.

ISMAD GHAZI

" cantiknya bunga ni , coklat ni kau tak nak ker?, kalau tak nak aku ambil eh" ." uiss kau ni siti kalau pasal makan apa pun boleh...ambillah." Dah bermacam-macam benda yang ismad berikan kepadanya surat ,makananan,bunga dan jam tapi semuanya dia berikan kepada siti. Dia langsung tak mahu melihat , inikan lagi menyentuh jauh sekali.Ismad memandang gadis pujaan hatinya itu.Dia tergumam , kerana sudah berpuluh-puluh kali dia memujuk rindiani untuk bertemu dengannya , tapi hari ini rindiani betul-betul ada didepan matanya.Lidahnya kelu , dia sudah lupa apa yang ingin dia bicarakan." Abang is nak ckp apa sebenarnya kalau tak de apa-apa saya masuk dululah " , rindiani terus berpaling dari ismad dan berjalan pergi.Baru dua langkah , terdengar ringtone dari telefon bimbit ismad ....rindiani ...kekasihku sayang, jangan pergi dari sisiku....rindiani terpaku , tak sangka sampai begitu sekali ismad menginginkan dia, sehingga ke ringtone telefon bimbit pun menyebut namanya." yani ..ni alamat abang ". ismad mengeluarkan sekeping kertas tercatit nama nombor telefon dan alamat rumahnya. No 1 , Jalan pengkalan 2, Taman pengkalan ,81120 Ipoh , Perak . " yani orang ipoh kan? ....kat kawasan mana boleh abang tahu?." rindiani hanya mengangguk...tidak menjawab soalan ismad."Maaf ya saya harus bersiap tiket bas pukul 10.00 mlm ni, pergi dulu .Assamualaikum".Kalau tidak kerana dia kesian melihat ismad yang sanggup menunggunya di tengah hujan, sudah tentu dia tak akan keluar berjumpa dengannya.

Sepanjang perjalan ke ipoh, yani membatukan diri , dia geram betul dengan siti,sebaik saja dia memberitahu siti yang ismad berasal dari ipoh. Serta merta dia berlari mendapatkan ismad.Yani kebingungan melihat sikap temannya itu.Apa yang berlaku pun dia tak tahu. " Yani ...aku nak minta maaf , semalamkan kau kirim tiket balik ipoh dengan akukan.Aku dah beli tapi bila balik ke hostel , tiket tu dah hilang, dah puas aku cari.Aku dah cakap dengan ismad , suruh dia tumpangkan kau balik.Yani jangan marah aku eh." siti sedih dia tidak sengaja melakukan itu.Sewaktu dia ke kaunter untuk membeli tiket ke ipoh lagi , semuanya sudah habis dijual ." apa boleh buat , perkara dah jadi , tapi lain kali jangan cuai lagi. Dah jangan bersedih aku naik apa pun tak per , asalkan sampai rumah." rindiani cuba menyedapkan hati sahabatnya , dia tahu siti tak mungkin sengaja melakukan itu.Lebih-lebih lagi nak melepaskan dia pulang bersama ismad, kerana siti lebih suka kalau dia bersama kamarul, satu-satu abangnya yang sangat dia sayangi.

Hati ismad berdebar , dia cuba mengatur kata-kata yang indah untuk rindiani , tapi fikirannya buntu. Hari ini saja ,sudah berlaku dua keajaiban dalam masa yang sangat singkat.Petang tadi buat kali pertamanya rindiani berada didepan mata , sekarang berada didalam keretanya.Rindiani pula saat ini terasa seperti berada di antartika, tangannya sejuk, sudah beberapa kali dia berusaha untuk tidak memandang ismad ." jarang nampak awak makan tengahhari kat kafe, kenapa diet ker". Ismad berusaha membuka bicara rindiani. " taklah " jawapan rindiani hanya sepatah ."Kita singgah minum dulu ya" pelawa ismad , sambil membelokkan kereta perdana berwarna hitam kesayangannya itu ." Erm...saya harus cepat sampai kerumah, ibu saya kurang sihat" rindiani mencari alasan .Seakan ada satu tarikan saat mata mereka bertentang seketika. Rindiani kemudian tertunduk malu. " ok ,kalau macam tu .Kita minum kat Ipoh jerlah nanti " ismad mengalah." Berhenti kat sini jerlah , nanti saya jalan kaki masuk dalam" rindiani memecah kesunyian sebaik saja sampai kekawasan perkampungan padi huma."Dah pukul 11.30 malam ni, biarlah saya hantar sampai kerumah" ismad menanti jawapan rindiani. " tak perlah saya dah biasa , terima kasih ya" rindiani terus membuka pintu dan berjalan pergi dalam kegelapan malam. Ismad menunggu sehingga kekasihnya itu benar-benar sudah tidak kelihatan lagi.Dia tersenyum sendiri , walaupun dia tak tahu alamat yani , tapi sekurang-kurang dia sudah tahu kampungnya dimana.

Usai solat subuh mak su terus ke dapur , walaupun tidak berapa sihat dia berusaha untuk menyiapkan nasi lemak yang luqman akan bawa dan jual sebelum dia ke sekolah.Hanya itulah cara untuk dia membantu anak-anaknya meneruskan persekolahan. Dia tak mahu yani dan luqman menerima nasib yang sama sepertinya.Terpaksa melupakan alam persekolahan di waktu usianya masih muda dan bekerja disawah demi membantu ayah dan ibunya ,menyekolahkan 5 lagi adiknya.Pak Majid adalah adiknya yang bungsu. Adik-adik yang lain sudah pun berjaya ada yang duduk di Kuala Lumpur , di sarawak , di melaka dan di Johor bahru.Walaupun dia susah dia sudah nekad untuk tidak menyusahkan mana-mana adiknya. Setiap kali mereka bertanya dia hanya menjawab " janganlah kamu semua bimbang pasal kak long"."mak , man pergi dulu ya." Luqman mencium tangan ibunya . Di tangan sudah ada lebih kurang tiga puluh nasi lemak dan karipap buat bekalannya makan di tengahhari nanti. "Banyaknya nasi lemak, man buat sendiri ker?".Dari mana pulak anak bujangnya ini belajar membuat nasi lemak."yani buatlah... mak" rindiani memeluk sambil mencium ibunya." Bila yani balik ...dah kurus anak mak ni " . Sudah rindu benar mak su pada anak gadisnya ini, kali terakhir rindiani pulang ke kampung ialah pada 2 bulan yang lepas." Malam tadi , man yang buka pintu ".Mak su gembira hari ini , sakitnya serta merta seperti hilang , kepala rindiani di usap sebagai tanda kasih dan sayangnya.

Bersambung...

No comments: