Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Sunday, July 4, 2010

Pergi Jalan-jalan cari pasal dengan Cik Ian.







Assalamualaikum ,

Semalam saya n cik ian pi air terjun kota tinggi . Kami sampai lebih kurang jam 12.00 tghari.Tak ramai orang.Lepas tukar baju apa lagi terjun dalam air. Best giler...Macam-macam topik yang dibincangkan .Bermula dari pasal si mangkuk sampailah topik ikan. HH kena gigit ikan sebab terlalu statik kat suatu tempat je.Yang pelik si ian tak kena pula tu.Agaknya ikan tu nampak HH macam sedap je.Kami bertolak balik jam 3.00 petang .Bayangkan berapa lama HH berendam dalam air.Cuba juga berenang .Hu..hu..hu.. dah tak boleh ,sebab teknik berenang dah tak ingat dan air terlalu deras.Alasankan... sebenarnya badan dah berat...hak..hak..hak..Kata cik ian "kak tak payahlah badan kau dah tak boleh terapung dah."Kami bincang pasal watak Kha-eee ada tiga yang disalah ertikan olehku.Ha..ha..ha..Terjegil mata cik ian bila HH sebut nama binatang yang disamakan dengan kha-eee.Pastu singgah sembahyang kat Masjid Jamek Kota.Adalah yang menarik dengan masjid tu . Kubahnya yang macam cendawan.Kami makan tepi jalan , makan nasi ayam (cik ian punya ayam tak masak sangat , HH punya licin).Kami minum air kelapa bakar.Bestnya ...tapi panas hampir melecur lidah.Balik tu kami singgah Jusco.Solat asar dan pergi kedai buku.Cari juga buku "Bingkisan hati" kat sana.Saje je nak tahu dah masuk situ belum.Tak ada lah .Tak tahu kenapa tak masuk popular Jusco lagi.Lepas tu HH singgah sembahyang Maghrib kat Masjid Jamek Kulai.Hantar Cik ian balik dan balik rumah ....tidur.Penatnya dah malam baru rasa . Masa berjalan tak rasa pulak.Penat ketawa pun ya juga.Cik ian terima kasih ya , spend masa dengan akak.Seronok sangat .Lokasi selepas ini Desaru resort .Insyaallah...

2 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

awal2 bc dah kasi mau gelak...akak kena gigit ikan? kehkehkeh...

hanisah hassan said...

tulah...haih..ramai peminatlah nuar . Dimana-mana ada itqan..