Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Saturday, July 3, 2010

Berpaksilah pada 1 ihsan 6 rukun iman dan 5 rukun islam...




Assalamualaikum , semua yang membaca blog ini .Semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua dari apa pun kejahatan.Sudah lama rasanya tak menulis entry yang berbau keugamaan .Terlalu sibuk dengan dunia yang sebesar zarah ini. Tapi baru-baru ini bila sering tengok program Halaqah di tv 9 setiap selasa. Hati jadi cair , seperti cairnya ais di gurun sahara. Cewah.... Banyak isu-isu yang dibangkitkan kebelakangan ini diwujudkan untuk mempropagandakan islam.Sebagai orang islam saya rasa terpukul dengan banyak perkara.Luluh hati dan perasaan saat melihat orang islam diperkotak-katikkan begitu saja. Macam di Gaza.Sesungguhnya saya bersyukur kerana saya dilahirkan sebagai seorang islam.Cuma apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah benar-benar mempraktikkan islam dalam kehidupan saya.Semoga
bantu .Saya mahu rajin baca .Semoga saya istiqamah dalam setiap perbuatan kearah kebaikan.Saya juga mahu gigih mengubah diri menjadi yang lebih baik. Saya mahu kita semua berusaha kearah itu. Nasihat ini bukan untuk diri saya saja .Untuk anda juga kerana saya sangat sayang anda semua.Saya pernah mendengar satu soalan didalam tanyalah ustaz hadirnya perasaan sekiranya semua di alam ini dijadikan oleh Allah. Maka allah dijadikan oleh siapa. Jawab ustaz tersebut.Istigfarlah dan tekadkan didalam hati bahawa saya beriman kepada Allah Taala yang sifatnya tiada yang menjadikan.Seperti ulasan dibawah.

Dua puluh sifat yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:

  • Istigna' ( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ )
  • Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
  • Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu datau meninggalkan sesuatu.
  • Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama', basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.
  • Iftiqar ( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )
  • Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
  • Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu hayyan.





Adios...berbaktilah ya ukhti dan ya akhi...
Setiap hari adalah peperangan untuk mempertahankan iman....

No comments: