Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, August 23, 2010

Israel ( Nabi Yaacub A.S)


Assalamualaikum ,

Semalam saya tengok jejak rasul , mereka pergi ke Jordan dan singgah ke Jerusalam . Sesuatu yang membuatkan jantung saya berdetak laju hingga kesaat ini adalah fakta yang diberi oleh seorang imam di perkampungan muslim di Jerusalam. Ahmad Fasil pengacara jejak rasul bertanya kepada imam tersebut . Siapakah sebenarnya ISRAEL ?. Jawapan yang didengarnya sangatlah mengejutkan. Kata imam tersebut. ISRAEL bermaksud hamba Allah yang berjuang. Dan ISRAEL adalah seorang nabi. Tapi nabi yang mana ?. Menurut imam tersebut Nabi Allah Yaacub digelar ISRAEL (hamba Allah yang berjuang) pada suatu masa dahulu . Dan Israel yang sebuah negara gunakan sekarang adalah sungguh bertentangan dengan apa yang digelar buat Nabi Yaacub A.S dulu.Subhanaallah ....sesuatu yang kita tidak tahu .Kalau kita tidak melihat atau membaca dengan lebih banyak tentang apa pun. Melihat kehidupan Kaum islam yang punyai kawasan yang paling besar dalam empat bahagian Jerusalam, tetapi hidup dalam kesusahan , melunturkan hati saya.Pernah terbit difikiran saya. Umat islam di mana-mana didunia pun begitu ramai .Andai kata semuanya bersatu padu untuk menghapuskan bangsa yahudi di Israel yang hanya sebesar titik ramainya pasti mampu terlaksana.Tapi ini bukan cara orang islam . Sedangkan nabi sendiri tak pernah membunuh .Jadi kenapa harus kita jadi pembunuh ?.

" Ayuh fikir-fikirkanlah wahai anak adam."

6 comments:

FaizalSulaiman said...

bertentangan dengan negara Israel sekarang ni.dengar je dah panas telinga.huhu

MissNera said...

saya dapat tahu pasal ni dari satu laman web..
kalau dulu negara palestin berganda besar dari Israel, sekarang ni israel sudah menguasai Palestin. seolah-olah rakyat Palestin yang menumpang mereka sedangkan hakikat satu masa dulu orang2 israel ini negara pun tak ada.

hanisah hassan said...

Fakta menarik tu nera...tq.

d_tieah said...

A'ah..
Memang Israel xde negara sbnrnye..
Smlm sy pun t'kejut jg ble dgr imam tu kate yg Israel adlh Nabi Yakkub a.s

Faz Nandra said...

hmm.. sememangnya israel takde tanah sendiri,menapak sedikit di bumi palestin,tapi lama kelamaan menguasai negara tu...

~ islam sekarang ibarat buih ombak dilautan.. terlalu banyak tetapi??? urmm..

Anonymous said...

macam ni lah.
seperti yang kita semua tahu, kita
menggelar mereka sbg israel.
namun israel adalah yackub a.s
jadi kita perlu menggelar mereka
sbg zionis atau yahudi saja.
itu yang lebih tepat. kaum yahudi