Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Wednesday, August 18, 2010

Dalam diri kita ada sisi gelap dan terang.

Assalamualaikum ,

Dah lama saya nak tulis pasal ni .Tapi belum ada kesempatan . Alhamdulillah hari ni dapat curi sedikit masa untuk saya menulis berkenaan sisi baik dan sisi jahat yang sering ada dalam diri setiap manusia.Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Tiada sebarang kajian pun yang mampu saya letakkan bersama dengan fakta-fakta yang bakal saya tulis dibawah.

Cuba anda duduk diam dan fikirkan.Kadangkala anda mendengar berita sedih . Jauh disudut hati anda ada rintihan , perasaan simpati tiba-tiba datang . Pada masa yang sama , ada satu sisi dalam diri anda yang tersenyum dengan berita itu dan berkata mujur saja aku tak kena .

Cuba ingat lagi pernah tak perkara ini berlaku. Kadangkala anda rasa seseorang itu baik dan indah budi pekertinya , tapi tiba-tiba anda mendapat berita seseorang yang baik itu telah melakukan sesuatu kejahatan . Anda terkejut dan kurang percaya kerana anda rasa dia sudah tidak jadi seseorang yang anda kenali.

Cuba fikir lagi . Anda pelik kenapa seseorang mampu membunuh dan memukul tanpa rasa bersalah.Dan cuba fikir lagi kadangkala kita sendiri mampu untuk marah sehingga orang lain menyatakan . Dirimu sewaktu marah tadi jadi seperti seseorang yang dia sudah tidak kenali.

Pada saya bila saja berlaku perkara yang buruk pada diri kita atau orang lain ini bermaksud dia mengikut sisi gelap dalam dirinya atau lebih tepat bisikan syaitan.Jadi kita perlu mengawal sisi gelap kita supaya dia tak melebih sisi terang dalam diri kita .Bagaimana caranya. Banyakkan menyebut nama Allah , mengaji dan berzikir. Belajarlah berzikir dalam hati .Tutup mulut mu , tapi latih hatimu dengan berzikir. Pada mulanya memang sukar , tapi apabila sisi terang sudah menguasai dirimu. Ini akan menjadi kerja yang senang.

Ini sekadar sharing tentang sesuatu yang saya rasa.....cuba fikirkan.

3 comments:

Faizal Sulaiman said...

betul tu kak.banyakkan berzikir:)

Faz Nandra said...

salam kak nisa... ye kadang2 ada jugak macam tu dalam diri ni... hehe..terima kasih dengan perkongsian akak ni (n_~)')

Cik Puan Syeeda said...

hurm..pendapat saya, ianya tentang hati. kalau hati bersih, mungkin sisi yg terang lebih menguasai diri. betul ckp awk, zikir tu boleh membersihkan hati. i like this entry! :)