
Dari jauh kelihatan dua orang yang sedang berbual dengan serius.
Apek A : Aiyooo amoi , ambiklah .Ini bukan banyak pun .
Awek A: Tak mahulah saya bekerja ni kerana tuhan saya.Saya ikhlas.
Apek A: Saya pun ikhlas amoi.Jangan takutlah , ambiklah ni amoi.
Iskkkk….pandai pulak cakap pasal ikhlas apek sorang ni.
Awek A: Apa sebab awak sungguh-sungguh suruh saya terima ni ?.
Apek A: Tak ada apa ma…hadiah saja.
Sampul bertukar tangan.
Awek A: Iskkkk…banyak ni buat apa.Tak yahlah nah ambil balik.
Apek A: Sudah,ambil saja.(sambil apek A berlalu pergi dari situ)
Akhirnya awek A terperangkap dengan rasuah setelah mempertahankan prinsipnya bertahun-tahun lamanya.
Dari dialog diatas jelas dan nyata , walaupun menolak.Akhirnya awek A tewas dengan pujukan apek A.
Alasan : ingin menjaga hati apek yang bermurah hati memberi hadiah.
Hakikat : Secara halus awek A telah terjebak membuat dosa.
Astagfirullah …semoga Allah lindungi diriku dari ini semua kerana pekerjaanku yang mampu mendorong kearah itu . Sebagai seorang buyer yang sering terlibat dengan projek-projek besar.Secara jujur aku katakan memang ada yang mengendeng untuk menghulurkan itu dan ini.Tapi Alhamdulillah aku kuatkan iman dan masih bertahan hingga kesaat ini. Dan akhirnya orang mula mengerti prinsip yang aku pertahankan dan tak berani nak menawarkan aku apa-apa lagi. Pedomannya kesungguhan mempertahankan iman itu selalunya kalau kita sabar memang akan membuahkan hasil….Alhamdulillah.
4 comments:
duit buat org gelap mata....
-ad-
duit buat org gelap mata....
-ad-
takut kan kak kalau2 terjadi pada diri kita ni.huhuhu
Kerja macam akak memang banyak dugaannya.Pernah ada supplier yang mahu menawarkan sejumlah wang pada akak sebab mahukan sesuatu projek. Terus akak block supplier dari masuk senarai pembekal kilang akak.Rasakan kau.
Post a Comment