Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.
Showing posts with label Mentera jiwa. Show all posts
Showing posts with label Mentera jiwa. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

Sunyi tanpa Nadamu

Ditepian padang luas aku berdiri,
Sunyi ,
sepi ,
Menikam hati dan sanubari.

Dari semalam ,
Hingga kehari ini,
Puas aku menantimu,
Muncul dalam skrin dan mimpi.

Yang hadir,
cuma kata-kata ringkas,
Mengatakan dirimu sejahtera,
Menyuruh aku jangan derita.

Wahai sandaran jiwa,
Kenapa aku mula merasa,
Sesuatu yang luar biasa,
Lara mula mencengkam jiwa,
Saat dirimu tiada.

Wahai tuhan,
beri aku kekuatan ,
beri aku ketelusan ,
Menyintai seseorang,
Disaat akhir usia.

Wahai derita,
Berlalulah dari diriku,
Pergi aku tak mahu,
Pergi...
Pergi dari sisi,
Pergi dari diri ini,
Pergi....

Wahai Kenangan indah,
Menjelmalah dalam diri,
Ayuh hadir disisi,
Macam waktu dulu,
Sebulan yang lalu,
Saat kita bersama,
Mula belajar untuk menerima,
Cinta dan air mata.

NK: Sajak ini ditulis pada jam 6.50 petang 23/05/2010. Sebaik pulang dari berjalan-jalan disekeliling umah .Jarang aku keluar pada waktu begini.Kalau bukan kerana aku rindukan dua orang yang wujud dalam hidupku.Pasti aku akan terus menjadi penghuni setia bilik tidurku.Tempat aku mencurah rasa dan lara jiwa.Manalah pergi orang-orang yang aku cintai disaat diriku punya masa untuk melayan.Sayang sekali sering masa kita bercanggah.Saat aku sibuk kerja kau mohon aku melayanmu untuk bual mesra.Bukan aku tak sudi tapi tak puas dengan masa yang singkat. Lima minit tak mampu untuk menghilangkan lara yang di tanggung selama berminggu-minggu.Kesakitan juga sering membataskan masa berbual kita.Aku rindu pada kalian.Aku rindu pada sandaran jiwaku dan kerajaan hatiku.Adakah aku memang ditakdirkan tuhan untuk selalu ditinggalkan.

Tuesday, May 4, 2010

Titian usang

Ada satu titian usang ,
Disebuah desa ciptaan mindaku,
Lantainya berlubang,
hanya menunggu masa utk tumbang.

Aku Tertanya,
Beranikah aku meniti titian usang ini,
Bagaimana kalau aku jatuh?
Bagaimana kalau tak de tangan yang akan menyambutku nanti?

Datang seorang wanita,
Berjalan berpandukan tongkat,
Dia meniti titian itu dengan yakin,
Dihatinya tiada curiga.

Tanpa ku sedar ,
tongkat dihulurkan,
Terdengar suara menusuk kalbu,
Tinggalkan deritamu disini,
Nanti kau akan yakin meniti titian itu.

Langkah diatur,
arahannya aku akur,
semuanya terasa mudah,
kini aku semakin hampir ketitik penyudah.

Diseberang semuanya indah belaka,
pelangi tujuh warna dekat dimata,
Air sungai mengalir mengikut aliran semasa,
Ikan berwarna warni riang bersuka ria.

Aku tahu kini aku sudah disyurga,
Tiada lagi erti derita,
Aku akan bahagia,
Dengan dunia baruku,
Aku yakin itu.

Aku ingin berimu sesuatu.

Aku ingin beri kau sesuatu,
sesuatu yang telah hilang dari dirimu,
saat tercariknya lembaran-lembaran kenangan,
yang kau ada bersama dirinya dulu.

Aku ingin beri kau sesuatu,
sesuatu yang telah hilang dari dirimu ,
saat dikhabarkan berita-berita pilu,
Takdir dari maha penentu .

Aku ingin beri kau sesuatu,
sesuatu yang telah hilang dari dirimu,
saat hanya ada tangan-tangan yang berjubah putih,
bisa menyentuhmu.

Aku ingin beri kau sesuatu,
sesuatu yang telah hilang dari dirimu,
saat pujaan hatimu,
mencari bait-bait cinta yang baru.

Aku benar-benar ingin beri kau sesuatu...
ambil saja apa yang kau mahu dariku...
andai itu bisa membuat ,
senyumanmu..
riak wajahmu..
jiwamu....
hatimu....
pulih seperti sediakala.

Terbang...

Ayuhlah kita terbang ,
Mengapai pelangi yang indah di awan,

Ayuhlah kita terbang ,
Menyentuh mentari yang bersinar terang,

Ayuhlah kita terbang ,
Mengejar burung-burung yang bebas melayang,

Ayuhlah kita terbang,
Arjuna pujaan hatiku,
Tinggalkan masalahmu,
Tinggalkan airmatamu,
Tinggalkan laramu,
Tinggalkan sengsaramu,
Tinggalkan semuanya dibumi,
Jangan bawa ia terbang bersamamu.

Ayuhlah kita terbang ,
Kecapi keindahan hidup,
Yang bersisa sementara,
Yang sering menjadi impian jiwa.

Buaian jiwa...

Saat dirimu beralun,
Fikiran ku tenang,
mataku luas memandang,
Harapan ku menjulang,
Saat-saat indah bersamanya aku terkenang.

Saat dirimu beralun laju,
Dimindaku mula terbayang,
Padang mainan luas terbentang,
kanak-kanak berlari kencang,
Bunga-bunga mekar berkembang,
Burung-burung terbang bebas melayang.

Saat dirimu beralun perlahan,
Semuanya seakan menghilang,
Senyumanku mulai garang,
Fikiranku mulai songsang,
Airmataku mula bergenang.

Wahai buaian jiwa,
Dimana letaknya senyuman,
aku tertanya......

Wahai buaian jiwa,
Dimana letaknya harapan,
Aku kecewa.....

Wahai buaian jiwa,
Dimana letaknya Cinta,
Aku derita.....

Wahai buaian jiwa,
Berikahlah aku ,
suatu petanda,
suria akan kembali menjelma ,
Di waktu hujung usia.

hi..hi...hi....nukilan buaian jiwa buatmu S/H...Setelah terbang .....ayuh berbuai bersamaku....jangan bimbang aku akan pimpin tanganmu...kau tak akan jatuh....

Nenda.

Sudah 8 tahun dirimu aku tinggalkan,
sejak dari hari pertama kau dimakamkan,
Sehinggalah ke hari ini,
Pusaramu belum pun aku jejaki.

Kau tinggalkan aku ,
Disaat aku memerlukan pelukanmu,
Kau tinggalkan aku,
Disaat aku memerlukan senyumanmu,
Kau tinggalkan aku,
Disaat aku masih mahu mendengar merdunya suaramu.

Kelmarin aku mimpikan dirimu,
kita duduk di tangga rumah ,
Berbicara tentang cinta,
Berbicara tentang derita,
Berbicara tentang kecewa,
Berbicara tentang jiwa.

Janji aku pada dirimu,
aku akan pulang,
Selesai saat keraian,
hari bahagiaku.

Janji aku pada dirimu
Aku akan pulang,
bawa impianku,

Janji aku pada dirimu
aku akan pulang ,
bawa arjuna yang bertahta dihatiku.

Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Nukilan buat nendaku allahyarhamah Minah bt Deris.

Lantai tari di kayangan.

Dinding beralaskan cermin,
Lantai berkilat licin,
Irama merdu jadi peneman di kala sendu.

Perasaan ditumpahkan,
Kasih dicurahkan,
Gerak tarimu semakin laju.
kau khabarkan berita padaku,
Lantai tari ini bakal jadi milikmu.

Kaki seakan hilang,
terawang.....
saat kau katakan,
ayuh dewiku...
kita menari di kayangan,
kerana disitu letaknya dirimu dihatiku.

Dada berdenyut kencang,
saat kau katakan,
ayuh dewiku...
Sahut cabaranku,
Untuk menikmati keindahan bumi,
Dari langit yang tujuh,
sambil menari lagu cinta,
Peneman kau dan aku dikala duka.

Tapi kini semuanya tiada...
kayanganmu juga sunyi,
hatiku sepi,
cahaya mlm pula mula menyelubungi,
irama tariku sumbang,
kakiku juga mula pincang.

Namun.....
Selama ada semangat mu bersamaku,
Tarian ini akan ku teruskan.

Kalung cinta.

Dari jauh kelihatan berkilauan,
Dengan loket berlambangkan hati,
Bertahtakan delima merah menyala,
Ukirannya halus menusuk kejiwa,

Kau beri padaku,
Sebagai tanda semangatmu bersamaku,
Kau katakan,
Ini hanya pinjaman,
Apabila kau pergi ,
Kau akan bawanya bersamamu,

Kau katakan padaku,
Delima itu akan terus menyala,
Selagi aku disisimu,
Kalung itu akan berkilauan,
Selagi aku memujamu,

Kau katakan padaku,
Kalung itu hanya aku dan engkau yang mampu melihatnya,
Kerana kita punya rasa cinta dan jiwa yang sama,

Tapi , setelah kau pergi,
Mengapa kalung ini masih bersamaku,
Mengapa delimanya masih menyala,
Mengapa berat memakainya masih terasa,

Kerana sesuatu yang kau tak tahu ,
Aku diciptakan ,
Untuk sentiasa ada disisimu,
Untuk sentiasa memujamu,
Untuk sentiasa mengingatimu,

Aku syukur,
Kalung ini masih bersamaku,
Akan ku simpan buat pedoman,
Untuk meneruskan hidup yang mungkin panjang.

Siapa yang tahu , hanya allah yang tahu...
Nukilan kalung cinta

mahligai kaca

Diriku di mahligai kaca,
Terlihat titisan hujan ,
menitis lembut di bucu atap,

Fikizalnya telus,
Titisannya berentak,
Kegembiraannya terasa,
Aku bahagia.

Tapi...
Disaat mahligai kacaku hancur berderai,
Aku mula merasakan ,
Titisan hujan mula menganas,
fizikalnya kasar,
Titisannya mendesak,
Kesayuannya ketara.
Aku derita.

Dan inilah kenyataan hidup,
Harus aku hadapi,
Baik atau buruknya akan ku telan,
Aku tak mungkin lari darinya,
Semoga ada senyuman dihujung hela nafasku,
Inilah luahan rasa dari peristiwa cinta dan kehidupan.

Tepuk dada tanya mahligai kaca yang mana yang kau duduk.

Kalimah "lailahailallah"

Aku mahu engkau ,
Lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
disaat engkau mahu tidur,
Supaya engkau tidak risau ,
Arah tujuan mu selepas ini.

Aku mahu engkau ,
Lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
Disaat engkau melayangkan pena,
Berurat darah ke papan bisumu,
supaya tulisan mu tak berlandaskan nafsu.

Aku mahu engkau ,
Lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
saat engkau menyuapkan santapanmu,
supaya ianya terasa sedap belaka.

Aku mahu engkau ,
Lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
Disaat engkau menyatakan cinta kepada sesiapa pun,
Supaya mereka tenang kerana cinta mu abadi.

Aku juga akan seperti mu ,
aku akan lafazkan kalimah "lailahailallah" ,
Di setiap hela nafasku ,
Supaya kau tak merasa keseorangan...kesunyian.
Kerana kita punya maksud dan tujuan yang sama.

Biarlah.....

Biarlah ,
Walau matamu kabur ,
kakimu berat melangkah ,
Dadamu sesak ,
Bibirmu memuntahkan darah .

Aku nak kau bangun ,
Bangkitkan semangatmu,
Bangkitkan jiwamu,
Gerakkan kakimu,
Zikirkan bibirmu.

Agar mata yang kabur terang kembali ,
Dada yang sesak berarak pergi,
Darah yang merah berhenti menari .

Supaya kita boleh kembali ,
kecapi nikmat dunia,
Yang hakikatnya indah dimata,
Tapi berat dijiwa.

Tepuk dada tanya cinta.

Adakah aliran ku sonsang

Aku belajar ,
Tentang aliran darah ,
Tentang ilmu newton ,
Tentang jadual berkala ,
Aku hebat dalam ilmu ini .

Tapi....
Bila aku menulis ,
Aliran darah ku bocor,
Ilmu newton ku lari ,
Jadual berkala ku entah kemana ,

Rupanya ...
azaliku sudah tertulis,
bukan teknologi canggih cabangku,
tapi nukilan-nukilan indah ,
buat bingkisan hati.

Tepuk dada tanya jiwa ,
Adakah aku tersalah pilih cabang dulu...

fikir-fikirkanlah.....

Pernahkah kau terfikir

Pernahkah kau terfikir.
..............................

Pernahkan kau terfikir....
untuk menjadi seperti burung
terbang bebas di langit biru
tanpa memikirkan kehidupan dibumi.

Pernahkah kau terfikir...
untuk menjadi seperti bunga
yang mekar tanpa mengira waktu
tanpa sesaat pun memikirkan kesulitan hidup.

Pernahkah kau terfikir ....
untuk menjadi laut yang luas terbentang
berombak tenang
tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi di masa depan.

Pernahkah kau terfikir ....
untuk menjadi langit biru
yang memukau pandangan mata
tanpa memikirkan apakah nasibmu pada hari esok.

Tapi jangan lupa jadi burung , bunga , laut dan langit juga bukan mudah....
Dugaannya juga hebat
burung mencari tempat berteduh ....
bunga sampai masanya akan layu ...
laut bergelora hingga membunuh...
langit mengalir airmata sehingga menyesakkan jiwa......

fikir-fikirkan lah....

Sesuatu untuk S/H.

Tuesday, March 24, 2009

YA ALLAH.......

Ya Allah Sering aku mengaduh penat ,
Sering aku lupa untuk bertaubat ,
Sedangkan ampunanMu,
kasihMu tagihan diri ,
Ya Rabbi,

RahmatMu ku junjung ,
KasihMu ku ratapi ,
Tuhan Pemilik hatiku ,
Lemah aku merayu ,
Hadirkanlah rasa cintaku pada kekasihMu,
Tuhan Betapa diri kerdil,

Cinta yang terpaut mungkinkah berbalas?
Ya Tuhan Kasihku tak sehebat para Sahabat,
Pengorbananku untuk kekasihMu sedikit ,
cuma Sayang dan rinduku tak seteguh mereka ,
Ya Allah ,

Ingin aku jadi sesetia Abu Bakar ,
Ingin aku disayangi seperti Fatimah,
Ingin aku berkorban demi kekasihMu seperti Nusaibah ,
Ya Tuhan ,

Betapa aku rindu untuk bertemu kekasihMu ,
Menatap wajah yang mulia itu ,
Ya Rabbi,

Temukan aku dengan kekasihMu,
Leraikanlah rindu ini ,
Hadirkan rasa cinta dalam diri ,
Yang sentiasa mekar ,
Tak pernah pudar ,
Tuhan ....,

Hanya padaMu aku merayu ,
Kerana Kau pemilik hatiku.

Friday, March 6, 2009

KERANA MU YA ALLAH...............

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih ,

Ya allah ,

Aku mohon ampun kepadamu ,
Atas kesilapan dan dosa-dosa yang pernah aku lakukan disepanjang hidup ,
Kau beri aku kesengsaraan ,
Tapi dihujungnya ,
Aku lihat kebahagiaan ,
Kau beri aku air mata,
Tapi akhirnya ,
Aku ketawa ,
Terima Kasih Ya allah ,
Terima kasih tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
Yang menciptakan darah yang mengalir dalam tubuh ku ,
Yang mencipta jantung yang berdetak di dadaku ,
Yang menciptakan perasaan cinta dijiwaku,
Terima kasih Ya allah ,
Terima kasih atas pinjaman yang kau berikan kepada ku,
Ianya sangat sempurna,
Terlalu sempurna Ya allah ,
Terima kasih Ya allah ,
Kau berikan aku seorang lelaki ,
Yg hatinya senantiasa dekat dengan hatiku ,
Yg senantiasa membimbing aku supaya lebih dekat dgnmu ,
Terima kasih Ya allah ,
Ya allah ,
Aku mohon,
Agar perasaan cinta ini terus kekal di hatiku ,
Perasaan cinta terhadap diri mu ,
Rasul mu ,
Ibu-bapaku,
Adik dan kakakku,
Anak-anakku,
Seorang lelaki yang selalu ada bersama hati ku ,
Dan sahabat-sahabat ku ,
Terutama sahabat-sahabat esq yang aku cintai,
Kerana mu Ya allah ,
Semuanya kerana mu ,
Tidak kerana yg lain ,
Semuanya hanya keranamu ,
Berkati perjuangan kami ,
Tiada apa yang kami harapkan ,
Melainkan ,
Ilmu yang indah ini terus....tersebar luas-seluas-luasnya...
Bantu kami Ya allah ,
Bantu kami Ya allah ,
Menepis setiap dugaan perjuangan ,
Dengan cara yang paling baik dan paling halus ,
Subhanaallah............2x
Allahuakbar..................5x

Cinta ku yang pertama adalah untuk mu allah,
Cinta ku yang kedua adalah untuk rasulmu allah,